Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, 24 November 2017

Pejabat MB Jawab Mat Taib Kenapa BN Kalah Di Selangor.


Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini membangkitkan soalan yang membingungkannya mengenai mengapa Umno dan BN kalah dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Sedangkan katanya, negeri itu mempunyai pelabuhan, lapangan terbang, Putrajaya dan LRT serta membawa pelbagai pembangunan di bawah pentadbiran BN, lapor Malaysiakini.

Malam ini, pejabat Datuk Seri Azmin Ali memberikan jawapannya.

Merujuk Muhammad sebagai "ahli politik yang dikitar semula", pengarah komunikasi strategik Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong mendakwa bahawa jawapannya sudah diketahui umum.

"Menjelang bulan Mac 2008, Umno dan BN menjadi tidak relevan, bahkan tidak menyenangkan kepada pengundi di Selangor kerana orang ramai sudah muak dengan rasuah beberapa dekad, pembaziran dan salah urus," katanya.

Yin berkata rakyat Selangor bukan tidak mengenang budi terhadap kemudahan jalan raya, infrastruktur, bekalan air dan bekalan elektrik.

"Mereka bimbang bahawa kemudahan asas ini perlu melalui kontrak kepada kroni yang berkaitan dengan politik.

"Mereka bimbang bahawa ahli-ahli politik yang meluluskan projek-projek ini boleh berebut-rebut masuk dan keluar negara dengan membawa beg pakaian yang disumbat dengan wang," katanya.

Kenyataaan itu jelas merujuk terhadap penahanan Muhammad di lapangan terbang Brisbane kerana membawa matawang Singapura, Malaysia dan New Zealand bernilai AS $ 1 juta pada 1987.

Loading...

Thursday, 23 November 2017

Majlis Gereja Selar Presiden Warisan Politikkan Agama Kristian Di Sabah.


“Kami tiada isu di sini, termasuk penggunaan kalimah ‘Allah’. Di Sabah, kita hidup dalam harmoni. Ada ahli keluarga saya yang beragama Islam.”

Presiden Majlis Gereja-gereja Sabah (SCC) Bishop Melter Jiki Tais mengecam sikap pemimpin Warisan yang menggunakan agama untuk politik.

Beliau berkata rakyat Sabah istimewa, harmoni dan hidup bersaudara.

“Kami tiada isu di sini, termasuk penggunaan kalimah ‘Allah’. Di Sabah, kita hidup dalam harmoni. Ada ahli keluarga saya yang beragama Islam,” katanya.

Tidak wajar pemimpin politik menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana meningkatkan dana untuk pertubuhan dan sekolah bukan Islam di Sabah.

Melter turut mengundang Musa merasmikan himpunan tahunan Krismas di Kota Kinabalu, yang akan diadakan pada 11 Disember di Padang Merdeka.

Setiap tahun kerajaan negeri memberi bantuan kewangan untuk mengadakan sambutan Krismas dan pada tahun ini kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk mengadakan acara 'KK Christmas Celebration 2017' di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 12 Dis ini.


Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman meminta agar 'orang politik' tidak menggunakan isu berkaitan agama dalam politik.

“Kita mesti hormat agama. Jadi saya minta orang-orang politik janganlah gunakan isu agama dalam politik,” katanya, dan menambah ada isu sekarang ini menjadi subjek kegemaran parti pembangkang muktahir ini.

“Bagi kami di Sabah, kita semua sama, dan atas sebab itu kita hidup harmoni. Paling utama, kita mesti bantu membangunkan negeri ini,” katanya.

Kenyataan itu menyusuli ucapan oleh Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal kepada pimpinan gereja di Keningau pada Ahad.

Shafie dalam ucapannya berkata kerajaan pemimpin Barisan Nasional (BN) Kristian adalah hipokrit dan munafik tidak pandai mengurus agama mereka, malah beliau mengaku beliau antara menteri yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" bagaimanapun kerajaan hanya membenarkan Sabah dan Sarawak.

Kenyataan Shafie Apdal mengaitkan agama Kristian mengundang kritikan dari netizen malah mengkritik pemimpin BN Kristian mengundang kepada rasa tidak puas hati kalangan komponen BN sehingga beberapa laporan polis dibuat terhadap Shafie Apdal.


Kontroversi baru ini dilihat satu usaha Shafie Apdal untuk terus mengalih isu sebenar berhubung siasatan kes rasuahnya di KKLW RM1.5 bilion yang bakal didakwa hujung bulan ini.

Sumber

Wednesday, 22 November 2017

Ketua Pembangkang UMNO Kelantan Menangis Teresak-esak Dihalau Keluar Dari Dewan.


KETUA Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan Norzula Mat Diah teresak-esak menitiskan air mata selepas dihalang oleh speaker DUN Kelantan untuk membahaskan Bajet Kelantan 2018 dan kemudian diarahkan keluar dari dewan.

Norzula, Adun Paloh dari Umno, sebelum itu meminta kebenaran daripada speaker Abdullah Yakob untuk membahaskan bajet namun tidak dibenarkan kerana ia telah dibahaskan oleh 10 wakil rakyat semalam.

“Saya tak akan duduk,” tegas Norzula, biarpun diberi amaran terakhir dua kali oleh speaker.

Abdullah kemudian mengarahkan bentara dewan untuk menjalankan tugas mengiringi Adun Paloh itu keluar dari dewan.

“Sila keluar yang berhormat,” balas speaker.

Sebelum keluar dewan, Norzula sempat meluahkan perasaannya.

“Kita terakhir dah ni, tuan speaker… saya ada rakyat, saya ada masalah (nak disuarakan).

“Saya menghormati speaker yang menguasai dewan. Kalau itu tugas speaker beri arahan kepada saya, Tuhan akan balas…”

“Sila keluar, ahli Yang Berhormat,” jawab speaker.

“… Tuhan akan balas kerana tidak beri peluang kepada ahli dewan untuk berucap di dewan ini,” tambahnya sambil tersedu.

Sambil menangis teresak-esak, beliau kemudiannya akur dan keluar daripada dewan kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Di lobi, Norzula disertai empat Adun Barisan Nasional lain yang turut keluar memberi solidariti kepada ketua mereka.

Adun Dabong Ramzi Abd Rahman bercakap kepada media meluahkan kekecewaan hal yang dianggap pertama kali berlaku di negara ini.

“Saya rasa tidak adil sangat-sangatlah masa masih banyak, (patut) beri peluang dia (sebagai) ketua pembangkang (bercakap). Saya rasa tak berlaku lagi di mana-mana tempat ketua pembangkang tidak dibenarkan berucap,” kata beliau disebelah Norzula yang masih lagi teresak-esak.

“Baru dua orang berkecek (berdebat) hari ni,” luah Norzula di hadapan media sambil ditenangkan Adun Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail, Ab Aziz Yusoff (Galas) dan Zulkifle Ali (Selising).

“Saya dukacita dengan perbuatan Datuk Speaker yang sepatutnya memberi peluang kepada saya untuk gulung perbahasan dan juga memberitahu perkara bersangkutan untuk kepentingan rakyat, tetapi mereka menolak,” kata beliau sambil mengesat air matanya.

Sementara itu Adun Paloh dari Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa turut mempertikaikan keputusan Speaker tidak membenarkan Norzula berucap.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan berkata tindakan itu keterlaluan dan mempersoalkan mengapa DUN Kelantan begitu teruja untuk menamatkan sidang.

“Ketua Pembangkang dihalau keluar Dewan kerana minta untuk berbahas - satu yang keterlaluan.

“Setiap kali bersidang, DUN Kelantan terkejar-kejar untuk bersurai. Apa yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terburu-buru tak menentu?

“DUN Pahang yang dikuasai Umno boleh bersidang sampai 7 hari untuk Sidang Belanjawan. Mengapa Kelantan mesti hanya dua hari? Dari tiga hari, petangnya tidak ada sidang, masa sebenar bersidang kurang dari tiga hari,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. - TheMalaysianInsight

Tuesday, 21 November 2017

'Tukar Kerajaan Pun Semua Rakyat Tak Kaya!!!' - Kerana Kenyataan Merapu, Salleh Keruak Dikecam Bodoh Oleh Pembaca.


Salah seorang warganet bertanya menteri makan apa? Neuron sel otak macam tak berkembang, kenapa Menteri Malaysia bong*k ek!! - komen dari Malaysiakini.

Ia berikutan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak di blognya.

“Adakah itu benar-benar penyelesaiannya atau ini hanya penyelesaian saudagar minyak ular mengenai cara menyembuhkan semua masalah?

“Begitu juga dengan isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi. Adakah pengkritik pernah menjelaskan bagaimana menukar kerajaan dapat menjadikan semua rakyat Malaysia kaya?”

Kenyataan sehingga mendapat kecaman bodoh, bongok daripada pembaca.

Betul juga, kenapa standard Menteri Malaysia versi ini masih ada.

“Bagaimana menukar kerajaan dapat menjadikan semua rakyat Malaysia kaya?”

Apa yang dimerapunya, entahlah!!

Sekurang-kurangnya menukar kerajaan kepada kerajaan yang boleh mengambil berat tentang keperluan rakyat, permasalahan rakyat, kos sara hidup rakyat yang semakin terbeban. Kalau tidak...apa guna kerajaan?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang [CAP] berkata harga ikan dan sayur melonjak 300 peratus. Menteri diam sahaja!!

Kalau tak kaya, lebih senang cukuplah!!

Menteri versi ini, sepatutnya tak perlu lagi dipangkah dalam PRU akan datang!!

Monday, 20 November 2017

3 Parti Dalam Pakatan Harapan Bersetuju Tanding Kawasan Pas.

Pimpinan Pakatan Harapan ketika mengadakan mesyuarat pada 15 November yang lalu di Parlimen.- Foto: TMI

TIGA parti dalam komponen Pakatan Harapan dikatakan telah bersetuju dari segi pembahagian kerusi untuk bertanding di kawasan Dun Selangor yang ditandingi Pas.

Difahamkan, DAP, Amanah dan Bersatu di Selangor akan bertanding sebanyak 21 kerusi yang ditandingi oleh Pas pada PRU lalu, lapor Sinar Online.

Menurut laporan Oriental Daily, daripada 21 kerusi itu, DAP diberikan enam kerusi, iaitu Taman Templer, Paya Jaras, Dusun Tua dan Lembah Jaya, manakala dua lagi kerusi iaitu Meru dan Tanjong Sepat kemungkinan akan bertukar dengan Amanah di saat akhir.

"DAP akan menurunkan calon-calon Melayunya untuk bertanding di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu ini.

"Bagi Amanah, antara kawasan-kawasan yang menjadi sasaran mereka pula ialah Chempaka, Seri Serdang, Morib, Bangi dan Bukit Antara. Sementara kawasan-kawasan yang ingin ditandingi Bersatu ialah Sabak Bernam, Batang Kali, Sungai Burung, Sungai Air Tawar dan Hulu Bernam," lapor akhbar ini.

Dengan pembahagian kerusi antara tiga parti komponen Harapan ini, pertembungan tiga penjuru sudah pasti tidak dapat dielakkan dalam Dun Selangor pada PRU akan datang.

Menurut sumber DAP Selangor ketika memberitahu akhbar ini, pembahagian kerusi ini perlu dilakukan dengan berhati-hati memandangkan keadaan politik di Selangor agak berlainan dengan negeri-negeri lain.

"Pucuk pimpinan Pakatan Harapan masih belum mengadakan rundingan rasmi mengenai kedudukan di Selangor. PKR sebenarnya masih ingin menyediakan kerusi kepada Pas bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

"Namun perkara ini mustahil untuk dilakukan kerana kita kini telah ada Amanah dan Bersatu," kata sumber ini.

Loading...

Pandikar Cabar Shafie Siapa Paling Bodoh!!!


Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mencabar Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berbahas secara terbuka tentang sejarah penubuhan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Cabaran itu susulan kenyataan Ahli Parlimen Semporna itu bahawa mereka yang mengatakan status Sabah dan Sarawak sama seperti negeri di Semenanjung adalah "bodoh".

“Hampir tersembur keluar kopi dari mulut saya apabila terbaca kenyataan Shafie mengenai perkara tersebut.

“Dalam hal ini, saya tidak perlu mengulangi balik pendirian saya berhubung dengan sejarah penubuhan Malaysia dan MA63,”
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Speaker Dewan Rakyat itu, beliau telah pun mencabar pemimpin pembangkang di Sabah itu untuk berbahas secara terbuka tentang isu ini supaya rakyat negeri itu dapat menilai siapa yang memutarbelitkan fakta sejarah semata-mata untuk menimbulkan kemarahan rakyat negeri di bawah bayu itu.

“Kali ini saya mencabar Presiden Parti Warisan itu berbahas dengan saya secara terbuka tentang tafsiran sejarah penubuhan Malaysia dan MA63, supaya rakyat Sabah dapat menilai siapa sebenarnya yang bodoh,” ujar Pandikar.

Dengan menyebut Bab 2 Kalusa 10 Laporan IGC yang dilampirkan dalam Artikel 8 Perjanjian Malaysia 1963 yang menyatakan bahawa bekas tanah jajahan British Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak sama dengan negeri-negeri Melayu Semenanjung, Pandikar sebelum ini membuat kenyataan bahawa Sabah sama taraf dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Bagaimanapun, Shafie dalam ceramah di Keningau kelmarin mendakwa individu yang mengatakan Sabah adalah sama dengan mana-mana negara lain adalah "bodoh".

Dakwa Shafie lagi, Pandikar sebagai seorang rakyat Sabah tidak boleh mengatakan bahawa Sabah adalah sama seperti negeri-negeri lain seperti Perlis, misalnya.

“Sebelum buat kenyataan sedemikian Datuk Shafie perlu memahami sistem Federalisme.

“Adakah kenyataan Shafie ini satu penghinaan kepada seluruh rakyat Perlis?”
tanya Pandikar, secara sinis.

Sumber

Saturday, 18 November 2017

Ada Apa-apa Ke Ni? Lepas Najib, Zahid Pula Lawat Anwar...


Apa nak buat jika ada yang syok reka macam-macam andaian dan spekulasi.

Semalam Jumaat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...hari ini, Sabtu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pula melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Baru sahaja menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di HKL baru-baru ini. Semoga beliau cepat sembuh," kata Zahid dalam catatan di Twitter dan Facebook.

Beliau turut muat naik sekeping gambar timbalan perdana menteri dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis ketika melawat bekas ketua pembangkang itu.

Anwar dipindahkan dari penjara Sungai Buloh untuk jalani pembedahan di bahagian bahu di situ pada Ahad lalu.

Dari sudut politik ini mungkin perkembangan menarik.

Namun mereka yang faham politik dan minda terbuka cukup tahu amalan melawat orang sakit,ziarah kematian dan hadir kenduri kendara melangkaui batas politik.

Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan Najib seorang pemimpin berjiwa besar apabila sanggup mengenepikan perbezaan fahaman politik apabila melawat Anwar.

Katanya dalam politik, Anwar adalah musuh Barisan Nasional (BN) namun atas prinsip ukhuwah dan Islamiah, Najib yang juga Presiden UMNO lebih mengutamakan silaturahim.

"Sebelum ini pun, Perdana Menteri melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

"Ini cara politik matang yang kita amalkan walaupun wujud perbezaan fahaman politik tetapi silaturahim tidak terputus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Semarak Bahasa Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru di Tumpat Sabtu.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata amalan politik matang tersebut juga dapat dilihat apabila Perdana Menteri bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyelesaikan masalah rakyat ketika bah kuning pada 2014.

Sumber

Friday, 17 November 2017

BERSATU Langgar Perlembagaan Sendiri Macam UMNO.


PUTRAJAYA: Parti BERSATU didapati melanggar perlembagaan yang dibuatnya sendiri, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Surayati Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu disahkan melalui kandungan perlembagaan BERSATU di mana istilah 'Armada' tidak wujud dan yang ada hanya Pemuda.

"Perkara ini hanya diketahui selepas menerima aduan daripada ahli Exco 'Armada' yang dipecat oleh Syed Saddiq Abdul Rahman dengan mengemukakan aduan beserta laporan polis.

"Setelah menyemak kandungan parti, adalah menjadi kesalahan serius di mana ia boleh membawa kepada tindakan pucuk pimpinan parti termasuk pembatalan parti.

"Tidak hanya itu, malah dalam perlembagaan mereka juga akan mengadakan Perhimpunan Agung dalam masa setahun penubuhan, namun ia belum dipatuhi" katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Surayati berkata, seharusnya pucuk pimpinan dan parti itu sendiri tahu mengenai perkara itu.

"Fasal 28 mengenai pindaan ke atas BERSATU perlu dipersetujui tidak kurang dua per tiga perwakilan yang hadir dslam perhimpunan agung khas.

"Ini pernah terjadi pada Umno pada tahun 1988 apabila parti itu diharamkan kerana melanggar perlembagaan parti Akta Pertubuhan," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, tiada sebarang mesyuarat agung tahunan (EGM) yang dilapor kepada ROS.

"Kenyataan media Setiausaha Agung BERSATU mengenai mesyuarat itu sudah dilakukan pada 2 November 2016, hakikatnya itu Majilis Pimpinan Tertinggi, bukan EGM.

"Kami meneliti 'minit mesyuarat agung khas BERSATU 2016' dan mendapati hanya 12 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti yang hadir," katanya.

Menurutnya, tiada EGM juga merupakan kesalahan serius dilakukan BERSATU.

"Ia melanggar perlembagaan parti sendiri dan boleh menyebabkan pembatalan parti itu sendiri. Kami berharap, perkara ini difahami tentang kepimpinan sesebuah pertubuhan," katanya.

Dalam pada itu, Surayati berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memanipulasi isu tersebut dan menyerang ROS.

"Sebelum buat tohmahan, baca dulu perlembagaan rasmi BERSATU yang didaftarkan dengan ROS," katanya.

Sumber

Thursday, 16 November 2017

BERSATU Mungkin Tidak Dapat Sertai PRU14.


KUALA TERENGGANU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mungkin tidak dapat menyertai PRU14 sekiranya masih gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dalam tempoh yang ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS), Surayati Ibrahim berkata, pertubuhan yang diluluskan sejak lebih setahun itu telah melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966 kerana gagal mengadakan AGM yang sepatutnya diadakan dalam tempoh setahun selepas ia ditubuhkan.

Menurutnya, walaupun pihaknya ada menerima permohonan penangguhan AGM, ia sebenarnya tertakluk kepada perlembagaan parti itu sendiri yang perlu mengadakan mesyuarat itu dalam tempoh tersebut.

“BERSATU diluluskan sejak lebih setahun lalu (September 2016), kalau ikutkan perlembagaan, mereka kena ada AGM. Alasan bahawa kelemahan dari segi struktur dalaman parti bukan masalah kita.

“Sepatutnya mereka perlu bersedia, jangan beri pelbagai alasan berkenaan masalah parti, ia perlu diselesaikan segera supaya mereka dapat buat AGM dan boleh sertai PRU,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Pengukuhan Pertubuhan Berkualiti dan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Persatuan Bersama ROS di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Surayati berkata, terdapat kemungkinan parti itu dibubarkan sekiranya masih gagal mematuhi tempoh rayuan yang ditetapkan.

“Memang ada kebarangkalian untuk dapat dibubarkan sekiranya mereka tak laksanakan tanggungjawab mereka iaitu mengadakan AGM,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan perlembagaan BERSATU, mesyuarat cawangan perlu diadakan dalam tempoh 14 hari sebelum mesyuarat bahagian, manakala mesyuarat perwakilan bahagian dalam tempoh 60 hari sebelum mesyuarat agung dilaksanakan.

Surayati bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh pada 30 November ini untuk berbincang lanjut mengenai perkara itu.

“Perjumpaan itu untuk bincang mengenai perkara ini termasuk tempoh rayuan dan mencari tarikh untuk AGM mereka, kita akan bincang secara terperinci.

“Kita boleh tentukan sebenarnya berdasarkan tempoh-tempoh yang saya sebutkan tadi, saya fikir boleh kita beri masa kepada mereka,” katanya.

Menyentuh perkembangan mengenai sayap pemuda Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), katanya, sehingga kini lebih 33 aduan diterima berhubung penyalahgunaan istilah itu bagi jawatankuasa pemuda parti tersebut.

“Sejak kenyataan saya pada 9 November lalu, aduan makin bertambah, bukan dari Johor sahaja, semalam ada juga aduan dari negeri Perak dan beberapa negeri lain lagi. Kita akan teruskan siasatan kita apa yang berlaku dalam BERSATU dan mengapa pemuda membuat aduan seperti itu.

“Setakat ini kita dah panggil setiausaha agung mereka berdasarkan peranan besar yang dimainkan dalam parti, dan beliau telah beri kerjasama yang baik. Ketua pemuda (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) kita belum panggil lagi kerana akan semak sama ada sesuai atau tak untuk panggil beliau,” katanya.

Surayati turut menyangkal dakwaan mengatakan adanya campur tangan politik dalam perkara itu malah beliau menegaskan ia adalah isu besar dalam sesebuah pertubuhan.

“Ini adalah isu besar, kerana sesuatu yang tiada dalam perlembagaan dan diada-adakan adalah isu yang besar yang menyebabkan ahli mereka berasa ditipu. Sepatutnya mereka masih gunakan pemuda (seperti parti politik lain), kerana pindaan terhadap armada belum diluluskan lagi.

“Malahan pelaku terhadap mengapa armada digunakan perlu diambil perhatian, siapa yang bertanggungjawab menyebabkan penggunaan istilah armada ini berleluasa, kita tak boleh katakan bahawa keseluruhan kepimpinan itu salah kerana ia memerlukan siasatan terperinci,” katanya.

Berdasarkan rekod, sehingga kini terdapat keseluruhan 60,000 persatuan telah didaftarkan di negara ini manakala sebanyak 6,000 lagi dibatalkan atas kesalahan melanggar akta pertubuhan. - Sinar Harian


Loading...

Wednesday, 15 November 2017

Ahli Akar Umbi Desak PPBM Diharamkan.


BENTONG: Ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengharamkan parti itu yang jelas menipu mereka tentang kewujudan sayap PPBM, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Wakil Armada PPBM Lanchang, Airul Amir Amirudin berkata, ahli akar umbi berasa ditipu dengan kepemimpinan parti berkenaan yang dilihat tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam membela mereka.

"Kami ahli-ahli Armada Pahang bersepakat menyatakan telah ditipu hidup-hidup oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad selaku Pengerusi PPBM dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kononnya sayap ini wujud sedangkan hakikatnya ia haram serta tidak wujud dalam perlembagaan parti.

"Kami secara jujur dengan rasa tertekan mendesak ROS supaya membatalkan pendaftaran PPBM sebagai pengajaran," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan Online

Tuesday, 14 November 2017

Parti Bunga Raya Semakin Layu.


Sejak awal penubuhannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Parti Bunga sudah pun terlihat akan kepincangannya. Parti yang ditubuhkan oleh puak-puak yang kecewa di dalam UMNO ini berharap agar parti ini akan memberikan impak.

Namun ternyata gagal. Selain ahli atasannya yang penuh ego dan tidak sedar diri, terdapat ahli bawahan yang buta sejarah dan lupa asal usul parti.

Ketika mula-mula ditubuhkan, gambaran yang diberikan ialah Parti Bunga ini bakal mengakibatkan penghijrahan ahli UMNO dengan jumlah yang amat besar.

Namun sebaliknya berlaku. Beberapa hari lalu, ahli Parti Bunga di Batu Gajah telah mengumumkan keluar parti, menyebabkan bahagian berkenaan dibubarkan.

BACA:  PPBM Cawangan Batu Gajah 'TUTUP KILANG' Dah.

Ia adalah siri keluar parti dan mengikut jejak bekas-bekas ahli parti itu yang mengambil tindakan sama iaitu termasuk bekas pengasasnya yang juga bekas Setiausaha Kerja parti, Kamarul Azman Habibur Rahman, Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman dan Anina Saadudin.

Ketika bercakap di sebuah forum anjuran Mykmu, Kamarul Azman mendedahkan betapa Parti Bunga ini adalah sebuah parti yang dipimpin oleh mereka yang tidak jujur dalam matlamatnya. Walaupun beliau adalah pengasasnya, namun Kamarul Azman sanggup tinggalkan parti yang dibantu penubuhannya itu.

Sebab utama mereka ini kecewa adalah kerana penat lelah ahli biasa dipandang remeh oleh pemimpin tinggi yang sesuka hati meletakkan orang mereka menjadi “top dog” di bahagian-bahagian tertentu.

Ini kerana Tun Mahathir Mohamad amat bijak mempergunakan orang jahil dan apa yang beliau lakukan adalah bermati-matian menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan tanpa bukti.

Plot dan modus operandi ini adalah untuk mengalihkan perhatian ahli Parti Bunga supaya tidak bertanya mengenai beliau sebaliknya tertumpu kepada “alat” serangan iaitu 1MDB dan perilaku Datuk Seri Najib.

Tipu daya Tun Mahathir adalah untuk menanam kebencian lalu mereka yang membenci tiada ruang di otaknya untuk berfikir sama ada betul atau salah.

Ketika majlis anjuran Parti Bunga sendiri di “Nothing 2 Hide 2”, Ogos lalu, Tun Mahathir gugup dan gagal menjawab soalan mudah, malah memperlekehkan soalan. Inilah yang menyebabkan program itu menjadi kecoh hinggakan kerusi berterbangan dan keadaan menjadi huru-hara.

Selepas episod gelap itu, Kini Tun Mahathir mencabar Datuk Seri Najib untuk berdebat dengannya pada “Nothing 2 Hide 3 ″pula. Maka akan jadilah `Joke of The Year' kerana seseorang yang selalu menjawab tidak tahu, mahu mengajak Perdana Menteri berdebat.

Sudah pastilah Tun Mahathir akan membuat pusingan u. Boleh dikatakan semakin ramai yang telah keluar Parti Bunga dan jumlah itu akan bertambah disebabkan mereka sudah hilang keyakinan kepada parti yang tiada hala tuju itu.

Ramalan kami, Tun Mahathir tidak akan menitis air mata pun jika Parti Bunga dibubarkan. Malah ada suara-suara nakal membisikkan ia adalah kerja sulit pihak tertentu untuk menghalalkan anaknya bertanding di kerusi selamat milik DAP.

Apapun UMNO telah bebas daripada beban memikul biawak hidup. Kini beban itu digalas Parti Bunga dan Pakatan Harapan pula.

Ketika dalam UMNO selama 22 tahun, Tun Mahathir mempergunakan parti itu dan apabila gagal beliau telah menghina serta memaki UMNO. Sebelum ini pembangkang suka menghina dan memperlekehkan pemimpin UMNO, tetapi kini, orang yang mereka caci dan maki dulu, telah menjadi Tuan mereka.

Tulisan:
Beruang Biru
BB661, Rabu
15 November 2017

PPBM Cawangan Batu Gajah 'TUTUP KILANG' Dah.


Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah, Mohd. Shirin Adenan dan 18 ahli jawatankuasanya mengumumkan keluar parti hari ini sekali gus menyebabkan bahagian itu dibubarkan.

Perkara itu diumumkan Mohd. Shirin dalam sidang akhbar di sini hari ini dengan menyatakan sebab keputusan itu dibuat kerana mereka tidak berpuas hati dengan pelantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak menggantikan Datuk Hamidah Osman.

Mohd. Shirin menjadi ketua penaja bahagian terbaharu di Perak yang meninggalkan parti itu selepas Ketua Penaja Bahagian PPBM Gopeng, Parit dan Kuala Kangsar mengambil langkah yang sama sebelum ini.

Selepas mengumumkan keluar parti, mereka bertindak menurunkan kain rentang parti di Pejabat PPBM di Kampung Tersusun, Jalan Gopeng-Batu Gajah di sini.

Menurut Mohd. Shirin, beliau percaya lebih 1,100 ahli di bahagian itu akan turut mengambil tindakan yang sama.

Katanya, beliau dan ahli PPBM yang lain tidak yakin terhadap kemampuan Faizal untuk menerajui PPBM Perak.

Katanya, selepas Hamidah disingkirkan daripada menerajui PPBM Perak, semangat ahli semakin luntur kerana tiada lagi pemimpin yang berupaya mengatur strategi sehingga pemimpin dan ahli akar umbi semakin terpinggir.

‘‘Pelantikan Faizal sebagai Pengerusi PPBM Perak semata-mata kerana dia orang Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan ini membuka mata kami bahawa PPBM tidak sebaik yang kami harapkan.

‘‘Ketiadaan pengalaman untuk menerajui sebuah parti baharu, selain hubungannya yang sangat terbatas membuatkan PPBM Perak seperti anak ayam kehilangan ibu,’’ katanya.

Menurut Mohd. Shirin, selain isu kepemimpinan peringkat negeri, ahli-ahli turut dikejutkan dengan isu status Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) sebagai sayap parti yang tidak diendahkan oleh pucuk kepemimpinan.

Beliau berkata, pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi memerlukan jawapan dan penjelasan berhubung isu itu.

Katanya, isu Armada boleh menyebabkan PPBM dikenakan tindakan yang tegas sehingga Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) boleh membatalkan pendaftaran parti.

‘‘Ini menimbulkan suasana panik dalam kalangan ahli, namun pucuk pimpinan seolah-olah tidak mempedulikan kebimbangan kami yang berjuang di peringkat akar umbi,’’ katanya. - Utusan Online

Sunday, 12 November 2017

Kos Pengeluaran Seliter Minyak Hanya RM0.53 Saja Kata Ahli Parlimen PAS.

Tahukah yang kos untuk pengeluaran seliter minyak petrol di Malaysia cuma RM0.53, tetapi ia dijual dengan harga RM2.30 seliter kata Ahli Parlimen Pas, Rantau Panjang, YB Siti Zailah Muhd Yusuff.


"Tiada data rasmi tentang kos penghasilan minyak mentah oleh Petronas di Malaysia, tetapi di Indonesia, kos pengeluaran minyak mentah syarikat Pertamina ialah pada kadar USD15 (RM60) setong," ujar Zailah lagi, yang menulis perkara itu melalui halaman Facebook miliknya.

Zailah mengandaikan, kos pengeluaran minyak mentah di Malaysia lebih kurang sama dengan Indonesia. Justeru, bagi tong bersaiz 'standard' 159 liter, maka kos pengeluaran minyak mentah bagi setiap liter ialah RM0.38 (RM60/159 liter).

"Manakala kos purata baju menapis minyak mentah pula ialah pada USD6 atau RM24 setong. Dan kos seliter ialah RM24/159 = RM0.15 seliter," tulisnya.

"Jadi kos keseluruhan bagi setiap liter minyak yang dijual di stesen minyak di Malaysia cumalah RM0.53 seliter. Tapi dijual dengan RM2.30 seliter," tambahnya.

Sumber

Friday, 10 November 2017

PAS Terima Wang Daripada Umno Lebih Daripada RM90 Juta. - Husam Musa


Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata beliau melihat sendiri bukti PAS menerima wang daripada Umno, dan jumlahnya lebih daripada RM90 juta, angka yang diberikan oleh portal Sarawak Report.

“Saya tidak bermain dengan kata-kata. Saya bercakap selepas saya melihat sumber maklumat tersebut dan memastikan maklumat itu tepat dan benar,” kata bekas exco kanan Kelantan itu dalam sesi dialog Rabu lalu.

Pada 21 April lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, berhubung artikel pada 6 Ogos 2016, yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional.

Dalam saman Baru-baru ini, Clare dalam tuntutan balas terhadap saman Hadi itu mendakwa sumber maklumatnya ialah bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.

“Ambiga memberitahu defendan sumbernya yang dikatakan boleh dipercayai, menganggarkan jumlah yang dibayar itu sekitar RM90 juta,” kata Clare dalam afidavitnya bertarikh 11 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Husam berkata jumlah yang diterima PAS “lebih besar” daripada RM90 juta.

Beliau sekali lagi menamakan sebuah bank komersial yang menerima wang tersebut untuk disalurkan kepada pimpinan PAS

Bagaimanapun, Husam berkata beliau terikat dengan Akta Perkhidmatan Kewangan yang tidak membenarkannya membutirkan maklumat itu.

Husam turut mempersoalkan bekas partinya yang sebelum ini “beria-ria” mahu menyamannya.

“Tetapi kini sudah sunyi tidak berbangkit lagi. Transaksi tidak boleh dipadam. Presiden PAS mesti perlu tunjukkan ketegasan. Sampai hari ini, presiden PAS tidak tunjukkan ketegasan bahkan tidak banyak komen diberikan,” katanya.

Husam dipecat daripada PAS pada Mei 2016 kerana mengkritik kepimpinan parti itu, sebelum menyertai Amanah.

Clare dalam satu pernyataan pertahanan dalam saman yang difailkan Hadi, turut menamakan beberapa pemimpin PAS yang mendapat manfaat daripada wang yang didakwa diberi oleh Umno.

Antaranya ialah kenderaan mewah selain beberapa barangan lain yang dibeli pemimpin terbabit, katanya.

Susulan nama Ambiga dibangkitkan, polis dilaporkan akan menyiasatnya atas tuduhan mencetuskan keresahan awam. - FMT

Thursday, 9 November 2017

Kerajaan Tidak Pernah Menarik Apa-apa Kemudahan Dari Saya? Ini Senarai Kemudahan Yang Ditarik Balik Putrajaya Walaupun Tiada Kaitan Dengan Kerajaan. - Tun M

Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau boleh menyenaraikan kemudahan yang diberikan kepada bekas perdana menteri yang ditarik balik kerajaan.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau juga boleh menyenaraikan perkara yang ditarik balik Putrajaya walaupun tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

“Ada pegawai pengiring dah ditarik balik. Yang ada Aide De Coupe (ADC). Unit Tindakan Khas (UTK) tarik balik.

“Pengiring. Pembantu rumah ditukar. Pegawai saya di sini ditukar. Dia hantar org lain,” kata Dr Mahathir kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir mengulas kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini yang mengatakan kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri termasuk Dr Mahathir.

Memberikan contoh perkara tidak berkaitan kerajaan yang ditarik balik Dr Mahathir berkata, terdapat universiti swasta yang diarahkan untuk memberhentikannya sebagai canselor.

“Saya jadi canselor universiti swasta. Universiti itu diarah supaya hentikan saya daripada jadi canselor,” katanya.

Minggu lalu Dr Mahathir berkongsi di akaun Facebook rasminya Putrajaya menarik balik khidmat UTK yang diberikan kepadanya.

Khidmat pengawal peribadi, merupakan satu keistimewaan yang diberikan kepada semua bekas perdana menteri, ditarik balik setahun selepas kerajaan menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu pejabat Dr Mahathir.

"Hari ini, khidmat UTK ditarik balik. Perjuangan diteruskan," kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun menafikan perkara itu.

"Ini tidak benar sama sekali. Khidmat pengawal peribadi yang melibatkan pegawai UTK masih berkhidmat untuk Dr Mahathir," katanya, seperti dipetik oleh pemberita.

"Hanya anggota biasa (pasukan polis) yang dipanggil balik untuk tugasan lain. Ia adalah prosedur biasa," katanya. - MI

Wednesday, 19 July 2017

Rupanya Ini Punca Orang Umno Makin Panas Punggung...

Setiausaha akhbar perdana menteri menepis dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) kerana ketua sebenar gabungan pembangkang itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pengerusi PPBM itu sekadar boneka.


Ini kerana, kata Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, PPBM yang diasaskan Dr Mahathir hanya mempunyai sebuah kerusi Parlimen berbanding DAP yang memiliki 37 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13.

“Sama ada beliau sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat, hakikatnya diktator sebenar pembangkang adalah Lim Kit Siang - seorang yang tidak kelihatan dalam carta kepimpinan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Dr Mahathir berkata, pelantikannya sebagai pengerusi PH menjadikan beliau pemimpin utama gabungan pembangkang itu dan setaraf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Barisan Nasional.

“Saya salah seorang pemimpin (dalam PH), dan saya dilantik pengerusi. Sebagai pengerusi, saya mempengerusikan Majlis Presiden. Jadi, dalam hirarki PH, saya pemimpin tinggi.

“Beliau (Najib) pemimpin tinggi di sana (BN). Saya pemimpin tinggi di sini,” kata Dr Mahathir.

Khamis lalu, Pakatan Harapan melantik Dr Mahathir sebagai pengerusinya, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden.

Kit Siang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam pucuk pimpinan PH, tetapi anaknya, Guan Eng dilantik sebagai timbalan presiden gabungan 4 parti pembangkang itu.

Tengku Sariffuddin berkata, senarai pucuk pimpinan PH yang sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu sebenarnya menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP.

Menjawab cabaran Dr Mahathir kepada Najib untuk menghadiri forum “Nothing to Hide 2.0″, Tengku Sariffuddin berkata, Dr Mahathir tidak pernah mengadakan debat “town hall” bersama musuh politiknya selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

Semalam, pengerusi PPBM itu berkata, Najib boleh menyoalnya mengenai pelbagai dakwaan pada forum “Nothing to Hide 2.0″ anjuran Pemuda PPBM pada 13 Ogos di Shah Alam.

“Kami boleh jawab semua dakwaan yang dibuat terhadap saya. Saya rasa ini platform terbaik untuk memberitahu perkara sebenar. Najib juga perlu hadir, dan jawab soalan atau lempar dakwaan terhadap saya,” kata Dr Mahathir. - fmt

Tuesday, 21 March 2017

'Saya Mengaku Terus Terang Tak Akan Undi Umno-BN Di PRU14 Nanti' - Mohd Nakhaie Ahmad.

Bekas ahli Umno Datuk Mohd Nakhaie Ahmad menegaskan, tiada alasan kukuh yang boleh dijadikan sandaran untuk beliau terus mengundi BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Beliau yang keluar daripada Pas dan menyertai Umno pada tahun 1989 itu berkata, Umno-BN sudah hilang integriti khususnya selepas dakwaan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi perhatian antarabangsa.

"Dengan jujur saya mengaku tidak akan memberi undi kepada Umno-BN dalam PRU14. Sebabnya saya cukup tak puas hati bagaimana isu 1MDB dikendalikan oleh kerajaan.

"Propagandis kerajaan kelihatan merapu dalam memberi penjelasan mengenai isu ini. Hasil-hasil kajian mengenainya diletak di bawah kawalan OSA, pegawai penyiasat ditamat perkhidmatan, ditukar, tindakan yang kelihatan rahsia nengenai 1MDB hendak disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

"Di luar negara isu ini disenaraikan sebagai skandal rasuah yang memalukan negara," tulisnya di Facebook hari ini.

Beliau berkata, kerajaan langsung tidak membuat sesuatu untuk membersihkan nama mereka demi maruah negara sekaligus memberi isyarat seolah-olah skandal itu benar berlaku dan rakyat terpaksa menanggung beban daripada hutang akibat kerugian 1MDB.

"Rakyat sudahlah dibebankan dengan cukai GST yang kononnya untuk kepentingan rakyat. Yang pastinya, rakyat membayar lebih dalam semua barangan dan perkhidmatan melainkan harga kangkung.

"Kerajaan memujuk rakyat dengan BR1M. Kononnya kerajaan membantu ketika rakyat dalam kesusahan. Tetapi kerajaan menipu mereka. Mengaut hasil titik peluh mereka berganda dan memulang kembali hanya secebis. Mereka hilang banyak kemudahan yang dinikmati sebelum ini; sebelum GST dikenakan, sebelum subsidi minyak dihapuskan," katanya lagi.

Bekas naib presiden Pas itu meninggalkan Pas dan menyerti Umno pada tahun 1989.

Pada tahun 2014 beliau membuat keputusan meninggalkan Umno meninggalkan Umno pada tahun 2014 selepas menyertai parti itu pada tahun 1989.

Beliau meninggalkan Umno kerana berpandangan parti itu sudah lari dari perjuangan asal iaitu membela nasib Melayu sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan individu.