Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, 27 August 2018

Kerajaan WARISAN Sabah Bukan Kerajaan Yang Sah?


Kerajaan Warisan Sabah berlagak seperti sudu lebih daripada kuah, sedangkan ianya bukan kerajaan yang sah.

Kedudukan Datuk Shafie Apdal sedang dicabar di mahkamah, malah tindakan beliau menggugurkan saman terhadap perlantikan beliau pada 12 Mei, 2018 ditolak oleh mahkamah dengan kos.

Keputusan mahkamah dengan kos, menunjukkan bahawa saman terhadap beliau mempunyai merit untuk dibicarakan, selain menyalah gunakan proses mahkamah.

Selepas PRU-14, dengan jelas, bahawa DUN Sabah tergantung, kerana tiada parti yang mempunyai majoriti mudah daripada 60 ADUN. Namun, parti STAR yang mempunyai 2 ADUN menjadi KINGMAKER, telah memilih BN untuk membentuk kerajaan negeri.

Kerjasama antara BN dan STAR menghasilkan 31 kerusi dan seterusnya jumlah itu merupakan majoriti mudah. Ekoran itu, maka Tan Sri Musa Aman bersama kabinet beliau mengangkat sumpah pada malam 10 Mei, 2018 di depan TYT Sabah, disaksikan oleh Hakim Besar Sabah & Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Negeri dan para kenamaan lain.

Ekoran pembentukan kerajaan negeri yang sah itu, pada 12 Mei, kabinet negeri telah mengadakan mesyuarat pertama di Bangunan Pusat Pentadibaran Negeri Sabah di Teluk Likas.

Oleh kerana tindakan pancing memancing daripada pihak Shafie, maka pada 11 Mei, 2018, Datuk Madius Tangau dijemput ke kediaman Shafie di Jalan Bundusan, Penampang. Sebaik sahaja Madius masuk ke rumah dan duduk bersama Shafie, gambar perjumpaan itu telah tular dengan caption, UPKO menyertai Warisan. Pada masa yang sama juga, 4 ADUN daripada Umno datang ke rumah Presiden Warisan itu termasuk ADUN Balung, Tawau.

Berasaskan kepada senario itu, maka BN dan STAR secara teknikal kehilangan 6 ADUN.

Jika berasaskan perlantikan awal Ketua Menteri Sabah, maka TYT seharusnya tidak tergesa-gesa melantik Ketua Menteri, akan tetapi menunggu nasihat daripada Ketua Menteri yang sah. Ketua Menteri yang sah pada masa itu adalah Tan Sri Musa Aman.

Sesuai dengan perlembagaan negeri, Musa mempunyai tiga pilihan, memanggil Sidang DUN tergempar, membubarkan Dun atau meletakkan jawatan. Namun, semua ini tidak dilalui, sebaliknya TYT membuat keputusan diluar bidang kuasa beliau seperti mana terkandung dalam Perlembagaan Sabah.

Sebagai rakyat Sabah, penulis berharap, mahkamah membuat keputusan sesuai dengan Perlembagaan Sabah, kerana jika tidak Perlembangaan Negeri akan menjadi bahan jenaka.

Tuesday, 3 July 2018

Najib Razak Sah Ditahan SPRM.


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull mengesahkan perkara itu kepada media.

Kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan tangkapan itu dibuat pukul 2.35 petang tadi.

Tangkapan itu berhubung skandal SRC International Sdn Bhd.

Najib telah dua kali dipanggil SPRM memberi kenyataan berhubung skandal itu sebelum ini.

Pasukan Petugas Khas 1MDB turut memaklumkan Najib akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok.

[Berita selanjutnya menyusul...]

Saturday, 30 June 2018

Zahid Hamidi Sah Jadi Presiden Umno Ke-7.


Akhirnya Umno mendapat nakhoda baru selepas kapal mereka berlabuh akibat dibadai pengundi pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini dilihat bakal menjadi perdana menteri - sehinggalah BN kecundang di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN) - dipilih majoriti anggota parti untuk menjadi presiden mereka.

Setakat jam 9.40 malam ini anggota parlimen Bagan Datuk itu memperoleh 93 undi sekali gus tidak memungkinkan mana-mana calon mengejarnya lagi.

Dua lagi calon utama yang bersaing untuk mengisi tempat ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib Razak ialah anggota parlimen Rembau yang juga bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, serta veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Khairy mendapat 51 undi manakala Tengku Razaleigh cuma 23 undi.

Untuk rekod ini adalah percubaan kedua Tengku Razaleigh untuk menjadi presiden selepas 1987. Kira-kira 31 tahun lalu cubaan beliau digagalkan oleh kelebihan 43 undi yang memihak kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu bagi perebutan jawatan timbalan presiden, bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan semakin hampir menjadi pemenang apabila setakat 9.25 malam, beliau sudah mempunyai 75 undi.

Mohamad hanya memerlukan 21 undi lagi untuk menjadi pemenang. Pencabar tunggalnya, Tan Sri Annuar Musa ketinggalan dengan setakat ini hanya meraih 55 undi.

Loading...

Saturday, 23 June 2018

Gerakan Keluar Dari Gabungan Barisan Nasional (BN).


Gerakan menjadi parti terbaru memutuskan untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) berikutan kekalahan mengejutkan pada pilihan raya umum bulan lalu.

Ia diumumkan oleh Naib Presiden parti itu, Dominic Lau selepas mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini, yang berkata keputusan "sebulat suara" itu dicapai mengikut kehendak akar umbi parti.

"Salah satu keputusan yang telah kita buat ialah kita sebulat suara memutuskan untuk meninggalkan Barisan Nasional. Sebab utama (untuk meninggalkan BN) adalah kerana ini adalah suara akar umbi, pendapat akar umbi dan juga kehendak akar umbi.

"Oleh itu, semasa mesyuarat jawatankuasa pusat parti, kita berbincang dan (kita) memutuskan untuk mendengarkan (kehendak) akar umbi. Sebab itulah kami memutuskan untuk meninggalkan Barisan," kata Lau kepada Malaysiakini di ibu pejabat Gerakan di Cheras hari ini.

Bagaimanapun Lau berkata ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dicapai oleh kepimpinan parti itu.

"Ini adalah satu keputusan yang sukar untuk dibuat, ini adalah mesyuarat jawatankuasa pusat kedua/ Dalam mesyuarat pertama kita mempunyai dua pendapat, ada yang merasakan bahawa kita harus keluar, ada yang merasakan kita harus kekal. Dalam mesyuarat ini kita semua memutuskan untuk meninggalkan Barisan," katanya.


Sumber

Tuesday, 12 June 2018

Senarai Penuh Jemaah Menteri Tun M 2018.


VETERAN DAP, Teresa Kok dan muka baru, Yeoh Bee Yin antara calon parti itu yang dijangka akan masuk dalam senarai akhir 26 anggota Kabinet Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kata sumber kerajaan.

Kok akan dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutuan manakala Yeoh, yang menang kerusi Parlimen Bakri dalam pilihan raya pertamanya, dijangka dinamakan sebagai menteri Tenaga, Teknologi Dan Alam sekitar. Yeoh adalah jurutera kimia, pemegang biasiswa Petronas yang juga lulusan sarjana dari Cambridge.

Wakil PKR dalam jemaah menteri itu termasuk pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang akan jadi menteri Kerja Raya; naib presiden Xavier Jayakumar (Air, Tanah dan Sumber Ssli), dan setiausaha agung Saifuddin Nasution (Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna).

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Abdullah bakal dinamakan sebagai menteri Pendidikan Tinggi. Beliau adalah timbalan menteri portfolio yang sama dalam Kabinet Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum 2008 dan dikekalkan oleh Najib Razak sehingga habis mandat penggal ke-13 itu.

Sementara itu, dari Amanah, Mujahid Yusof Rawa bakal dilantik menteri Luar manakala Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad akan jadi menteri Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri.

Seperti yang dijangka oleh banyak pihak, ketua sayap Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal dinamakan menteri Belia Dan Sukan. Ahli Parlimen Alor Gajah Mohd Redzuan Yusof akan memegang portfolio yang dihidupkan semula, Kementerian Pembangunan Usahawan.

Parti Warisan Sabah yang menyokong PH akan mempunyai tiga wakil dalam Kabinet Dr Mahathir iaitu Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking; Ahli Parlimen Batu Sapi VK Liew dan Ahli Parlimen Silam Mohamadin Ketapi.

Darell akan jadi menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri; Liew sebagai menteri Undang-undang manakala Mohamadin bakal menteri Pelancongan.

Mujahid Yusof Rawa bakal dari Amanah dilantik menteri luar dalam Kabinet Pakatan Harapan.

Sama seperti Saifuddin Abdullah, Liew pernah jadi timbalan menteri di portfolio yang sama sepanjang tempoh mandat yang sama 2008-2013. Beliau adalah bekas presiden Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) yang pernah terlibat dalam perebutan kuasa dalaman pada 2013.

Sama juga seperti Saifuddin yang meninggalkan Umno dan menyertai PKR, Liew keluar LDP pada Mac 2018 untuk masuk Warisan bersama 200 penyokongnya.

Portfolio Kaum India

Pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy akan diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal kaum India, selepas usaha kerasnya memastikan pengundi kaum India memilih PH.

Setakat ini tidak jelas apakah portfolio itu diangkat sebagai sebuah kementerian penuh atau diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Waytha Moorthy bagaimanapun perlu dilantik sebagai senator terlebih dulu kerana beliau bukan ahli Parlimen.

Pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy akan diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal kaum India, selepas usaha kerasnya memastikan pengundi kaum India memilih PH. - Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Jun, 2018.

Waytha pernah jadi senator selepas PRU13 dan dilantik sebagai timbalan menteri dalam Kabinet Najib. Beliau bagaimanapun letak jawatan hampir setahun kemudian sebagai membantah sikap kerajaan BN yang tidak mempedulikan nasib kaum India.

“Calon dipilih berdasarkan kelayakan. Yeoh seorang terpelajar dan menarik perhatian Dr Mahathir dengan pencapaian akademiknya ketika namanya dimajukan oleh DAP,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insight.

Sabah Dan Sarawak

Nama-nama calon jemaah menteri ini difahamkan akan dipersembahkan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas Hari Raya Aidilfitri, hujung minggu ini.

Seorang lagi sumber memaklumkan Baru Bian dipilih untuk ke Kementerian Kerja Raya kerana beliau dalam kedudukan yang baik untuk mengutamakan projek pembangunan bagi Sabah dan Sarawak.

“Pakatan mahu kerja-kerja pembangunan diteruskan di Sabah dan Sarawak. Sudah cukup infrastruktur di Semenanjung Malaysia. Baru calon yang terbaik untuk tugas itu. Beliau tahu apa yang diperlukan,” kata sumber itu.

Sumber itu juga menambah, mungkin ada dua nama lagi dari Sarawak akan dimasukkan selepas empat parti negeri itu meninggalkan BN untuk mendirikan Gabungan Parti Sarawak yang mendukung PH.

“Wakil mereka mungkin dijemput menyertai Kabinet,” kata sumber itu.

Pengajian Tinggi

Dalam menyusun Kabinet lengkapnya, Dr Mahathir juga dikatakan memikirkan semula tentang portfolio Pengajian Tinggi, sehingga ia diasingkan daripada portfolio Pendidikan, dan membuka jalan kepada Saifuddin Abdullah kembali ke Kabinet.

Portfolio Pengajian Tinggi sebelum ini disatukan dengan Kementerian Pendidikan di bawah menterinya, Maszlee Malik.

Maszlee menerima serah tugas daripada menteri sebelum ini, Idris Jusoh dalam satu majlis pada 22 Mei lepas dan sejak itu sempat membuat beberapa kenyataan tentang keadaan universiti tempatan serta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sementara itu, sumber juga menjelaskan Kementerian Pembangunan Usahawan dihidupkan semula bagi memastikan ada kementerian khusus untuk mengembangkan usahawan Melayu.

Kementerian ini dimansuhkan oleh Najib dalam Kabinet pertamanya pada 2009. Menterinya yang terakhir ialah bekas menteri besar Johor Khaled Nordin (2004-2009) dan sebelum itu Nazri Aziz (1999-2004) dan Mustapa Mohamed (1995-1999).

Dengan pengenalan semula kementerian ini, semua unit berkaitan yang sebelum ini diletakkan di beberapa kementerian akan dikembalikan seperti Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera (MPPB) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Jemaah menteri Dr Mahathir sekarang dianggotai 13 menteri. Perdana menteri sebelum ini berkata beliau mahu anggota Kabinetnya tidak lebih 30 orang. - 13 Jun, 2018.






Loading...

Sunday, 13 May 2018

Musa Aman Tidak Jadi Letak Jawatan KM Sabah.

KETUA Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. - Foto Khairull Azry Bidin

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Sri Musa Aman tidak meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.

Perkara itu disahkan oleh setiausaha akhbar beliau, Afeiza Khan menerusi kenyataan di sini, malam ini.

“Tiada apa-apa perubahan. YAB Tan Sri Musa Haji Aman tidak meletak jawatan. Beliau masih Ketua Menteri yang sah,” katanya.

Kenyataan itu menyusul selepas Ketua Menteri Sabah yang mengangkat sumpah semalam, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini meminta Musa meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan daripada sebahagian besar ADUN.

Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) dilaporkan berkata, ada dua perkara yang boleh dibuat susulan kemelut politik di Sabah ketika in.

Pertama, katanya, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Musa meletak jawatan.

Tetapi dalam kes ini, katanya, Musa selaku Pengerusi BN perlu meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan.

Musa yang menjadi Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2004, mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada malam Khamis lalu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin selepas BN bersama Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memiliki 31 dari 60 kerusi DUN.

Bagaimanapun, enam ADUN BN kemudian menyertai pakatan WARISAN dan Pakatan Harapan (PH) sekali gus memiliki 35 kerusi dan meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. - BH ONLINE

Sunday, 8 April 2018

Jawapan Ringkas Tun Mahathir Untuk TMJ.


Kritikan panjang lebar Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap Tun Mahathir dan gesaan agar mengekalkan Umno dijawab ringkas Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir.

Mahathir mengakui ia memberi kesan tetapi bukanlah seperti dijangka.

“Akan beri kesan,” katanya ringkas seperti dipetik Malaysiakini.

Selepas berhenti seketika, beliau menyambung: “Ia beri kesan untuk jadikan HARAPAN lebih popular.

“Anda sudah lihat komen di dalam Instagram dan Youtube, itulah komen rakyat. Saya rakyat juga, tetapi saya tidak mahu komen,” kata beliau lagi.

Loading...