Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Monday, 15 October 2018

Ulasan Ini Menjawab Kebingungan Orang Tentang Beza Antara 'Pelajaran' Dan 'Pendidikan'.


Saya selalu ditanya: Apa beza ‘pelajaran’ dan ‘pendidikan’?

Saya bagi situasi hipotetikal. Kau masuk universiti, kemudian keluar dengan ijazah kelas pertama. Lepas itu, kau minum teh di kedai Mamak sambil hisap rokok berdebus-debus. Sikit pun tidak peduli orang keliling, kiri dan kanan.

Maksudnya, kau cuma pintar akademik, tapi pandir sivik. Berpelajaran, tapi tidak berpendidikan.

Atau begini. Kau belajar kalkulus dan algebra. Kau tekuni Teori Pythagoras, tentang garis terpendek antara dua titik. Bila rumah kau kena banjir, kau pilih jarak terdekat untuk keluar ke tempat selamat sebab Matematik kata begitu. Meski pun kau tahu jalan itu ada longkang besar. Akibatnya? Kau hanyut, lemas dan mati.

Maksudnya, kau cuma ada ilmu (knowledge) tentang penyelesaian masalah, seperti dalam buku teks. Tapi tiada hikmah (wisdom) untuk mempraktiknya secara amali di alam realiti. Kau berjaya menikmati pelajaran, tapi gagal menghayati pendidikan.

Pelajaran itu sekadar output yang terhasil bagi aktiviti pembelajaran (e.g kurikulum, fieldtrip, silibus, markah, graduasi, etc). Pendidikan itu pula outcome yang membina karektor si pelajar (e.g. sikap, nilai dan budaya). Masih ramai yang kurang hadam konsep "output" dan "outcome" dalam konteks ini.

Sebab itu, meskipun OBE (outcome-based education) sudah bertahun-tahun terolah dalam pendidikan Malaysia, masih ramai pendidik yang keliru. Paradigma dan amalan mereka belum berganjak dari content-oriented kepada skill-oriented. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran - yang mereka pupuk, ukur dan nilai masih lagi output, bukannya outcome. OBE juga, tapi O yang lain.

Untuk membolehkan peralihan signifikan daripada ‘lanskap pelajaran’ kepada ‘lanskap pendidikan’ benar-benar berlaku - kita mesti reformasikan cara kita menaksir, menilik dan mena’akul sistem pengajaran dan pembelajaran yang ada. Berani berubah dari output, kepada outcome.

Seorang yang terpelajar, belum tentu terdidik. Pelajaran itu disukat pada report card dan sijil. Pendidikan itu terpancar pada kemahiran, pemikiran dan tingkah laku.

Kredit: Dr RemDambul

Sunday, 14 October 2018

Live Streaming Konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 Minggu 3 Online.


Persembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-3 ini melibatkan 11 peserta berikutan Safura Yaacob telah diumumkan tersingkir selepas mendapat markah terendah pada konsert minggu ke-2 yang lalu.

Konsert mingguan Gegar Vaganza 5 (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam.

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza (GV5) 2018 Minggu 3

Berikut adalah senarai lagu tugasan untuk para peserta Gegar Vaganza 2018 bagi minggu ketiga yang bertemakan "Lain Macam" dan juga keputusan penyingkiran pada konsert minggu ini.
  1. Amelina - Segalanya Pasti (Aida Agil)
  2. Billy Zulkarnain - Maha Karya Cinta (Faizal Tahir)
  3. Dia Fadila - Dondang Dendang (Noraniza Idris)
  4. Elite - Ku Bahagia (Melly Goeslaw)
  5. Farah Wahida - Lagu Rindu Merindu (Fauziah Idris)
  6. Forteen - Suci Dalam Debu (Iklim)'
  7. Hetty Sarlene - Pawana (Search)
  8. Maya Matahari - I Have Nothing (Whitney Houston)
  9. Noryn Aziz - Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon)
  10. Zamani Slam - This Love (Maroon 5)
  11. Shafie Rio - Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad)
Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 Minggu 3 Online:



TONTON INI JUGA:
Loading...

Sunday, 7 October 2018

Siaran Langsung Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2018 Ke-31.


Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang telah memasuki edisi ke-31 menampilkan tema "Infiniti".

Pemilihan tema tersebut kerana ia menggambarkan kepada jumlah tidak terhingga atau tanpa had, diserapkan dalam semua medium terutama media sosial dan platform digital utama.

Penganjuran Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH 31) adalah untuk memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada penggiat seni merangkumi industri perfileman, muzik, drama TV dan penyiaran selain membuka peluang kepada peminat bagi menentukan pemenang pilihan mereka melalui undian yang dibuat.

Penaja utama ABPBH 31 adalah Alha Alfa, produk kosmetik tempatan keluaran Syarikat Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd. Rakan Penaja adalah McCafe. Stesen radio rasmi adalah Kool FM dan Hot FM manakala Tonton (platform digital rasmi) serta Hijab & Heels (media digital rasmi).

Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH 31) akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, 07 Oktober 2018 bermula jam 9.00 malam secara langsung di TV3.

Live streaming ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH 31:



TONTON INI JUGA:
Loading...

Live Streaming Konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 Minggu 2 Online.


Konsert ‘GV5’ di minggu 2 akan bersiaran dengan tema yang pastinya bakal mengimbau memori lama kerana para peserta yang disegani telah diberi cabaran untuk menyanyikan semula lagu-lagu hits mereka yang pernah menjadi siulan suatu ketika dahulu.

Untuk pengetahuan anda semua, Amelina mendapat markah tertinggi untuk minggu 1.

Oleh itu, jangan lupa untuk menonton Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 5 (Minggu 2) pada 07 Oktober 2018 (Ahad), jam 9.00 malam.

Peserta manakah yang korang minat? Siapakah yang bakal menyerlah untuk kali ini? Sila tulis di ruangan komen okay?

Bagi anda yang tidak berkesempatan menonton Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 minggu 2, anda boleh juga menontonnya dilaman ini sebaik rancangan tamat.

Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 Minggu 2 Online:



TONTON INI JUGA:
Loading...

Saturday, 29 September 2018

Live Streaming Konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 Minggu 1 Online.


Program realiti menampilkan peserta lagenda tanah air dalam Gegar Vaganza musim ke-5 kini kembali bersiaran secara langsung mulai 30 September 2018 setiap Ahad bermula pada jam 9.00 malam dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Seramai 12 peserta dan kumpulan lagenda tanah air antaranya adalah Elite, Billy Zulkarnain (Duo), Forteen, Zamani, Dia Fadila, Maya Matahari, Amelina, Farahwahida, Shafie (Rio), Hetty Sarlene, Noryn Aziz dan Safura berentap di Konsert Gegar Vaganza 2018.

Bagi anda yang tidak berkesempatan menonton Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 minggu 1, anda boleh juga menontonnya dilaman ini sebaik rancangan tamat.

Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 Minggu 1 Online:



TONTON JUGA:
Loading...

Friday, 21 September 2018

Senarai Keputusan Pemenang Dan Juara Super Spontan Xtravaganza 2018.


Cabaran peserta dalam Super Spontan Xtravaganza 2018 kini sudah berada di penghujungnya dengan menyaksikan 6 peserta final Super Spontan Xtravaganza 2018 akan membuat perhitungan terakhir.

Finalis Super Spontan Xtravaganza 2018 iaitu Izzue Islam, Shahrol Shiro, Achey, Atu Zero, Fad Bocey dan Joey akan berentap secara individu untuk merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 serta hadiah sampingan lain.

Final Super Spontan Xtravaganza yang berlangsung pada hari Jumaat, 21 September 2018 juga bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan UPM, Serdang bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 124).

Berikut ialah senarai RASMI kedudukan pemenang Super Spontan Xtravaganza 2018 Akhir:
  1. Juara: Fad Bocey (Wang Tunai RM100,000 + Trofi)
  2. Naib Juara: Izzue Islam (Wang Tunai RM50,000 + Trofi)
  3. Tempat Ketiga: Achey (Wang Tunai RM25,000 + Trofi)
  4. Tempat Keempat: Atu Zero (Wang tunai RM5,000)
  5. Tempat Kelima: Joey (Wang tunai RM5,000)
  6. Tempat Keenam: Shahrol Shiro (Wang tunai RM5,000) 
Tahniah diucapkan kepada pemenang dan juara Super Spontan Xtravaganza edisi 2018.

Loading...

Live Streaming Super Spontan Xtravaganza 2018 Akhir Online.


Cabaran peserta dalam Super Spontan Xtravaganza 2018 kini sudah berada di penghujungnya dengan menyaksikan lapan peserta final Super Spontan Xtravaganza 2018 akan membuat perhitungan terakhir.

Minggu suku akhir yang lalu menyaksikan kumpulan Sotong Kangkung bermain dengan begitu baik sekali sehingga menenggelamkan prestasi kumpulan Lobster Leleh.

Memetik komen daripada juri, Datuk Afdlin Shauki, beliau berpendapat secara keseluruhannya permainan spontan daripada Sotong Kangkung lebih kemas dan kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan tersebut sangat minima. Faktor ini menyaksikan mereka lebih menyerlah berbanding pihak lawan dan hal tersebut terbukti benar apabila peratusan pemarkahan akhir memihak kepada Sotong Kangkung dengan markah sebanyak 52%.

Finalis Super Spontan Xtravaganza 2018 iaitu Izzue Islam, Shahrol Shiro, Achey, Atu Zero, Fad Bocey dan Joey akan berentap secara individu untuk merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 serta hadiah sampingan lain.

Jadual Siaran Langsung Super Spontan Xtravaganza 2018 Akhir

Tarikh: 21 September 2018
Masa: 10 malam
Lokasi: Dewan Percubaan UPM
Kumpulan Peserta: Sotong Kangkung dan Lobsters Leleh
Pengacara: Dato AC Mizal

Live Streaming Super Spontan Xtravaganza 2018 Minggu Akhir Online:

SERVER 1:




* Link streaming akan diupdate dari masa ke semasa.
*Klik LINK streaming disediakan di atas untuk tontonan secara online!


Loading...

Wednesday, 19 September 2018

Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-5 (GV5) 2018.


Buat julung kalinya, rancangan popular Gegar Vaganza (GV) menampilkan kelainan dengan penyertaan tiga peserta berkumpulan antara 12 peserta yang bakal bersaing menerusi musim kelima ini.

Mereka ialah kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain yang akan memberi persaingan kepada peserta solo lain.

Berikut senarai penuh peserta GV5 2018:

1. Elite
2. Billy Zulkarnain (Duo)
3. Forteen
4. Zamani
5. Dia Fadila
6. Maya Matahari
7. Amelina
8 . Farahwahida
9. Shafie (Rio)
10. Hetty Sarlene
11. Noryn Aziz
12. Safura

GV5 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 30 September ini secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dekat sini.

Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

GV5 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahamd sebagai hos manakala pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim akan duduk di kerusi juri tetap.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.



Apa pun, sama-sama kita nantikan bagaimana kehebatan para peserta GV5 ni...

Loading...

Saturday, 8 September 2018

Inilah Pelakon Yang Menjadi Hantu Di Dalam Munafik 2.


Filem seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof semakin hebat di pawagam apabila kini sudah mencatat RM21.6 juta kutipan hanya selepas empat hari ditayangkan.

Disebalik kejayaan itu, ramai di antara peminat yang telah menyaksikan Munafik 2 tertarik dan terkejut dengan babak-babak hantu yang ada.

Pasti ramai yang mengandaikan hantu dalam Munafik 2 adalah seorang perempuan. Namun sangkaan itu tidak tepat sama sekali kerana hantu tu adalah seorang pelakon lelaki yang kacak. Cuba lihat gambar-gambar di bawah.





Kredit: Shahidan Izwan

Loading...

Monday, 20 August 2018

Koleksi Ucapan SMS Selamat Hari Raya Aidiladha Terbaik Sepanjang Zaman.


Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,lembu pura-pura buat giler,
unta jer nampak cool, tu tandanya raya korban dah dekat,
Selamat HARI RAYA KORBAN.

Lembu menangis tak henti-henti,
Kambing sibuk sorokkan diri,
Unta pulak buat-buat mati,
Biri-biri tiba-tiba tak sedarkan diri,
Apahal dengan semua binatang-binatang nie???
Patut...lah esok kan RAYA HAJI!

Itulah sebab tak ambik perkembangan,
Sampai tak perasan bila hari raya,
Semuanya tersenyum keriangan,
Ada yang memberi ada yang menerima.

Jangan engkau termenung sahaja,
Cepatlah siap untuk beraya,
Ingin Achik ucapkan buat semua,
Selamat hari raya Aidiladha.

Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidiladha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat.

Lembu di sana,Kambing di sini,
Unta sedang tidur, biri-biri berjaga,
Jarak bukanlah persoalannya di sini,
Di Hari Raya Korban bertemu juga...

Pergi kedai kopi Pak Li, main dam aji,
Kayuh basikal sehinggah lenguh lutut,
Parang diasah kasi tajam macam taji,
Takut tumpul potong daging pun tak lut...

Cari pengat sampai ke Sarawak,
Pengat dicari di kawasan pokan,
Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!

Ku pegang kau punya… kau pegang ku punya,
Kur-amas kau punya… kaur-amas ku punya,
Kugoncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen),
Kemudian kita goyang bersama,
Itulah tanda kita bersalam mesra,
SeLaMaT HaRI RaYa Aidiladha…

Peristiwa lembu lari memang tak dapat dilupakan,
Jadikan memori cerita Tok Nenek zaman hadapan,
Selamat Hari Raya Aidiladha kami semua ucapkan,
Hari untuk semua menuju ke arah kebaikan.

Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak giler,
Rupanya hari ini dah Raya Aidiladha!

Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Sukaria di Hari Raya,
Orang tua jangan dilupa,
Jasa mereka sangat berharga,
Kalaulah tiada mereka siapalah kita…

Andai jemari tak sempat berjabat,
Jika raga tak bisa bersua,
Bila ada kata membekas luka,
Semoga pintu maaf masih terbuka.

Apabila terjaga di pagi hari,
Lihat semua berlawa sakan,
Aidiladha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan.

Janganlah dikau terus berangan,
Marilah kita bersembahyang raya,
Ketupat rendang menjadi hidangan,
Jamuan untuk tetamu yang mulia.

Kenapalah engkau bernasib malang,
Hari nie hari rayalah Rahim..!!!,
2 3 ekor lembu tumbang,
Bagi mengikut sunnah Ibrahim.

Tolong doakan ye…
Akhir2 ni hampir setiap malam kat depan rumah aku ada orang lalu….
dia tengok2 jer…. bawa pisau, bara api dan ketulan2 daging….
Seram betul. Dia jerit…..
SATE!…. SATE!...
SELAMAT HARI RAYA KORBAN...


Sumber

Friday, 10 August 2018

Live Streaming Super Spontan Xtravaganza 2018 Episod 4 Online.


Super Spontan Xtravaganza telah masuk minggu ke-4 dan saingan semakin sengit antara kumpulan Sotong Kangkung dan Lobster Leleh. Minggu lepas pasukan dari Sotong Kangkung yang diketuai oleh Izzue Islam dimana penyingkiran dilakukan dan Modee telah terpilih untuk disingkirkan minggu ke-3.

Secara keseluruhannya Modee memang tidak banyak sangat membantu kumpulan Sotong Kangkung. Minggu ini siapa pula yang akan tersingkir? Diharapkan ahli dari kedua-dua pasukan ini baik dari Lobster Leleh maupun Sotong Kangkung melakukan yang terbaik. Sama-sama kita saksikan malam ini.

Siaran Langsung Super Spontan Xtravaganza 2018 Minggu Ke-4 Online:

SERVER 1:

TONTON INI JUGA:
Loading...

Friday, 3 August 2018

Siaran Langsung Super Spontan Xtravaganza 2018 Minggu Ke-3 Online.


Dengan sedikit kelainan, Super Spontan Xtravaganza 2018 bakal menampilkan dua kumpulan peserta iaitu Sotong Kangkung dan Lobsters Leleh yang melibatkan 16 bintang yang terdiri daripada pelawak, pelakon dan penyanyi terkenal.

Minggu lepas, team dari pasukan Lobster Leleh yang dipimpin oleh Fad Bocey sekali lagi tewas. Peserta yang kurang bernasib baik dan terkeluar pula ialah Jaa Juzuran. Tapi ini semua sudah dirancang, tak boleh nak buat apalah kan. Sudah kurang seorang.

Minggu ini apa pula permainannya?? Tunggu jam 10 malam ini!!

Live Streaming Super Spontan Xtravaganza 2018 Minggu Ke-3 Online:

SERVER 1:


* Link streaming akan diupdate dari masa ke semasa.
*Klik LINK streaming disediakan di atas untuk tontonan secara online!


TONTON INI JUGA:
Loading...

Tuesday, 31 July 2018

Rahsia Penulis Novel Jangan Benci Cintaku.


“SAYA tak sangka drama Jangan Benci Cintaku (JBC) jadi trending dan sejak itu saya terima pelbagai reaksi daripada penonton," kata penulis novel JBC, Emelyne Bani Anak Jam, 32, ketika ditemui di Kota Kinabalu, semalam.

Emelyne atau lebih dikenali dengan nama pena Emy Roberto berkata, novel itu dihasilkan pada tahun 2012 dan baru diadaptasi sebagai drama yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia 7 malam.

Penulis kecil molek berasal dari Bintulu, Sarawak ini aktif menulis sejak di universiti, namun apa yang lebih mengejutkan, Emy sebenarnya adalah doktor yang bertugas di bahagian Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2), di sini.

Menurut Emy, kesibukannya dengan tugas harian sebagai doktor tidak membataskan waktu untuk menghasilkan novel sesuai dengan citarasa pembaca.

"Ia bermula dengan minat membaca dan ketika itu didorong oleh suami, kenapa tidak saya hasilkan bahan bacaan sendiri.

"Sejak itu, saya mula menulis di blog yang diwujudkan oleh suami dan akhirnya dapat menghasilkan novel. Setakat ini, sudah lapan buku saya tulis dan JBC dihasilkan ketika saya berada di tahun akhir dalam pengajian dalam bidang perubatan.

"Kebanyakan idea untuk menghasilkan buku adalah hasil inspirasi daripada kehidupan umum masyarakat kita. Memang ada terjadi, namun bukan membabitkan mereka yang hidup atau mati," kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

EMY Roberto menunjukkan novel yang dihasilkannya semasa ditemui di Kota Kinabalu. - Foto Lano Lan

Katanya, dia tidak menyangka drama JBC menjadi fenomena sehingga penonton terbawa-bawa kisah itu, malah tanda pagar '#teamhusna' '#teamfiqa' dan '#teamshah' diwujudkan di laman sosial.

"Saya hanya menyedari ia menjadi trending apabila masuk minggu kedua drama itu ditayangkan. Selepas itu, ada penonton beri reaksi menyatakan cerita ini klise, marah kenapa Husna (satu daripada watak dalam drama) begitu dan sebagainya.

"Tetapi bagi saya, pelakon harus diberi kredit kerana mereka berjaya membawa watak itu sehingga mencetuskan trending," katanya.

Mengulas lanjut berhubung jalan cerita novel itu, Emy berkata, dia sebenarnya ingin menyampaikan kepada masyarakat bahawa kisah rumah tangga seperti itu wujud.

Dalam drama terbabit boleh dilihat bagaimana Rafeeqa (Zahirah Macwilson) menyelesaikan masalah rumah tangga dengan Shahrizal (Saharul Ridzwan) yang diganggu orang ketiga iaitu Husna (Niena Baharun).

"Tidak semestinya imej dibawa Fiqa tidak baik dan tidak semestinya imej Husna yang bertudung adalah baik, itu yang saya mahu sampaikan kepada masyarakat," katanya.

Tahu dengan 'selera' pembaca yang ingin jalan cerita berkisar cinta dan konflik keluarga menyebabkan Emy menghasilkan novel sesuai dengan cita rasa masyarakat.

"Kebanyakan buku dihasilkan untuk menarik pembaca adalah berbentuk percintaan dan konflik keluarga dan kini saya dalam perancangan menghasilkan satu lagi novel yang dijangka siap pada Mac depan untuk Pesta Buku Antarangsa Kuala Lumpur (KL).

"Buku JBC sudah dicetak beberapa kali sejak diterbitkan pada tahun 2013 melalui Penerbitan Idea Kreatif dan orang ramai boleh mendapatkannya atau buku lain menerusi pembelian secara atas talian di Penerbitan Idea Kreatif atau kedai buku berhampiran ," katanya. - HMetro

Monday, 30 July 2018

Ramai Dikalangan Sabahan Menggelarkan Datuk Dr. Jeffery Kitingan (DDJK) Sebagai 'KATAK'...Katak Politik Kata Mereka.


Tanpa melihat dan memeriksa sebab-munasabahnya mengapa DDJK berbuat demikian, kita bolehlah menggelarnya begitu.

Namun...

Menyamakan seseorang ahli politik kepada sesuatu yang bersifat merendahkan tanpa menelaah kepada faktor-faktor penyebabnya, tanpa bersandarkan senario iklim politik semasa, tanpa kita tahu apakah tujuan terulungnya itu adalah satu pertimbangan yang membabi-buta malah boleh jadi satu penghinaan yang tidak bertempat.

Mengapa saya katakan begitu?

Sebab saya melihat DDJK tidak menepati sifat dan sikap perjuangannya seperti yang mereka labelkan kepadanya.

Sejak bila DDJK digelar katak?

Sepengetahuan saya, DDJK mula kedengaran digelar "katak" sejak DDJK keluar dari parti PBRS. Dari parti PBRS DDJK ke parti PKR dan DDJK sempat menduduki kepimpinan tertinggi PKR peringkat negeri Sabah. Pada pru11 (2004) DDJK bertanding di DUN Tambunan atas tiket PKR tetapi tewas di tangan abang beliau, Tan Sri Joseph pairin. Setelah itu DDJK kembali semula ke DUN Bingkor Keningau. Dalam pasca pru11 ini, DSAI telah dibebaskan di bawah era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selang beberapa ketika selepas pembebasan DSAI, prk Permatang Pauh berlaku rentetan penyandang kerusinya, Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail (presiden PKR) telah mengosongkan kerusinya. Ini dibuat untuk membawa masuk DSAI ke parlimen.

Ketika jelajah DSAI atas kapasitinya sebagai Ketua Umum PKR ke Borneo, Sabah khususnya, DDJK pada ketika itu yang masih sebagai ketua perhubungan PKR negeri Sabah, telah mengajukan satu dokumen deklerasi di dalam satu majlis perjumpaan rakyat di Keningau, di mana antara kandungannya yang berkait rapat dengan KUASA AUTONOMI SABAH DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA. Malangnya, sambutan kepada kandungan deklerasi itu oleh kepimpinan tertinggi PKR pusat (dari Malaya) sangat dingin sekali, tiada kesinambungan tindakan yang lebih konkret, sama ada dari PKR pusat sendiri mahupun dari PR (pakatan rakyat pada masa itu).

Pada hakikatnya, PR di Malaya mahupun di Borneo pada ketika itu aura sokongannya sangat kuat dan terbukti pada pru12 PR berjaya mengambil alih 5 negeri di Malaya dari tangan umno-bn.

Dalam pasca pru12, setelah menunggu lama jaminan lebih positif berkenaan deklerasi tersebut dari PR, dari PKR secara khususnya masih tidak diperolehi, sekali lagi DDJK memilih parti baru sebagai pentas politik beliau. DDJK memilih parti STAR yang berpusat di Sarawak.

Pada pru13 DDJK atas tiket parti STAR telah menang di DUN Bingkor, Keningau sehingga kini. Dalam asakan demi asakan dari pelbagai penjuru, dengan hanya satu kerusi DDJK memilih sikap bertahan disamping terus menjulang misi perjuangan ideologi politik beliau yakni kuasa autonomi Sabah di dalam MA63.

Dalam sorotan ringkas pada rentetan peristiwa yang berkait rapat dengan karya politik DDJK di atas itu, sangat tidak layak kita menggelarkan DDJK seekor katak, atau raja katak..sebab, perpindahan demi perpindahan beliau dalam arena politik bukan berdasarkan kepentingan diri atau kepentingan suku-sakatnya tetapi atas kepentingan mengejar hak-hak tanah air sekaligus hak warganya secara menyeluruh.

Apabila DDJK menyentuh yang berkait rapat dengan hak-hak negara Sabah yang termaktub di dalam MA63 itu, adakah ia semata-mata menjurus kepada kepentingan dirinya?..sudah tentu tidak, tetapi kepentingan seluruh warga darah Sabahan. Mereka yang tidak nampak ini adalah buta mata hatinya walaupun matanya tidak buta, yang mereka nampak adalah meterial dan pangkat semata.


Siapakah kumpulan mereka yang begitu sinis sekali menggelarkan DDJK itu katak?

Dapat saya perhatikan..mereka itu yang berkata demikian sedang terngangga mengintai peluang demi mengembungkan poket, membuncitkan perut dengan kemewahan dan kemaruk pangkat dan jawatan. Itulah spesis mereka.

DDJK seorang yang berkelibar, berpendidikan, bijak dan matang..jika DDJK itu katak sebab kepentingan dirinya, mengapa beliau tidak berbuat begitu sekarang sedangkan kondisi dan keberadaan beliau dalam arena politik pada masa kini sangat memungkinkan beliau boleh memperoleh sesuatu yang amat lumayan buat diri beliau?.

Mengapa DDJK sehingga kini masih mewakili parti STAR yang kini telah berdiri sendiri dengan penjenamaan baru menjadi S*T*A*R (SOLIDARITI TANAH AIRKU)?

Dengan hanya satu kerusi, mengikut sifir politik masa kini dan sering kali berlaku, DDJK sepatutnya telah melompat katak ke pihak yang boleh menjanjikannya sesuatu yang lumayan, tetapi perkara itu tidak berlaku..mengapa?

Sebab DDJK bukanlah seekor katak yang mengimpikan langau-langau yang banyak yang bisa beliau makan dan telan. DDJK menjadi katak politik dengan menjunjung ideologi perjuangan murni kepada tanah airnya, kepada anak watan darah Sabahan.

Masih ingat IDS di mana ia diterjemahkan melalui Program Pembangunan Insan (PPI)?

Sebelum itu dan selepasnya..mana ada lagi program yang cukup berketrampilan untuk membangun potensi anak-anak muda warga darah Sabahan?

Semuanya adalah atas idea DDJK dalam lorongnya membangunkan tanah air dan melahirkan warga darah Sabahan yang berpotensi dalam pelbagai bidang, sehingga Dato doktor Mahathir Mohammad pada masa itu sangat iri hati dan berkata.."Jeffery, jangan ajar rakyat apa yang mereka tidak tahu"..ini satu ungkapan yang sangat celaka dari seorang pemimpin yang dianggap pemimpin ulung..benarkah Mahathir itu pemimpin ulung? Pemimpin ulung yang telah menjahanamkan negara Sabah bagi saya.

Sumber

Friday, 27 July 2018

Kisah Security Yang Berani Meleraikan Pergaduhan Seorang Inspektor Dengan Pengawai Penjara.


Kejadian di depan Hotel Emas, Tawau dimana seorang polis berpangkat Inspektor betumbuk dengan seorang Pegawai Penjara gara-gara cermin sisi kenderaan mereka saling bergesel. Keduanya yang berpakaian seragam lengkap bertengkar dan kemudian keadaan menjadi tegang sehingga masing-masing bersiap mengacu senjata.

Tetapi sebelum terjadi tembak-menembak berlaku, seorang warga yang agak berumur bekerja sebagai security di Hotel Emas tersebut dengan berani mengambil tindakan, demi menyelamatkan orang ramai dari peluru sesat.

Security tersebut meleraikan pertelingkahan tersebut tetapi polis dan pegawai penjara tersebut tetap saling mengacu pistol. Security tersebut tidak hiraukan keselamatannya dengan secara berani menampar kedua-dua pegawai tersebut.

Tindakan Security tersebut berjaya membuat keduanya tersebut terdiam dan masing-masing pergi meninggalkan tempat kejadian.

Kejadian ini sempat dirakam wartawan yang kebetulan berada di tempat kejadian, dan sewaktu ditanya dengan tindakan berani security hotel tersebut menampar anggota polis dan pegawai penjara berpangkat tinggi. Security itu menjawab:

“Mereka berdua itu anak saya, dari kecil lagi kalau tidak ditampar dia orang tak akan berhenti bergaduh."

Serius betullah kau bah membaca.. hah tepuk.

Loading...

Live Streaming Super Spontan Xtravaganza 2018 Minggu Ke 2 Online.


Program realiti permainan lawak, Super Spontan menemui penonton bagi musim ke-7 dengan edisi istimewa, Super Spontan Xtravaganza (SSX) 2018.

Menampilkan sedikit kelainan, dengan tema 'CHEF' SSX bakal menampilkan dua kumpulan peserta iaitu Sotong Kangkung dan Lobsters Leleh yang melibatkan 16 bintang yang terdiri daripada pelawak, pelakon dan penyanyi terkenal.

Kumpulan Sotong Kangkung diketuai oleh Izzue Islam manakala Fad Bocey mengetuai dalam kumpulan Lobster Leleh. AC Mizal masih diberi kepercayaan untuk hos program lawak ini dimana bagi yang juara akan membawa pulang RM100,000 beserta trofi.

Ikuti siaran langsung di astro warna setiap Jumaat, jam 10 malam dimana Super Spontan Xtravaganza 2018 kali ini pastinya menarik untuk anda saksikannya.

Jadual Siaran Langsung Super Spontan Xtravaganza 2018
  • Tarikh: Setiap Jumaat mulai 20 Julai 2018
  • Masa: 10 malam
  • Lokasi: Universiti Pertanian Malaysia
  • Kumpulan Peserta: Sotong Kangkung dan Lobsters Leleh
  • Pengacara: Dato AC Mizal
Live Streaming Super Spontan Xtravaganza 2018 Minggu Ke-2 Online:

SERVER 1: 👉 https://m.facebook.com/basahjeruk

SERVER 2:



* Link streaming akan diupdate dari masa ke semasa.
*Klik LINK streaming disediakan di atas untuk tontonan secara online!

Loading...

Tuesday, 24 April 2018

Live Streaming JDT FC vs Vietnam Lam Nghe An Kejohanan Piala AFC Cup 24.04.2018.


Jangan lupa saksikan siaran langsung JDT vs Vietnam yang bakal bertemu di pusing enam untuk saingan Kejohanan Piala AFC 2018 pada 24.4.2018 jam 8:00 pm di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin. Johor Darul Ta’zim (JDT) yang pastinya akan menurunkan skuad terbaik menentang Song Lam Nghe An yang dijangka sengit untuk memastikan tiga mata penuh beraksi di hadapan penyokong sendiri.

JDT pastinya mahukan memenangi perlawanan ini untuk menjadi naib juara kumpulan H dan melayakan ke pusingan seterusnya. Pada kejohanan AFC Cup 2018 kali ini, pasukan JDT diundi dalam kumpulan H bersama Tampines Rovers, Persija Jakarta dan Song Lam Nghe An.

Kedudukan Terkini Kumpulan H


*Keputusan siaran langsung JDT vs Song Lam Nghe An AFC Cup 24.4.2018 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Siaran Langsung JDT FC vs Vietnam Song Lam Nghe An AFC Cup 24.4.2018 (LIVE)

Jadual Siaran Langsung JDT Vs Vietnam 24.4.2018 Piala AFC

Tarikh: 24 April 2018
Waktu: Selasa 8:00 Malam
Lokasi: Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin.

Manakah pasukan bakal meraih 3 mata penuh untuk perlawanan kedua dalam kumpulan! Sama-sama lah kita doakan kemenangan JDT untuk mara peringkat seterusnya.

Loading...

Saturday, 21 April 2018

Nak KBAT? Hah, Ambikkk Kau!


Oleh Mohd Fadli Salleh

Ini buku teks Bahasa Malaysia murid tahun 1 untuk kegunaan 2017. Aku ulang ya. Buku BM murid tahun 1. Yang umur 7 tahun tu. Sedutan muka surat 139.

Aku tengok, aku baca dan aku cuba faham. Dalam diam aku cuba nak jawab. Fuh, pening weh. Payah. Susah. Kau cuba baca dan jawab sendiri lah.

Nanti ada pula yang kata,

"Kau memang tak boleh nak jawab, sebab kau ni Cikgu Matematik. Bukan Cikgu BM."

Hmmm. Memang la aku cikgu Matematik, tapi dari UPSR sampai SPM, result BM aku A. SPM dapat A1 dengan lebih tepat. Bukan nak riak. Nak cakap je.

Aku tak tahu la kita sekarang nak melahirkan apa. Agak-agak lepas UPSR nanti dah terus boleh buat tesis. Cipta teknologi baru. Buat robot transfomers, reka roket ke matahari. Agaknya lah. Dah tara tu punya tinggi level KBAT tahun 1.

Entah-entah buku teks Matematik tahun 1 dah siap ada topik Calculus. Entah la, aku pun tak tengok lagi.

KSSR dimulakan 6 tahun dulu. Hasilnya UPSR tahun ini. 1.11% sahaja mendapat 6A di seluruh negara. Penurunan mendadak dan mengejutkan semua orang. Kecoh seketika Malaysia gara-gara UPSR tahun ini.

Kini silibus baru pula digubal. Entah bagaimana pula result UPSR 6 tahun lagi. Jangan turun sampai 0.11% dah la.

Budak diusia 7 tahun disuruh pandai sampai tahap ini? Disuruh faham, disuruh tulis, disuruh menaakul sampai tahap ini? Berapa ramai yang mampu agaknya ya. Alang kita yang tua pun terkial-kial nak faham dan jawab, ini budak-budak woi!

Ya, memang pasti ada yang mampu jawab. Tapi berapa peratus? 5%? 10%? 20%? Habis tu kenapa nak seksa mental 80% lagi murid tahun 1? Bukan setakat murid seksa mental dah ni, cikgu dan mak bapak pun turut seksa sama. Sungguh!

Dulu-dulu, hanya cikgu yang dibebani dengan tugasan pengkeranian, pelbagai fail dan segala jenis 'e'. Tapi kini murid pun terseksa sama. Diheret dan diseksa mental untuk memuaskan kehendak siapa sebenarnya?

Kita sering didedahkan tentang keseronokan suasana alam persekolahan di negara maju sana. Tambah-tambah sekolah rendah. Banyak main dari belajar. Sebab itu fitrah kanak-kanak.

Dan kita cuba untuk saingi mereka juga kononnya. Tapi kalau bagi soalan tahap universiti pada anak tahun satu macam ini, makin jahanam rasanya.

Benarlah, kita perlu perubahan demi perubahan mengikut masa dan zaman. Tapi berikanlah pendidikan yang seronok pada budak-budak. Bagi mereka belajar sesuai dengan umur dan kemampuan mereka.

Jangan sampai anak-anak takut nak ke sekolah. Jangan sampai anak-anak bersorak bila datang cuti. Cuba kita fikir cara yang buat anak-anak bersorak bila tahu esok sekolah. Biar mereka rasa bosan bila cuti lama-lama. Biar mereka rasa tak sabar nak belajar. Kalau kita ditahap itu, pada aku kita telah berjaya. Pada akulah.

Aku sayang budak-budak. Beri hak orang yang aku sayang boleh tak? Beri hak mereka menjalani kehidupan kanak-kanak sesuai dengan umur dan fitrah mereka. Boleh?

====================

* Dari tinta penulis buku Cikgu Kelas Sebelah.

#CikguKelasSebelah
#MFS

Sunday, 8 April 2018

Senarai Rasmi Pemenang Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2018.


Malam kemuncak AME 2018 telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 9.00 malam pada Ahad 08 April 2018. Sebanyak 18 kategori utama dan 1 kategori khas dipertandingkan untuk memartabatkan artis hiburan dibawah naungan Astro.

Untuk info, pengacara popular Nabil Ahmad dan Neelofa akan menghangatkan lagi suasana malam kemuncak AME 2018. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran Astro Ria, Maya dan Mustika HD seawal jam 8.30 malam.

Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Meletop ERA 2018

Pemenang setiap kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5000.00 berserta trofi.

1. Artis Baharu MeleTOP
2. Drama TV MeleTOP
3. Filem MeleTOP
4. Artis Lawak MeleTOP
5. Hos TV MeleTOP
6. Penyampai Radio MeleTOP
7. Program Radio MeleTOP
  • JoHaRa Pagi Era - Era (Pemenang)
  • Suria Cinta - Suria FM
  • Santai Sinar - Sinar
  • Petang Era - Era
  • Super 40 Era - Era
8. Pelakon TV MeleTOP
9. Bintang Filem MeleTOP
10. Program TV MeleTOP
11. Sukan MeleTOP
12. Program Sukan MeleTOP
13. Si Cilik MeleTOP
14. Lagu MeleTOP
15. Group/Duo MeleTOP
16. Penyanyi MeleTOP
17. Couple MeleTOP
18. Anugerah Khas
  • Datuk Harjit Singh Hullon (Pemenang)
19. Top Top MeleTOP
  • (Lelaki) - Khai Bahar (Pemenang)
  • (Wanita) - Neelofa (Pemenang)
TONTON INI JUGA:
Loading...

Live Streaming Anugerah MeleTOP Era (AME) 2018 Online.


Saksikan secara langsung AME 2018 pada 8 April 2018 di Axiata Arena, Bukit Jalil jam 9:00 malam yang akan dihoskan oleh pengacara popular Nabil Ahmad dan Neelofa. Pelawak dan pelakon Zizan Razak menerima lima daripada 18 kategori utama dalam pencalonan awal Top 20 Anugerah MeleTOP Era (AME 2018). Pelakon filem Abang Long Fadil itu tercalon menerusi kategori Duo MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, dan Fesyen MeleTOP.

Sementara itu, Siti Nordiana, Alif Satar dan Nabil Ahmad pula masing-masing menerima tiga pencalonan awal Top 20. Anugerah yang bakal bersiaran secara langsung pada 8 April, jam 9 pm di Axiata Arena, Bukit Jalil itu turut menyenaraikan beberapa nama baharu antaranya Wany Hasrita, Hannah Dalisha, Farah Nabilah, Floor 88 dan Shaa.

Siapakah bakal dinobatkan selaku juara kategori masing-masing? Sama-sama kita nantikan debaran pada malam ini!

Siaran Langsung Anugerah MeleTOP Era (AME) 2018 Online (Live):


Live Streaming Gema Gegar Vaganza 2018 Astro Online
  • Tarikh: 08 April 2018, Ahad
  • Masa: 9.00 malam
  • Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil
  • Siaran Rasmi: Astro RIA (104) bermula jam 8.30 malam
BACA INI JUGA:
Loading...