Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Thursday, 23 November 2017

Saya Tidak Bertudung Kerana Tun Mahathir Larang. - Siti Hasmah


Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mendedahkan beliau tidak bertudung kerana dilarang suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Siti Hasmah berkata demikian ketika ditanya pemberita berkaitan larangan bertudung terhadap pekerja kaunter depan sesetengah hotel di negara ini.

“Saya fikir puan bertanya kepada orang yang salah.

“Saya tidak bertudung, daripada mula sampai sekarang ini saya tak bertudung,” katanya ketika ditanya dalam sidang media.

Beliau kemudian mendedahkan dirinya tidak bertudung kerana tidak mendapat keizinan suaminya.

“Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami.

“Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya,” katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan simposium, “Siti Hasmah: Wanita pencorak masa depan negara” di Bukit Damansara anjuran Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sementara itu, ditanya sama ada wajar atau tidak larangan hotel itu, Hasmah menjawab:

“Hotel ada dia punya undang-undang dan peraturan. Dia nak jaga juga dia punya perusahaan.

“Bagaimana dengan yang lain juga, ada yang mereka bertudung, ada tempat-tempatnya.

“Kalau dalam hotel banyak pelancong datang, tengok orang bertudung mungkin ada perasaan lain sebab dalam negara dia mungkin ada sesuatu perkara yg berlaku berkenaan orang pakai tudung, terutamanya di Eropah.

“Tengok macam Perancis,” kata Hasmah lagi.

Sumber

Wednesday, 22 November 2017

Padah Curang Dan Bersedap Dengan Duda Di Hotel, Akhirnya Wanita Berstatus Isteri Orang Ini Terima Balasan Memalukan!


JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang duda beranak dua selepas mengugut untuk menyebarkan gambar separuh b0gel seorang wanita yang juga isteri orang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, suspek berusia 40 tahun ditahan pukul 5 petang di Alor Setar, Kedah selepas mangsa berusia 48 tahun membuat laporan polis.

“Mangsa telah berkenalan dengan suspek menerusi laman sosial Facebook pada 6 November lalu dan suspek telah datang ke sini untuk berjumpa mangsa pada 16 November lalu.

“Ketika menginap di sebuah hotel di Nusa Bestari, Skudai, mangsa mendakwa berada dalam keadaan separuh sedar dan hanya menuruti perintah suspek,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Noor Hashim berkata, pada Sabtu lalu, mangsa telah menghantar suspek di hentian bas untuk pulang ke Kedah dan pada hari sama mangsa mendapati panggilan daripada suspek yang meminta wang berjumlah RM5,000.

Sekiranya gagal membayar wang tersebut, suspek mendakwa akan memberitahu suami mangsa tentang pertemuan mereka dan mendedahkan gambar b0gel mangsa.

****
Jika dilihat sepertinya wanita berstatus isteri orang ini yang gatal dan cari penyakit walaupun dah bersuami mengapa perlu bertemu dengan duda tersebut dalam hotel?

Adakah benar-benar separuh sedar atau memang bersedap layan na#fsu abang duda? Bertapa murahnya maruah wanita sekarang hanya berkenalan di facebook serta disuap dengan pujian lelaki hidung belang, tubuh sanggup disajikan.

Rakyat Meluat Anak Mugabe Tayang Kehidupan Mewah.


Orang ramai ramai bersorak di jalanan pada Rabu setelah pemimpin diktator, Robert Mugabe meletak jawatan sebagai presiden Zimbabwe.

Kebanyakan rakyat Zimbabwe marah kerana bertahun-tahun hidup dalam kemiskinan dengan pendapatan per kapita negara yang lebih rendah berbanding Afghanistan.

Gaya hidup mewah anak Mugabe juga antara faktor yang mengundang kemarahan rakyat negara itu.

Foto yang dikongsi termasuklah oleh anak-anak Mugabe menunjukkan sisi kehidupan mewah mereka.

Robert Jr, 25 dan Chatunga, 21, masing-masing berkongsi foto kehidupan mewah dengan memaparkan koleksi barangan kemas dan kereta berjenama.


Malah, Robert Jr turut menjadi tajuk utama akhbar apabila tiba di sebuah kolej di Dubai dengan menaiki kereta Batmobile hitam.

Dia turut memuatnaik foto tersebut untuk tatapan 23,000 pengikut Instagramnya.

Adiknya, Chatunga, dirakam menuang minuman keras berjenama ke atas jam tangan rolex di sebuah kelab malam semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kehidupan mewahnya.


Namun, pada Rabu, bapa mereka, Mugabe melepaskan jawatan sebagai presiden negara itu yang disambut dengan sorakan gemuruh seluruh rakyat Zimbabwe.

Rakyat negara itu dilihat meraikan perletakan jawatan itu dengan menari dan bersorak di Harare, ibu negara Zimbabwe.

Bukan itu sahaja, peletakan jawatan Mugabe juga diraikan di Selatan Afrika dan Johannesburg.

Salah seorang anggota parti Zanu PF, Lovemore Matuke berkata, dia gembira kerana Mugabe melepaskan jawatannya dengan sendiri.

"Ia pasti memalukan jika parti terpaksa memecatnya," ujarnya. - mStar

Monday, 20 November 2017

Cuti Paterniti 14 Hari Untuk Penjawat Awam Lelaki Jaga Isteri Bersalin.


Cadangan memanjangkan cuti paterniti berbayar daripada 7 hari kepada 14 hari untuk kakitangan awam bagi mengambil alih tugas isteri menempuh cuti bersalin.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menjalankan kempen sebagai dorongan kepada golongan bapa muda meluangkan lebih banyak masa bersama bayi.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun, perkara itu akan mengambil masa namun tidak mustahil kerana banyak negara seperti Sweden, Denmark, Jerman melaksanakannya dengan memberikan gaji penuh kepada suami yang isterinya melahirkan anak.

“Ini sesuatu yang baik dan kita bercadang memanjangkan cuti paterniti ini kepada dua minggu yang dirasakan relevan untuk suami mengambil alih tugas melakukan kerja rumah.

“Kementerian akan berusaha ke arah itu. Kita memuji inisiatif, Peruncit Perabot, IKEA memberikan cuti paterniti 30 hari kepada kakitangan lelakinya kerana ia sesuatu positif dan wajar dicontohi sektor awam serta swasta di negara ini.

“Syarikat dari Sweden itu membuktikan kakitangannya lebih produktif apabila kembali ke bekerja selepas menikmati cuti sebulan.

“Mereka lebih bertanggungjawab dan meluangkan masa berkualiti dengan bayi atau anaknya yang lain,” katanya dipetik Berita Harian.

CIMB Bank Bhd memberi cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada kakitangan lelaki yang mendapat anak pertama, berkuatkuasa Jun lalu.

IKEA juga memberikan cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada kakitangannya.

Loading...

Wanita Kempunan Makan Asam Pedas Daging, Gara-gara Suami Terbeli Daging Babi.


”Mujur Allah SWT gerakkan hati periksa dulu daging itu,” demikian luah sorang wanita yang mendakwa daging yang dibeli oleh suaminya di sebuah pasar di Selayang, adalah daging babi.

Mazliana Abdul Manap, yang berhasrat nak memasak menu asam pedas daging pagi tadi terbantut setelah berasa was-was dengan warna daging yang direndamnya, seperti warna daging babi.

“Nak defrost daging konon nak buat asam pedas daging untuk menu hari ini. Tapi tengok warna daging itu lain. Timbul syak yang itu adalah daging khinzir.

“Hati sudah mula berasa was-was. Buat semakan di laman Google, Yes! Memang warna daging khinzir seperti itu,”
tulisnya di Facebook hari ini.

Menurut Mazliana, daging sejuk beku itu dibeli oleh suaminya, Kamarul, di sebuah pasar di Selayang. Sebelum ini juga, mereka pernah membeli daging di tempat yang sama dan tidak pernah berdepan dengan masalah itu.

“Warna daging itu cerah dari daging lembu. Yang ini beli daging beku yang dalam packaging itu. Tetapi di kedai, dia dah potong-potong. Urat-urat daging pun lain.

“Yang jual di pasar itu kan ramai Myanmar. Tauke dia tak tahu bangsa apa,”
tulisnya membalas beberapa persoalan dari rakan-rakannya.

Bagi mendapatkan kepastian, Mazliana juga bertanya kepada jirannya berbangsa Cina yang kemudian mengesahkan bahawa daging itu adalah daging babi.


Rakan-rakannya juga turut menasihatkan agar Mazliana membuat laporan berhubung perkara itu bagi mengelakkan pengguna lain yang terkena.

Mazliana berasa serik untuk membeli daging di pasar berkenaan dan menasihatkan orang ramai berhati-hati bila membeli daging beku.

Loading...

Saturday, 18 November 2017

Selepas 7 Bulan Disembunyikan, Akhirnya Jamal Abdillah Kenalkan Isteri Barunya!


Selepas tujuh bulan ‘mengunci mulut’, penyanyi veteran popular Datuk Jamal Abdillah memperkenalkan isteri barunya Zai Izzati Khairuddin, 23, kepada para peminatnya.

Menurut Raja Pop tanah air berusia 58 tahun itu, jarak umur 35 tahun antara mereka adalah “Ketentuan Ilahi” dan dia amat gembira mempunyai seorang isteri yang penyayang dan mengambil berat tentangnya.

“Berkahwin sekali lagi bukanlah mudah, terutama sekali apabila anda berkahwin dengan seseorang yang bertahun-tahun lebih muda.

“Saya akui perjalanan kami sebagai pasangan suami isteri baru sahaja bermula, dan masih banyak lagi yang kami perlu belajar tentang diri satu sama lain,” kata Jamal.

Penyanyi itu turut mengakui bahawa Zai merupakan seorang wanita muda dan bergaya jika nak dibandingkan dengan dirinya, dan oleh kerana itu Jamal sentiasa cuba ‘mengawal’ sesetengah kebiasaan isterinya yang ‘terlalu trendy‘.

“Saya mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebagai seorang suami dan dalam masa yang sama, saya juga belajar perkara baru tentang dia (isteri). Kunci kebahagiaan berumah tangga adalah tolak ansur,” kata Jamal lagi.

Jamal dan Zai bernikah hanya sebulan setelah mengenali antara satu sama lain.

Tidak dinafikan, memang terdapat suara-suara kurang senang daripada sesetengah rakan dan ahli keluarga mereka yang menyifatkan mereka terlalu cepat mahu bernikah, namun Jamal tidak bersetuju dengan pendapat itu.

“Saya telah berfikir masak-masak dan juga telah membincangkannya dengan ahli keluarga saya. Pertama kali bertemu, kami tidak keluar berdua terlalu kerap dan sentiasa bersembang melalui telefon,” jelas Jamal.

Ini merupakan pernikahan ke empat buat Jamal yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani, 16, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 10, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahrah.

Sumber

LIVE Konsert Gegar Vaganza Musim 4 2017, Minggu 4 Online.


Konsert Gegar Vaganza Musim 4 akan bersiaran secara live setiap hari Ahad bermula pada jam 9:00 malam. Konsert ini berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil. Pengacara rasmi GV masih mengekalkan Nabil Ahmad dan JIhan Muse manakalah Juri tetap adalah Dato’ Ramli MS dan seorang juri jemputan setiap minggu.

Untuk minggu ke-4, setiap peserta sudah diberikan lagu masing-masing dan tema kali ini adalah 'Berduit Lebih Baik'.

Senarai lagu untuk minggu 4 adalah:

Lagu : Dirgahayu - Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza
Pasangan Duet : Hafiz Suip
Peserta : Liza Hanim

Lagu : Biar Menjadi Kenangan - Reza & Masaki Ueda
Pasangan Duet : Misha Omar
Peserta : Firman

Lagu : Naluri Cinta - To'ki & Rohana Jalil
Pasangan Duet : Siti Nordiana
Penyanyi : Lan Kristal

Lagu : Jangan Pisahkan - Deddy Dores & Mayank Sari
Pasangan Duet : Azharina
Peserta : Hazami

Lagu : Arjuna Mencari Cinta - Dewa
Pasangan Duet : Aweera
Penyanyi : Tia Jinbara

Lagu : Ceritera Cinta - Jaclyn Victor & Rio Febrian
Pasangan Duet : Innuendo
Peserta : Aishah

Lagu : Selasih Ku Sayang - Datuk Ahmad Jais & Datin Rafeah
Pasangan Duet : Bob
Peserta : Syura

Lagu : Memori Daun Pisang - Amelina & Iwan
Pasangan Duet : Ezad Lazim
Peserta : Haida

Lagu : Cinta Ini Membunuhku - D'Masiv
Pasangan Duet : Tomok
Peserta : Aqasha

Lagu : Aku Yang Tersakiti - Judika
Pasangan Duet : Aepul Drama Band
Penyanyi : Elyana

Klik Video Siaran Konsert Gegar Vaganza 2017 Minggu 4 Online Dibawah:


TONTON INI JUGA:
Loading...