Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Monday, 1 October 2018

Kota Palu Sulawesi. Sasaran Gempa Bumi Dan Tsunami Merupakan Sarang Utama LGBT.


Baru-baru ini Indonesia sekali lagi ditimpa bala dan bencana yang meragut ribuan penduduk. Namun disaat-saat bencana tersebut akhirnya baru tahu rupanya bandar tersebut dihuni oleh puak-puak LBGT.

Boleh saksikan video tentang berita itu yang bertarikh 6 March 2018. 5 bulan selepas berita itu Allah turunkan bala di Kota Palu. Mohon ampun pada Allah. Mohon dijauhkan bala seumpamanya di bumi Malaysia ini. Ayuh, kita tentang LGBT hingga ke akar umbi!!!!







Video dibawah membongkarkan segala-galanya.


Loading...

Thursday, 20 September 2018

Penyanyi Terkenal Saleem Koma Terlibat Dalam Kemalangan.

Foto Instagram

PENYANYI terkenal Saleem terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Menurut isterinya, Julia Bachok ketika dihubungi mStar Online, kejadian berlaku berdekatan rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras, ketika vokalis kumpulan Iklim itu keluar membeli barang.

"Ketika kejadian saya tidak berada di rumah kerana sedang membeli baju untuknya pakai di majlis bertemu peminat sebelah malam di Shah Alam.

"Dia ada beritahu hendak keluar sebentar beli barang dan tidak sangka pula Saleem kemalangan.

"Panik saya dibuatnya apabila ada orang beritahu suami kemalangan dan segera saya bergegas ke hospital Kajang," katanya.

Julia berkata demikian sebagai mengesahkan khabar angin mengatakan Saleem kemalangan jalan raya di laman sosial.

Menerusi status yang tersebar itu, Saleem dikatakan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang selain berada dalam keadaan koma.


Maklumat tersebar itu mendakwa impak kemalangan berkenaan menyebabkan tulang rusuk penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu tersusuk ke bahagian paru-parunya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan sebenar Saleem, Julia berkata, suaminya berada dalam keadaan stabil namun dia enggan mengulas lanjut mengenainya.

Bagaimanapun kata Julia, pihaknya sedang dalam proses memindahkan Saleem ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang keadaan Saleem stabil. Tentang apa yang ditularkan mengenai keadaan suami, saya enggan mengulas.

"Bukan saya tidak mahu beritahu tapi tidak mahu kalau cerita orang ingat saya ingin minta simpati tetapi Saleem stabil dan tidaklah seteruk yang diberitahu.

"Pinta saya agar semua peminat mendoakan agar Saleem segera sembuh dan apa yang berlaku ini adalah ujian Allah," katanya. - Sinar Online

Tuesday, 4 September 2018

Kronologi Kes Kematian CEO Cradle Fund - Isteri Ke-3, Bekas Suami Pertama Ditahan.


Kes kematian bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan, semakin mendapat perhatian.

Kini isteri ketiga Nazrin, Samirah Muzaffar dan bekas suami wanita itu ditahan reman selama 7 hari. Mereka yang kedua-duanya berusia 43 tahun ditahan bagi membantu siasatan terhadap kes pembunuhan Nazrin pada 14 Jun lalu.

Samirah yang juga Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Media melaporkan, sumber yang dekat dengan siasatan mendedahkan letupan telefon bimbit, yang pada mulanya didakwa sebagai punca kebakaran yang meragut nyawa Nazrin, tidak pernah berlaku.

Kecederaan di badan mangsa juga tidak menunjukkan ada serpihan daripada letupan, kata sumber itu.

"Ada kesan petrol di badannya…dan kecederaan di kepala."

Berikut merupakan kronologi kes kematian Allahyarham Nazrin Hassan:

Infografik Astro AWANI

Monday, 3 September 2018

3 September Bakal Di Isytihar 'Hari Terkejut Kebangsaan'.


Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dijangka mengisytiharkan 3 September sebagai 'Hari Terkejut Kebangsaan'. Ini disebabkan:

SPRM terkejut...

SPRM terkejut mahkamah bebaskan Guan Eng:

Peguam Lim Guan Eng terkejut...

Peguam Guan Eng lebih terkejut kenyataan SPRM:

Perdana Menteri pun terkejut...

Mahathir pun terkejut kes Guan Eng digugur:

Loading...

Thursday, 30 August 2018

‘Salah Ke Saya Dilahirkan Lembut, Pakai Macam Perempuan?’ - Faiz Roslan

‘Salah ke saya dilahirkan lembut, pakai macam perempuan?’ - Faiz Roslan

Faiz Roslan sebelum ini memang terkenal dan viral dengan video-video parodinya dan salah satu yang paling mendapat perhatian adalah parodi 'Pematah Hati' nyanyian Nabila Razali.

Disebabkan selalu memakai pakaian wanita dan mengenakan solekan, dia juga pernah ditegur oleh pendakwah, Da’i Wan yang menyatakan perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang sama sekali.

Baru-baru ini salah seorang netizen memuat naik status menyatakan yang Faiz Roslan yang sekarang adalah sangat berbeza dengan yang dahulu.

Perubahan Faiz ini tidak disenangi memandangkan dahulu dia adalah seorang yang lucu dan bukan melebih-lebih seperti sekarang ini.


Tidak mahu berdiam diri, Faiz Roslan membidas kenyataan tersebut kerana sudah letih berdiam diri dikecam netizen. Menurut Faiz dia sememangnya dilahirkan lembut. Tak minat nak berubah katanya!
"Salah ke lelaki lembut wujud?"


Rata-rata netizen bersetuju yang Faiz Roslan semakin berani bersuara walaupun terang-terangan ianya salah di sisi Islam.

Ramai marah dengan kenyataan Faiz yang tegas tidak mahu memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.



Da’i Wan yang dulu pernah menegurnya menegaskan supaya memberi Faiz Roslan masa dan jika nak menegur perlu ada cara yang betul.

Doakan jela Faiz Roslan ini berubah dan doakan yang baik-baik untuk dia. -CARI

Kredit

Sunday, 29 July 2018

Fazura ‘Sound’ Faezah Elai Kutuk Wakilnya ‘Body Shaming’ Di Anugerah Telenovela.


Walaupun menang besar pada malam Anugerah Telenovela 2018, pelakon jelita Nur Fazura bagaimanapun tidak dapat hadir ke anugerah tersebut kerana terikat dengan komitment lain. Oleh itu, Fazura telah menghantar seorang wakil untuk menerima trofi bagi pihaknya di atas pentas.

Namun, kecoh semalam apabila Fazura meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyampai anugerah iaitu Faezah Elai yang menyindir ataupun memerli bentuk badan wanita yang mewakili beliau. Paling memalukan apabila satu dewan turut tertawa.


Wanita yang mewakili Fazura

Ayat Faezah yang berbunyi “Fazura lepas 5 orang anak” dianggap seakan ‘body shaming’. Malah rata-rata pengikut Instagram Fazura turut merasa marah dengan kata-kata Faezah itu yang mampu mendatangkan malu serta mengguris hati orang lain.








Mungkin juga Faezah ingin bergurau tetapi caranya itu tidak sesuai dan tidak kena pada tempatnya. Harapnya selepas ini beliau akan lebih berhati-hati ketika bercakap agar tidak menimbulkan salah faham.

Sumber

Saturday, 28 July 2018

Umie Aida Beri Izin Suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Kahwin Lain.


Pelakon Datin Seri Umie Aida mendedahkan dia memberi keizinan kepada suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk berkahwin lain.

Umie, 45, berkata suaminya terkejut dengan keputusan yang dibuatnya sebaik sahaja bangun daripada tidur pada pagi Sabtu.

"Pagi ni me (saya) bangun tidur, tiba-tiba me cakap dekat abang (suami). Jangan buat perkara tak elok. Kalau nak terus kahwin. Me izinkan.

"Terkejut beruk abang. Dia cakap me merepek," tulis Umie menerusi laman sosial miliknya.

Pelakon filem Dukun ini juga menyedari dirinya bukanlah seorang isteri yang sempurna.

Umie memuat naik status pendedahan tersebut menerusi laman Instagramnya.

Namun, Umie tidak tahu mengapa dan sebab utama dia berkata sedemikian kepada suaminya.

"Me cakap me tahu me bukan isteri yang sempurna. Hmmm... Entahlah... kenapa dan mengapa me boleh cakap begitu.

"Tapi yes... Me izinkan dan me nak abang tahu itu. Mood gerhana bulan kot," katanya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial mendoakan rumah tangga Umie dan suami kekal hingga jannah biarpun dilanda dugaan.

Malah, ada juga segelintir netizen yang mengaitkan status tersebut dengan watak Husna menerusi drama Jangan Benci Cintaku.

Umie izinkan suami kahwin lain.

"Saya doakan akak kekal ke jannah dengan abang sebab awak berdua sokong satu sama lain.

"Wow... Insya-Allah dapat payung emas. Fenomena Husna ada di mana-mana. Bahaya ni.

"Jangan cari nahas, dapat madu macam Husna dalam drama tu nanti nahas...," komen beberapa pengikutnya.

Umie dan Khairuddin Abu Hassan bernikah di Mekah pada Mac 2010.

Loading...

Monday, 23 July 2018

Syed Saddiq Hanya Dapat Markah 39/100 Kerana Gagal Menggunakan Tatabahasa Yang Betul.


Tersebar luas dilaman sosial apabila kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KBS dalam twitter mendapat kritikan oleh pakar bahasa melayu yang menjunjung kasih bahasa rasmi Malaysia tersebut.

Jika sebelum ini kita disajikan dengan kenyataan media dalam bahasa mandarin, kali ini nampaknya lebih menarik. Persoalannya, siapakah yang menaip kenyataan media tersebut? Adakah kenyataan tersebut tidak disemak ataupun ada pihak yang sabotaj.

Harap YB Syed Saddiq mengambil pengajaran dan memperbetulkan kepincangan yang telah berlaku.

Haaa tepuk dahi!!!

Kenyataan Media Menteri Belia dan Sukan, YB @SyedSaddiq berhubung isi pelepasan pemain skuad bola sepak bawah 23 negara bagi Temasya Sukan Asia 2018 pic.twitter.com/8OJWhvbwMt - KBS (@KBSMalaysia) July 22, 2018

Sumber

Wednesday, 18 July 2018

Kanak-kanak Meraung Disangka Kena Dera Buat Netizen Tergelak Besar.


SATU video yang memaparkan seorang seorang kanak-kanak lelaki menangis kuat menjadi viral di media sosial sehingga mengundang perhatian ramai netizen yang ingin mengetahui kisahnya.

Dalam video yang dikongsi penceramah bebas yang juga personaliti TV terkenal, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, kanak-kanak tidak berbaju itu merangkak sambil meraung sebelum aksinya itu dirakam.

Netizen beranggapan kanak-kanak itu menjadi mangsa dera atau takutkan sesuatu.

Bagaimanapun, di penghujung video tersebut membuatkan netizen ketawa apabila melihat kanak-kanak itu sebenarnya menangis kerana mahu makan durian.

Memang mengelikan hati sebaik melihat kanak-kanak itu terus senyap daripada menangis selepas mendapat durian yang diberikan dalam bekas.

Musim durian ketika ini rupanya bukan saja diminati ramai termasuk kanak-kanak sehingga ada yang meraung kerana mahukan Raja Buah itu.

Kredit

Tuesday, 17 July 2018

MB Terengganu Mengadu Isterinya Dilayan Kasar Semasa Urusan Pertukaran Sekolah Anak.


Sikap penjawat awam pejabat pendidikan Kuala Terengganu yang bercakap kasar dan sombong menimbulkan rasa kesal kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Kejadian berlaku kepada isteri Menteri Besar sendiri apabila dilayan secara tidak profesional atas urusan pertukaran sekolah anak beliau.

Beliau meluahkan melalui posting Facebook 16 Julai lalu.

Terkilan Dengan Sikap Kurang Budi Bahasa

Pagi tadi kira kira jam 11.30 pagi, isteri saya ke Pejabat Pendidikan Kuala Terengganu di kawasan Wisma Persekutuan atas urusan pertukaran sekolah anakanda ke sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu.

Saya merasa sangat terkilan dengan sikap kurang budi bahasa dan profesionalisme seorang pegawai di kaunter untuk urusan sekolah menengah, bila bercakap kasar dan sombong.

Kalau beginilah sikap setengah pegawai berurusan dengan rakyat, tentulah ianya adalah sangat memalukan.

Sudah tentu saya akan memaklumkan pada Menteri Pendidikan bila bertemu nanti - iaitu sebahagian isu kerosakan profesionalisme.


Sumber

Friday, 6 July 2018

(Video) Skandal Anak Lelaki Najib, Nazifuddin Bersama Wanita Diluar Negara.

Celia Zhang - berusia 34 tahun dan merupakan bekas model keturunan Cina-Vietnam yang kini menjadi pelakon dan telah berada di industri hiburan selama empat tahun.

Anak lelaki Datuk Seri Najib Razak dilihat makan dan minum wain dengan seorang pelakon di Taiwan sehari selepas bapanya didakwa di sini sebanyak RM42 juta daripada bekas unit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Apple Daily Taiwan mendakwa ia menyaksikan Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib makan dan berbual malam tadi dengan seorang pelakon yang dikenal pasti sebagai Celia Chang, di sebuah restoran di pusat membeli-belah Breeze Xinyi berhampiran menara ikonik Taiwan Taipei 101.

Portal itu berkata kedua-duanya dilihat minum gelas demi gelas wain merah dalam suasana santai yang berlangsung selama tiga jam, dan mendakwa bahawa dua botol wain merah telah dibuka.




Ia juga berkata kedua-duanya kemudiannya dilihat mengambil teksi ke salon urut, sebelum makan malam bertemankan lilin dan menghabiskan kira-kira dua jam di bar.

Apple Daily mendakwa kedua-dua mereka kemudian menaiki teksi ke hotel Grand Hyatt sekitar jam 1 pagi.

Menurut Apple Daily, Nazifuddin menulis catatan Facebook pada jam 9.58 malam pada malam yang sama untuk membelakangi bapanya yang didakwa dengan rasuah, dengan menyatakan bahawa ini dikatakan berlaku ketika dia sedang makan malam bertemankan lilin bersama pelakon tersebut.




Laporan Apple Daily disertai klip video yang menunjukkan rakaman ringkas dan gambar kedua-duanya bersama-sama. Nazifuddin juga dilihat bersama dengan pelakon tersebut selepas dia turun dari pesawat semalam dalam perjalanannya ke Taiwan.

Ketika Zhang ditanya mengenai pertemuan pada Khamis itu yang dirakam video, Apple Daily melaporkan bahawa pelakon itu menjawab melalui jurucakapnya bahawa:

"Dia hanya sahabat baik yang saya kenal selama bertahun-tahun dan datang ke Taiwan untuk melawat, saya bertindak sebagai panduannya dan menemaninya."

Apabila ditanya tentang penampakan mereka di hotel Grand Hyatt, pelakon dilaporkan menjelaskan bahawa mereka hanya minum kerana lebih banyak minuman di sana.

"Kami hanya minum di bar Grand Hyatt, moodnya tidak baik kerana ahli keluarganya sakit, selepas itu dia pergi untuk berehat dan saya kemudian pergi," katanya dipetik sebagai berkata.

Pelakon itu menyatakan bahawa mereka tidak membincangkan berita tentang Najib, dilaporkan kepada portal bahawa dia dan anak lelaki Najib secara umumnya mengelakkan politik kerana sensitiviti dan penglibatannya dalam arena tersebut.

Apple Daily berkata Nazifuddin kembali pagi ini ke Malaysia, juga mendakwa bahawa bekas anak presiden Umno itu mula diperkenalkan oleh rakan-rakannya di Taiwan tiga tahun lalu kepada pelakon itu.

Akhbar itu mendakwa pelakon itu sebelum ini tidak mengetahui status dan latar belakang Nazifuddin dan hanya memulakan hubungan dengannya baru-baru ini selepas dia berpisah dengan teman lelakinya.

Dalam laporan berasingan oleh Apple Daily, pelakon itu - yang telah dikenal pasti sebagai Celia Zhang - berusia 34 tahun dan merupakan bekas model keturunan Cina-Vietnam yang kini menjadi pelakon dan telah berada di industri hiburan selama empat tahun.

Nazifuddin dalam kenyataan 29 Mac 2018 yang disiarkan di akaun Facebooknya mengumumkan bahawa beliau telah menarik diri dari arena politik dan mungkin akan kembali aktif dalam Umno bila sampai masanya nanti.

*****
Najib didakwa pada hari Rabu lepas di Kuala Lumpur dengan tiga tuduhan pecah amanah sebagai seorang penjawat awam dan satu menyalahgunakan kedudukannya untuk suapan diri terhadap dana RM42 juta subsidiari ex-1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Dia telah mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan yang masing-masing boleh dihukum dengan penjara maksimum 20 tahun dan denda, dengan CBT juga dihukum dengan sebatan. Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta yang dibayar setengah, dengan baki RM500,000 yang dijadualkan pada hari Isnin depan.

Nazifuddin dilihat bersama anak-anak Najib yang lain iaitu Norashman, Mohd Nizar, Nooryana Najwa dan pasangan suami-isteri kedua pada hari Rabu di mahkamah ketika Najib dituduh.


Sumber

Friday, 25 May 2018

Kejutan Apabila Diminta Tunjuk 'MyKad'.


Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di sini semalam tergamam seketika apabila seorang lelaki mengemukakan kepada hakim gambar lukisan tangan dirinya ketika diminta menunjukkan MyKad.

Issam Bakri, 42 yang dituduh pendatang tanpa izin mengemukakan gambar lukisan tangan dirinya kepada Hakim Azreena Aziz sebagai bukti bagi menyokong dakwaan bahawa dia merupakan rakyat jati Sabah.

“Ini Mykad awak?” soal Azreen yang jelas tidak gembira melihatkan lukisan lelaki berambut tegak dan berbaju kemeja, dengan dua tompokan cakaran berbentuk bulat di kiri dan kanan lukisan yang mewakili cap jari.

Issam mengaku tidak bersalah apabila dia didakwa pada 26 April lalu kerana tidak memiliki dokumen pengenalan sah untuk menetap di Sabah.

Namun lelaki itu tetap mengekalkan pengakuan tidak bersalah ketika tuduhan dibacakan kepadanya semalam.

Dengan muka selamba, Issam mendakwa memiliki dokumen yang diperlukan bagi menafikan tuduhan dan dengan kebenaran mahkamah terus mengeluarkan lukisan tersebut dari poket seluarnya.

Aktiviti di mahkamah dikatakan terhenti seketika apabila pegawai pendakwa, Sabrina Jinius menyerahkan ‘Mykad’ itu kepada Azreena.

Hakim turut bertanya tertuduh sebanyak tiga kali sema ada kertas itu memiliki dokumen yang dimaksudkannya, dan Issam mengiyakan sebanyak tiga kali juga.

Azreena kemudiannya memerintahkan Issam dihantar ke hospital sakit jiwa Bukit Padang untuk menjalani pemeriksaan mental dan kes berkenaan akan disebut semula pada 26 Jun.

“Saya tak tahu sama ada nak marah atau nak gelak,” katanya yang turut mengatakan ia merupakan kejadian pertama kali sepanjang 15 tahun berkhidmat sebagai pendakwa raya.

Saturday, 19 May 2018

Parti UMNO Akan Dibatalkan Oleh ROS, Semua Ahli Parlimen UMNO Bakal Hilang Status MP.

Berikut printsceen dari page sebagai bukti

Pru 14 menyaksikan sejarah apabila rakyat bangkit tumbangkan kerajaan zalim. Hasil daripada kemenangan PH pada PRU ke 14 Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7. Dan seperti dan manifesto PH perkara yang pertama akan dilakukan ialah menyiasat Najib yang didakwa songlap duit 1MDB berbilion ringgit.

Bagaikan cacing kepanasan kebanyakkan Adun BN mula melompat parti demi menjaga perut sendiri. Sehinggalah PH membuat pengumuman tiada lagi untuk menerima pengkianat UMNO di dalam parti tersebut.

Jadi tak hairanlah mengapa page pemuda UMNO mendakwa parti UMNO akan dimansuhkan seperti mana gugurnya BERSATU.

Antara Reaksi Netizen Daripada Page Tersebut

Muhammad Nazim Muanam Baca la balik perlembagaab umno. Umno sendiri yg langgar perlembagaanya. Kalau ROS batalkan pun tiada unsur politik tetapi disebabkan kecuaian umno dalam memerhati perlembagaan nya sendiri.

Zuraimey Jay Yg sudah 2 sdh lah.UMNO perlu akur dgn kesilapan sendiri.Sekarang ni bukan masa maumpertahankan kesalahan.Klu mau menang dan menarik hati rakyat biarkan lah UMNO terkubur.Bina UMNO yg baru.buang yg lama2 tak boleh pakai 2.Bagi nafas yg baru.klu masih Zahid…Hisyamudin dan yg lain2 2,UMNO tak akan ke mana.Tetap akan kalah.

Eezad Eeznadia Kalau pemuda tak paham fasal 10.16 lepas tu acah acah nak kata kerajaan nak batalkan pertubuhan UMNO nampaknya bukan salah kerajaan la. Itu salah ahli UMNO sendiri.. sebab apa dulu masa berkuasa semua ahli umno jadi lembu kena cucuk hidung tarik kesana kesini. Bila tau ada yg salah tapi tetao sokong dan tak berana nak suarakan. So apa yg terjadi sini bukan salah kerajaan atau pun parti parti yg lain tapi salah UMNO sendiri sebab tak pandai jaga perihal sendiri.

Cikgu Kakashi Ade baca perlembagaan umno x? Perlembagaan umno tu org umno yg cipta…yg langgar perlembagaan pon org2 umno. Hidop kne trima kenyataan. Kne tau salah sendiri. Jgn nk salahkan orang jerk. Muhasabah cket diri tu. Igtkan dah sedar….rupanye masih mcm tu jgak. Adeeiiiii…..

Mohamad Zukhairi Keyri Jika dibatalkan ada 2 kemungkinan:-

1. Beramai ramai ahli umno join/sokong PAS. Dgn jumlah itu next PRU PAS boleh perolehi kemenangan besar, mungkin ambil alih pemerintahan negara.

2. Join PPBM tetapi sukar sebab ada DAP dalam tu yg berbeza perjuangan dengan Umno.

Shahrizan Ibrahim Salah UMNO sendiri bangang..penat ahlinya bmati2an utk UMNO..di atas macam kerasukan saitan mengaut keuntungan lupa jaga & status keperluan ros… Btl la kata zahid..atas macam kerasukan saitan, yg dibawa (pemuda) mcm tikus.. Blah2 xleh ckp puasa..

Shahrulrizal Said Memang sial la rakyat malaysia yg dok kesian kat umno..nak kesian pasai pa la,najib punya harta yg dia gan bini dia curi yg rakyat punya ada dia kesian time dia curi dan kumpul harta2 tuu… Lu pikiaq la sendiri..!

Amran Abdul Rahman Jika UMNO ditadbir menurut Undang2 pedulikan sebarang perckpan. Inilah cabaran yg tak pernah dirasai krn belum ada pengalaman jadi pembangkang.

Ahmad Albab Aku tak setuju batalkan umno…nak tgk kaliber wakil bn berbahas didewan

Zol Aziz Salah UMNO… Penundaan boleh hanya 1 tahun.. Mana ada 2 tahun.. Hahahhaa… So kenapa xbuat mesyuarat agung

Encik Ahmad Salah sendiri..sila tengok balik buku undang undang kecil penubuhan umno…siapa suruh x buat mesyuarat/pemilihan……

Ardeahsyah Alimudin bila menari dongak ke langit.. langkah mu sumbang salah kan bumi.. silap sendiri x dipeduli.. baru terngadah menyesali diri…


Sumber

Friday, 23 March 2018

‘Saya Sendiri Pun Tak Mampu Cipta Komedi Selucu Ini’ - Afdlin Shauki


Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat kejutan dengan menghadiri Wacana Sinar Harian bertajuk “Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?” di Shah Alam, semalam juga mencuri tumpuan para artis.

Antaranya, termasuk Datuk Afdlin Shauki.

Dalam catatan ringkasnya di media sosial, penerbit itu jelas tidak dapat menahan perasaan lucunya melihat gambar Dr Mahathir berdiri sambil melirik ke arah seorang pensyarah yang sebelum itu mengkritiknya.

Pensyarah itu adalah Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) di Universiti Utara Malaysia.

Afdlin yang juga seorang pengarah filem dan pelawak mengakui beliau sendiri tidak mampu mencipta komedi selucu itu.


"Hahahahaha….Saya tidak boleh mencipta komedi selucu ini!..sangat epik," katanya.

Pensyarah itu adalah antara tiga ahli panel yang mengupas topik itu yang membincangkan sama ada jika Dr Mahathir sudah terlalu tua untuk jadi PM apabila bekas perdana menteri itu secara tiba-tiba turut hadir sambil ditemani isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.

Selain Kamarul Zaman, siri wacana itu turut disertai pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.


Kamarul Zaman pada awal wacana itu nampak begitu lantang dan yakin sewaktu membidas Dr Mahathir.

Namun beliau dilihat terpaku di kerusi sebaik Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah tampil dan duduk di barisan hadapan penonton.

Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu kemudiannya dijemput menyertai perbincangan berkenaan.

Bagaimanapun, pagi tadi, Kamarul Zaman menafikan bahawa dirinya terkedu dan terus terkucil ketakutan sebaik sahaja Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu.

Sementara itu, seorang lagi selebriti, Sharnaaz Ahmad turut menyindir panel yang lain iaitu Kevin.

"Itu bukan Kevin Zahri ka? Hang cikgu fitness (kecergasan) kan…yang dok masuk politik pasai pa? Dari protein shake ke parlimen ka?…," katanya.


Loading...

Monday, 19 March 2018

Gambar Rasmi Anak Perempuan Siti Nurhaliza Dan Datuk K Tersebar.


Setelah hampir 12 tahun lebih menantikan zuriat pertama, akhirnya Siti Nurhaliza dan pasangan Dato Khalid Jiwa atau Dato K telah dianugerahkan seorang cahaya mata yang selamat dilahirkan pada 8.18 pagi 19 Mac 2018.

Difahamkan bayi perempuan itu dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.55 kilogram. Apapun, tahniah diucapkan kepada Dato Siti Nurhaliza kerana telah bergelar seorang ibu setelah penantian yang begitu lama.



Sumber

Friday, 16 March 2018

Uji Rashid Bukan Dihalau! - Wakil Keluarga Beri Penjelasan Sebenar.


Wakil keluarga penyanyi popular 1970-an, Uji Rashid tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku kepada mereka sekeluarga.

Kata individu yang menggunakan nama Rehan Ismail di Facebooknya, Uji Rashid tidak dihalau dari kediaman yang sedang disewanya sekarang namun mencari alternatif untuk terus menyara keluarga.

“Nak beritahu juga, bukan kena halau. Sekarang menyewa apartment RM1,500, tak beli sebab banyak dokument melibatkan slip gaji dan sebagainya.

“Dia menjaga Cico yang sakit sejak setahun lalu.

“Dia seorang yang menyara keluar dia (anak dan cucu). Walaubagaimanapun, kami turut membantu mana yang perlu,” jelasnya.

Rehan memohon agar situasi yang berlaku kepada Uji dan keluarganya tidak ditularkan dan dibandingkan dengan arwah biduanita negara, Datuk Sharifah Aini.

“Jangan bandingkan dia dengan arwah Sharifah Aini sebab dia single sejak Cico bayi lagi.

“Menanggung arwah ibu dia dan keperluan keluarga. Dia sepatutnya sudah berehat senang lenang tetapi musibah yang melanda Cico adalah dugaan yang dia harus hadapi.

“Apa yang tersiar dan viral dalam media saya pasti amat perit bagi dia yang selama ini tidak pernah meminta-minta bantuan,” tambahnya.

Beberapa hari lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu dilaporkan terpaksa keluar daripada rumah sewanya di Ampang, Kuala Lumpur dan memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Berita sedih itu dikongsikan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar baru-baru ini.

Thursday, 15 March 2018

Hampir Diusir Kerana Miskin, Uji Rashid Terpaksa Pohon Rumah PPR.


Jika sebelum ini pernah berhadapan dengan detik hitam hampir diusir keluar dari rumah sewa di Ampang, hari ini Uji Rashid sudah mampu menarik nafas lega apabila layak menerima rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Kisah penyanyi yang tersohor sekitar tahun 1970an ini menjadi perhatian apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar memuat naik di laman Instagram gambarnya bersama Uji Rashid, anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico serta cucu penyanyi itu.

Noh dalam catatan di Facebooknya itu berkata, Uji Rashid telah datang ke pejabatnya berhubung permohonan penyanyi itu untuk mendapatkan rumah PPR.

“Beliau (Uji Rashid) ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diusir dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.

“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” katanya Noh melalui catatannya itu.


Sumber