Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Saturday, 17 February 2018

Mohon Senang, Bila Nak Terminate Punya Susah. Kita Jumpa Di Mahkamah, ASTRO, Kau Dah Melampau Sangat!!!


Apa yang saya nak ceritakan ini adalah rasa tidak puas hati saya terhadap ASTRO. Saya harap pihak persatuan pengguna dan KPDNKK dapat menyiasat dakwaan saya terhadap ASTRO ini. Bagi saya, ASTRO bersikap khianat kepada pelanggan.


1. Saya pernah mengalami bil terlambat bayar. Bil secara lewat dipos atau dirancang (?) kelewatannya oleh ASTRO sendiri agar dia boleh caj. Saya rasa ASTRO potong perkhidmatan tengah malam. Contohnya dia potong pukul 3.00 pagi dan dia sambung balik pada pukul 3.05 minit. Tujuannya apa? Dia claim caj penyambungan. Ramai pelanggan yang tak sedar caj penyambungan puluhan ringgit ini. Kita pun tak sedar dia potong kerana siangnya kita dapat tonton macam biasa.

2. Kalau kita nak daftar dan buat pembayaran bil cukup mudah. Di mana-mana sahaja kita boleh lakukan. Tetapi apabila kita nak buat pemberhentian langganan amat susah. Mereka akan arahkan kita telefon sendiri kepada ASTRO. Di sini sekali lagi kita sakit hati. Nak dapat bercakap tekan macam-macam nombor. Last sekali, “pegawai kami sedang sibuk/ sila tunggu sebentar sambil dengar music kami”. Akhirnya terpaksa pakai lagi ASTRO. Soalannya, kenapa ASTRO tak sediakan borang permohonan untuk pelanggan berhenti melanggan di setiap kios, kedai atau pejabat cawangan ASTRO? Bila permohonan kena dibuat melalui panggilan telefon, maka tiada salinan surat permohon yang boleh dijadikan bukti oleh pelanggan.

3. Bila buat permohonan berhenti perkhidmatan pula, diarahkan tunggu pula dalam tempoh sebulan hingga tamat langganan bulan terakhir. Jadi untuk tempoh menunggu itu, dikenakan pula caj. Yang peliknya bil akhir saya selepas ASTRO memotong perkhidmatan ialah RM322.00. Oleh kerana tempoh notis sebulan itu, bil bertambah menjadi RM387.00. Sekali lagi pelik berlaku. Dalam bil saya ada ‘reconnect’ pula lalu bil akhirnya bila bertambah lagi. Apakah ini semua penipuan terancang oleh pihak ASTRO?

4. Kontrak langganan untuk kedai makan selama 2 tahun adalah tidak wajar. Ini kerana bagaimana jika perniagaan ditutup selepas setahun. Kedai tidak disewa lagi. Bil ASTRO kena bayar bulan-bulan. Kalau nak berhenti, kena bayar baki bulan-bulan hingga cukup 2 tahun.

Sakitnya hati bila kita diugutnya dengan surat dari pejabat peguam. Akhirnya, saya ambil keputusan jumpa ASTRO di mahkamah je. ASTRO jawablah dan beri penjelasan di mahkamah nanti. Dengan saya dia boleh kelentong. Biar dia kelentong dalam mahkamah. Harap hakim menyebelahi saya. Kalau kena bayar pun puas hati. Kes ini kalau dibawa ke mahkamah boleh jadi rujukan untuk semua. Boleh juga pembaca kongsi cerita mainan ASTRO di sini.

Loading...

Wednesday, 14 February 2018

Tolong Sebarkan: Bapa Mohon Wanita Langgar Lari Anaknya Tampil Mohon Maaf.


Kemalangan membabitkan Muhammad Razeen, 3, berlaku kira-kira jam 1.30 petang, Khamis lalu di Serdang Jaya. Anak bongsu daripada lima beradik itu cedera di bahagian muka dan kepala selepas dilanggar di depan rumah neneknya.

Mohd Rashidi berkata, anaknya kini masih menerima rawatan di Hospital Serdang dan berada dalam keadaan stabil. Namun begitu, beliau kesal kerana wanita yang melanggar anaknya itu masih belum munculkan diri.

“Wanita pandu kereta jenis Perodua Myvi yang langgar anak saya, sila tampil bersemuka minta maaf dengan keluarga kami,” luah Mohd Rashidi Osman, 37.

“Lepas langgar anak saya, dia tak jumpa langsung keluarga saya dan terus berlalu pergi selepas anak saya dibawa ke dalam rumah. Saya dah lapor polis tapi sampai sekarang wanita berusia 30-an yang memandu Myvi berwarna kelabu itu belum munculkan diri,” katanya.

Menceritakan kejadian, anaknya bersama ibu saudaranya keluar rumah menuju ke kereta kerana mahu bergerak pulang ke kampungnya di Nilai.

“Belum sempat apa-apa anak dah melintas dan dilanggar Myvi tersebut sebelum terpelanting beberapa meter dari lokasi. Kakak saya terus angkat anak masuk ke rumah, bila keluar, dia dapati pemandu Myvi tersebut telah menghilangkan diri,” katanya.

Semalam, tular di laman sosial perkongsian netizen mengenai kejadian menimpa Muhammad Razeen. Netizen mendesak pemandu kenderaan tersebut tampil selepas terlibat dengan kejadian langgar lari hingga mengakibatkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan pendarahan dalaman dan tempurung kepala retak.

Mohd Rashidi menjelaskan, keadaan anaknya itu tidak serius namun terdapat darah beku di kepala dan keretakan di bahagian kepala.

“Pembetulan juga kereta yang dinaiki wanita yang melanggar anak saya adalah jenis Myvi kelabu bukannya Honda BRV. Pelaku boleh menghubungi saya di talian 0123637035 untuk mengatur pertemuan menyelesaikan masalah ini,” katanya dipetik laporan Sinar Harian Online.

Loading...

Tuesday, 13 February 2018

Kronologi Insiden Dan Punca Kebakaran Bangunan KWSP.


Berikut ialah kronologi insiden dan punca kebakaran:

11.53am: Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan berhubung kebakaran di bangunan enam tingkat itu.

11.58am: Sekurang-kurangnya, 70 anggota bomba dan penyelamat dari beberapa buah balai bomba di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian untuk proses pemadaman api.

12.20pm: Punca dan impak masih belum dikenal pasti. Buat masa ini, pengguna jalan raya sedang berkongsi foto serta video kejadian di media sosial.

1.00pm: Laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) – Setakat ini, 40 peratus bangunan terjejas dalam kebakaran setinggi enam tingkat. JBPM masih tidak dapat mengenal pasti jika ada kemalangan jiwa atau tidak.

1.30pm: Dalam mengesahkan kebakaran tersebut, kenyataan media dari Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP berkata cawangan dan pejabat Petaling Jaya itu telah ditutup buat sementara waktu.
“Pasukan Pengurusan Krisis Cawangan sedang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang akan memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar. Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan kami, pengungsian bangunan telah dilakukan dan pejabat dan perkhidmatan kaunter ditutup.
“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas. Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula,” kata kenyataan itu.

1:50pm: Sidang media Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish di lokasi memberitahu tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua pekerja di bangunan itu, kira-kira 600 orang, terselamat. Pelanggan-pelanggan KWSP yang pada masa insiden berada di kaunter juga berjaya dikeluarkan.

“Data pencarum juga selamat kerana kita ada backup data. Kita juga akan ambil tindakan untuk recovery process secepat mungkin. Our business continuity plan will be in place,” katanya.

Beliau berkata pelanggan KWSP buat masa ini boleh ke cawangan KWSP yang lain untuk berurusniaga.

2.00pm: Sidang media Timbalan Ketua Pengarah JBPM Selangor, Datuk Soiman Jahid mengesahkan, tiada kebakaran berlaku dalam bangunan, hanya cladding atau lapisan pelindung di luar bangunan yang terbakar.


“Punca kebakaran adalah percikan api akibat kerja penyelenggaraan serta cuaca panas dan angin kuat. Cladding yang digunakan juga adalah bahan mudah terbakar seperti yang digunakan di Grenfell Tower di London.

Bahan cladding ialah polyethylene (polyfoam), bahan yang mudah terbakar. Ia tidak sepatutnya digunakan di mana-mana bangunan, terutamanya di bangunan agensi kerajaan,” tegasnya.

Bangunan ni tak terbakar, yang terbakar hanya cladding sahaja!


Cladding maybe introduce by architect for purpose of sound insulation due to EPF too close to heavy traffic highway. Malaysia had no law control motorists noises. Ever night our highway is like sepang race posting nuisance to residents unable to sleep. New condos are suffering this kind of nuisance.

Soiman berkata pihak bomba mengambil masa 30 minit untuk memadamkan api.

Gambar di sebalik insiden kebakaran KWSP





BACA INI JUGA:
Loading...

Saturday, 3 February 2018

'Johan Raja Lawak' Kena BLOCK Oleh Laman Web Cari Jodoh Untuk Selamanya.


Gara-gara mempunyai wajah yang sama seperti pelawak Johan Raja Lawak, lelaki yang memasang niat untuk mencari jodoh di sebuah laman web disekat kerana di sangkakan mengguna wajah selebriti.

Melalui perkongsian ini telah dikongsikan sendiri oleh rakan kepada mangsa iaitu Zaid Izzuddin.

Malah lebih melucukan rakannya bernama Syaffiq Tatam itu dituduh kononnya menyamar sebagai selebriti.
Segalanya berlaku apabila Syaffiq telah mendaftar keahliannya di sebuah laman web mencari jodoh, namun setelah pihak laman web tersebut memeriksa akaun Syaffiq mereka telah menganggap Syaffiq melanggar syarat serta peraturan penyertaan menggunakan gambar selebriti.

Untuk mengelakkan kekeliruan dan membuktikan rakannya itu tidak berpura-pura, Zaid turut memuat naik gambar rakannya bersama Johan!
Dalam masa yang sama, di laman Facebook, tuan punya badan turut bersuara dan merasakan perkara ini sesuatu yang melucukan…


Fuhhhhh memang melucukan betul, pihak laman web sendiri keliru dengan persamaan mereka!
Assalamualikm okay yang ini kelakar.. Aku cube la daftar dekat satu laman mencari jodoh.. Ye la orang bujang mana la tau jodoh aku ade dekat situ. Yang masalah nya akaun aku telah disekat sebab konon nya aku gunakan gambar artis. Dan aku dah banyak kali bagi tahu yang gambar tu gambar aku….hadoiiiii… Yang ni last email yg diorang bagi kat aku sebelum akaun aku telah disekat….hadoii!!!!!
Zaid Izzuddin Rahmat Hilmi Sufri Muhammad Nurhanafi Faiz Norddin FarilIzzadi Baituljannah.com
Namun menerusi ruangan Instagram kami, Syaffiq menjawab komen rakannya dan memebritahu kini akaunnya dalam laman web tersebut boleh di akses semula seperti biasa…

Tak boleh bayangkan betul macam manalhah kalau kedua-dua ni bergabung di atas satu pentas kan?

Okay tak nak cakap banyak, nah #MHBelanjaGambar Syaffiq yang dikatakan ‘kembar’ kepada Johan Raja Lawak.






Anda rasa sama tak?

Sumber

Thursday, 1 February 2018

[Viral] Ragad Kurdi, Isteri Taib Mahmud Tukar Bangsa Jadi Melanau Dikritik Netizen.


Nampaknya undang-undang di Malaysia ni ada perubahan yang baharu, mungkin? Biasanya kita dengar rakyat Malaysia bertukar agama tetapi berbeza dengan isteri bekas ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud siapa lagi kalau bukan Ragad Kurdi.

Ragad Kurdi yang berbangsa Lubnan didakwa telah bertukar bangsa kepada bangsa suaminya iaitu bangsa Melanau.

Sekeping dokumen yang tertulis nama penuh Ragad Kurdi dan bangsa baharunya serta no kad pengenalan milik Ragad telah dikongsi oleh kartunis Zunar melalui laman sosial Twitter miliknya.

TERKINI - Keputusan baru dari Native Court Sarawak Bini Taib Mahmud, Ragad Kurdi yang berbangsa Lubnan kini ditukar ke bangsa Melanau dan berhak mendapat semua hak orang2 Melanau. Apa Komen anda? - Tulis Zunar di laman Twitter.

Rata-rata netizen mencemuh tindakan Taib Mahmud yang menukarkan bangsa isterinya dan secara tak langsung mendapat hak penuh seperti orang Melanau yang lain.

Kredit

Friday, 19 January 2018

AWAS...Jangan Jadi Mangsa. Maggi Tiruan Dari China Telah Masuk Ke Pasaran.


Pihak berkuasa Singapura menyatakan tiada produk makanan tiruan dari China diimport ke Singapura.

Ini menyusuli berita bahawa begitu banyak kilang di China didapati menghasilkan produk makanan tiruan.

“Sebagai sebahagian daripada program pemantauan keselamatan makanan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA), produk-produk makanan yang diimport diperiksa secara kerap dan diuji sampelnya untuk memastikan ia mematuhi piawai dan syarat-syarat keselamatan makanan kami.

“Sejauh ini, kami tidak mengesan sebarang produk makanan tiruan yang diimport dari China,” menurut jurucakap AVA hari ini (17 Jan).

Jurucakap itu menambah produk-produk makanan yang tidak mematuhi syarat-syarat AVA tidak akan dibenarkan dijual. “Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap sesiapa yang didapati bersalah melanggar peraturan kami,” menurut AVA.



Hampir 50 kilang di bandar Tianjin di China didapati menghasilkan produk-produk makanan tiruan dengan bahan-bahan termasuk “sisa makanan dan garam gred kilang” yang tidak sesuai untuk dimakan manusia, menurut laporan media China.

Produk-produk itu mempunyai label-label palsu jenama-jenama popular seperti Lee Kum Kee, Nestle dan Knorr, menurut laporan The Beijing News.


Nestle menyatakan ia sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa untuk membanteras produk tiruan “untuk melindungi para pelanggan kami, serta produk dan jenama-jenama kami.”


“Pakar-pakar kami sedang membantu pihak berkuasa membezakan produk-produk Nestle yang asli daripada produk tiruan,” menurut jurucakap syarikat yang turut memiliki Maggi itu.

Loading...

Tuesday, 9 January 2018

(VIDEO) Cilok Punya Cilok Tapi Tak Lepas, Akhirnya Satria Terima 'KEJUTAN' Dari Myvi...


Viral di media sosial video rakaman dashcam sebuah kereta Proton Satria 'panjat' kereta Perodua Myvi yang turut membabitkan sebuah lagi kenderaan lain.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.20 pagi semalam di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari Taman Megah menghala ke Damansara, pemandu kereta Satria terbabit dikatakan bertindak memotong kereta Myvi yang telah berhenti di depannya.

Tindakannya itu mengundang kemalangan dan keretanya hampir terbalik ke lorong kanan tetapi berlanggar dengan sebuah kereta di lorong berkenaan yang tidak sempat mengelak, sebelum kereta Satria itu kembali ke kedudukan normal.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.

Berdasarkan video, kesemua kereta yang terlibat berhenti di tepi jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu di media sosial, netizen juga tidak menolak kemungkinan yang pemandu berkenaan mungkin sedang leka dengan 'sesuatu' sehingga tidak menyedari jarak keretanya dengan Myvi sudah terlalu hampir menyebabkan pemandu terbabit segera mengelak, namun sudah terlambat untuk berbuat demikian lalu berlaku kemalangan.

Para pengguna jalan raya diingatkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu, bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Loading...