Monday 8 May 2017

Gadis Itali Datang Ke Indonesia Semata-mata Ingin Berjumpa Dan Berkahwin Dengan Kekasih Hati Yang Dikenalinya Secara Online.

Tags



Internet adalah satu keperluan di zaman sekarang. Apa saja yang kita lakukan sama ada untuk mencari pengetahuan, maklumat, menjana pendapatan dan apa saja yang terlintas di fikiran kita boleh dapatkan melalui internet.


Melalui internet juga ramai orang telah bertemu jodoh secara online yang sehingga kini telah mempunyai zuriat yang tercipta daripada pertemuan di dalam internet.

Satu kisah yang terbaru yang telah menarik perhatian ramai sehinggakan kini jadi tular di media sosial yang mengisahkan seorang gadis dari Itali datang ke Indonesia semata-mata ingin bertemu kekasih hati sebelum melangsungkan perkahwinan.

Ilaria Monte Bianco yang lebih dikenali sebagai Ilaria, gadis yang datang dari Itali ingin bertemu kekasih yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook, Dzulfikar yang berasal dari Batang, Jawa Tengah, Indonesia.

Menurut laman WorldofBuzz, Ilarian dikatakan telah berkerja di sebuah restoran di negaranya dan mengumpulkan wang selama dua tahun hanya semata-mata untuk datang ke negara di mana kekasih hatinya itu berada.




Kedatangan Ilaria ke kampung Tragung Kecamatan Kandeman Kabupaten, Batang, pada 18 April lalu telah disambut baik oleh ahli keluarga Dzulfikar yang menganggap Ilaria seorang gadis yang lemah lembut, sopan santun dan peramah. Keluarga Dzulfikar akhirnya bersetuju anak mereka dikahwinkan dengan Ilaria gadis Itali itu.

Menurut ibu kepada Dzulfikar, Ismoyowati, anaknya itu memaklumkan kepadanya akan kedatangan Ilaria ke rumahnya pada dua minggu sebelum itu dan dia langsung tidak menyangka Ilaria datang sejauh ini hanya ingin bertemu dengan anaknya sebelum bersetuju untuk berkahwin.


Kedatangan Ilaria ke kampung berkenaan telah menarik perhatian semua penduduk kampung dan suasana menjadi riuh rendah kerana kampung berkenaan jarang menerima kedatangan orang asing sebelum ini.

Dek kerana keriuhan itu, pihak polis telah dipanggil untuk mengawal keadaan serta telah menolong kedua pasangan ini untuk berkahwin, malah, Ilaria juga dikatakan telah bersetuju untuk menukarkan agamanya kepada agama Islam.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon