Wednesday 20 December 2017

Satu Lagi Ribut Tropika Melintasi Filipina. Amaran Cuaca Waspada Sabah 23 Hingga 24 Disember Ini.

Tags




KOTA KINABALU: Amaran Cuaca Waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) hari ini kepada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berikutan terdapatnya satu lagi ribut tropika yang dijangka melintasi Filipina.

Menurut Ketua Pengarah MMD, Alui Bahari, amaran tersebut berkuatkuasa mulai 23 hingga 24 Disember dan kawasan-kawasan yang akan terlibat ialah Bahagian Pendalaman di daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan, Bahagian Pantai Barat, Bahagian Kudat, Bahagian Sandakan di daerah Beluran, Sandakan dan Kinabatangan.

Manakala di negeri Sarawak daerah yang terlibat adalah Miri dan Limbang serta seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, Amaran Cuaca Waspada bagi Semenanjung Malaysia turut dikeluarkan bermula 22 hingga 24 Disember ini berikutan Ribut Tropika Kai-Tak yang dijangka melanda kawasan timur dan utara semenanjung.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah seluruh negeri Terengganu, Perlis, Kedah, Pualau Pinang, Kelantan di daerah Kota Bharu, Pasir Putih, Machang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang, Kuala Krai serta negeri Perak di daerah Hulu Perak, Kerian dan Larut Matang & Selama.

Dijangkakan angin kencang melebihi 50 kmsj dengan ombak 3.5 meter dijangka akan berlaku di perairan Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam tempoh tersebut.

Perkembangan mengenai amaran cuaca akan kemaskini di laman web MMD dan aplikasi mobil myCuaca. -PENERANGAN

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon