Tiga negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Labuan di bakal memasuki Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Rabu ini.
Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi menerusi laporan Bernama.
Pada masa yang sama, beliau juga berkata bahawa kemudahan untuk sektor ekonomi dan individu lengkap dua dos vaksin akan diumum waktu terdekat. - Bernama
Perlis, Sarawak dan Labuan beralih ke Fasa 3 PPN mulai Rabu -- PM pic.twitter.com/yAXeOTwpG2
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) August 2, 2024
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat (Sarawak) di seluruh negeri itu mulai 2 Ogos ini sehingga 2 Februari tahun depan, sekali gus menggantung pilihan raya negeri (PRN) daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.
Dalam satu warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Julai, Seri Paduka berpuas hati darurat besar iaitu wabak Covid-19 yang sedang berlaku telah menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam terancam.
Menurut Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak, Dewan Undangan Negeri (Dun) itu sepatutnya terbubar pada 7 Jun lepas, namun fasal berkenaan tidak mempunyai kuasa menurut perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung pembubaran Dun itu.
Warta Kerajaan Persekutuan itu menyebut ordinan berkenaan akan terhenti berkuat kuasa pada 2 Ogos menurut Proklamasi Darurat yang dikeluarkan pada 11 Januari, di mana PRN Sarawak dikehendaki diadakan dalam 60 hari dari 2 Ogos mengikut Fasal (4) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak.
"Dan bahawasanya Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam keadaan yang tersebut, beta boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat untuk menggantung pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri untuk menghalang daripada terus merebaknya wabak Covid-19 jika pilihan raya umum diadakan," titah Seri Paduka dalam warta berkenaan.
Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan di Istana Abdulaziz di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang itu turut menyatakan perkara itu akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. - HMetro
KUALA LUMPUR: Kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara minggu depan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelonggaran itu bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos vaksin mereka.
"Dan lepas itu kita akan umumkan apakah kelonggaran-kelonggaran kepada mereka yang dapat dua dos ini supaya mereka tidak terus ‘terikat’; perlu ada beberapa kelebihan (advantage) untuk mereka," katanya setelah melakukan lawatan ke syarikat farmaseutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, kelonggaran itu mungkin termasuk pergerakan untuk membeli-belah, atau sekurang-kurangnya rentas daerah.
Menurutnya, langkah berkenaan juga seiring dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi terutama di Lembah Klang pada Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) nanti. - HMetro
KUALA LUMPUR: Pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan dari Mei depan kepada penghujung Februari ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Pembayaran membabitkan peruntukan RM1.93 bilion itu akan dibuat secara berperingkat mulai Rabu ini bagi membantu kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.
Tengku Zafrul berkata, kerajaan sentiasa komited bagi memastikan bantuan diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
"Seramai 4.4 juta daripada 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran RM300 setiap penerima bagi kategori isi rumah manakala 4.05 juta penerima akan mendapat bayaran RM150 seorang bagi kategori individu bujang.
"Isi rumah dan individu bujang akan menerima bayaran yang terus dikreditkan ke akaun bank manakala penerima tidak mempunyai akaun bank, boleh ambil bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Jumaat ini.
"Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula akan menerima bayaran di lokasi akan diumumkan kelak, bersekali dengan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0), antara 1 Mac hingga 1 April depan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini dilaporkan, tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini bagi BPR dilanjutkan hingga 25 Februari ini, selain penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu atau kemaskini jika tiada sebarang perubahan maklumat. - BH Online
KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tadbiran Tan Sri Muhyiddin Yaasin akan tumbang dalam undian Parlimen esok.
Dalam sidang media bersama Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Mahathir berkata dalam bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 esok sekiranya majoriti menolak, kerajaan hari ini akan rebah dan kerajaan baru akan dibentuk.
Tanpa menamakan sebarang platform atau parti yang bakal membentuk kerajaan baru jika kerajaan PN kalah dalam undian esok, Dr Mahathir sekadar menyatakan kerajaan baru akan didasari oleh gabungan Ahli Parlimen yang berkhidmat kepada rakyat dan matlamatnya cuma satu iaitu memajukan negara.
“Esok kalau kerajaan kalah dalam bacaan kali ketiga, kerajaan baru akan dibentuk. Buat masa ini masih belum ada Kabinet bayangan.
“Bukan untuk saya jadi Perdana Menteri, tapi kalau dapat sokongan (majoriti) saya akan jadi Perdana Menteri esok,” katanya pada sidang media di Yayasan al-Bukhary, hari ini.
Beliau beberapa kali menegaskan bahawa kerajaan baru yang bakal dibentuk nanti hanya akan terdiri daripada pemimpin yang benar-benar ikhlas membantu rakyat dan juga fokus mengembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia.
Dr Mahathir juga memberitahu kerajaan baru berkenaan tidak akan dibangunkan berasaskan parti seperti lazimnya kerana katanya dengan politik kepartian pemimpin akan mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat dan sibuk berpolitik.
Ahli Parlimen Langkawi itu menyatakan sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama mereka dalam penolakan belanjawan esok, ia diterima namun bersyarat.
“Mereka boleh sokong. Tapi kalau kerajaan baru dibentuk mereka tak boleh sertai memandangkan ada kes mahkamah,” tegasnya.
Dr Mahathir memberitahu beliau Tengku Razaleigh tidak akan meminta gaji kerana mereka telah memiliki wang persaraan yang mencukupi sepanjang 22 tahun berada dalam Kabinet sebelum ini.
“Kami berdua orang lama berpengalaman dalam kerajaan. Kami cuma ingin membantu, tak perlu bayar gaji,” katanya.
Sementara itu, Tengku Razaleigh ketika ditanya sebagai Penasihat UMNO adakah beliau mempunyai magis untuk menarik sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk kalahkan kerajaan PN dalam undian esok, beliau tidak menolak jangkaan tersebut.
“Jawapannya mungkin dapatkan sokongan Ahli Parlimen BN,” jawabnya ringkas.
Ahli Parlimen Gua Musang itu turut memaklumkan beliau tidak ada masalah bekerjasama dengan Dr Mahathir dan pembangkang di Parlimen memandangkan kerajaan yang mentadbir hari ini tidak mempunyai keabsahan.
Bahkan Tengku Razaleigh tidak mengendahkan sekiranya Lembaga Disiplin UMNO bakal mengenakan tindakan terhadapnya.
“Disiplin apa? Saya bersama dengan Dr Mahathir,” ujar beliau.
Beliau juga menegaskan tidak akan terlibat dalam pengundian di Parlimen.
Mantan perdana menteri Najib Razak, 'mengatakan bahawa kini terdapat banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan pengeluaran secara one off sehingga jumlah mencecah rm10,000 daripada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP bagi kegunaan mendesak pada ketika ini'.
Sebelum ini Najib pernah mencadangkan supaya kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan duit daripada akaun 2 KWSP sebagai salah satu langkah membantu Rakyat dan merancakkan ekonomi semasa wabak pandemic covid-19. Pada waktu itu juga kerajaan telah menyambut baik cadangan nya serta melaksanakannya sebagai program I -Lestari di dalam pakej Prihatin Negara menurutnya.
Menurut Najib Razak lagi, permohonan ini boleh dipertimbangkan bersyarat pemohon mesti menandatangani surat aku janji serta berjanji akan mencarum semula pengeluaran one off sebanyak RM 10 ribu itu di dalam tempoh dua tahun akan datang selepas kepulihan ekonomi negara dan ianya tidak termasuk di dalam caruman bulanan yang biasa.
Di samping itu, Najib Razak juga menasihatkan bahawa dividen KWSP yang biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah akaun simpanan bank dan simpanan KWSP adalah penting untuk usia tua rakyat selepas mereka bersara. Oleh yang demikian Najib menasihatkan Rakyat supaya jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan yang mendesak.
Di dalam posting tersebut Najib juga ada mencadangkan bahawa syarat akujanji bukanlah sebuah sebab mahu pencarum membuat Bayaran balik seperti pinjaman bank tetapi niatnya cuma untuk menggalakkan pencarum melebihkan simpanan di usia tua mereka disebabkan dividen KWSP adalah tinggi.
Tambahannya lagi jika tidak dapat bayar balik di dalam masa dua tahun yang diberikan, tidak akan ada sebarang penalti dan KWSP tidak akan boleh berbuat apa-apa. Ia cumalah untuk memperingatkan pencarum bahawa simpanan di dalam akaun KWSP adalah penting yang akan memberikan keuntungan kepada pencarum.
Sebelum ini Najib ada menyarankan kepada kerajaan negeri Sabah untuk memberikan bantuan tambahan khusus sebanyak RM1 ribu kepada sekitar 700,000 penerima bantuan prihatin Nasional di Sabah.
Beliau juga dilihat telah beberapa kali menanyakan hal tersebut di media sosial Facebook miliknya dan turut serta menyenaraikan 8 jenis bantuan yang perlu disalurkan kepada rakyat Sabah yang teruk terkena impak pandemik Covid-19.
AHLI Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP itu berjumlah RM40 billion.
"Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.
"Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak empat peratus yang berkuatkuasa April 2020 akan membolehkan pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barangbarang keperluan harian.
"Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini...yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Beliau berkata, mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.
Menurutnya, walaupun jumlahnya mungkin tak seberapa, tetapi inilah wang hasil titik peluh anda sendiri yang sepatutnya digunakan untuk hari tua, tetapi kerajaan benarkan wang ini digunakan pada masa ini memandangkan ada dalam kalangan saudara-saudari yang memerlukan.
"InsyaAllah, jika wang ini digunakan secara berhemah akan ada keberkatannya untuk saudara dan saudari seisi keluarga," katanya.
Ia antara beberapa inisiatif diumumkan kerajaan bagi mengurangkan bebanan kewangan rakyat berikutan Covid-19 sehingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan. - HMetro
Malaysia mencatatkan kematian pertama berkaitan wabak Covid-19 hari ini, melibatkan seorang lelaki berusia 60 tahun di Kuching, Sarawak.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, lelaki itu, yang merupakan seorang paderi di sebuah gereja di Kuching, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada pukul 11 pagi tadi.
"Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak masih dalam proses mengenal pasti sumber jangkitan terhadapnya.
"Sementara itu, 193 kontak rapat mendiang telah dikenal pasti dan sedang menjalani kuarantin di rumah," kata JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini. - MKini
TIADA Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya Kabinet kerajaan di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai empat menteri kanan.
Empat menteri kanan ini bertanggungjawab membantu Perdana Menteri menyelaras hal ehwal Kabinet berkaitan bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
Menteri-menteri kanan juga akan membantu Perdana Menteri menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaan Muhyiddin dalam negara.
Dengan adanya menteri-menteri kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik.
SENARAI MENTERI KANAN, MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI
1. Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
2. Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
3. Menteri Kewangan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: Datuk Abd Rahim Bakeri
Timbalan Menteri II: Mohd Shahar Abdullah
4. Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Shahruddin Bin Md Salleh
5. Menteri Kanan - Menteri Pendidikan
Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Datuk Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: Muslimin Yahaya
6. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup
7. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Yazid
8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
Datuk Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith
9. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary
10. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib
11. Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah
12. Menteri Alam Sekitar
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
13. Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri M Saravanan
Timbalan Menteri: Awang Hashim
14. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri: Datuk Seri Santhara Kumar
15. Menteri Wanita dan Keluarga
Datuk Seri Rina Mohd Harun
Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
16. Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Mansor Othman
17. Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Datuk Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri: Ali Anak Biju
18. Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin
19. Menteri Kesihatan
Datuk Seri Sri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang
20. Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Datuk Seri Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi
21. Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Abd Latiff Ahmad
Timbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong
22. Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar
23. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid
24. Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin
25. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib
26. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim
27. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
28. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin
29. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Datuk Jeffrey G Kitingan
30. Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing
31. Menteri Belia dan Sukan
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.
Dalam kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan diadakan esok.
"Istana Negara hari ini menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.
"Proses ini lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.
"Selepas mendapat representasi semua, pada hebat Seri Padu, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat ialah Tan Sri Mahiadddin (Muhyiddin) Md Yassin," katanya.
PETALING JAYA: Istana Negara hari ini tidak mahu terima wakil yang dihantar Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal untuk menghadap Agong tentang penubuhan kerajaan baru, kata seorang pegawai istana.
Selepas perjumpaan dengan ahli Parlimen yang berlangsung sejak semalam selesai petang tadi, pegawai berkenaan memberitahu pemberita ketua menteri Sabah itu dianggap tidak hadir kerana menghantar setiausaha sulit kanannya untuk pertemuan peribadi itu.
"Perlu ada batang tubuh sendiri untuk hadir, tidak boleh wakilkan kepada mana-mana pihak. Dia ada hantar wakil pada petang ini tapi ia tidak dianggap sah," katanya.
Pegawai itu juga memaklumkan selain Shafie, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz juga tidak menghadap Agong.
FMT difahamkan Nazri ketika ini berada di luar negara.
Hari ini seramai 137 ahli Parlimen hadir ke Istana Negara seperti yang diarahkan untuk ditemubual Sultan Abdullah satu persatu. Semalam, 83 ahli Parlimen datang menghadap.
Keseluruhannya 220 daripada 222 ahli Parlimen tampil untuk temubual yang diadakan sepanjang hari, yang dijalankan mengikut proses selepas peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada Isnin. - FMT
Jambatan Temburong dijangkakan bakal menjadi jambatan terpanjang di rantau Asia. Jambatan sepanjang 30 kilometer itu menyambungkan Mengkubau dan Sungai Besar di daerah Brunei-Muara ke Estet Labu di daerah Temburong.
Jambatan ini yang turut menghubungkan bahagian Sarawak, Miri, Lawas, Sabah memakan kos $1.6 bilion (Brunei) dan akan diiktiraf sebagai jambatan terpanjang di Asia tenggara dan ke enam di dunia.
Bukan itu sahaja, dengan ada jambatan ini, perjalanan ke Kota Kinabalu akan menjadi lebih pendek. Sekarang ini, kedua-dua daerah itu dipisahkan oleh daerah Limbang, Sarawak dan juga Teluk Brunei.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, jambatan itu bakal meningkatkan aktiviti di Limbang, Sarawak.
Pembinaan jambatan tersebut yang bermula pada tahun 2014 itu dijangka siap pada bulan November 2019 ini.
KUALA LUMPUR: Seorang Mejar Komando Kem Sungai Udang dipercayai meninggal dunia akibat tertembak semasa latihan di Sabah, pukul 9.20 pagi ini.
Memetik sumber, mangsa, Mejar Mohd. Zahir Armaya, 36, merupakan anak pelakon lagenda, AR Badul itu mati semasa melakukan demonstrasi akibat terkena tembakan pistol Glock.
"Tembakan itu dipercayai tersasar sedikit lalu melepasi baju kalis peluru yang dipakai mangsa," jelas sumber itu.
Allahyarham Mejar Mohd. Zahir yang telah berkeluarga merupakan pegawai di pasukan 11 Rejimen Gerak Khas. - Kosmo
..............................................
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bhg Tuan.
*Laporan Pegawai Terlibat Dengan Kemalangan Dalam Latihan*
1. No, Pkt, Nama: Mejar Mohd Zahir bin Armaya (3009490) 2. Pasukan: Skn Sierra, Rejimen 11 Gerak Khas 3. Tarikh Lahir: 03 Apr 2025 4. Umur: 36Thn 5. Agama: Islam 6. Bangsa: Melayu 7. Jantina: Lelaki 8. T/Masuk Tentera: 8 Okt 2002 9. T/Tamat Perkhidmatan: 02 Apr 2025 10. Status: Berkhwin 11. Insuran Kelompok: 10 Unit ( 293391) 12. Kumpulan Darah: B+ 14. Nama Waris: Nour Shafinar bt Harun 15. Alamat Waris: Blok G 06-A-07-01, RKAT Kem Wardieburn, Setapak, 53300 Kuala Lumpur. 16. No.Tel Waris: 018-266XXXX
*Ringkasan Kejadian*
a. Pada 04 Sep 2024 jam lebih kurang 0855h pegawai tersebut yang sedang melaksanakan demonstrasi gimik sempena penubuhan 5 Div telah membuat aksi tembak menembak dengan Lt Kol Mohd Razahar bin Rashid (3008821). Semasa aksi tersebut, Mej Zahir melakonkan aksi menembak Lt Kol Razahar menggunakan pistol jenis Glock 17 (9mm) dimana kedua-dua pegawai tersebut telah memakai jaket keselamatan bersama plet kalis peluru di bahagian yang akan ditembak.
b. Mej Zahir telah menembak ke arah Lt Kol Razahar dan kena tepat di plet yang dipakai oleh Lt Kol Razahar. Tembakan balas oleh Lt Kol Razahar kepada Mej Zahir telah tersasar sedikit ke bahagian atas plet dan terus terkena ke bahagian belakang badan Mej Zahir. Mej Zahir telah ditarik keluar dari lokasi kejadian dan telah mendapat rawatan kecemasan awal dari pasukan perubatan yang bertugas.
c. Semasa rawatan awal kecemasan tersebut, Mej Zahir tidak memberikan tindakbalas dan terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Mej Zahir telah dimasukkan ke Unit Kecemasan untuk rawatan susulan dan diletakkan dalam status 30-70.
d. Mej Zahir telah disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 0920h.
e. Jenazah akan diuruskan oleh pihak hospital setelah selesai bedah siasat. Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dan akan disolatkan di masjid yang sama. Pengurusan pengkebumian masih dalam perancangan dan menunggu keputusan dari waris untuk menentukan lokasi pengkebumian.
*Sekian, untuk makluman Tuan.*
...
Untuk rekod arwah pernah terselamat bila payung terjunnya menghadapi masalah tahun lepas ketika terjun free fall. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AMIN.
Penulis blog Raja Petra Kamaruddin telah menarik keluar artikel berjudul "Jack Ma slash Pakatan Harapan" yang disiarkan pada Selasa selepas menerima notis rasmi daripada Alibaba Group Holding Ltd semalam.
Syarikat yang berpengkalan di China itu menerusi surat yang ditandatangani Timbalan Presidennya Albert Liu berkata,, Raja Petra berbohong dan merosakkan reputasi Pengerusi syarikat itu Jack Ma berhubung pertemuannya dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Pegawai Khasnya Tony Pua di Hong Kong baru-baru ini.
Beliau memberi tempoh sehingga 1 April untuk Raja Petra memberikan jawaban atau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.
"Saya telah menarik keluar tulisan itu dan berjanji tidak akan mengulangi cerita itu," ujar Raja Petra penulis blog kontroversi ini seperti dipetik Malaymail hari ini.
Dalam artikel tersebut Raja Petra mendakwa, jutawan China itu memberitahu Lim dan Pua bahawa China tidak lagi mempercayai Malaysia kerana kerajaan dikatakan tidak menghormati perjanjian.
Beliau juga menambah dengan membuat kenyataan mengutuk aktivis peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Clare Rewcastle-Brown dalam artikel barunya, merujuk kepada penyelesaian luar mahkamah antara editor Sarawak Report dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Raja Petra juga mempertahankan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mendakwa menjadi mangsa ketidakadilan sistem perundangan negara. Hak-hak ini adalah selaras dengan prinsip asas undang-undang jenayah iaitu tidak bersalah sehingga terbukti bersalah (innocent until proven guilty).
Awal bulan ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggil Raja Petra sebagai "pendusta" atas dakwaan rasuah projek Terowong bawah laut Pulau Pinang yang dikaitkan dengan Guan Eng ketika menjawat jawatan ketua menteri Pulau Pinang.
SAKSI ke-25, Siti Syafika Amira hadir untuk inkues menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Kompleks Mahkamah Shah Alam. FOTO Sairien Nafis
PEMILIK akaun Facebook (FB) dengan nama Cik Miera memohon maaf kepada semua pihak atas catatannya di laman sosial itu berhubung kematian Muhammad Adib Mohd Kassim sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen.
Cik Miera atau nama sebenarnya Siti Syafika Amira Mohd Rasani, 27, yang bertugas sebagai jururawat bilik pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, hantaran itu dibuat dalam keadaan mengikut emosi tanpa mengetahui fakta sebenar kes berkenaan.
Saksi ke-25 inkues itu berkata, permohonan maaf itu juga ditujukan kepada Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang sebelum ini memberikan keterangan berhubung punca kematian anggota bomba berkenaan.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Zhafran Rahim Hamzah pada hari prosiding hari ke-18 di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini.
"Saya minta maaf sebab bertindak mengikut emosi tanpa ketahui fakta sebenar kejadian dan semua yang terbabit kerana kekecohan ini," katanya.
Menurutnya, hantarannya itu dibuat kerana pernah mendapat tahu daripada pembantu pegawai pembedahan di IJN, Muhammad Ashraff Baruji bahawa anggota bomba terbabit ada memberitahu dia dipukul.
"Saya dengar Ashraff sesudah habis melawat Adib, (Ashraff kata) saya (Ashraf) tanya sama ada dipukul, kali pertama Adib menggeleng, kali kedua, Adib menggeleng.... kali ketiga dia (Adib) mengangguk," katanya.
Ditanya Zhafran kenapa keterangannya pada hari ini berbeza dengan hantaran di FB sebelum ini, saksi itu berkata: “Masa itu, saya percaya Adib dipukultanpa mengetahui perkara sebenar. Tetapi, saya yakin doktor (forensik) beri keterangan berdasarkan kepakaran."
ZHAFRAN: AkaunFB kamu masih aktif?
SITI SYAFIKA: Tak. Sebab selepas itu saya terima banyak 'personal message.'
Saksi sama juga tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika menjawab soalan Zhafran berhubung apa yang membuatkan dia sungguh beremosi sehingga memuat naik status berkenaan di FB, pada Jumaat lalu.
ZHAFRAN: Kenapa kamu sangat beremosi sehingga buat kenyataan itu?
SITI SYAFIKA: Sepanjang Adib ada di sana (IJN), saya lihat keluarganya, saya melihat tunangnya... saya melihat keadaan keluarganya yang menangis. Pihak bomba yang tidur di luar ICU (Unit Rawatan Rapi) di atas kerusi menunggu setiap hari.
ZHAFRAN: Dan ini membuat kamu rasa macam mana?
SITI SYAFIKA: Saya lebih merasa dalam keadaan hubungan kekeluargaan.
Terdahulu, saksi yang sudah enam tahun bertugas sebagai jururawat turut memberitahu dia diarahkan untuk membantu doktor bagi memasang ECMO (Extracorporeal Membrane Oxygenation) pada Muhammad Adib, pada 28 November tahun lalu.
ZHAFRAN: Kamu ada lihat Adib, bagaimana keadaan dia?
SITI SYAFIKA: Seluruh badan dia bengkak, dada kanan dia ada bruises (lebam), ada salur tiub pada belah kanan.
ZHAFRAN: Selain itu, ada apa-apa lagi?
SITI SYAFIKA: Bengkak dan lebam pada pangkal peha. Tetapi, saya tidak pasti belah mana.
ZHAFRAN: Selain itu, apa kecederaan lain?
SITI SYAFIKA: Skrotum dia membesar macam belon.
ZHAFRAN: Keadaan muka dia?
SITI SYAFIKA: Keadaan dia pada masa itu, saya tak pasti... yang saya lihat muka dia bengkak dan dada dia ada lebam.
ZHAFRAN: Dia sedar masa itu?
SITI SYAFIKA: Tak sedarkan diri.
Selain itu, saksi itu berkata, ada dua masa lain, di mana membantu mengendalikan Muhammad Adib ketika anggota bomba itu dirawat di ICU IJN, masing-masing pada 2 dan 3 Disember.
Katanya, pada kali kedua, anggota bomba itu dilihat tidak sedarkan diri, manakala pada kali ketiga, pesakit dilihat tidak membuka mata tetapi hanya mengangguk selepas mendengar arahan doktor.
Sementara itu, Ketua ICU IJN Datuk Dr Suneta Sulaiman berpendapat Siti Syafika tidak layak memberikan kenyataan berhubung kecederaan pada mangsa kerana tidak mempunyai kepakaran dalam hal itu.
Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad. - HMetro
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berharap semua rakyat Malaysia supaya meminum satu sudu kelapa sawit setiap hari sebagai menyahut kempen "Sayangi Sawitku".
Beliau turut memberikan contoh satu negara berpenduduk 1. billion yang tidak dinamakan, jika mereka guna kelapa sawit satu camca setiap hari, negara Malaysia akan menikmati kekayaan.
"Kita harap, semua daripada kita akan minum satu sudu kelapa sawit sehari. Ada sebuah negara yang saya tak payah namakan, negara ini mempunyai penduduk seramai 1.4 billion. Kalau mereka boleh dipujuk guna kelapa sawit satu camca satu hari, kita akan terus menjadi kaya. Inilah harapan kita." - Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kempen Sayangi Sawitku di Ladang East Pulau Carey, Kuala Langat, semalam yang disiarkan secara langsung di TV1.
Scroll dibawah untuk tonton video...
Turut hadir Menteri Industri Utama Teresa Kok, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar serta Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Dalam ucapan beliau itu, perdana menteri turut mengkritik Eropah yang kerap memberikan persepsi negatif terhadap minyak sawit.
"Alasan mereka, minyak dihasilkan mereka tidak boleh lawan dengan kelapa sawit. Kita tanam sekali, 25 tahun boleh dapat hasil minyak sawit. "Kalau tanam kacang soya, mereka terpaksa tanam tiap-tiap tahun untuk dapat hasil, dengan itu minyak sawit lebih murah dan lagi maju dalam pasaran. “Untuk melawan (minyak sawit), inilah mereka buat cerita sudah tiada hutan dalam Malaysia, orang utan sudah tiada, harimau pun tiada di sini," - Tun Dr Mahathir.
Sebelum ini, Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata perluasan penanaman kelapa sawit di Malaysia dihentikan, sebaliknya beliau mencadangkan supaya penanaman alternatif seperti buluh digiatkan kerana permintaan tinggi tanaman tersebut terutamanya di Jepun.
Menteri Industri Utama, Teresa Kok.
"Kini adalah masa yang sesuai bagi kita untuk hentikan perluasan penanaman kelapa sawit. Lihat pada tanaman lain. Sebagai contoh, seperti, anda tahu, di Pahang. Beberapa kawasan ha, buluh. Buluh tumbuh dengan sangat cantik, banyak pokok buluh. Buluh boleh ditukarkan kepada pelbagai err. errrr… bahan arrr! dan errr.. ada err... orang jepun adalah pasaran yang hebat untuk produk buluh" - Teresa Kok
KOTA KINABALU: Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, kerajaan akan mengkaji gaji pokok lebih "relevan" bagi sektor tertentu kerana RM1,100 terlalu tinggi bagi sesetengah sektor.
Beliau berkata, ini bermakna akan ada gaji minimum berbeza bagi sektor seperti perladangan, hotel dan kedai kopi.
Katanya, perkara itu memerlukan lebih banyak kajian sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan.
Terdahulu, Kulasegaran mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Majikan Malaysia cawangan Sabah.
Katanya, ahli persekutuan itu memberitahu majikan perlu mengurangkan jumlah pekerja atau menamatkan perniagaan mereka kerana tidak mampu memberi gaji minimum kepada pekerja.
Kadar gaji minimum ditetapkan pada RM920, sebelum dinaikkan kepada RM1,100 di seluruh negara mulai 1 Januari lalu.
Kulasegaran berkata, kementeriannya turut mempertimbangkan langkah meminda undang-undang buruh untuk menjadikannya lebih relevan.
Ia termasuk Akta Pekerjaan, Akta Kesatuan Sekerja, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan.
SHAH ALAM: Desas-desus mengenai pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas sambutan Tahun Baru Cina semakin hangat diperkatakan.
Menurut pengendali laman blog, Another Brick In The Wall, perang politik dijangka berlaku sebaik sahaja sambutan perayaan bagi masyarakat Cina itu berakhir ekoran beberapa perkembangan politik semasa.
Jelasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberikan pelbagai tugas penting kepada Azmin termasuk melantiknya Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan yang kini mencetuskan kontroversi termasuk kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara.
"DAP telah menyekat Mahathir daripada memegang jawatan dalam kementerian dan Azmin kini menjadi perantara dan perkara ini tidak terhenti setakat itu sahaja apabila Azmin turut dipertanggungjawabkan untuk memastikan kemenangan Bersatu dalam Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih.
"Khabar angin dalam kalangan mereka yang rapat mengatakan akan melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas perayaan Tahun Baru Cina," katanya.
Pada 12 Januari lalu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi akaun Facebooknya memuat naik sekeping gambar bersama Azmin ketika PRK Cameron Highlands dan memuatkan kenyataan bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam pada itu, penulis tersebut mendakwa desas-desus itu menjawab persoalan daripada penyokong Bersatu mengenai nasib Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ini bertentangan dengan angan-angan penyokong kuat Anwar dan Dr Mahathir tidak akan menunaikan janjinya kerana beliau secara konsisten tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.
"Jika Dr Mahathir meninggal dunia, beliau akan bangkit semula dari kubur dan menjelajah ke seluruh negara dan menakutkan orang ramai supaya menolak Anwar," katanya.
Dakwa penulis itu, Azmin telah membuat keputusan untuk terus berada dalam PKR kerana ia lebih mudah daripada menubuhkan sebuah parti baharu.
"Lagipun, pasukannya telah mendominasi jawatan Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat, sementara pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden tidak signifikan kerana Rafizi tidak setanding Azmin dan Mahathir," ujar blog itu.
Mengulas tentang nasib Anwar, penulis tersebut mendakwa Anwar akan jadi mangsa fitnah sekali lagi namun kali ini tidak melibatkan kes sebelum ini tetapi besar kemungkinan berkaitan isu dana.
"Dengan perancangan untuk menggagalkan laluan Anwar (sebagai Perdana Menteri), usaha melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat kaedah yang logik," katanya.
Putrajaya: Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dilaksanakan pada 28 Jan (Isnin), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata pembayaran BSH fasa pertama itu mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama.
Ia dijangka memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah serta melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion, katanya.
"Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan pembayaran fasa pertama BSH itu.
Lim berkata kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama, yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak, bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum Februari.
"Proses pemutihan yang akan mengeluarkan nama penerima yang tidak layak kerana mereka bukannya daripada golongan B40 memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan," katanya.
Lim berkata setelah pangkalan data dikemas kini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.
"Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk pembayaran BSH fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah," katanya.
Kriteria pembayaran dan kaedah baharu akan diumumkan dalam jangka masa terdekat, katanya. - Bernama