Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Friday, 29 October 2024

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) - Jumlah Bantuan Sehingga RM2,000.


Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM baru sahaja diumumkan oleh Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2022 sebentar tadi.

BKM ini dikhabarkan akan menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2022 nanti.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan akan diberikan sehingga RM2,000. Bantuan diberikan berdasarkan syarat kelayakan yang anda layak.
  • RM1,000 dan RM1,500 merupakan bantuan yang terdapat untuk BKM juga.
JUMLAH BANTUAN UNTUK SETIAP ISI RUMAH

Berikut merupakan jumlah bantuan kepada isi rumah di negara:

1. Bantuan RM1,000 - layak kepada isi rumah yang
  • tidak mempunyai anak
  • pendapatan melebihi RM2,500 sebulan
2. Bantuan RM1,500 - layak kepada isi rumah yang
  • mempunyai sehingga 2 orang anak
  • berpendapatan melebihi RM2,500 sebulan
3. Bantuan RM2,000 - layak kepada isi rumah yang
  • mempunyai 3 orang anak dan ke atas
  • berpendapatan melebihi RM2,500 sebulan
TARIKH PERMOHONAN

Akan diumumkan pada masa akan datang iaitu tahun 2022. Tiada perincian penuh setakat ini,

CARA PERMOHONAN

Belum diumumkan setakat ini mengenai cara permohonan. Besar kemungkinan permohonan adalah seperti BPR dan BSH sebelum ini.

Intipati Menarik Bajet 2022 Keluarga Malaysia.


Buat mereka yang tidak dapat mengikuti siaran langsung pembentangan di TV utama Malaysia, berikut dikongsikan intipati Bajet 2022 Keluarga Malaysia.

Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera mendokong tiga paksi utama iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan.

Sebanyak RM332.1 bilion disediakan dalam Bajet 2022, tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.

Intipati Menarik Bajet 2022 Keluarga Malaysia

1. Kerajaan perkenal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) salur bantuan RM2,000 kepada isi rumah mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500. Di bawah BKM kerajaan beri bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan sehingga RM5,000.

2. Bantuan tambahan RM300 diberikan kepada warga emas menerusi BKM. Syarat kelayakan kebajikan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu RM1,169, banding RM980.

3. Kerajaan sediakan RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia untuk pimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak.

4. Sebanyak RM32.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan. Kerajaan bercadang beri pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.

5. Kerajaan bercadang meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula, perluaskan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin.

6. Kerajaan setuju sambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi maksimum empat tahun selepas tempoh khidmat wajib dua tahun.

7. Kerajaan meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM100 juta yang memberi manfaat 3,000 pegawai kontrak perubtaan dan pergigian.

8. RM70 juta diperuntukkan untuk pastikan isu kesihatan mental diberi keutamaan.

9. RM52.6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, manakala RM14.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

10. Kerajaan setuju sediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, dijangka manfaatkan tiga juta murid-murid yang layak.

11. RM1 bilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, termasuk RM140 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

12. RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil.

13. RM746 juta diperuntukkan untuk naik taraf sekolah-sekolah daif, sebilangan besar di Sabah (112 projek) dan Sarawak (165 projek).

14. RM50 juta diperuntuk untuk memperkasa agenda pendidikan khas termasuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.

15. Kerajaan teruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan peruntukkan RM400 juta.

16. Lebih 400,000 guru sekolah bawah Kementerian Pendidikan dapat manfaat Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM100.

17. Diskaun PTPTN

Bayaran balik PTPTN bermula 1 November 2024 hingga 31 April 2024 akan diberikan diskaun mengikut kadar berikut:
  • 15% bagi penyelesaian penuh hutang
  • 12% bagi bayaran hutang melebihi 50% baki hutang
  • 10% bagi bayaran balik melalui potongan gaji/debit mengikut jadual
18. Program e-Start Belia

Golongan belia akan diberikan RM150 secara one-off melalui e-wallet/e-dompet.

19. Bantuan Lesen Kenderaan Motor Golongan OKU

Tanggungan bagi kos lesen kenderaan bermotor akan diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU)

20. Program Subsidi Upah (PSU) Bersasar

Inisiatif PSU akan diteruskan khusus kepada mereka yang berada dalam industri pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan 30% atau lebih

21. Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding

Usahawan industri kecil dan sederhana layak untuk mendapat sehingga RM 2,000 bagi aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital.

Selain itu, baucar Shop Malaysia Online akan digalakkan di perniagaan dan tempat tarikan pelancong

22. Bonus Penjawat Dan Pesara Awam

Bantuan khas kewangan akan diberikan kepada penjawat awam gred 56 dan kebawah sebanyak RM700 dan pesara awam sebanyak RM350.

23. Kereta Elektrik

Pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais, cukai jualan dan cukai jalan (sehingga 100 peratus) bagi kenderaan elektrik.

24. Vaksin Penggalak Yang Dibiayai Sendiri

Pelepasan cukai individu dan potongan cukai majikan akan diberikan terhadap kos pengambilan vaksin penggalak yang dibayar sendiri.

25. Rokok Elektronik / Vape

Pengenalan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan vape.

Loading...

Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2022 Keluarga Malaysia Secara Online.


Siaran langsung pembentangan Belanjawan 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bermula pada jam 3.30 petang (perbincangan awal bajet), Jumaat, 29 Oktober 2021, bertempat di Dewan Parlimen Malaysia.

Siaran eksklusif secara langsung turut disiarkan menerusi RTM, TV9, TV3 dan Astro Awani bermula pada jam 3.30 petang.

Jadual Pembentangan Bajet 2022:
  • Tarikh: 29 Oktober 2021 (Jumaat)
  • Masa: 4.00 Petang Jumaat (3.30pm untuk perbincangan awal bajet)
  • Lokasi: Dewan Parlimen Malaysia
  • Ucapan: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
  • Siaran Rasmi: Siaran langsung di saluran radio dan utama di Malaysia
Anda juga boleh menonton pembentangan ucapan Bajet 2022 secara online menerusi video dibawah atau pautan berikut:



Loading...

Sunday, 25 July 2024

Kisah Manchester United Minum 'Tapai' Selepas Perlawanan Persahabatan Dengan Sabah.


Inilah kisah bagaimana detik sukar The Red Devils melawan Sabah pada perlawanan Pra-Musim seperti yang dipetik dari web semuanyabola.com dan iloveborneo.my.

Mungkin ramai di kalangan yang telah atau mengetahui tapai boleh dinikmati dengan meminumnya sekiranya telah melalui proses penapaian. Dalam erti kata lain ia menjadi minuman beralkohol. Tapai juga boleh dinikmati sebagai hidangan seperti tapai pulut.

Tapai amat terkenal sebagai hidangan di kalangan masyarakat Sabah ketika musim perayaan khususnya Pesta Menuai. Sudah tentu jika dijadikan beralkohol, ia adalah haram untuk diminum oleh mereka yang beragama Islam.

Tapai pada asasnya mempunyai rasapahit, manis dan juga masam. Biasanya yang masam itu memabukkan. Apa perkaitan semua ini di dalam bola sepak? Sebenarnya ia tidak mempunyai kaitan secara khusus.

Tetapi tahukah anda pasukan terkenal dunia, Manchester United pernah diberi detik sukar oleh pasukan Sabah dalam satu perlawanan persahabatan pada 1980? Walaupun memiliki skuad serba mantap, skuad Red Devils pada ketika itu ibarat mabuk “minum tapai” dikerjakan oleh pasukan Sabah.

Tumpuan kelab Eropah

Suatu ketika dahulu Malaysia sering menjadi tumpuan kelab dari luar negara untuk menjalani latihan pra musim. Ini kerana keadaan cuaca ekstrem di negara ini dianggap sesuai untuk tujuan tersebut.

Boca Juniors menentang Pilihan Selangor pada 1982 adalah antara yang paling banyak dikisahkan menampilkan bintang ternama dunia seperti Diego Maradona.


Begitu juga dengan kelab-kelab lain seperti Barcelona, Liverpool, dan Manchester United - semuanya pernah memilih Malaysia sebagai destinasi mengadakan latihan pra musim dan perlawanan persahabatan menentang pasukan-pasukan tempatan sebagai persiapan menghadapi musim baharu.

Antara perlawanan yang mungkin sudah dilupakan atau kurang mendapat liputan adalah perlawanan persahabatan di antara Manchester United dan Sabah pada 1980.

Manchester United di Malaysia

Tidak dapat dinafikan Manchester United adalah salah sebuah kelab Eropah yang mempunyai fan base teramai di negara ini.

Sehingga kini, juara 20 kali Premier League itu telah melakukan lima perlawanan di Malaysia.


Antaranya menentang Pilihan Selangor pada 1995, menentang pasukan negara pada 2001, dan dua lagi perlawanan menentang skuad kebangsaan pada 2009.

Kali pertama Mnchester United menentang pasukan dari Malaysia ialah pada 1980 menentang pasukan dari Borneo, iaitu Sabah yang pada ketika itu dikenali sebagai Sabah FA.

Aksi di Likas

1980 an bukanlah tempoh terbaik buat Manchester United. Di bawah kendalian Dave Sexton, Red Devils mengakhiri saingan Liga Inggeris musim 1979/80 di kedudukan kedua di belakang Liverpool. Di pertandingan Piala FA, mereka hanya berjaya mara sehingga pusingan ketiga dan tidak beraksi di pertandingan eropah sejak beberapa musim.

Kali terakhir Manchester United bergelar juara Inggeris pada ketika itu ialah pada musim 1966/67, iaitu 13 tahun sebelum kunjungan mereka ke Sabah.


Itu antara perkara yang menyebabkan populariti Manchester United di kalangan rakyat Malaysia pada ketika itu rendah berbanding Liverpool yang banyak merangkul kejuaraan liga dan eropah. Tidak keterlaluan untuk kita katakan Manchester United pada era tersebut hanya mendabik dada dengan kemegahan lampau - khususnya menjadi kelab Inggeris pertama bergelar juara eropah pada 1968.

Antara barisan pemain Manchester United yang beraksi di Stadium Likas pada ketika itu adalah seperti kapten pasukan, Martin Buchan, Garry Birtles, Lou Macari, Mike Duxbury, Ashley Grimes, Kevin Moran, Gordon McQueen, Steve Coppell, Joe Jordan dan penyerang sensasi England, Ray Wilkins.

Skuad Sabah pada ketika itu pula dibarisi oleh ramai pemain-pemain yang mewakili pasukan negara. Antaranya adalah seperti Hassan Sani, James Wong, Malim Surat, Vincent Wong dan Dato’ Peter Rajah. Turut memperkuatkan pasukan Sabah pada ketika itu adalah Soh Chin Ann dan penjaga gol skuad kebangsaan, R. Arumugam.

Manchester United minum tapai

Jika perbandingan mahu dilakukan, kemampuan kedua-dua pasukan dianggap seperti langit dan bumi. Namun beraksi di hadapan penyokong sendiri yang dihadiri tidak kurang 10,000 penyokong pada ketika itu, Sabah bertekad untuk memberikan saingan sengit kepada Manchester United.

Mengenang kembali perlawanan tersebut, skuad Sabah berhempas pulas mengekang pemain-pemain Manchester United yang memiliki fizikal yang lebih besar daripada mereka.

Vincent melalui satu perkongsian mendedahkan tugasnya pada waktu itu ialah merantai pemain Joe Jordan yang mendapat jolokan “Jaws” di kalangan peminat Liga Inggeris kerana ketajaman pemain itu di hadapan gawang lawan.

Aksi Hassan Sani (baju hijau) mengekang asakan penyerang Manchester United.

Walaupun pasukan Manchester United memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 2-0, Vincent mengatakan bahawa bahang panas di Stadium Likas pada ketika itu sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada pemain berkulit putih.

Sudah menjadi adat setiap tetamu yang berkunjung, pasti akan diberi layanan istimewa di Sabah. Pemain-pemain Manchester United turut diraikan dalam satu majlis makan malam selepas perlawanan, dan pada ketika itulah Joe Jordan, Ray Wilkins dan rakan-rakan dihidangkan dengan minuman tapai.

Sekurang-kurangnya pemain Manchester United sedar pada ketika itu Sabah bukan calang-calang pasukan, atau pun sekadar pasukan belasahan seperti yang dijangka.

Manis, pahit atau masam tapai yang dihidangkan, hanya pemain-pemain Manchester United yang mengetahuinya pada ketika itu.

Sumber

Friday, 16 July 2024

Anda Kini Boleh Semak Status Permohonan i-Citra - KWSP.


KOTA KINABALU: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kemas kini di laman facebook sebentar tadi bahawa orang ramai kini sudah boleh mula menyemak status permohonan i-Citra dari semasa ke semasa.

Orang ramai yang mahu membuat semakan boleh melakukannya melalui pautan ini: https://icitra.kwsp.gov.my

Terdahulu, para pencarum dibenar membuat pengeluaran maksimum RM5,000 melalui program i-Citra ini. Bagaimanapun, jumlah berkenaan bergantung kepada baki simpanan yang dimiliki oleh pemohon.

Permohonan i-Citra dibuka bermula 12 Julai lalu hingga 30 September ini.

Wednesday, 5 August 2024

Contoh Surat Rasmi Pemakluman Anak Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana COVID-19.


Berikut adalah contoh surat rasmi kepada pihak sekolah jika ibubapa kepada murid atau pelajar tidak dapat atau enggan menghantar anak-anak ke sekolah kerana situasi semasa Covid-19.

Surat rasmi ini juga sangat berguna bagi pelajar untuk meminta izin tidak datang hadir ke sekolah atas sebab tertentu.

Anda boleh menggunakan format surat dibawah dan ubah mengikut kesesuaian anda.

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sesi Persekolahan Kerana COVID-19:

Richard Gusang,
Blok T-7, Taman Sentosa,
85300, Penampang,
Sabah.
_______________________________________________________________________

Guru Kelas 4 Delima,
S. K. Mutiara, Jalan Aman,
89200, Lintas
Kota Kinabalu, Sabah.                                                                           06/08/2020

Tuan/Puan,

PER : TIDAK HADIR KE SESI PERSEKOLAHAN.

Perkara diatas adalah dirujuk.

02. Saya bapa kepada Alekman Richard, murid dari kelas 4 Delima memohon untuk tidak menghantar anak saya ke sekolah bermula dari 10hb hingga 14hb Ogos 2020.

03. Memandangkan keadaan semasa Covid-19 masih agak membimbangkan, saya ingin memantau dahulu situasi sesi persekolahan dalam tempoh seminggu ini. Saya amat menghargai usaha pihak sekolah yang telah mengambil dan melaksanakan SOP ketat untuk murid-murid sepanjang masa sesi persekolahan, namun sebagai bapa perasaan risau tetap tidak dapat dielakkan.

04. Pihak sekolah boleh menghubungi saya di talian 0123456789 atau 0198765432 (ibu), jika ingin membuat pertanyaan lanjut mengenai perkara ini.

05. Segala kesulitan kepada pihak sekolah amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________
( Richard Gusang )

BACA INI JUGA:

Friday, 13 March 2025

Pesta Kaamatan Tahun 2020 Dibatalkan.


KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pusat Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) sebulat suara memutuskan membatalkan penganjuran perayaan Pesta Kaamatan tahun ini ekoran penularan wabak CONVID-19 yang semakin membimbangkan.

Setiausaha Agung KDCA, Suman Yasambun berkata keputusan itu sukar dibuat kerana semua anggota KDCA dengan jawatankuasa di semua daerah sudah dimaklumkan mengenai penganjuran pesta itu di kawasan masing-masing dan ia sememangnya perayaan tahunan yang ditunggu-tunggu.

"Selepas perbincangan menyeluruh dengan Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Presiden KDCA dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat KDCA, kami sebulat suara memutuskan pembatalan pesta berkenaan atas faktor kebimbangan kesihatan yang serius," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata sambutan Kaamatan adalah perayaan yang sangat penting untuk masyarakat Kadazandusun.

"Malangnya, ancaman wabak CONVID-19 memaksa untuk kita membatalkan acara ini. Walaupun kita tidak dapat mengadakan perayaan ini, tetapi melalui hati kita, kita mengucapkan Selamat Hari Harvest Festival 2020 dan berdoa agar 2021 akan membolehkan kita merayakan secara penuh," tambahnya.

Setakat ini, difahamkan tiga kes positif COVID-19 telah direkodkan di Sabah.

Kes pertama direkodkan di Tawau membabitkan lelaki berusia 58 tahun dan kes kedua difahamkan di Papar melibatkan lelaki berusia 42 tahun. Manakala, maklumat mengenai kes ketiga di Kota Kinabalu masih belum diketahui.

Bagi kes pertama dan kedua, kedua-dua pesakit merupakan jemaah yang menyertai Perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 1 Mac.

Berikutan penularan wabak berkenaan, Kerajaan Negeri Sabah turut mengeluarkan kenyataan agar Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai yang melebihi 50 orang hendaklah ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID 19.


Saturday, 29 February 2025

Ringkasan Biodata Tan Sri Muhyidin Yassin Perdana Menteri Ke-8 Malaysia.


Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin (lahir 15 Mei 1947), merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO. Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Johor, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kehidupan Awal
Beliau berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Keluarga

Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Datin Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa (Najwa Mahiaddin) dan Farhan Yassin. Ayah beliau yang bernama Muhammad Yassin bin Muhammad adalah seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor. Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya dikurniakan 46 orang anak. Isteri pertama ayah beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, isteri kedua Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim (ibu kandung Muhyiddin), Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.

Allahyarham Hj. Muhammad Yassin dikatakan asalnya dari Siak mengikut apa yang diceritakan oleh isteri beliau,Allahyarhamah Hajjah Kintan. Allahyarham Muhammad Yassin pula mempunyai adik beradik iaitu bernama Muhammad Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Oleh itu bapa saudara Muhyiddin di sebelah bapa adalah Md. Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Keluarga Allahyarham Muhammad Yassin yang ramai bilangan ini tinggal se kampung di batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor di rumah-rumah ibu yang berasingan. Kampung ini masih terdapat sehingga ke hari ini.

Pada masa hayat, Allahyarham Muhammad Yassin telah banyak mengajar di daerah Muar seperti di Mesjid Jamek Sultan Ibrahim Muar, Mesjid Parit Jamil, Mesjid Seri Menanti, Mesjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar. Malah yang paling jauh tempat beliau mengajar ialah di Chohong Melaka iaitu di antara sempadan Melaka dan Muar.

Suara Allahyarham dengan lantang dan bergema semasa menyampaikan pengajaran ilmu Tasauf dan Ilmu Tauhid. Allahyarham Muhammad Yassin telah dibawa menaiki kereta untuk mengajar oleh anak beliau sendiri iaitu Allahyarham Haron bin Mohd. Yassin iaitu antara anak tua dari isteri yang pertama.

Antara anak-anaknya yang mengikuti jejaknya ialah seperti Allahyarham Ahmad bin Mohd. Yassin yang mengajar di Sekolah Agama Bandar Maharani dan Sekolah Agama Dumpar manakala Abdul Ghaffar Mohd. Yassin yang pada suatu masa hayatnya pernah mengajar di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Muar dan Masjid Jamik Parit Kadzi Muar.

Allahyarham juga telah mengasaskan Sekolah Menengah Md. Yassin (Persendirian) di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Anak-anak Allahyarham seperti Allahyarham Ismail Mohd. Yassin pernah menjadi Guru Besar manakala Allahyarham Kamaruddin Mohd. Yassin, Fatimah Mohd. Yassin dan Baharuddin Mohd. Yassin pernah mengajar di sekolah tersebut dalam tahun 70an dahulu.

Bukan setakat itu sahaja, Allahyarham telah mengasaskan sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri yang mengambil pelajar-pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti pelajaran dalam bahasa Arab. Sekolah Arab Saadiah pada masa ini diuruskan oleh Hj. Abdul Rahman bin Mohd. Yassin,anak dari isteri pertama dan guru-gurunya terdiri daripada cucu Allahyarham Muhammad Yassin. Di surau inilah setiap tahun Tan Sri Muhyiddin bertemu dengan keluarga samada di Majlis tahlil allahyarham Hj. Muhammad Yassin dan majlis berbuka puasa Ramadhan bersama keluarga.

Antara murid tua Allahyarham yang terkenal ialah Allahyarham Tuan Guru Hj. Azman bin Azhari yang telah mengasaskan Haujakan Johor dan pengikut bertaburan di serata negeri Johor.

Anak Allahyarham, Baharuddin bin Mohd. Yassin yang kini bertugas sebagai Pegawai Kastam Tinggi di KDRM Johor Bahru pernah semasa usia kecil mengikut sama beliau pergi mengajar di masjid Jamik Sri Menanti, Masjid Parit Jamil, Masjid Parit Samsu, Masjid Sungai Balang, Masjid Sungei Mati dan Masjid Bukit Kangkar Muar.

Adik beradik Tan Sri Muhyiddin dari pihak seibu yang masih hidup ialah Aziz Mohd. Yassin (abang),Rohana Mohd Yassin (kakak) Sahid Mohd. Yassin (adik lelaki) dan Fatimah Mohd. Yassin (adik perempuan). Kakak Muhyiddin yang bernama Norani Mohd. Yassin dan abang beliau Ismail Mohd. Yassin telah pun kembali ke rahmatulah.

Tan Sri Muhyiddin seperti biasa pada tiap-tiap tahun selalu mengadakan hari perjumpaan keluarga pada hari kedua atau hari raya ketiga di kediamannya di Tanjung Emas Muar. Di sini keluarga yang ramai dari pihak adik beradik seibu sebapa, sebapa, cucu, cicit dan piut bertemu untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan silatur rahim. Sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mengadakan rumah terbuka di Bangunan Umno Pagoh.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

Politik

Beliau kini mengetuai Parti Bersatu sebagai Presiden. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehingga 2008.Beliau kemudiannya diundi menjadi Timbalan Presiden UMNO dengan mengalahkan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Jawatan Kerajaan

Beliau pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978. Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mulai bulan Disember 1999. Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan. Selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing.

Aktiviti Kemasyarakatan

Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah dilantik menjadi Yang Dipertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (1986-1995) serta Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor selama 10 tahun (1986-1996).

Datuk Seri Muhyiddin Yassin juga merupakan pengasas TSM Charity Golf yang ditubuhkan dalam tahun 2002. Ia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma dari sukan golf. TSM Charity telah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat kepada sukan Golf. Jika sebelum ini golf dianggap sukan untuk golongan elit, Datuk Seri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf telah mengubah persepsi ini dengan menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Banyak pertandingan Golf Amal telah dibuat di Australia, New Zealand dan Indonesia. Melalui pertandingan amal ini, kutipan yang dibuat disumbangkan kepada badan-badan kebajikan pelajar di negara tersebut. Sumbangan ini seterusnya digunakan untuk pelbagai aktiviti kebajikan pelajar dan rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga sumbangkan kepada mereka yang didalam kesusahan dan mereka yang terlibat dalam pelbagai bencana alam.

Di dalam konteks sukan, Datuk Seri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf juga cuba untuk membangunkan aktiviti golf di Malaysia. Pada tahun 2006, TSM Charity dengan kerjasama Kementerian Belia dan SUkan telah menganjurkan pertandingan "TSM Golf Challenge - In Search of Malaysian Tiger", dalam usaha untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan golf di Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin juga merupakan pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen. Yayasan ini berperanan untuk:

Menganjur dan mengendalikan persidangan, seminar serta bengkel bagi meningkatkan perkembangan minda generasi Malaysia yang cemerlang serta mengeratkan silaturrahim dan menggalakkan integrasi di semua peringkat.

Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan kepimpinan dan kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, keibubapaan, kaunseling, pembangunan kapasiti wanita dan gejala sosial serta pelbagai bidang yang berkaitan.

Wadah pengumpul para cendekiawan untuk berbincang dan melahirkan idea yang konstruktif, kreatif serta kritikal yang dapat menjadi panduan dalam menangani isu dan masalah ekonomi, politik dan sosial.

Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi bumiputera khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian.

Menjalankan penyelidikan saintifik berkaitan dengan pembangunan ekonomi, sosial dan budaya yang berhubung rapat dengan pembangunan negara.

Anugerah yang dianjurkan oleh Yayasan ini dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada penghasilan tesis bermutu tinggi bagi mengiktiraf tesis-tesis terbaik berkaitan Islam dalam pelbagai bidang.

Beliau telah dipecat oleh Perdana Menteri Najib Razak atas alasan mengkritik Perdana Menteri pada isu-isu tertentu. Tempat beliau telah digantikan oleh YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkuatkuasa pada 29 Julai 2015.

Portfolio Kementerian Pelajaran yang sebelum ini dijawat oleh beliau telah berpecah kepada dua iaitu Pendidikan dan Pengajian Tinggi. Menteri Pendidikan baru adalah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Seri Idris Jusoh ketika itu.

Thursday, 17 October 2024

Semakan Kelayakan Bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020.


Seperti yang mungkin ramai daripada anda sedia maklum, pihak kerajaan bakal memperkenalkan sebuah mekanisme baru dalam memberi subsidi petrol kepada rakyat Malaysia yang layak melalui Program Subsidi Petrol (PSP) bermula tahun hadapan.

Melalui program ini, mereka yang layak bakal menerima sebanyak RM30 sebulan untuk pengguna kereta manakala mereka yang menggunakan motosikal bakal menerima RM12 sebulan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan syarat kelayakan terkini bagi permohonan subsidi Petrol (PSP) ini.
  • Mestilah terdiri daripada penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja.
  • Memiliki kenderaan berdaftar dan mestilah memiliki lesen kenderaan yang sah.
  • Had pemilikan adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja
Kriteria kenderaan yang layak menikmati skim PSP adalah seperti berikut:
  • Kereta ≤ 1,600cc
  • Kereta > 1,600cc dan berusia ≥ 10 tahun
  • Motosikal ≤ 150cc
  • Motosikal > 150cc dan berusia ≥ 7 tahun
Kadar kelayakan subsidi adalah RM30 untuk kereta manakala RM12 untuk motosikal.


Buat masa sekarang bantuan ini terhad untuk penerima BSH di Semenanjung Malaysia sahaja.

Anda boleh klik pautan dibawah untuk menyemak status kelayakan bantuan program subsidi petrol ini:
  • https://www.kpdnhep.gov.my/?lang=en

MANUAL SEMAKAN PSP 2020

Untuk semak status kelayakan subsidi petrol ini, anda hanya perlu layari portal rasmi PSP di sini.

Kemudian klik pada butang "Checkbox" masukkan nombor MyKad dan klik pada butang "Semak".

Bagi penerima yang layak, anda perlu kemaskini maklumat akaun bank dengan cara berikut:


PERMOHONAN RAYUAN

Terdapat beberapa sebab kenapa permohonan subsidi petrol anda gagal, antaranya:
  • KOD01 - Tiada rekod sebagai penerima BSH
  • KOD02 - Alamat pemohon di Sabah / Sarawak
  • KOD03 - Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ
  • KOD04 - Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan
  • KOD05 - Melebihi kelayakan pemilikan kenderaan
Untuk membuat permohonan rayuan bagi setiap kod alasan tersebut, sila klik pada butang "Ingin Merayu" dan isi semula permohonan anda supaya memenuhi syarat kelayakan subsidi petrol 2020.

Sekiranya terdapat persoalan lain, anda boleh hubungi talian hotline PSP di nombor 1-800-886-800 atau melalui WhatsApp 019-278 6356.

Loading...

Friday, 11 October 2024

Kalendar Takwim Persekolahan Dan Cuti Tahun 2020 Malaysia.

Malaysia akan memasuki Tahun 2020 yang sinonim dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi melalui Wawasan 2020.

Untuk mereka yang mempunyai anak yang bersekolah, berikut adalah senarai tarikh persekolahan dan cuti sekolah sepanjang tahun 2020:

1. KUMPULAN A - Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
  • Penggal pertama persekolahan: 1 Januari 2020 sehingga 21 Mei 2020
  • Penggal kedua persekolahan: 07 Jun 2024 sehingga 19 November 2024
Tarikh Cuti Persekolahan
  • Cuti pertengahan penggal satu (1): 13 Mac 2020 sehingga 21 Mac 2020 (1 minggu)
  • Pertengahan tahun: 22 Mei 2020 sehingga 6 Jun 2024 (2 minggu)
  • Cuti Tengah penggal 2: 24 Julai 2020 hingga 1 Ogos 2020 (1 minggu)
  • Cuti Akhir Tahun: 20 November hingga 31hb Disember 2020 (5 minggu)
Maklumat lanjut sila rujuk kepada Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan A di bawah ini:


2. KUMPULAN B - Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan
  • Penggal pertama persekolahan: 2 Januari 2020 sehingga 22 Mei 2020
  • Penggal kedua persekolahan: 8 Jun 2024 sehingga 20 November 2024
Tarikh Cuti Persekolahan
  • Cuti pertengahan penggal 1: 14 Mac 2020 sehingga 22 Mac 2020 (1 minggu)
  • Pertengahan tahun: 23 Mei 2020 sehingga 7 Jun 2024 (2 minggu)
  • Cuti Tengah penggal 2: 25 Julai 2020 hingga 2 Ogos 2020 (1 minggu)
  • Cuti Akhir Tahun : 21 November hingga 31 Disember 2020 (5 minggu)
Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan B di bawah ini:


MUAT TURUN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN 2020 KPM

Bagi tahun 2020, rujuk

Semoga perkongsian Kalendar 2020 bagi Persekolahan Malaysia boleh dijadikan rujukan untuk anda. 

Sumber

Intipati Penting Belanjawan 2020 Malaysia.


Berikut adalah antara intipati penting Belanjawan 2020 yang telah dibentang oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4.00 petang, Jumaat, 11 Oktober 2019.

Ringkasan Kandungan Intipati Penting Belanjawan 2020 Malaysia

Intipati kandungan pembentangan bajet adalah seperti berikut:

Peruntukan Bajet 2020
  1. Sejumlah RM297 bilion diperuntukan secara keseluruhan (18.4% daripada GDP).
  2. RM241 bilion diperuntukan untuk perbelanjaan operasi.
  3. RM56 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan.
Empat Teras Yang Menunjangi Belanjawan 2020
  1. Teras Pertama : Memaju Pertumbuhan Ekonomi Dalam Ekonomu Baharu Dan Era Digital.
  2. Teras Kedua: Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan.
  3. Teras Ketiga: Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu, Inklusif Dan Saksama.
  4. Teras Keempat: Memulihkan Institusi Dan Kewangan Awam.
Strategi Belanjawan 2020
  1. Menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama destinasi pelaburan.
  2. Kadar Purata Pertumbuhan KDNK menurun dari 9.3% (tahun 1988 - 1997) ke 5.1% semenjak tahun 2000.
  3. Peluang daripada Perang Perdagangan. FDI meningkat 97% kepada RM49.5 billion pada separuh pertama 2019.
  4. InvestKL Malaysia akan ditubuhkan sebagai Saluran Khas bagi menarik pelaburan dari China 
  5. Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) yang dipengerusikan bersama oleh menteri kewangan dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri ditubuhkan untuk mengatasi kelewatan dalam meluluskan pelaburan asing dan tempatan.
  6. Kaji Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Pakej Galakan Istimewa dan insentif Akta Cukai Pendapatan 1967 (dijangka siap 1 Januari 2020).
  7. Menyediakan pakej galakan pelaburan istimewa sehingga RM1 billion setahun untuk tempoh 5 tahun kepada syarikat Fortune 500 dan Global Unicorns.
  8. RM50 juta untuk pembaikan dan penyelenggaraan jalanraya ke Pelabuhan Klang.
  9. Harga jalur lebar dikurangkan sebanyak 49%.
  10. RM21.6 billion untuk NFCP - National Fiberisation & Connectivity Plan.
  11. RM250 juta untuk kawasan pedalaman Sabah Sarawak untuk infrastruktur internet.
  12. Geran RM50 juta untuk pembangunan ekosistem 5G.
  13. Matching Grant RM25 juta untuk projek perintis 5G.
  14. RM20 juta untuk E-Sukan.
  15. Rakyat berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun akan menerima RM30 dalam e-wallet bermula 1 Januari 2020 untuk kali pertama untuk merangsang penggunaan dompet nirtunai.
  16. RM10 Juta untuk Usahawan Industri Halal.
  17. Matrade akan ada RM50 Juta untuk menggalakkan pemasaran tempatan.
  18. Rm100 juta untuk skim pembiayaan usahawan perusahaan kecil Cina.
  19. RM20 juta oleh Tekun untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.
  20. Penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam untuk menggalak dan membangunkan ekosistem kewangan islam (merangka Blueprint Ekonomi Islam).
  21. Pengecualian dan potongan cukai dana patuh syariah & SRI dilanjutkan sehingga 2023.
  22. Elaun Cukai Pelaburan Hijau - PEngecualian cukai pendapatan bagi perkhidmatan teknologi hijau akan dilanjutkan sehingga 2023.
  23. Pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun kepada 70% syarikat yang melaksanakan aktiviti pajakan tenaga suria.
  24. Kempen Sayangi Sawitku bagi menentang kempen anti-sawit dari luar negara.
  25. RM 200 juta untuk bantuan musim tengkujuh untuk pekebun getah, dan RM 100 juta untuk insentif pengeluaran getah.
  26. RM 100 juta untuk bekalan air Felda.
  27. RM 70 juta untuk perumahan generasi baru peneroka Felda.
  28. RM 738 juta untuk program penjanaan pendapatan kepada Risda dan Felcra.
  29. Industri Tani akan menerima RM 4.9 bilion.
  30. RM 150 juta untuk galakan integrasi penanaman cili, nenas, tembikai dan buluh.
  31. RM 30 juta untuk penghasilan Padi Pulut Pulau Langkawi - memanfaatkan 1,200 petani.
  32. Skim Baja Padi Kerajaan persekutuan & skim insentif pengeluaran padi RM 855 juta.
  33. Malaysia kini menduduki tangga ke-35 untuk Global Innovation Index.
  34. RM 524 juta untuk sektor R&D Awam.
  35. RM 30 juta mathcing grant R & D dan bertujuan meningkatkan nilai sawit.
  36. RM 10 Juta untuk menubuhkan Agensi Penyelidikan Malaysia.
  37. Penubuhan pejabat Inovasi Sehenti - bermula dengan Universiti Malaya.
  38. Pendapatan harta Intelek - pengecualian cukai selama 10 tahun.
  39. MESTECC & KPM dapat RM 10 juta.
  40. RM 1.1 bilion untuk MOTAC.
  41. Taman Tema Antarabangsa - Pengecualain cukai 100% pendapatan untuk pelaburan baharu.
  42. Cendana dapat dana RM 5 juta untuk seni.
  43. Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020.
  44. RM 25 Juta untuk MHTC Malaysia - untuk mengukuhkan kedudukan malaysia sebagai lokasi baik untuk kesihatan.
  45. #Malaysiakerja diperkenalkan. Rm 500 sebulan Insentif #graduankerja (pengambilan graduan menganggur lebih 12 bulan) RM 300 sebulan untuk majikan.
  46. #Perantiskerja - Program insentif TVET - elaun tambahan RM 100 sebulan.
  47. #wanitakerja - 33 ribu peluang pekerjaan untuk wanita 30 - 50 tahun.
  48. #watankerja - insentif gaji (pekerja) - RM350/500 sebulan. Insentif pengambilan majikan RM250 sebulan.
  49. Kerajaan akan menilai semula Akta Kerja 1955.
  50. Gaji minimum RM1200 di bandar-bandar utama.
  51. Cuti bersalin akan jadi 90 hari (berkuatkuasa 2021).
  52. Pekerja Kontrak akan ada skim KWSP.
  53. Skim Perkeso untuk 18 kumpulan yang bekerja sendiri.
  54. RM 500 juta untuk pusat rehabilitasi baru di Perak.
  55. RM735 juta peruntukan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah: Sek Keb - 300 juta, Sek Cina - 50 juta, Sek India - 50 juta, MRSM - 50 juta, Sek Agama - 50juta, Mubaligh - 50 juta, Tahfiz - 50 juta, Sk Agama Rakyat Persendirian - 25 juta, Pondok - 25 juta, Persendirian Cina - 15 juta.
  56. KWSP i-Suri membolehkan suami menyumbang 2% ke dalam akaun isteri.
  57. Program TVET RM 5.9 bilion.
  58. RM23 juta untuk kemudahan mesra OKU di sekolah.
  59. RM 50 juta untuk pusat pembangunan kemahiran negeri.
  60. RM 30 juta untuk 3,000 belia daripada keluarga berpendapatan rendah
  61. RM 20 juta matching grant untuk golongan dewasa dapatkan kursus IR 4.0.
  62. Pembangunan Inklusif: memperluaskan liputan infrastruktur asas bagi kawasan luar bandar,  terutamanya Sabah & Sarawak.
  63. RM 587 juta projek bekalan air luar bandar, dan RM 470 juta untuk Sabah & Sarawak.
  64. RM1 bilion untuk membina jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
  65. RM5 bilion peruntukan untuk BSH.
  66. Individu bujang lebih 40 tahun berpendapatan kurang RM2000 sebulan.
  67. Individu bujang lebih 40 tahun dan OKU layak menerima RM300.
  68. RM 25 juta untuk program Bank Makanan / Food Bank.
  69. RM 20 juta untuk 5 pusat latihan berdikari baharu / program latihan down syndrom / taska OKU.
  70. RM 15 Juta untuk Agensi Antidadah Kebangsaan.
  71. Magic akan menerima RM 10 juta.
  72. RM 57 juta untuk JAKOA dan tambahan RM 83 juta untuk pembangunan ekonomi, pendidikan dan infrastruktur orang asli.
  73. RM 100 juta untuk Unit transformasi India Malaysia / MITRA.
  74. RM 1.3 bilion untuk Menegakkan Syiar Islam.
  75. Bantuan khas one off RM 500 untuk setiap Imam, Bilal, Tok Siak, Noja, Merbot dan Guru Takmir.
  76. 1.6 bilion untuk bina hospital baru & naik taraf hospital sedia ada.
  77. RM 59 Juta untuk menambah bilangan ambulans NGO.
  78. RM 31 juta untuk sistem rekod perubatan secara elektronik.
  79. RM5 juta untuk klinik bergerak di kawasan luar bandar.
  80. Perluasan mySalam dan Peka B40.
  81. Mulai 1 Januari mySalam dipangjangkan kepada 45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal dan polio berbanding 36 penyakit sedia ada dan layak untuk individu berumur sehingga 65 tahun.
  82. Individu berpendapatan kasar tahunan sehingga RM100 ribu akan menerima pembayaran sebanyak RM4000 dan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari maksimum 14 hari.
  83. Peka B40 diperluaskan kepada individu berumur 40 tahun ke atas.
  84. Insentif Kesuburan sehingga RM10 ribu setiap individu.
  85. RM 6,000 pelepasan cukai pendapatan keatas perbelanjaan rawatan perubatan.
  86. RM 85 juta untuk mengurangkan kesesakan Tambak Johor.
  87. 50 kaunter tambahan akan dibukauntuk penunggang motorsikal serta kaunter imigresen dan  PLUS juga ditambah baik.
  88. Cadangan: Diskaun 18% di semua lebuhraya milik PLUS.
  89. Cadangan: Pengambilalihan lebuhraya KESAS LDP SPRINT SMART.
  90. Cadangan: penggunaan tol percuma pada waktu bukan puncak, waktu puncak diskaun 30%.
  91. Subsidi petrol: RM30 sebulan untuk pemilik kereta, RM 12 untuk pemilik motorsikal. Tertakluk kepada syarat.
  92. Harga runcit petrol dan diesel akan diapungkan secara beransur.
  93. 100 liter subsidi RON95 untuk pemegang kad petrol.
  94. Kad 95 untuk diskaun minyak bagi golongan bukan penerima BSH.
  95. Pemandu di Sabah dan Sarawak menikmati harga petrol RM2.08 dan diesel RM2.18
  96. Skim Rent To Own: Jaminan 30% / 3 Bilion untuk pembelian rumah pertama yang bernilai kurang RM500,000.
  97. Skim Perumahan Belia sebanyak RM 200 sebulan untuk 2 tahun pertama
  98. RM10 juta untuk membaikpulih PPR.
  99. RM 299 juta untuk menaiktaraf kemudahan sukan.
  100. RM179 juta untuk Sukan Olimpik 2020, Sukan Sea 2021.
  101. RM 45 Juta untuk pembangunan Bola Sepak Negara.
  102. RM 10 juta pembangunan atlet wanita.
  103. RM 30 juta untuk jabatan alam sekitar dan jabatan kimia.
  104. Bantuan Bencana RM 100 juta.
  105. RM 48 juta untuk memulihara keaslian hutan dan biodiversiti. RM 10 juta untuk matching grant sektor swasta.
  106. RM 15.6 bilion untuk kementerian pertahanan.
  107. Malaysia hanya mencatatkan kutipan cukai yang rendah sebanyak 13.1% berbanding KDNK
  108. Nombor Pengenalan Cukai diperkenalkan mulai Januari 2021.
  109. RM 235 Juta untuk Kastam bagi membeli 20 pengimbas kargo berteknologi tinggi.
  110. Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.
  111. Bantuan Khas Kewangan RM250 untuk pesara kerajaan dan termasuk veteran yang tidak berpencen.
Sumber

Semoga Intipati Bajet 2020 yang akan dibentangkan kali ini mampu mengembirakan semua warga Malaysia.

Wednesday, 9 October 2024

Sarapan Percuma Bermula Tahun 2020 Untuk Murid Sekolah Rendah.


Berdasarkan kajian hampir 46 peratus kalangan pelajar sekolah baik pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah tidak mengambil sarapan pagi.

Ini satu berita yang kurang menyenangkan untuk sistem pendidikan di Malaysia.

Ramai yang mengambil remeh tentang perkara ini. Ada yang juga ibubapa yang kurang berkemampuan untuk menyediakan sarapan yang secukupnya untuk anak masing-masing.

Dengan kekurangan zat yang secukupnya tanpa mengambil sarapan pagi, membuatkan ada pelajar berasa letih dan kurang bertenaga untuk belajar di sepanjang hati.

Oleh sebab itu, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan satu program yang cukup baik dipanggil sebagai Program Sarapan Percuma 2020 (PSP).

Skim sarapan percuma 2020 ini, akan mula dilaksanakan seawal musim persekolahan Januari 2020.

6 Maklumat Penting Program Sarapan Percuma 2020

1. Akan melibatkan 2.7 juta pelajar sekolah rendah dan pelajar bantuan kerajaan di Malaysia.

2. Murid akan diberikan sarapan yang merangkumi khasiat dan kalori yang cukup bagi membolehkan pelajar memulakan sesi persekolahan dengan bertenaga.

3. Tidak kira anda datang dari keluarga golongan B40, anak orang kaya, anak orang Cina, Melayu, India, Dusun dan Iban, semuanya layak menerima sarapan ini.

4. Tetapi, anda akan diLARANG untuk mengambil sarapan percuma ini JIKALAU anda datang lewat ke sekolah.

5. Program yang cukup baik ini akan bermula setiap hari persekolahan bermula pada pukul 7 pagi hingga 8.30 pagi untuk sesi pagi, manakala untuk sesi petang makanan percuma ini akan bermula dari jam 12 tengahari hingga 4 petang.

6. Program ini tidak melibatkan pelajar sekolah menengah dan pelajar prasekolah.

Cadangan Penambaikan

Terdapat beberapa kebimbangan dengan program sarapan percuma ini, antaranya ialah:

1. Ibubapa berharap makanan berkualiti dan berkhasiat dihidangkan kepada anak-anak mereka walaupun program ini adalah makanan percuma.

2. KPM perlu selalu turun padang untuk tujuan pemantauan penyediaan makanan melibatkan kontraktor yang telah pun dipilih untuk penyediaan makanan.

Jangan sesekali menggunakan satu dua syarikat sahaja untuk menjadi pembekal kepada program ini.

Sumber

Thursday, 29 August 2024

Kuala Lumpur Perlu Berhenti Minta Kita Rayakan Kemerdekaan Malaya - Dr. Jeffrey Kitingan


KOTA KINABALU: Star Sabah sedang menyeru agar Malaysia mengamalkan sifat perpaduan yang sebenar dan menamatkan sebarang sifat mendominasikan Sabah dan Sarawak.

Presiden parti itu, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan berkata di sini bahawa Malaysia tidak mempunyai pilihan lain untuk dapat bergerak maju selain dari menamatkan semua bentuk dominasi atau kekuasaan wilayah.

"Bersempena sambutan kemerdekaan tahun ini, kita juga harus membersihkan negara dari perselisihan dalaman yang disebabkan oleh perjuangan kaum majority yang memperkecil-kecilkan kaum minoriti," kata Dr. Jeffrey. "Kerajaan persekutuan yang baru, yang mendakwa dirinya lebih progresif, berpikiran terbuka dan bijak, harus membuktikan dakwaan itu dengan mengambil tindakan menghukum mereka yang sengaja mengapi-apikan isu perkauman dan agama kepentingan politik."

Ahli Parlimen Keningau dan ADUN Tambunan itu mendesak para pemegang kuasa Negara agar mengiktiraf keunikan ciri-ciri individu dan kepelbagaian kaum dan agama yang ada di Malaya, Sabah dan Sarawak, dan meliat kepelbagaian budaya ini sebagai aset berharga untuk mempromosikan Malaysia sebagai medan perpaduan pelbagai budaya yang harmoni dan maju di mata dunia.

"Iklim sosial semacam itu di Negara ini akan memberi setiap rakyat Malaysia rasa kepunyaan yang kuat," katanya sebagai respon gesaan-gesaan agar Sabah dan Sarawak meraikan kemerdekaan Malayan yang ke-62, dan bukan pula meraihkan tarikh kemerdekaan mereka masing-masing. "Kita mesti memperbetulkan keadaan dan mengakui bahawa Malaysia terdiri daripada Malaya, Sabah dan Sarawak, dengan negeri-negeri Borneo itu yang mempunyai ciri-ciri dan sejarah yang unik.

"Malaysia pada asalnya bertujuan menjadi perkongsian antara negara-negara dan bukan untuk Malaya mengambil-alih sebagai penjajah. Sayangnya itulah yang sebenarnya telah terjadi - dengan Malaya mengambil-alih melalui perancangan licik dengan mengubah nama 'Malaya' kepada 'Malaysia', dan ini telah telah menyebabkan kesahihan persekutuan Malaysia suatu kontroversi dan dan terus dipertikaikan sehingga sekarang.


"Kita sekarang dibebani dengan begitu banyak isu-isu tentang dasar yang tidak konsisten dan sangat rumit untuk diselesaikan, yang utamanya adalah MA63 yang belum dilaksanakan walaupun selepas 55 tahun," tambah Dr Jeffrey. "Oleh kerana manipulasi Malaya pada saat-saat akhir untuk mengubah Malaysia satu rupa penjajahan Malaya terhadap Sabah dan Sarawak, dan menjadikannya negeri-negeri ke-12 dan ke-13 untuk diambil hasil-hasilnya oleh Kuala Lumpur hingga hari ini, dengan kebanyakan hasil mengalir ke Malaya, menyebaban kerugian yang tidak terkira kepada dua negeri-negeri Borneo ini. Sungguh bertuah Singapura yang telah lama meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 dan kini telah menjadi negara dunia pertama.

"Malaysia kini berada di persimpangan jalan, di mana kami bertanya secara terdesak, bagaikan domba-domba yang dibawa untuk disembelih, sama ada kami harus terus bertahan dengan keadaan sekarang atau menghadapi kenyataan dengan keputusan nekad dengan berkata, 'Cukuplah penderitaan kami!' dan menuntut agar ketidakadilan diperbetulkan, atau demi hidup atau mati, melangkah pergi dan berkata, 'Kami tidak lagi dapat menahan kesengsaraan ini!'"

Dengan tidak lagi berselindung dengan kata-katanya yang diplomatik selepas bertahun-tahun menyuarakan kekecewaan di Sabah dan Sarawak, Dr. Jeffrey berkata Kuala Lumpur tidak lagi seharusnya terkejut apabila rakyat Malaysia di Borneo menjeritkan slogan "Sabah untuk Sabahan" dan "Sarawak untuk Sarawakian".

"Rakyat di kedua-dua negeri tidak lagi takut untuk melaungkan tuntutan mereka kerana selama lebih setengah abad, Kuala Lumpur telah memaksakan kehendak dominannya terhadap pemimpin Sabah dan Sarawak, bukan hanya dalam bidang ekonomi tetapi juga dalam agama, bahasa, politik dan secara terang-terangan melaksanaan program untuk mengubah keseimbangan kaum di Sabah agar Sabah menjadi negeri majoriti Melayu. Pegawai-pegawai pentadbiran juga sebahagian besarnya dilantik sebagai orang Melayu.


"Jika trend ini berterusan desakan untuk mahu *merdeka sendiri* atau *berpisah dari persekutuan, akan bertambah kuat sehingga ia akan berkumandang ke seluruh dunia. Jelas sekali, usaha yang begitu lama untuk menjalin perpaduan nasional melalui Jabatan Perpaduan Negara telah menjadi satu kemunafikan dan kini tidak bererti sama sekali.

"Jadi apakah penyelesaian segera? Pemimpin-pemimpin KL mesti berhenti memaksakan kehendak mereka di Sabah dan Sarawak. Hentikan mengeksploitasi kedua-dua negara sebagai wilayah jajahan dan mulailah mengiktiraf sejarah, budaya, hak, autonomi, kebebasan, dan keperibadian kami.

"Dengan secepat mungkin berhentilah memaksa kami meraikan kebebasan Malaya 1957! Di sini, kanak-kanak sekolah pun dapat melihat betapa ini tidak masuk akal sama-sekali!" kata Dr. Jeffrey membuat kesimpulan.

Loading...

Saturday, 27 April 2025

Upacara Komburongoh Kaum Dusun Di Sabah.


Komburongoh merupakan satu istilah tapi dua maksud. Dalam konteks botani, Komburongoh merupakan sejenis rumput, orang Melayu memanggilnya sebagai "Jerangau". Dalam konteks keagamaan kuno Dusun, Komburongoh merupakan alat medium yang menghubungkan Bobolian dengan alam spiritual (ghaib). 

Dalam bahasa spiritual Momolianisme pula, Komburongoh ini merupakan semangat berunsur "masculine" yang "dibangki" dengan satu nama, iaitu "rinokian", iaitu
semangat yang berunsur "feminine".

Cara membuat komburongoh singkatnya seperti berikut:

1. Bobolian akan mencabut Komburongoh, membersihkannya lalu memotongnya. Rinait Mongkorot akan diucapkan pada saat memotong Komburongoh.

2. Setelah dipotong, Bobolian akan menjalankan ritual "Mongombolit", di mana Bobolian memisah-misahkan mana potongan yang ada "sundu" (kuasa) dan mana yang tidak memiliki "sundu". Pada saat memisah-misahkan potongan Komburongoh, Bobolian akan mengucapkan Rinait Mongombolit.

3. Selepas itu, Bobolian menajamkan bambu lalu mulai menjalankan ritual "marangkai", iaitu mencucukkan potongan-potongan Komburongoh di bambu yang ditajamkan. Setelah itu, Komburongoh dikeringkan. Pada saat Komburongoh "dirangkai", Bobolian akan mengucapkan Rinait Marangkai. Saat "rinait" ini diucapkan, semangat Komburongoh akan berkomunikasi dengan Bobolian.

4. Setelah kering, potongan-potongan Komburongoh dijadikan kalung dengan memakai tali. Komburongoh siap untuk dipakai. Untuk memakainya, Bobolian selalunya akan membangunkannya dengan contoh "rinait" di bawah ini:

Posik ku diti rinangkai,
Tudau ku diti kinoruod,
Rinangkai ku Komburongoh,
Rinoud ku Rinokian.


5. Sebagai catatan tambahan, nenek moyang saya dulu selalunya membawa komburongohnya ke hutan selama beberapa bulan untuk dibawa "bertarak". Setelah selesai "bertarak", komburongohnya itu akan disangkutkan pada sebatang pohon besar di hutan untuk mengujinya. Kalau pokok itu layu dan mati selepas beberapa hari, maka Komburongoh itu sudah memiliki "sundu" (kuasa) yang sangat kuat.

********
Kata kunci
1. Rinait: mantra
2. Komburongoh: semangat bersifat masculine
3. Rinokian: semangat bersifat feminine
4. Mongkorot: memotong
5. Mongombolit: memisah-misahkan
6. Marangkai: proses membuat kalung
7. Batarak: bertapa
8. Bangki: membahagi menjadi dua lalu memberikan nama kedua (nama spiritual).
9. Sundu: kuasa, semangat, kekuatan, etc

Aki Rumantai, 2015

Friday, 12 April 2025

Tsunami Mega Bakal Landa New Zealand, Bencana Lebih Dahsyat Daripada Di Jepun.

Gempa bumi pada kekuatan sekitar 9.0 magnitud bakal melanda New Zealand mencetuskan tsunami yang boleh mencapai ketinggian 30 meter. -YouTube/ingomar200

HAMPIR sebulan rakyat New Zealand khususnya dikejutkan dengan kejadian serangan pengganas di Christchurch, kini mereka digegarkan pula dengan berita gempa bumi dan tsunami mega yang bakal melanda negara itu.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan kajian pakar penyelidik daripada East Coast LAB bahawa gempa yang bakal melanda New Zealand ini mampu mencapai kekuatan 9.0 magnitud jika gegaran kuat berlaku di zon benam Hikurangi.

Berbanding kejadian gempa sebelum ini di Christchurch yang dicatat pada skala 6.2 magnitud pada 2011, jangkaan bacaan itu merupakan skala tertinggi bakal dicatatkan di negara itu.

Jika ia berlaku, satu tsunami besar dengan ombak setinggi 30 meter bakal melanda New Zealand di mana akibatnya adalah lebih dahsyat daripada bencana tsunami di Jepun pada 2011.

Malah, lebih parah lagi, pihak berkuasa mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi amaran bencana kepada warga New Zealand, terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan pesisiran pantai jika tsunami itu berlaku.

Menurut pakar tsunami di GNS Science, Dr William Power, ombak besar yang bakal melanda itu bakal berlaku dengan begitu cepat sehingga amaran tidak sempat diberikan.

"Sekiranya tsunami berlaku di negara ini, kemungkinan besar amaran peringatan bencana secara rasmi tidak akan dikeluarkan sebelum gelombang gempa bumi dan tsunami itu tiba.

"Jadi mereka yang tinggal di pesisir pantai harus mengambil langkah keselamatan dengan kadar segera." - ASTRO AWANI

Saturday, 6 April 2025

Kenapa Hibah 2018 Tabung Haji Terlalu Rendah?


Ada yang bertanya mengapa hibah Tabung Haji sangat rendah? Lalu muncul sedikit kepanikan dan ketidakpuasan hati, sebahagian didasari kebimbangan tulen, sebahagian yang lain pula hanya bersumber kepada sebab kebencian dan perseteruan politik.

Adalah diingatkan tulisan ini bukan dari orang politik, saya sekadar usaha berkongsi ulasan untuk bacaan orang ramai yang bertanya.

Info dan fakta dalam ulasan saya ini bersumber dari pihak Tabung Haji sendiri dan saya tiada kepentingan dalam TH malah saya telah pun beberapa kali menunaikan haji melalui perjalanan sendiri sewaktu belajar dahulu, tiada satupun bersama TH.

Ulasan ini dibuat bagi melaksanakan tugasan menjawab soalan mereka yang cintakan ilmu dan kebenaran.

Saya hanya sekadar menyampaikan maklumat sebenar sekadar yang saya faham, saya juga tiada sebarang autoriti atau kuasa untuk menjustifikasi berlebihan, mempertahankan atau mempengaruhi sebarang keputusan komersial, operasi dan penstrukturan oleh pihak TH.

Justeru, jika ada keputusan dan tindakan TH yang tidak dilihat tepat dari sudut komersial, itu adalah perbezaan biasa sudut pandangan komersial dari seseorang individu atau institusi dengan pengurusan TH.

Ia tidak semestinya lebih tepat atau lebih baik dari keputusan TH, kerana TH diyakini lebih fahami luar dalam organisasi yang diurusi mereka.

Tak pelik kadar 1.25 peratus

Telah beberapa bulan saya dan TH memberikan gambaran bahawa hibah memang akan rendah tahun 2018, malah saya juga telah berkongsi info bahawa 1 hingga 2 peratus adalah kemungkinan besar hibah TH bagi tahun 2018, hasil kajian dari kaedah penstrukturan semula yang dilaksana oleh TH.

Justeru, sesiapa yang ikuti isu ini sejak dari awal, sudah tentu tidak pelik dan tidak mengejutkan dengan kadar 1.25 peratus tersebut.

Hibah itu dari Bahasa arab yang ertinya adalah hadiah. Dari sudut kontrak dalam fiqh muamalat, adalah pelik dan tiada kewajaran untuk penerima hibah memarahi hadiah yang kecil diberi oleh pemberi hadiah.

Maka hibah kecil berbanding sebelum tentunya bersebab. Kerana kontrak syarah yang digunapakai oleh Tabung Haji dengan penyimpan adalah Wadi’ah Yad Dhamanah yang bererti kontrak pinjaman wang.

Maka hadiah dan jumlahnya mestilah diberi secara tanpa paksa dan sukarela oleh pemberi hadiah bagi mengelakkan elemen riba. Hal ini juga telah diteliti oleh Majlis Penasihat Shariah TH.

Sekarang apa sebab hibah TH terlalu rendah?

Baiklah, namun apa sebabnya ia terlalu rendah? Ada pelbagai sebabnya yang tercantum dan membarah antaranya kelemahan pengurusan TH terdahulu, pelanggaran Akta Tabung Haji 1995 serta faktor politik ekonomi dalam dan luar negara.

1) Kelemahan pengurusan terdahulu

Kelemahan pengurusan TH yang dahulu (kerana hibah 2018 adalah refleksi tugasan dan keputusan pengurusan TH sejak dari tahun sebelumnya sehinggalah tahun 2017 dan 2018), sebahagian keputusan ini tidak dianggap jenayah kerana menurut undang-undang, kelemahan 'certain type of bad investment decision is not a crime', maka tidak semua jenis kelemahan boleh diheret ke mahkamah.

Sebahagian lagi yang lain, telah pun dilaporkan kepada polis dan dalam siasatan iaitu kes yang merugikan Tabung Haji.

Antara kes-kes yang membawa kerugian seperti arahan untuk tidak menjual saham FGV sehingga kerugian RM1.1 bilion, TH menyelamatkan Ramunia Holdings Bhd (nama lama sebelum ditukar kepada nama TH Heavy Engineering Bhd) sehingga kerugian RM670juta dan TH membeli 30 peratus peilikan dalam syarikat Putrajaya Perdana Berhad melibatkan RM144 juta kerugian.

Menurut laporan TH, Lembaga Pengarah TH baru telah membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli lembaga pengarah dan pengurusan lama.

Laporan pertama melibatkan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik. Ia bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH.

Laporan kedua dibuat ke atas beberapa pengurusan TH yang lalu berhubung dengan salah nyata dan penyembunyian maklumat penting yang melibatkan penjualan saham TH dalam tahun 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikatnya, iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM 3.7 billion).

Laporan ketiga dibuat pada bulan Januari 2019 berhubung dengan akaun kewangan TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 (FY17).

Laporan ini melibatkan pembentangan laporan kewangan oleh bekas para eksekutif utama TH sehingga berjaya mengisytiharkan hibah walaupun keuntungan tidak mencukupi, bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995.

Pihak polis sedang membuat siasatan mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Selain itu, SPRM juga sedang menyiasat ahli lembaga pengarah dan pengurusan yang lama. Lebih banyak laporan polis akan dibuat pada masa hadapan berkaitan dengan kerugian yang dialami oleh TH.

2) Melanggar Akta Tabung Haji 1995

Mantan gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz pernah menulis surat kepada mantan menteri yang bertanggungjawab pada 23 Disember 2015 untuk memberi amaran bahawa TH mengalami masalah kekurangan aset.

Walau bagaimanapun, kerajaan tidak mengambil iktibar daripada amaran tersebut dan terus membenarkan TH membayar hibah (dividen) yang tinggi, walaupun keuntungannya tidak mencukupi.

Melihat laporan kewangan TH tahun 2017, mencatatkan kemerosotan nilai sebanyak RM120.4 juta sahaja, maka seolahnya TH tiada kerugian dan serta asetnya melebihi liabiliti termasuk kerugian, namun hakikat sebenarnya ukur rujuk kemerosotan nilai telah diubah, menyalahi standard piawaian perakaunan yang dipakai oleh TH sendiri iaitu menurut Financial Reporting Standard Consensus no 14 di bawah 'impairment' mengkehendaki TH merekodkan semua ini sebagai kerugian, apabila ia dikembalikan menurut standard yang betul, kemerosotan nilai tahun 2018 menokok sebanyak 12.5 kali ganda sehingga menjadi RM1.507 bilion.

Inilah yang menjadikan TH kekurangan aset berbanding liabiliti serta menyekat pemberian hibah yang lebih besar.

3) Politik ekonomi dalam dan luar negara

Faktor politik dan ekonomi dalam negara dan juga faktor ekonomi luar negara seperti Federal Reserve USA menaikkan kadar faedahnya sebanyak 4 kali pada tahun 2018, naik dari 2 peratus kepada 2.25 peratus, ini menyebabkan pelabur global mengutamakan Pasaran Saham USA yang lebih menyakinkan berbanding pasaran negara-negara membangun termasuk Malaysia, Trade War di antara China dan USA turut beri kesan besar kepada kestabilan pasaran saham.

Begitu juga juga kekalutan isu Brexit yang pengaruhi seluruh pasaran saham serantau termasuk Asia. Ini tentunya menjadi salah satu penyebab tambahan bagi jatuhnya nilai pelbagai saham yang dipegang oleh TH juga.

Tidak dinafikan, perubahan kerajaan PH dari BN buat pertama kali dalam sejarah Malaysia turut menambah lagi perisa ketidaktentuan pasaran saham di Malaysia. Ia perkara lumrah bagi sebuah perubahan besar dalam sesebuah negara.

Tak untung cuma pusing wang penyimpan

Menurut CEO Tabung Haji Zukri Ab Samat dalam sidang media pengumuman hibah, akta TH menghadkan pemberian hanya pada lebihan (surplus) aset berbanding liabiliti, maka walaupun keuntungan semasa TH adalah RM2.014 bilion, tetapi jumlah yang boleh diagihkan berdasarkan Akta TH (bagi memastikan agar liabiliti tidak lebihi asset lagi) hanyalah RM913 juta sahaja. Itulah jumlah yang membentuk 1.25 peratus hibah tahun 2018 yang terendah dalam sejarah.

Dijelaskan juga oleh pengurusan terkini TH, sejak beberapa tahun dahulu TH mampu memberikan hibah tinggi kerana wujud manipulasi piawaian perakaunan TH dan juga ketidaktepatan kedudukan akaun TH.

Akibatnya hibah bagi beberapa tahun lalu adalah datang dari wang depositor bukannya dari untung perniagaan sebenar. Ia adalah resepi keruntuhan TH sekiranya diteruskan serta tidak diperbaiki dan diperbetulkan.

Bermakna, hibah tinggi masih boleh diberi tetapi dengan cara melanggar akta TH, mengubah ambang kemerosotan nilai secara salah sekaligus melanggar piawaian perakauan TH sendiri dan menggunakan deposit penyimpan.

Ini semua kalau dilakukan pada tahun 2018, pasti boleh memberikan lebih dari 6 peratus hibah tetapi ia salah di sisi undang-undang dan juga syarak serta menjatuhkan standard TH seperti skim cepat kaya pak man telo yang menggunakan duit pelabur awal untuk membayar pelabur terkemudian, bukan didasari oleh untung perniagaan tetapi memusing-musing wang penyimpan.

Kerajaan biaya kos selamatkan TH

Berdasarkan maklumat dari sidang akhbar TH, iaitu melalui suntikan dana bersih sejumlah RM17.8 bilion ke dalam TH akan dibiayai oleh kerajaan dalam tempoh 10 tahun, iaitu dari tahun 2020 sehingga tahun 2030.

Kerajaan menerusi sebuah syarikat tujuan khas atau special purpose vehicle (SPV), iaitu Urus Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang diketuai oleh CEO yang baru dilantik iaitu Izad Shahadi, membeli aset TH yang kini bernilai hanya RM9.7 bilion dengan harga yang lebih tinggi pada RM19.9 bilion.

Pembayaran RM19.9 bilion ini terdiri daripada:

  1. RM10.0 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.05% setahun bertempoh 7 tahun.
  2. RM9.6 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.10% setahun bertempoh 10 tahun.
  3. RM0.3 bilion dalam bentuk bayaran tunai yang dijana menerusi aset RM9.7 bilion yang telah dijual kepada SPV (dividen dan sewa yang diperolehi).

Dengan penerimaan aset-aset bernilai RM19.9 bilion, nilai aset TH akan bertambah dan melebihi liabilitinya sambil mematuhi piawaian yang sepatutnya.

Dengan peningkatan nilai asetnya, TH akan terus mampu membayar hibah menurut keuntungan yang diperolehi pada masa depan.

Dengan kata lain, kerajaan akan menanggung beban kewangan sebanyak RM19.6 bilion untuk menyelamatkan TH.

Kos yang akan ditanggung oleh kerajaan ke atas sukuk bernilai RM19.6 bilion tersebut dianggarkan sebanyak RM7.9 bilion, dan ini juga akan dibiayai oleh kerajaan. Ini menjadikan tanggungan kasar kerajaan untuk menyelamatkan TH sebanyak RM27.5 bilion yang disandarkan kepada aset bernilai RM9.7 bilion.

Selepas menolak nilai aset sebanyak RM9.7 bilion, kerajaan akan membuat suntikan dana bersih sebanyak RM17.8 bilion ke dalam TH yang akan dibayar dalam tempoh 10 tahun.

Berdasarkan kenyataan CEO TH, rumusannya keadaan TH sekarang adalah:
  1. Defisit telah berjaya ditutup. Hibah boleh diagihkan mengikut Akta Tabung Haji.
  2. Semua kerugian rosot nilai telah direkodkan. Dijangka tiada lagi kejutan di masa hadapan.
  3. Kedudukan kewangan telah pulih. Pulangan yang stabil daripada aset yang berdaya saing.
  4. Sokongan daripada kerajaan melalui peruntukan tahunan diberikan untuk memastikan semua sukuk ditebus semula oleh SPV.
  5. Hak keutamaan dimiliki TH yang mana TH boleh mengambil semula aset yang telah dipindahkan setelah dipulihkan.
  6. Tadbir Urus dan ketelusan yang lebih baik. Pengawalseliaan yang diperkukuhkan serta pengurusan pelaburan dan risiko yang lebih mampan.
  7. Subsidi haji masih ada bagi mereka yang ingin menunaikan haji termasuk pengiring.
  8. Simpanan penyimpan semua selamat malah dijamin 100 peratus oleh kerajaan.
Aset yang dipegang oleh SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) kini diuruskan sendiri oleh UJSB yang diketuai oleh CEO Melayu Muslim bernama Izad Shahadi Mohd Sallehuddin dengan dibimbing oleh 5 orang ahli Lembaga Pengarah yang semuanya Islam. Prokhas dan CEO berbangsa Cina tiada lagi peranan dalam hal ini.

Keputusan besar dan penting berkaitan urusan TH semuanya dibawa ke kabinet menteri dan tiada sama sekali dikawal oleh menteri kewangan atau mana-mana bukan muslim. TH adalah di bawah tugasan perdana menteri dan menteri hal ehwal agama sahaja.

Pandangan saya bagi pendepositor, bagi sesiapa yang menyimpan untuk menunaikan haji, terlebih baik untuk mereka kekal dalam TH bagi melunaskan hasrat mulia dan kewajiban haji terbabit serta mendapat subsidi haji dari TH.

Bagi penyimpan untuk keuntungan yang lain dari itu termasuklah 1.3 peratus penyimpan kaya di TH yang merupakan pemegang RM37 bilion daripada keseluruhan jumlah simpanan RM74 bilion wang penyimpan, bertenanglah sekejap dan kemudian dengar dan fahami penjelasan pihak Tabung Haji dan bukan orang politik dari mana-mana parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan (mereka saling melobi sokongan).

Sebaiknya fahamkan penjelasan CEO Tabung Haji Zukri Samad sebagaimana yang beliau huraikan dalam suatu sidang media.

Biarlah kita mengambil maklumat dari bukan orang politik, ia lebih terpercaya.

Jika masih tidak percaya, maka duit simpanan itu adalah duit anda, anda paling berhak menentukan keputusan terbaiknya.

Tahniah bagi mereka yang mampu membaca dan berusaha faham dari awal sehingga di para terakhir ini. Semoga hidayah dan kebenaran milik kita bersama.

DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN ialah Prof Adjung Unisel dan juga Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution.

Tulisan ini asalnya hantaran di media sosial beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Sensasi Media.

Wednesday, 3 April 2025

Ujian Ini Menentukan Samada Anda Berfikir Guna Otak Kiri Atau Otak Kanan!


Otak ialah anugerah Tuhan yang paling bernilai dan jangan salah-ertikan otak dengan akal kerana manusia punya akal dan otak tetapi haiwan punya otak tapi bukan akal, itu yang membezakan antara manusia dengan haiwan.

Persoalannya, anda menggunakan otak sebelah kiri atau kanan untuk berfikir? Mari kita buat satu ujian.

Cuba tonton video di bawah, adakah ia berpusing (menari) mengikut arah lawan jam atau arah jam?



Jika melihat perempuan ini berpusing mengikut arah jam, anda menggunakan otak kanan dan yang melihat perempuan ini berpusing mengikut arah lawan jam, anda pengguna otak kiri.

Berikut perbandingan otak kiri dan kanan:


Jika anda perhatikan lebih lama, sebenarnya perempuan ini boleh berpusing mengikut arah jam atau lawan jam.

Banyak lagi cara untuk menentukan otak mana yang anda gunakan semasa berfikir seperti, bagi orang yang bertangan kanan dia menggunakan otak kiri begitu juga sebaliknya.

Mengikut pakar motivasi, orang yang berotak kiri lebih pandai daripada orang yang berotak kanan tetapi orang yang menggunakan kedua-dua belah otaknya lebih pandai daripada orang yang menggunakan sebelah saja otaknya.

Pelik tetapi benar!

Saturday, 16 March 2025

Senarai 50 Orang Terkaya Di Malaysia 2019.


Ini adalah senarai individu / orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Forbes dalam senarai Malaysia’s 50 Richest.

Dibawah ini kami kongsikan senarai 50 individu / orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih dalam dolar Amerika yang dikongsikan oleh Forbes baru-baru ini.

Orang terkaya paling muda di duduki oleh Anthony Tan, 37 dengan nilai 380 juta usd manakala dari statistik punca kekayaan yang tinggi dari bidang Hartanah.

Senarai 50 Orang Kaya Malaysia 2019


Rujukan: Forbes, Buletin Utama

Friday, 15 March 2025

Setelah 56 Tahun DIJAJAH, Sabah Dan Sarawak BUKAN Lagi Bertaraf Negeri Seperti Negeri-negeri Di Tanah Melayu.


Pembentukan Malaysia bermula selepas termeterainya Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia yang ditandatangani oleh wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.

Di bawah perjanjian tersebut, Sabah dan Sarawak sepatutnya dianggap sebagai 'rakan kongsi' bersama Persekutuan Tanah Melayu dan bukannya sebagai sebuah 'negeri baru' yang sama taraf dengan negeri-negeri di Tanah Melayu.

Maka, ahli kabinet telah memutuskan untuk meminda Perkara 1920 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan objektif mewartakan semula kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai ‘rakan kongsi’ dengan kedudukan yang sama seperti Tanah Melayu.


Menteri Undang-undang, Liew Vui Keong menyatakan bahawa, Sabah dan Sarawak tidak akan dikenali sebagai sebuah ‘negeri’ lagi selepas perlembagaan dipinda dan rang undang-undang bagi pindaan ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat bermula Isnin lalu.

"Ia memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan. Pemerintahan Pakatan Harapan kini mempunyai 135 anggota Parlimen, termasuk sembilan dari Warisan dan satu dari Upko. Bagi meraih dua pertiga sokongan majoriti, kita memerlukan sekurang-kurangnya 148 Ahli Parlimen."

Zainnal Ajamain, aktivis hak asasi Sabah berkata bahawa negeri-negeri di Tanah Melayu tidak boleh meminta hak yang serupa dengan Sabah dan Sarawak kerana tidak terlibat dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


"Ia (Malaysia) bertujuan untuk menjadi sebuah negeri persekutuan bersama Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai bahagian yang sama dengan Tanah Melayu."

Sekiranya pindaan itu berjaya dan diluluskan oleh Parlimen, kuasa autonomi akan dikembalikan semula kepada Sabah dan Sarawak.

Sehingga kini, Malaysia terkenal sebagai negara yang mempunyai 14 negeri termasuk Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak. Sikap toleransi dan saling memahami memainkan peranan penting dalam mewujudkan sebuah negara yang aman, makmur, dan sejahtera buat semua.

Loading...

Wednesday, 13 March 2025

MA63: Pelanggaran Tanah Malaya Terhadap Hak Sabah Dan Sarawak.


Apa itu MA63? Mengimbas sejarah lalu, perisytiharan penubuhan Malaysia sebenarnya adalah hasil daripada satu perjanjian iaitu MA63 antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Sabah (North Borneo), Sarawak dan Singapura yang telah bersetuju untuk membentuk negara baharu yang bersatu dinamakan Persekutuan Malaysia. Peristiwa penting itu berlaku pada tanggal 9 Julai 1963.

Persetujuan untuk bergabung telah direncana secara tertib dengan mengambil kira laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah ditugaskan membuat tinjauan pendapat dalam kalangan penduduk Sabah (North Borneo) dan Sarawak.

Jawatankuasa Antara Kerajaan Mengenai Malaysia juga telah ditubuhkan pada tahun 1962 dengan penyertaan wakil-wakil dari Tanah Melayu, Sarawak, Sabah (North Borneo), Singapura dan Britain untuk berunding perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia.

Secara keseluruhannya, kira-kira 80 peratus penduduk Sabah (North Borneo) dan Sarawak telah bersetuju terhadap gagasan Malaysia dan perkara itu disahkan oleh wakil Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Lawrence Michaelmore.

Penyertaan kedua-dua negeri terbabit bagi pembentukan Malaysia telah menyaksikan kandungan-kandungan dalam MA63 diterima dalam Perlembagaan Persekutuan. Secara tidak langsung, ia memberi ciri-ciri unik terhadap Sabah (North Borneo) dan Sarawak yang membezakannya dengan negeri-negeri lain.

Sandaran

Selain itu, dua dokumen yang sentiasa dijadikan sandaran untuk rujukan hak Sabah dan Sarawak ialah Perkara 20 Sabah dan Perkara 18 Sarawak yang merupakan tuntutan-tuntutan untuk menjaga kepentingan rakyat di kedua-dua negara berkenaan. Antaranya ialah hal berkaitan kuasa imigresen dan perkhidmatan awam, kewarganegaraan, bahasa dan perwakilan di Persekutuan.

Bagaimanapun, beberapa perkara masih lagi berbangkit sehingga kini berikutan terdapat kandungan perjanjian bersejarah itu dikatakan tidak dilaksanakan sepenuhnya.


Paling kontroversi ialah mengenai hasil bumi terutamanya hak Sabah dan Sarawak terhadap hasil semulajadi serta hasil minyak dan gas yang didakwa tidak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Selain itu, kedua-dua negara itu juga menuntut lebih banyak kuasa autonomi dengan penurunan kuasa daripada kerajaan Pusat kepada kerajaan Sabah dan Sarawak dalam perkara membabitkan hak tadbir urus, pembangunan prasarana dan industri serta pembangunan pendidikan dan sumber manusia.

Perkembangan terkini menyaksikan banyak isu pertembungan mengenai hak-hak berkenaan antaranya penubuhan syarikat minyak dan gas iaitu Petroleum Sarawak Berhad (Petros) yang berhasrat mengambil alih kuasa kawalan ke atas sumber petroleum di negara itu.

Dalam hal ini, banyak suara yang menuntut Sarawak dan Sabah sepatutnya mendapat royalti minyak yang lebih tinggi sehingga 20 peratus berbanding 5 peratus yang diterima ketika ini.

PELANGGARAN MA63

Seorang aktivis Perjanjian Malaysia mendakwa sekurang-kurangnya 50 pelanggaran Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah dilakukan sejak Malaysia ditubuhkan. Beliau berpendapat kerajaan Sabah dan Persekutuan tidak berminat untuk menyelesaikan pelanggaran yang dilakukan.

Jawatankuasa demi jawatankuasa telah ditubuhkan dan perbincangan demi perbincangan telah dibuat namun, perkara 8 Perjanjian Malaysia 1963 memerlukan jawatankuasa atau perbincangan dilakukan dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Pelanggaran pertama Perjanjian Malaysia 1963 yang dimaksudkan adalah bersabit dengan Minyak dan Gas Sabah dan Sarawak.

Dalam topik ini beberapa pelanggaran telah dilakukan ke atas Perjanjian Malaysia 1963 melalui Akta yang tidak sah atau Akta diluluskan oleh parlimen yang melanggar perlembagaan itu sendiri.

Tambahan pula kuasa-kuasa Sabah dan Sarawak diambil walaupun dilindungi oleh Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.

RAKYAT MENGHAKIMI KERAJAAN

Dalam topik minyak dan gas, Perjanjian Malaysia 1963 telah dilanggar beberapa kali melalui beberapa Akta yang tidak sah namun diluluskan oleh parlimen. Terdapat juga Akta yang melanggar perlembagaan.

Mari kita sama-sama lihat sama ada Hak Sabah dan Sarawak diambil dengan tidak sengaja dan berani kerajaan Persekutuan memulangkan apa juga yang TERAMBIL sebelum ini.


PELANGGARAN PERTAMA MA63: AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966

Deklarasi Darurat di Sarawak pada tahun 1966 memberikan alasan untuk parlimen meluluskan Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966.

Namun, pemimpin Kuala Lumpur baru sedar bahawa mereka dan parlimen tidak berkuasa ke atas Sabah dan Sarawak seperti mereka berkuasa ke atas 11 negeri di Tanah Melayu. ( Sabah dan Sarawak berstatus negara mengikut MA63)

Kuala Lumpur tidak boleh menguatkuasa Akta Pelantar Benua 1966 atau Akta Perlombongan Petroleum 1966 di perairan Sabah dan Sarawak.

Ini kerana perairan wilayah Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Mahkota British melalui Perintah dalam Majlis (Order in Council) pada tahun 1954 lagi.

Peluang mereka diperolehi pada tahun 1969 dengan tercetus rusuhan kaum di Kuala Lumpur dan perisytiharan Darurat di seluruh negara.

Pada waktu ini, PM Tun Razak telah mewartakan Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 untuk dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak.

Di samping itu, Tun Razak telah membuat Ordinan Darurat (Perintah Penting) No. 7 1969 di mana semua perairan wilayah di Malaysia dikurangkan kepada 3 batu nautika.

Sebelum ini, perairan wilayah Sabah dan Sarawak yang berdasarkan definasi pelantar benua di mana UNCLOS menentukannya tidak lebih daripada 350 batu dari persisir pantai.

Akta Pembangunan Petroleum 1974

Selepas mengurangkan perairan wilayah kepada 3 batu nautika, Tun Razak turut menggunakan Akta Pelantar Benua 1966 untuk mengambil alih apa sahaja yang berada di luar 3 batu nautika menjadi milik Kerajaan Persekutuan.

Beliau kemudiannya mewujudkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 untuk memindahkan apa sahaja di luar 3 batu nautika kepada Petronas. Beginilah bagaimana usaha licik rompakan hak dan harta Sabah dan Sarawak pada tahun 1969.

Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 tidak lagi dikuatkuasakan di perairan Sabah selepas November 2011.

Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Menteri Sabah sendiri ketika menjawab soalan ADUN Kapayan (Edwin Bosi) pada tahun 2014.

Lulus Akta Bercanggah Dengan Perlembagaan

Akta Pembangunan Petroleum 1974 juga didapati tidak sah kerana Seksyen 4 melanggar Perkara 112C(4)(b) Perlembagaan Persekutuan. Ini disebabkan Seksyen 4 memperuntukkan hanya bayaran tunai dan bukannya royalti.

Sementara Perkara 112C(4)(b) mengatakan parlimen tidak boleh membuat undang-undang menafikan Sabah dan Sarawak daripada mengenakan royalti.

Perkara 112C(4)(b) adalah sebahagian daripada Annex A Perjanjian Malaysia 1963 yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini jelas parlimen telah meluluskan Akta yang bercanggah dengan perlembagaan.

Namun pemimpin Putrajaya akan mengatakan mereka tidak menafikan bayaran royalti hanya perkataan royalti tidak disebut dalam Sekysen 4.

Ini bererti Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Sabah dengan Petronas pada 14 Jun 2024 adalah juga tidak sah.

Ini kerana Akta yang memerlukan perjanjian ini sudah tidak sah. Apabila Akta Pelantar Benua, Akta Perlombongan Petroleum 1966 dan Ordinan No.7 1969 tidak lagi berkuatkuasa di perairan Sabah dan Sarawak, parlimen bergegas meluluskan Akta Wilayah Laut 2012 atau Akta 750.

Akta 750 ini pula tidak boleh dikuatkuasakan di perairan Sabah dan Sarawak kerana Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 sudah tidak lagi berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak selepas 2011.

Akta 750 Tidak Sah
Ini telah disahkan oleh Ketua Menteri ketika itu di Dewan Undangan Sabah pada tahun 2014.

Di samping itu, Akta 750 melibatkan perubahan sempadan dan ini memerlukan persetujuan Sabah, Sarawak dan juga Majlis Raja-Raja.

Ini semua tidak diperolehi sebelum rang undang-undang ini dibentangkan di parlimen.

Seksyen 3(3) Akta 750 pula mengambil kuasa Negeri iaitu kuasa ke atas tanah dan haknya yang diberikan oleh Mahkota Ratu British melalui Perintah dalam Majlis 1954, Kuasa Negeri seperti yang di peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual 9 Senarai Undangan - senarai kuasa Negeri.

Ini menjadikan Akta 750 tidak sah. Maka bagaimana Akta 750 berkuatkuasa di perairan Sabah dan Sarawak? Adakah ini yang dimaksudkan oleh Putrajaya sebagai "sengaja dan tidak diketahui?"

Ternyata ini bukan satu kesilapan tetapi ini disengajakan yang dimulakan oleh Tun Razak sendiri.

Hanya mereka yang jahil, buta mata dan hati tidak dapat melihat bagaimana Kuala Lumpur dan seterusnya Putrajaya mengambil kekayaan dari Sabah dan Sarawak dengan melanggar apa juga yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan apa juga yang tertulis didalam perlembagaan.

PELANGGARAN KE-2 MA63: DUTI IMPORT DAN CUKAI EKSAIS BARANGAN PETROLEUM

Sebelum Januari 2000, setiap produk petroleum yang diimport ke Sabah dan Sarawak mempunyai duti import dan cukai eksais. Pendapatan ini diperuntukkan dalam Jadual 10 Bahagian V item 1 sebagai Sumber Tambahan Hasil yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan mengikut ketetapan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perkara ini masih wujud didalam perlembagaan tetapi apabila kita melihat anggaran belanjawan Sabah di bawah kepala 62202 Duti Import untuk Produk Petroleum dan Sub-head 62203 Eksais Duti pada Produk Petroleum, kita dapati ia hanya anggaran token berjumlah RM10.00, kata Zainnal Ajamain Pengerusi Pertubuhan Generasi Anak Sulung Sabah atau pendeknya FIRSTBORN.

Disamping itu, di bawah kepala 82104 Anggaran Belanjawan Sabah, terdapat tajuk Pemberian Gantian Duti Import/Cukai Eksias untuk petroleum dan ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah pada kadar tetap RM120 juta setahun.

Jumlah ini tidak berbaloi jika dibandingkan dengan jumlah kutipan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat keatas pengguna produk petroleum di Sabah.

Angka ini mungkin hanya diberikan untuk menepis soalan mereka yang mula melihat Jadual 10 Bahagian V item 1 perlembagaan Persekutuan.

Dalam pembentangan pindaan Akta Jualan 1972 pada tahun 1999, YB Gaya meminta Parlimen supaya status quo dari segi pendapatan ke Sabah dan Sarawak dikekalkan.

Beliau menyatakan pada masa itu Sabah mengutip RM200 - 300 juta setiap tahun dari sumber ini.

Parlimen Tidak Boleh Membuat Pindaan

Beliau juga dipetik menyebut bahawa Sabah mempunyai Cukai Jualan di Sabah dan ini tidak sama dengan Cukai Jualan Persekutuan namun, di hujung pembentangannya beliau menyokong pindaan yang akan dibuat kepada Akta Cukai Jualan Persekutuan 1972.

Daripada kenyataan ini, kita dapat melihat bahawa terdapat dua jenis Cukai Jualan, satu Cukai Jualan Persekutuan dan satu lagi Cukai Jualan Negeri (ini hanya terhad kepada Sabah dan Sarawak).

Pindaan Akta Cukai Jualan 1972 Persekutuan (pindaan) 1999 tidak pernah mendapat persetujuan daripada Sabah dan Sarawak.

Sepatutnya Sabah dan Sarawak dibawa berbincang oleh Kerajaan Persekutuan kerana perkara ini adalah sebahagian daripada Perjanjian Malaysia yang telah di persetujui oleh parlimen Malaya dan dimasukkan ke dalam perlembagaan Persekutuan pada 20 Ogos 1963.

Tanpa persetujuan Sabah dan Sarawak ternyata ini satu lagi pelanggaran Perjanjian Malaysia 1963 sekali gus ia pelanggaran terhadap Jadual 10 Part V item 1.

Pelanggaran seperti ini pula tidak bererti parlimen boleh membuat pindaan tersebut sesuka hati mereka dan secara automatik mengambil alih Duti Import dan Duti Eksais ke atas produk petroleum daripada Sabah dan Sarawak.

Siasatan lanjut ke atas perkara ini mendapati bahawa perubahan ini telah dilakukan pada tahun 1999 apabila kerajaan pusat meminda Akta Cukai Jualan 1972.

Sebab utama yang diberikan adalah untuk memenuhi keperluan AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas Asean.

Sebenarnya AFTA tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penipuan oleh Kerajaan Pusat.

Skim Common Effective Preferential Tariff

Kita dapati tujuan pembentangan rang undang-undang Akta Cukai Jualan (Pindaan) 1999 adalah seperti berikut:

"Rang Undang-undang Akta Cukai Jualan (Pindaan) 1999 ini adalah bertujuan untuk meminda Akta Cukai Jualan 1972 selepas ini disebut Akta 64, bagi maksud untuk membolehkan pengenaan cukai jualan kepada kadar spesifik ke atas barangan petroleum.

"Untuk memenuhi komitmen Malaysia mengenai perjanjian kawasan perdagangan bebas Asean di bawah Skim Common Effective Preferential Tariff (CEPT), cadangan berkaitan produk petroleum ialah supaya duti import dan duti eksais atasnya dimansuhkan terus dan sebagai ganti barangan ini dikenakan cukai jualan spesifik pada kadar yang sama dengan kadar duti import dan duti eksais yang dimansuhkan itu supaya kehilangan hasil dapat dielakkan."


Timbalan Menteri Kewangan [Dr Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh] extract from page 58 of the Malaysia parliamentary Hansard dated 23 December 1999.

Apa yang dimaksudkan di sini ialah untuk memenuhi keperluan AFTA di bawah bawah Skim Common Effective Preferential Tariff (CEPT), Malaysia mesti menghapuskan skim Duti Import dan Cukai Duti.

Sebagai penggantinya, Malaysia akan memperkenalkan rejim Cukai Khusus supaya tidak akan kehilangan hasil daripada Duti Import dan Duti Eksais ke atas produk petroleum kepada kerajaan.

Ini tidak bererti apabila skim Duti Import dan Duti Eksais dihapuskan dan diganti dengan rejim Cukai Khusus maka pendapatan Sabah dan Sarawak juga dihapuskan.

Perjanjian yang telah dimasukkan di dalam perlembagaan, walau apa pun tajuk yang digunakan maksudnya adalah sama dan sepatutnya dipertahankan - ini disebabkan Sabah dan Sarawak bukan saja pengeluar minyak mentah terbesar di negara ini malah mereka juga menggunakan bahan api daripada petroleum ini.

Pembayaran Grant Tetap

Ini terang dan jelas satu diskriminasi terhadap Sabah dan Sarawak didalam pemerintahan negara.

Dalam konteks ini, Sabah dan Sarawak juga tidak sepatutnya kehilangan pendapatan daripada sumber Duti Import dan Duti Eksais.

Ini kerana Kerajaan Pusat sengaja mengabaikan fakta bahawa Sabah dan Sarawak juga mempunyai kuasa keatas Cukai Perkhidmatan dan Jualan.

Jika Kerajaan Pusat jujur dan ikhlas serta prihatin terhadap perkara ini, maka sudah tentu tidak ada alasan bagi Sabah atau Sarawak menuntut bayaran balik disebabkan kehilangan pendapatan.

Kerajaan Pusat pula akan menggunakan alasan bahawa mereka tidak mengambil sumber pendapatan ini dari Sabah kerana Kerajaan Pusat hanya memenuhi keperluan AFTA dan Sabah diberikan pembayaran grant tetap untuk mengganti kehilangan daripada sumber ini namun apa yang diganti tidak berbaloi.

Kesimpulannya, kita dapat melihat bagaimana Sabah dan Sarawak telah ditipu dengan menggunakan alasan memenuhi keperluan AFTA, pemberian tetap bukan sebagai ganti namun digunakan sebagai alasan untuk merampas hak Sabah dan Sarawak walaupun telah diperuntukan didalam perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963.

Kerajaan Pusat menggantikan Duti Import dan Duti Eksais dengan mengenakan Cukai Khusus ke atas produk petroleum.

Kerajaan Pusat membuat jaminan bahawa Sabah dan Sarawak tidak akan kehilangan hasil daripada sumber ini, sebagai ganti Kerajaan Pusat memberikan grant tetap berasaskan pendapatan dan duti eksais yang mereka terima pada masa itu.

Ini mengelirukan kerana bilangan kenderaan di jalan raya Sabah dan Sarawak semakin tahun semakin meningkat dan penggunaan bahan api juga bertambah setiap tahun.

Oleh itu, dari tahun 2000 hingga tahun 2014 Kerajaan Pusat hanya membayar jumlah tetap kepada Sabah dan Sarawak sebanyak RM120 juta setahun, manakala penggunaan bahan api di seluruh Sabah dan Sarawak meningkat nilainya sehingga berbilion-bilion.

Tidak Lojik

Ini bermakna pemberian grant tetap setiap tahun seperti ini hanya menganggarkan Sabah dan Sarawak akan menggunakan bahan api bernilai RM120 juta setahun tanpa berubah. Ini tidak logik!

Jika penilitian dibuat keatas kos harga di stesen minyak di Sabah kita dapati bahawa Cukai Khusus yang dikenakan kepada Sabah bernilai 40% dari setiap ringgit yang digunakan membeli bahan api tersebut.

Kadar 40% ini diperolehi daripada perbandingan harga pam antara Sabah dan Brunei.

Brunei tidak mempunyai duti import dan duti eksais dan tidak pula mengenakan apa juga jenis cukai ke atas produk petroleum yang diimport.

Bererti, perbezaan harga antara Sabah dan Brunei adalah nilai duti import dan duti eksais atau cukai khusus yang dikenakan oleh kerajaan untuk produk petroleum.

Dari angka-angka ini, kita dapat mengetahui berapa banyak nilai pendapatan Sabah dan Sarawak yang hilang setiap tahun.

Sebagai contoh:

Sabah mempunyai kira-kira 4 juta kenderaan yang berdaftar tetapi untuk maksud anggaran ini kita hanya menggunakan angka 2 juta.

Setiap kenderaan kita anggarkan menggunakan 70 liter bahan api setiap minggu dan kos bahan api purata RM2.00 seliter ini menjadikan setiap pengguna membelanjakan RM140 seminggu untuk bahan api bagi setiap kenderaan.

Jika 2 juta kenderaan menggunakan bahan api bernilai begini, ini bererti Sabah menggunakan kira-kira RM280 juta bahan api seminggu dan RM14.56 bilion setahun.

Tiada Bayaran Selepas 1999

Bandingkan dengan harga pam Brunei, ini bermakna nilai duti import dan duti eksais atau Cukai Khusus yang perlu dibayar kepada Sabah ialah RM5.82 bilion setahun.

Namun Kerajaan Pusat hanya membayar kepada Sabah dan Sarawak masing-masing berjumlah RM120 juta setahun.

Ini bererti selebihnya kira-kira RM5.7 bilion adalah Hak Sabah yang diambil oleh Kerajaan Pusat sebagai sebahagian daripada pendapatannya.

Ini dicerminkan dalam Bajet 2018 di mana anggaran disemak untuk 2017 Pendapatan cukai dari Petroleum adalah kira-kira RM10.94 bilion.

Terdapat tiga perkara yang dapat kita simpulkan di sini.

Pertama, Jadual 10 Bahagian V item 1 masih dalam perlembagaan dan masih sah dan kuasanya masih milik Sabah dan Sarawak, hanya kepimpinan di Sabah dan Sarawak saja yang tidak cukup tegas untuk mendapatkan kembali hak mereka.

Oleh itu, ini bererti Jadual 10 Bahagian V perkara 1 masih hak Sabah dan Sarawak, namun selepas tahun 1999, duti import dan duti eksais produk petroleum tidak pernah dibayar kepada Sabah dan Sarawak mengikut apa yang dipersetujui atau diganti dengan jumlah berpatutan berdasarkan semakan perjanjian. Ini melanggar Perjanjian Malaysia 1963 dan pelanggaran ini sengaja dibuat.

Kedua, berdasarkan Anggaran Bajet Tahunan Sabah kepala Anggaran 82104 dan sebagai Geran Penggantian Duti Import/Duti Eksais untuk petroleum diberikan peruntukan tetap sebanyak RM120 juta setahun tanpa sebarang kenaikan.

Sejak tahun 2000 terdapat kenaikan bilangan kenderaan yang tinggi di Sabah, oleh itu terdapat peningkatan yang ketara dalam penggunaan bahan api.

Ini bermakna peningkatan kenaikan pendapatan dari penggunaan bahan bakar di Sabah haruslah ditingkatkan.

Tindakan Kerajaan Pusat didalam perkara ini adalah jelas satu kes penipuan oleh Kerajaan Pusat mengenai hasil kerajaan Sabah dan Sarawak.

Ketiga, nilai jumlah tetap yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat kepada Sabah dan Sarawak semakin berkurangan setiap tahun.

Ini disebabkan pada tahun 1990 nilai ringgit telah ditetapkan pada RM3.80 berbanding satu Dolar Amerika Syarikat. Hari ini nilai ringgit telah menurun kepada RM4.00+- berbanding satu Dolar Amerika Syarikat ini bermakna kejatuhan kira-kira RM0.20 sen atau nilai ringgit telah jatuh kira-kira 10-30%.

Ini bermakna kuasa beli RM120 juta jumlah tetap yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kini hanya bernilai lebih kurang dibawah RM100+- juta.

TANGGUNGJAWAB MENTERI KEWANGAN

Dalam konteks ini, Kerajaan Sabah dan Sarawak ditipu dua kali oleh Kerajaan Pusat.

Pertama, apabila terdapat peningkatan kenderaan dan penggunaan bahan bakar, oleh itu, kenaikan pendapatan dari import bahan api. Kali kedua, kesusutan nilai ringgit mengurangkan daya beli ringgit yang diterima.

Ini juga boleh ditafsirkan sebagai kegagalan tugas oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan.

Pertama, sudah terdapat pelanggaran Perjanjian Malaysia 1963 melalui pelaksanaan Jadual 10 Bahagian V perkara 1.

Penyelesaian yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat adalah satu penipuan ke atas Sabah dan Sarawak daripada mendapatkan nilai sepatutnya ganti hasil duti import dan duti eksais;

Kedua, terdapat pelanggaran Perjanjian Malaysia 1963 dan Jadual 10 Bahagian V perkara 1 apabila Kerajaan Pusat sengaja memansuhkan Duti import dan Duti Excise pada 23 Disember 1999 dengan meminda Akta Cukai Jualan Persekutuan 1972.

Walaupun Kerajaan Pusat tahu Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa memungut Cukai Perkhidmatan dan Jualan - Justeru itu, Sabah dan Sarawak juga berhak mengenakan cukai khusus sebagai ganti kepada duti import dan duti eksais yang hilang;

Ketiga, Kerajaan Pusat sengaja memberi peruntukan tetap untuk Sabah dan Sarawak sebagai menggantikan kehilangan pendapatan dari pemansuhan duti import dan duti eksais.

Geran ini tidak mengambil kira peningkatan bilangan kenderaan, oleh itu, kenaikan penggunaan bahan api dan kenaikan cukai khusus ke atas import produk petroleum.

Kerajaan Pusat juga tidak mengambil kira kuasa beli ringgit yang susut berbanding paras nilainya pada tahun 2000 telah jatuh sekurang-kurangnya RM0.60 sen.

Keempat, ini adalah jelas kegagalan tugas dari pihak Menteri Kewangan di Putrajaya, Kuching dan Kota Kinabalu.

Sebagai Menteri Kewangan di Sabah, Menteri mesti bertanggungjawab keatas kehilangan pendapatan ke Sabah atau Sarawak selama ini - Bagi Sabah, kerugian itu dianggarkan bernilai RM5.7 bilion setahun.

Jumlah ini boleh ditukar kepada penjimatan kepada pengguna sebanyak RM0.40 sen bagi setiap ringgit yang digunakan membeli bahan api.

Setiap rakyat yang boleh menjimatkan belanja sebanyak RM56.00 seminggu atau RM2,912.00 setahun.

Penjimatan ini adalah satu jumlah besar sekiranya rakyat dan rantaian perniagaan yang terjejas oleh perubahan harga minyak akan memberi kesan kepada ekonomi dengan ketara.

KEPUTUSAN DI TANGAN PM

Sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai, beliau mesti bersedia untuk memulangkan apa yang jelas diambil oleh Kerajaan Pusat melalui parlimen.

Sekiranya PM tidak setuju dengan saranan ini, penyelesaian pertikaian hanya boleh dilakukan di London kerana Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani di London dan ia merupakan perjanjian antarabangsa.

GS Sudang, merupakan salah seorang yang terlibat dengan pembentukan Malaysia dan orang yang bertanggungjawab mendirikan Batu Sumpah di Keningau, dipetik berkata:

"For the people of North Borneo, the party points out to the Malayan Government that the capacity for aspiration and for loyalty to one’s country is no monopoly of the Malayan. The people of North Borneo are equally capable of loyalty to their own country and our burning aspiration to remain as North Bornean and to control the destiny of this country cannot be and will not be terminated by political ambition of Kuala Lumpur.

"If the Malayan Government so persistently refuse to take warning, in later days, she will pay the heavy price for her disregard of Democratic principle. We will continue to recall with growing bitterness of the manner and circumstances through which our Rights to the Sovereignty of this country and our Rights of Self-Determination have been deprived from us when they were almost within our reach. Such sentiment will certainly prevent the people of North Borneo from being reconcile to the idea of being Malaysian Citizen."


GS Sundang sudah memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, sekiranya mereka terus tidak menghiraukan tuntutan ini, perhubungan diantara Sabah dengan Putrajaya akan menjadi parah. Besar kemungkinan Malaysia akan terburai.

Sumber: 1 | 2