Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Sunday, 22 December 2024

Usung Kakak Yang Terlantar Sakit Ke KWSP Untuk Keluar Wang Rawat Kanser.

Usung kakak terlantar sakit ke KWSP untuk keluar wang rawat kanser.

Seorang pengguna media sosial Nur Sheila Abdullah kesal dengan sikap kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bharu.

Nur Sheila berkata, keluarganya terpaksa mengusung kakaknya yang terlantar sakit dan tidak boleh bangun kerana sakit kanser menggunakan ambulan ke pejabat tersebut untuk memohon pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan rawatan.

Nur Shahila Abdullah berkongsi borang maklumbalas KWSP di facebook miliknya.

Ini cerita penuh Nur Sheila yang dikongsi di Facebook beliau:

Slogan KWSP : Sedia Membantu Anda.

Terfikir sejenak saya, betul ke slogan tu atau sekadar membantu bagi pencarum yang sehat kalau yang dah sakit dan bedded sila bantu diri anda sendiri.

Saya dan abang saya ada membuat pertanyaan di kaunter pertanyaan KWSP Johor Bahru.

Kakak kami seorang pesakit cancer memang bed ridden. Beliau berusia 56 tahun dan ingin mengeluarkan kesemua balance yg ada di akaun 1. Tak banyak pun. Tak sampai RM10,000.

Jadi kami meminta jasa baik pihak pengawai KWSP membuat lawatan ke rumah untuk mendapatkan cop jari secara manual dan pengesahan diri pencarum.

Jawapan beliau agak menyedihkan. Beliau kata tidak boleh. Pencarum mesti hadirkan diri juga di pejabat untuk pengesahan cop jari menggunakan mesin mereka.

Tak kisahlah nak datang naik ambulance dan mengunakan stretcher pun boleh, janji datang.

Allahuakbar. Kalau kita tengok pun keadaan di pejabat KWSP JB tu memang tak ada pun disediakan kemudahan seperti ruangan parking ambulance atau ruangan untuk pesakit yamg hilang upaya untuk berada di situ, yang ada hanya untuk OKU (orang kurang upaya) bukan hilang upaya.

Yang menyedihkan lagi, ambulance yang kami sewa diarah oleh security mereka ke belakang bangunan dengan alasan tak nak mengganggu di depan bangunan.

Berpusing-pusing driver ambulance dan ditanya pula kami "lama tak"? Macam-manalah kami nak jawab. Soalan ni agak "tough".


Akhir sekali adalah seorang pengawai yang datang untuk menguruskan bab ambulance dan mengarahkan MA untuk tolak stretcher masuk ke kaunter.

Allahuakbar. Sedih tengok kakak saya yang memang sudah tidak ada daya upaya mengangkat tangannya tu terus menjadi tontonan orang ramai di situ.

Yang menyedihkan saya lagi, salah seorang pengawai kata, sebenarnya boleh menggunakan cara cop jari manually cuma lambat.

Kenapalah tak beritahu kami pada mula-mula kami buat pertanyaan. Kami tak kesah pun lambat janji kakak kami tak perlu ke sana.

Soalan saya kepada pengawai KWSP yang berada di kaunter, “Puan, pihak pengurusan tak aware ke keselamatan pekerja-pekerja di dalam bangunan ni. Puan bayangkan kalau yang datang ni pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit. Tidakkah membahayakan anda semua?”

Feedback saya tentang perkhidmatan KWSP ialah tolonglah "review" balik SOP ( Standard operating procedures) syarikat anda.

Mangsa dibawa menaiki kereta ambulans - Foto facebook Nur Sheila.

Kita hidup di negara yang dikategorikan sebagai negara yang agak maju dan demokrasi. Ubahlah cara kita berfikir. Think out of box and please do something on this.

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan bukan sahaja menjadi negara yang maju tapi pemikiran pun perlu maju kehadapan!!!

Bukan niat untuk mencari kesalahan tapi cuma perlu untuk perubahan bagi kemudahan kami sebagai pencarum di masa akan datang.

#sampaiskrngpihakkwspxderespondsaya

#semogatiadalagiygmengalaminasibygsama

- Suara Merdeka

Tuesday, 2 April 2025

10 Sebab Aku Menyesal Belajar Sains Komputer.


Kisah orang IT (sekadar baca sahaja)

10 tahun dalam dunia IT, aku akhirnya pasrah dan menyerah kalah. Aku masih ingat ketika aku mula-mula mengenal apa itu Pascal, C++, Visual Basic, PHP, database, network, Linux, semuanya indah. Setelah tamat ijazah, aku melangkah ke industri ICT tanah air dengan semangat yang berkobar-kobar, nak ikut jejak langkah Bill Gates, Linus Torvalds, Tim Berners-Lee dan Kevin Mitnick. 

Pengalaman mengajar aku pahit manis industri IT, yang semakin hari semakin mencabar dan semakin hilang taringnya jika dibandingkan ketika lewat 90an dan awal 2000an. Aku baru sahaja menghantar notis 24 jam sebagai programmer di salah sebuah syarikat IT kecil di sekitar Cyberjaya, walaupun ramai yang tidak setuju dengan tindakan aku ini. Banyak sebab kenapa aku hilang rasa cinta pada bidang ini. Ini adalah antaranya:

1. Kerenah client yang pelik-pelik (Clients from hell)

Function kami sebagai programmer adalah untuk menghasilkan sebuah sistem aplikasi baru untuk client berdasarkan brief yang diberi. Kami sudah dilatih bermain dengan fungsi, konsep, algoritma dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. Apa gunanya hire kami sebagai programmer kalau tak nak ikut cadangan dan proposal yang kami sediakan. Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek.

Jadi tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan minta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.

"Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat website pembangkang pulak."
"Mana gambar Dato' / Datin / Menteri / KSU / Dr?"

"Boleh tak pakai gambar ni? Dan besarkan?" (bagi gambar kecil dalam words.)

"Saya nak kalau dia klik je button ni, data dari semua agensi seluruh negara akan disimpan kurang dari 10 saat?"

"Boleh tak buat borang online yang tak perlu nak taip banyak sangat, pakai niat sahaja dah habis isi."
Maka terhasillah sistem aplikasi atau laman web yang aneh dan menyakitkan hati, seumpama iklan ubat besarkan saiz 'anu' di Facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti dalam majalah mastika atau sistem "Gomen" yang lebih mementingkan membodek orang atasan dari mesej yang cuba disampaikan dalam aplikasi tersebut.

2. Gaji kecil / Kerja banyak

Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri ICT di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan company masih akan hire pekerja IT dengan gaji yang kecil, alasannya tiada sijil professional dari Cisco, Microsoft, Oracle, Red Hat dan lain2. Habis tu apa point belajar degree sampai 4, 5 tahun?

3. Waktu kerja yang tidak menentu

Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri ICT. Masuk kerja awal, balik lewat, kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.

4. Perangai Boss / Supervisor / Project Manager (konon-kononnya) / Client yang sangat menjengkelkan.

Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Bagi sebuah projek pembangunan aplikasi atau website, untuk sampai ke tahap final, sistem aplikasi atau website yang akan dibangunkan untuk sesuatu projek, kami perlu mendapatkan pengesahan daripada mereka-mereka dalam list ini. Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama.

Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, tukar function, tukar button, tukar tulisan, tukar field, tukar database, tambah module, ada sahaja yang tidak kena. Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab bagi idea2 mengarut akan menghilangkan diri, balik awal atau meeting. Jahanam.

Agak mustahil boleh buat sebuah aplikasi dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time, kalau lambat, programmer yang akan kena maki dulu, walhal progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami, sedangkan mereka tahu, orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek.

Maka, berduyun-duyunlah programmer berkampung di office kerana nak siapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?

5. Lambakkan freelance developer yang menyediakan servis dengan harga yang langsung tak masuk akal. (Terlalu murah)

Keadaan ini telah menyebabkan industri IT negara dipandang enteng, murah dan tiada standard. 10 tahun dulu, upah untuk buat satu muka surat webpage pun boleh mencecah sehingga RM500. Sekarang RM100 untuk keseluruhan webpage pun tidak mustahil lagi.

Ada orang pernah tanya aku nak buat sebuah dynamic website siap dengan database, offer aku RM100. Aku tidak semurah itu. Bukan berlagak, bukan takbur tetapi apa gunanya kami berhabis belasan ribu ringgit, bertungkus lumus menceburi bidang ini, dan akhirnya mengambil bayar seciput itu untuk memuaskan hati client yang tahap cerewetnya mengalahkan artis?

6. Tanggapan masyarakat - kerja bidang IT kerja mudah.

Ramai yang ingat asal kerja dalam bidang IT je, kerja mudah cuma duduk depan PC taip2 program, angkat printer, pasang PC, cucuk2 kabel network dan sebagainya. Anda semua ingat senang ke nak bangunkan sebuah aplikasi? Atau install web server dan database? Atau configure sebuah switch network? Untuk menyiapkan satu page website yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses nak design workflow dan function. Bagi mereka mudah sahaja, "taip2 keyboard je." "Ala, kerja korang cucuk2 kabel je, senang la." "Kalau setakat nak pasang2 PC tu, aku pun boleh." Kalau aku boleh siku, aku dah siku dah muka masing-masing.

7. Certified software expert lagi masyuk dari kerja IT biasa.

Aku hanya mampu melihat dengan mata putih, kejayaan orang IT yang memilih haluan menjadi pakar dalam jenama software2 tertentu seperti SAP, Cisco, Oracle dan lain2. Malah ada di antara mereka tiada degree dalam bidang sains komputer atau IT tidak perlu belajar 4 5 tahun pun, cukup dengan ambil professional certificate dengan kursus selama 5 hari, dah boleh jadi seorang software expert dengan gaji berkali2 ganda dari yang kerja dalam bidang IT biasa. Ex student science comp atau IT? Ramai kawan-kawan aku lari bidang, ada yang jadi polis, kastam, imigresen, PTD, balik kampung jaga lembu, buat bisnes MLM. Life is hard.

8. Lambakkan crash course dan CD tutorial yang tersangatlah murah.

Ibarat sayur dipasar. Begitulah murahnya nilai ilmu dan skill dalam industri IT. Banyak lambakan buku dan tutorial seperti "Learn ____ in 3 days", "____ for Dummies" yang dijual di pasaran, malah boleh download je eBook kat Internet. Dan yang lagi best, mereka yang belajar sendiri dan tidak mendapat pendidikan yang formal di institusi2 tempatan pun boleh buat berkali lebih hebat daripada yang belajar sampai pecah kepala otak.

Kami berhutang puluhan ribu dengan gomen semata-mata untuk mendapatkan ilmu dah rahsia dunia IT dan mengambil masa hampir 5 tahun. Sekarang, mamak buat teh tarik pun dah boleh buat app sendiri.

9. Aku benci dengan mentaliti "Tak nampak ciri Malaysia pun sistem ni?"

Kenapa semua benda nak "nampak Malaysia?"

Ada sebab kenapa kami rujuk pada gaya dan vibe international. Untuk bersaing dengan industri IT dari luar, style dan influence industri kita mestilah sentiasa up-to-date dan mempunyai ciri international. Suka tak suka kau kena ikut trend semasa. Kau tak boleh nak buat design website atau aplikasi macam zaman Windows 95 di zaman design minimalist Windows 8/Android/iOS ni. Kau duduk bawah tempurung tahun bila pun, tak tahu lah.

10. Teknologi IT terlalu laju berkembang.

Ini adalah masalah terbesar orang2 IT. Teknologi IT itu terlalu sangat cepat dan laju berkembang sehingga sampai satu tahap selari dengan usia kau yang semakin meningkat, otak kau dah tepu dan tak boleh nak follow lagi teknologi2 IT yang terkini.

Kalau kau ambil medic, struktur tubuh badan manusia yang kau belajar 20 tahun lepas, begitulah juga struktur tubuh badan manusia sampai sekarang.

Kau belajar kejuruteraan awam, macam mana kau belajar nak buat infrastruktur jambatan 15 tahun lepas, benda yang kau belajar itu masih boleh diapply 15 tahun selepas itu.

Kau belajar arkitek, macam mana kau belajar nak design rumah 10 tahun lepas, macam tu jugalah yang kau praktikkan sekarang.

Tapi kalau kau belajar IT, baru kau belajar PASCAL, 5 tahun lepas tu orang dah tak pakai dah PASCAL. Baru ko nak kenal Windows 98, 2 tahun kemudian keluar Windows 2000. Kalau dulu kau belajar Visual Basic 6, 5 tahun lepas tu orang dah pakai .Net. Baru kau berjinak2 dengan PHP, sekarang dah keluar macam2 PHP framework. Kalau masa belajar dulu network semua pakai kabel, beberapa tahun lepas tu dah keluar teknologi wireless. Kalau dulu kau chatting pakai mIRC dan ICQ, sekarang orang pakai Whatsapp dan Hangout. Last2 apa yang kau belajar 5 ke 10 tahun lepas kat universiti kebanyakannya dah tak boleh pakai.

Last2 generasi tua IT yang otak dah tepu nak belajar teknologi2 baru ni hanya layak jadi mandur sahaja mengarah2 budak2 muda buat kerja. Situasi ni kau boleh jumpa terutama di kalangan pegawai2 teknologi maklumat yang kerja kat gomen. Kebanyakan pegawai2 IT yang dah tua dan yang pangkatnya semakin tinggi ni (tak semua tapi kebanyakannya) langsung tak boleh dijadikan tempat rujukan kalau ada masalah bab2 teknikal, sebab teknologi IT terlalu cepat berkembang, mereka pula tidak pernah nak explore teknologi2 baru, so at the end kalau ada masalah diorang tak boleh nak jawab atau tolong solve pun masalah yang berkaitan hal2 teknikal, pegawai2 IT muda atau programmer ni la yang kena cari solution sendiri kat internet.

Berbeza dengan bidang lain seperti doktor, jurutera, arkitek, peguam dan lain2, makin kau tua dan berpengalaman, pengetahuan dan kepakaran kau semakin tinggi dan bernilai.

Yang IT ni, semakin kau tua, pengetahuan dan kepakaran kau 10 tahun lepas dah tak bernilai sangat pun pada hari ini.

Sumber FB Eswara Raj

Friday, 13 July 2024

Tiap Hari Saya Mahu, Tapi Suami Tidak Kuat Tenaga Batin!


Hello min tolong hide profile saya.

Begini ba ni cerita dia, husband saya ni macam tidak kuat tenaga batin. Saya tiap hari memang mau m*** paling kurang pun mau 5 kali sehari. Kalau tidak macam berbunyi ba alarm dekat saya punya ni dan badan saya macam cari-cari something sama getar-getar.

Laki saya ni 1 round saja sehari gia itupun doi 2min terus plasbak matanya, lepastu mati sudah burung dia. Terus saya minta lagi m*** kasi puas saya tapi dia cakap minum tongkat ali dulu, sekali terus tidur pura-pura lupa. Macam mau ku tampar burung nya pakai selipar.

Jadikan saya ni bekerja ada laki ba di jabatan saya, buli tahan juga la paras muka dia, kadang-kadang kalau macam dia datang tempat saya kan, macam pandai tervibrate saya punya ni! Tidak tau la kenapa, normal ka tu?. Dia ni selalu buat saya hepi, jadi dalam pemikiran saya macam mau ajak dia ni m*** ba kasi puas saya punya n* fsu.

Kamu rasa patut kah saya buat begini? Pasal saya tak tahan sudah getar-getar an yang saya alami. Suami saya ok juga nafkah zahir dia, ok cuma tu la batin kalau 5 kali sehari baru la ok bagi sya. ok tq min

Minta pendapat dengan yang sudah berkahwin sahaja, yang makcik-makcik bawang jangan komen sini kalo mau komen jangan kecam saya. Saya cuma inginkan pertolongan kalian.

Kredit

Thursday, 11 January 2025

Betul Ke Buku Teks Bahasa Inggeris Super Minds Merosakkan Akidah?


Mutakhir ini isu berkenaan buku teks terbaharu yang digunapakai murid-murid Tahun 1 & 2 2018, SUPER MINDS terbitan Cambridge University Press agak hangat diperkatakan, dibahaskan, diperdebatkan di media.

"Ada topik Halloween! Ada Easter Bunny! Ada template Merry Christmas!"

"Rosaklah akidah!"

"Bukan budaya kita!"

"Pembaziran wang" 
dan sebagainya.

Baiklah, sebagai seorang Guru Bahasa Inggeris, situasi ini saya kira sesuatu yang positif dimana ibu bapa, ahli politik, individu tertentu nampaknya terus mengambil berat pendidikan anak-anak mereka/ generasi akan datang ini. Namun, ada baiknya sekiranya kebimbangan mahupun tohmahan itu disalurkan pada saluran sepatutnya.

Saya menyambut baik usaha penambahbaikan pendidikan Bahasa Inggeris dinegara kita dengan membawa masuk CEFR ini. Masih terngiang-ngiang betapa berkobar-kobar amanat yang disampaikan Prof. Dr. Zuraidah Mohd Don, Pengerusi ELSQC (English Language Standards and Quality Council) Malaysia mengenai CEFR. Beliau dan beberapa rakannya yang telah menghasilkan The RoadMap 2015-2025 dalam usaha mempertingkatkan standard Bahasa Inggeris dikalangan pelajar Malaysia.

CEFR places importance on communication. Sebelum ini bukan tiada pelajar kita yang cemerlang BI. Ramai yang mampu menghasilkan masterpiece dalam writing mereka, namun speaking wise? Agak mendukacitakan.

Baseline study yang dijalankan diseluruh Malaysia pada 2013 menunjukkan majoriti murid tahun 6 berada pada level A1 CEFR. Penguasaan bahasa yang dikira minimum. Boleh rujuk CEFR Global scale untuk further details. Lepas saya tengok scale tu baru saya dpt relate dengan bahagian belakang certificate result APTIS yang saya ambil pada 2014. Ketika itu markah keseluruhan saya 169/200 dan saya dpt C1, rakan saya 172/200 dpt B2. Barulah saya tahu weightage setiap skill berbeza dan pemberat untuk speaking lebih, so kalau skor speaking skill more, tahap kita boleh naik.

Alright, bila kita belajar new language, of course kita kalau boleh nak ada opportunity to use the language especially in daily conversation. Masalahnya, before this kita agak exam-oriented, too much drilling on our students, result exam bagus tapi nak suruh mereka communicate, a big question mark there. Itulah kebimbangan bila graduan kita mula seek for jobs xlepas kerana communication yang lemah. Result power tapi lack on communication skill.

Alright. Super Minds pada saya jauh lebih friendly dan hands-on berbanding previous textbook utk Year 1 (KSSR semakan 2017). Bukan itu sahaja, colourful, attractive dan xde lenghty texts dah. Buku teks sebelum ini ada around 24 units if saya x silap dan frankly speaking, memang rushing nak cover semua unit yang ada dan towards end of year, untuk beberapa unit-unit terakhir macam touch & go je. Cepat-cepat nak cover all the words sebab ada tendency those words diuji dalam LINUS BI. Nampak tak?

On the contrary, Super Minds hanya ada 10 Units (saya +1 yang unit Friends tu sbb pada saya itu dh dikira unit juga coz ada contents mengenai colours, numbers and greetings). Dan lebih menarik, separuh unit diajar masa Tahun 1, selebihnya unit 5-9 di tahun 2. Roughly, 1 - 1 1/2 bulan untuk satu unit setahun.

Tak perlu rushing, more focus, more comprehensive. Bermula 2018 juga, guru-guru BI kena focus Phonics sahaja untuk sebulan pertama Tahun 1 dan 2 minggu pertama Tahun 2. As for me this year i'm teaching Year 2, dan dah nak habis week 2 ni, apa yang boleh saya katakan, penekanan Phonics selama 2 weeks ni memang memberi impak dan membuatkan murid lebih ready sebelum kita masuk unit-unit Super Minds.

Buku teks sebelum ini bukanlah tidak bagus sepenuhnya, tapi saya merasakan contents dalamnya ada yang beyond capability Year 1 students. Contohnya ada satu text - Kiran's Planner yang pada saya agak lengthy dan ada penggunaan 4 syllable words lagi didalamnya. Cukup berbeza dengan Super Minds.


Baiklah, berbalik kepada persoalan diatas. Merosak akidah and etc. Guru-guru BI yang mengajar Year 1 & 2 sepatutnya dah aware tentang material adaptation. Is either they attend the course last year or the information being cascaded time in--house training di sekolah masing-masing.

Actually kita boleh lakukan some adaptation on the materials. Remember Super Minds kan imported text book, jadi pasti ada elemen yang tak kena dengan culture kita. So what to adapt? Kita boleh adapt contents, level, language dan process. Dan dalam course tu pun kita dah diajar on how to adapt - sama ada nak simplify, add or delete something, modify mahupun reorder balik activity/ task dalam tu.

I could remember masa course tersebut, ada one topic on weather, dia guna international punya map, and through discussion, we agreed to adapt kepada Malaysian map. Process adapattion ni dilakukan untuk make sure contents tersebut more contextualised and personalized to our pupils. To me, time nak ajak Halloween nanti, boleh add sekali festivals in Malaysia - Hari Raya, Thaipusam etc. Dan apa masalahnya greeting card Merry Christmas tu? Bukankah negara kita berbilang kaum? Takkan itu pun sampai akan rosakkan akidah etc. And ramai juga persoalkan kenapa tak hasilkan our own version of CEFR textbook? Perhaps kita belum ada expertise and believe me, soon InshaAllah.

Akhir kata, risau tu boleh tapi janganlah terlalu risau sampai melebih-lebih pula. InshaAllah kami guru-guru yang diamanahkan untuk melaksanakan kurikulum baharu ini akan melaksanakan dengan sebaiknya. Bagi kami ruang juga. Ni baru minggu ke-2 sekolah dah ada ibubapa concern psl assessment CEFR mcm mana pula. *facepalm* Sabar sikit. Bukankah baru-baru ini, our Education Minister dah highlight supaya kita x emphasize pada bilangan As semata-mata tapi lebih kepada melihat murid secara total yakni kemenjadian murid tersebut.

Let's gear up English teachers dan majulah pendidikan Bahasa Inggeris untuk negara Malaysia!

Maaf jika ada kesalahan tafsiran mahupun kata-kata (minta maaf - ini budaya kita),

Mr. Qarl Haiqal

Sumber: Media Sosial

Monday, 8 January 2025

Aku Tak Suka Najib, Tapi Apa Ada Pada PAKATAN Untuk Aku Suka?


Aku tak suka Mahathir, tapi aku sokong tindakan Mahathir buat Putrajaya untuk kebaikan ekonomi malaysia waktu itu yang berdepan dengan krisis kewangan dan resesi ekonomi (tapi bab mengkayakan kroni, ini aku tak suka lah.

Cuma pertimbangan ekonomi membuat aku sedar lebih baik Putrajaya dibina dengan mengkayakan kroni dari haram tak dibina lansung dengan alasan kononnya nak berjimat dan takut negara bankrup kemudian ekonomi menjadi lebih teruk).

Aku tak suka Mahathir tapi aku sokong tindakan dia buat capital control dan menolak cadangan IMF untuk menaikan tingkat kadar bunga (inilah yang Anwar lakukan sebelum beliau dipecat, dengan mendengar nasihat IMF).

Paling aku tak sokong adalah tindakan Mahathir menyerahkan aset aset kerajaan kepada kroni-kroni beliau, tindakan penswastaan ini juga sangat disokong Anwar waktu itu kerana Anwar berideologi neo-liberal dan pro Washington Consensus.

Aku tak suka Najib, tapi aku sokong sepenuhnya kepimpinan Najib yang buat MRT fasa 1, 2 dan 3 dan juga mengintegrasikan pengangkutan awam di Malaysia.

Aku tak suka Najib tapi aku sokong sepenuhnya pelaburan syarikat kerajaan China dan projek pembangunan bersama Malaysia-China dalam membangunkan pelabuhan di Melaka dan ECRL. Dalam masa yang sama aku menolak projek spekulasi hartanah antara syarikat private China dengan kerajaan negeri, Forest City di Johor.

Aku juga tak suka Najib kerana 1MDB. Aku juga menentang GST!

Aku nak jugak suka Pakatan, tapi apakah idea dan polisi bernas dibawa PAKATAN? Idea bernas tak ada kerana itu PAKATAN angkat balik Mahathir. Dan habis semua dibangkang PAKATAN, sampaikan MRT pun dibangkang. PAKATAN memang hanya layak jadi pembangkang sahaja.

Oleh Anas Abd Jalil

Friday, 24 November 2024

'Terkejut Tengok Mulut Isteri Macam Ni, Normal Ke?' - Warganet Ketawa Baca Luahan Suami Ini…


“Allahu, terkejut saya. Macam nak pengsan,” demikian reaksi awal apabila si suami melihat ‘kelebihan’ isterinya yang baru dia kahwini dua minggu lalu.

In the begining katanya, dia tidak percaya apabila isteri memberitahu yang dia mempunyai ‘kelebihan’ yang luar biasa, iaitu melipat mulutnya.

“Terkejut saya tengok mulut isteri saya macam ni. Dia cakap bibir dia boleh lipat. Saya macam tak percaya. Kemudian saya suruh dia lipat, nak tengok depan-depan. Allahu, terkejut saya macam nak pengsan.

“Soalan saya, normal ke ada sesetengah orang boleh lipat (bibirnya) macam ni? Ada ke yang boleh lipat? Kalau tak normal, saya nak bawa dia pergi ke hospital,” soal si suami, memetik kenyataannya dari laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Pertanyaan si suami mengundang pelbagai reaksi kelakar dari netizen. Antaranya, ada beberapa wanita yang cuba melipat mulut mereka.

“Tak tahu nak gelak atau simpati. Nak gelak, rasa berdosa pula. Tengok gambar ini teringat semalam ada tengok satu video mamat negro mulut dengan bibir dia yang besar. Mulut dia boleh sumbat satu tin air coke.

“So normal lah tu bro. Mungkin isteri awak ada kelebihan begitu, mulut elastik. Tak perlu bawa dia ke hospital, nanti kecil hati dia. Pujilah isteri dan tepuk tangan sikit sebagai tanda awak kagum dengan kelebihan dia.

“Tapi kena selalu perhatikan isteri awak, takut nanti periuk belanga dia sumbat masuk dalam mulut pula,” seloroh Afny Reanna Aryanna.

“Dengan secara tiba-tiba saya cuba melipat mulut sendiri. Serius memang tak jadi. Buruk benor muka renyot-renyot. Apa pun isteri awak memang istimewalah, boleh lipat-lipat mulut dia,” kata Rose Feb.

Adakah korang tengah cuba melipat bibir selepas membaca post ini? - KRT

Loading...

Wednesday, 22 November 2024

Luahan Hati Seorang Bapa Menerima Keputusan UPSR Anak Perempuannya. SEDIHNYA...

Saya terbaca sebaran poster kenyataan Dato Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.


Beliau berpesan supaya pada hari keputusan UPSR diumumkan, tidak perlu diadakan majlis khas meraikan pelajar cemerlang 6A sedang ratusan calon murid UPSR lain hanya memerhatikan dengan perasaan diri mereka tidak dihargai.

Betapa saya merasai pengalaman 'getir' itu sebelum ini. Bukan sebagai murid. Tetapi sebagai bapa.

Pada hari itu, subuh lagi isteri sudah berpesan, "Abang, nanti jangan lupa datang sekolah. Zulfa ambil UPSR hari ni."

Saya hanya angguk dan senyum. Mana mungkin saya lupa.

Kali pertama dalam hidup anak sulung menerima keputusan peperiksaan besar.

Pagi itu, saya ke pejabat dulu. Rakan sepejabat pelik melihat saya masih berlegar-legar di meja.

"Encik Ammar tak pergi ambil result anak?"

"Relakslah. Bukannya keputusan keluar terus. Menteri umum dulu, baru result boleh ambil."

Terus menyambung kerja-kerja yang sedang menunggu.

Henfon berpusing di meja diiringi deringan lagu lembut.

"Abang, dah gerak dari ofis belum?"

"Belum. Baru nak gerak." Sambil menolak kerusi merapat ke meja.

"Result dah boleh tengok online. Tapi Ryn tak berani nak tengok. Kalau abang nak tengok, tengoklah. Tapi jangan beritahu Ryn."

Lif dari tingkat 7 turun ke B1 hari itu terasa sangat perlahan. Jantung berdegup lain dari biasa. Detak dan berombak seperti berlari.

Ya, saya gugup.

Zulfa sederhana saja di sekolah. Dari darjah 1 hingga 6, sering juga berpindah kelas. Pernah merasai kelas tertinggi semasa darjah 5, tetapi turun ke kelas kedua untuk menghadapi UPSR.

Tiada apa yang istimewa pada pencapaian. Jarang dia menerima anugerah akademik. Tetapi saya tidak boleh menyangkal seperkara. Dia anak rajin dan tak banyak soal. Diminta belajar, dia belajar. Diminta menolong kerja di rumah, dia menolong.

Walaupun akademik sederhana, tidak pernah saya rasa mahu memarahi Zulfa.

Dalam perjalanan balik dari sekolah selepas KAFA, dia akan tertidur kepenatan di dalam kereta.

Sampai saja di rumah, terus mandi dan menyelesaikan kerja-kerja sekolah tanpa disuruh.

Tiba maghrib, dia berhenti solat sendiri.

Selepas makan malam, sambung semula menyiapkan kerja sekolah.

Ada hari, apabila tiada kerja sekolah, dia menilik jadual belajar di dinding dan terus membuat latihan dalam buku aktiviti. Tanpa suruh.

Ada masa, dia minta saya mengajar apa yang sukar dia fahami. Tanpa sedar, kadang-kadang saya tertidur atas katilnya. "Abah, Zulfa nak tidur." Saya melihat jam dinding, pukul 12 malam.

Hari minggu, dia selalu memujuk rayu minta untuk belajar di rumah kawan. Jika tidak diizin, monyok sepanjang hari.

Bukan kami tak sokong, tetapi jarak rumah ke Putrajaya bukannya dekat. Rasanya, cukup setiap hari, abah mama berulang alik untuk kerja. Tidak betah rasanya hari minggu masih memandu jauh.

Tapi rajuknya sebentar. Sedang kami leka, dia sudah di dalam bilik, belajar sendiri.

Untuk anak yang begini, apa lagi mahu saya paksa.

Lalu, fahami saja jika saya gugup pagi itu.

Sebagai bapa, saya boleh menerima apa saja. Dengan usaha Zulfa, saya tidak menyesal apa-apa. Saya sudah melihat prosesnya. Hasilnya hanya bonus bagi saya.

Tetapi dia. Bagaimana dia?

Bukankah di mana-mana pun orang berkata, usaha tangga kejayaan. Mudah fahamnya, berusaha, pasti berjaya. Jika sudah usaha, tetapi tidak berjaya?

Saya tinggalkan soalan itu begitu saja. Kerana berjaya itu luas tafsirannya.

Lagipun, beberapa minggu sebelum itu, Zulfa pernah berbincang hati ke hati dengan saya. Dia sudah usaha, dia terima saja apa keputusannya. Ketika itu saya sudah lega. Harapnya apabila hari itu tiba, dia benar-benar kota apa dikata.

Ikon Google Chrome di henfon saya sentuh dan biarkan 'loading'. Alamat url yang disebut isteri saya taipkan satu persatu. 'Enter'. Paparan telah tersedia. Masukkan no. IC dan angka giliran, keputusan dipaparkan.

Lama saya duduk dalam kereta yang enjinnya telah dihidupkan. Sungguh saya tidak kecewa. Tidak. Saya sedang mencongak-congak bagaimana mahu berhadapan Zulfa. Apa yang saya lihat terpapar di skrin sudah saya redhakan. Sekarang ini, ayat apa mahu saya ucapkan nanti.

"Abang, guru besar belum balik dari pejabat PPD untuk ambil keputusan. Tapi Ryn dengar 'result online' dah keluar. Abang dah tengok?"

"Dah." Perlahan dan bergetar. Isteri, dari intonasi saja sudah terbaca di hati apa yang saya cuba sampaikan dari getar itu.

"Allah bang..." Itu saja yang terungkap dari mulut isteri selepas saya didesak untuk memberitahu keputusannya. Aneh juga wanita bergelar ibu. Satu masa dia berpesan seperti tak mahu peduli. Tidak lama dia pula mendesak untuk mengetahui.

Ketika itu, saya seperti baru memahami apa perasaan seorang doktor yang sudah tahu pesakitnya menghidap kanser tahap 4 dan didiagnos sukar untuk diubati lagi. Perasaan mahu mengkhabarkan berita itu, seperti pedih menoreh dada.

Dari jauh, saya mendengar pengumuman nama anak-anak bertuah yang memperoleh 5A. Menaiki tangga menuju dataran sekolah, terhidang di hadapan saya deretan anak-anak yang sedang duduk beratur menunggu nama masing-masing dipanggil.

Saya mencari kelibat Zulfa dan menangkap dia sedang bergelak ketawa mengusik rakan-rakan dalam barisan yang berada sedikit ke tengah.

Dia sedang enak ketawa dan hati saya pula sedang mendung. Dia masih belum tahu keputusan, sedangkan saya masih gagal menemui kata terbaik mahu diungkapkan.

Zulfa terpaling ke arah saya, melambai-lambai dan menunjukkan ibu jari tanda bagus. Itu keyakinan dia ketika itu.

"Ya Allah, teruji sungguh hati ini hari ini." Saya hanya mampu bersandar pada dinding.

Selepas menamatkan bercakap dengan ibu seorang pelajar, isteri datang merapati, "Bang, tengok Zulfa tu bang. Dia seronok lagi tu. Tak tahu apa. Kesiannya dia bang." Mata isteri mula berair.

Saya memerhati Zulfa dari jauh. Kepalanya terdongak-dongak menanti namanya dipanggil. Sesekali dia bertanya kawan hadapan, nama siapa yang disebut apabila tidak dapat mendengar dengan jelas. Kawan sekeliling yang tadi ramai, sudah mula bangun seorang demi seorang meninggalkan dia. Yang dapat 4A sudah. Yang dapat 3A sudah. Sedang diumum mereka yang 2A. Dia mula gelisah.

"Allah, Allah, Allah..." Itu saja mampu saya dalam hati. Kau takkan mampu untuk pandang wajah dia yang sedang menanti itu.

Zulfa memandang saya dari tempat duduknya. Kali ini, pandangannya tidak seceria dan bercahaya seperti awal tadi. Dia seperti sudah mengagak sesuatu. Jika kau pernah lihat wajah anak yang sedang bersalah, itulah wajah Zulfa ketika itu. Cuma kali ini, dia tidak salah, dia tidak berbuat apa dosa pun. Dan itu yang menyebabkan airmata seorang ayah hampir tumpah.

Sebaik saja slip peperiksaan bertukar tangan, barulah wajah putih tadi mula merah. Saya membiarkan saja dia memilih bahu siapa yang mahu dipinjam. Ternyata bahu yang diperlukan adalah ibu. Berlaku drama airmata yang kehilangan skrip. Tiada sebarang kata-kata, hanya pelukan penuh emosi hiba.

Saya berjaya mengawal 'ego' seorang lelaki pada pagi itu hanya untuk menanti akhirnya airmata itu tumpah pada waktu berdoa selepas solat maghrib berjemaah.

"Ya Allah, kami bersyukur dengan apa yang telah engkau rezekikan kepada kami ya Allah. Selepas segala usaha, jika ini yang kau berikan pada kami, penuhkan hati kami dengan rasa cukup ya Allah. Tidak ada kuasa yang mampu memberi bahagia melainkan engkau ya Allah.

Tanpa dirancang, saya berpaling ke belakang dan menitipkan doa khusus untuk Zulfa ketika itu.

Ya Allah, Zulfa sudah berusaha sebaiknya ya Allah. Dia sudah redha dengan hasil yang diperolehi ya Allah. Kau kuatkanlah hatinya ya Allah. Jangan kau padamkan api semangatnya yang mahu terus menimba ilmu-Mu ya Allah.

Sesungguhnya, kami sangat LEMAH ya Allah.... "

Sebut saja perkataan LEMAH, serentak itu juga, jatuh habis airmata yang dari pagi diempang. Saat itu, sebagai bapa, betapa saya sedar, sekalipun kau manusia boleh berusaha tanpa batas masa, menghimpun segala kepandaian manusia, merancang strategi 'pasti berjaya', apabila akhirnya Allah putuskan begitu, maka begitulah! Kau tidak akan berdaya. Kau selemah-lemah manusia.

Lama saya terhenti. Jelas ada esak tangis juga di belakang saya. Ya, ego manusia jatuh. Mana lagi mahu meminta pertolongan jika bukan dari-Nya.

Saya serahkan sepenuhnya urusan untung nasib persekolahan anak saya seterusnya pada Allah.

Ketika itu, baru terasa betapa nikmatnya hati yang bulat sepenuhnya, lillahi taala.

****

Alhamdulillah... Selepas satu tahun, saya mula nampak mengapa Allah menyusun apa yang berlaku sedemikian rupa. Di sekolah menengah, Zulfa sangat berbeza dari dia yang saya kenal di sekolah rendah sebelum ini. Potensinya dicungkil dalam pelbagai bidang. Mendapat rakan-rakan sekolah yang bagus akhlak. Dia seperti tidak terkesan langsung dengan apa yang berlaku tahun sebelumnya. Saya lega.

Cukuplah sekali itu. Saya memang berharap keputusan peperiksaan tidak lagi diumumkan sedemikian rupa. Serahkan saja keputusan peperiksaan mengikut nama kepada anak murid dan biarkan mereka membaca sendiri keputusan mereka. Mana yang keputusannya cemerlang, sekolah boleh raikan dalam satu majlis khas buat mereka kemudian dari itu. Tidaklah murid lain yang menunggu terpinga-pinga.

Tidak mahu lagi ada bapa atau ibu lain yang merasai apa yang saya rasa.

Siapa rakan di KPM, sampaikan salam pada YB Menteri. Saranan beliau saya hargai.

Ammar Kamilin,
Tidak kuat melihat anak-anak berduka.

Monday, 23 October 2024

Korang Wajib Baca Nie...Jangan Cuba² Kahwin Dengan Lelaki KELANTAN. Nanti Kau Akan Menyesal...

Jangan kahwin dengan lelaki KELANTAN. Nanti kau akan menyesal. Lelaki KELANTAN ramai yang hi#sap dadah dan kaki perempuan.


Ramai orang kata kalau nak cari suami jangan cari lelaki berasal dari Kelantan. Mana tidaknya lelaki Kelantan selalu dibabitkan dengan kisah JAHAT, KAKI PUKUL, KAKI PEREMPUAN, KAKI DADAH dan boleh dikatakan lelaki Kelantan dicop lelaki nereka.

Aku kahwin dengan lelaki Kelantan dan aku nilai sendiri. Memanglah kalau dengar cara diorang cakap memang kasar dan aku sendiri pernah menangis dalam almari sembunyi dari suami aku sebab suami aku selalu marah-marah aku. Tapi suami aku cakap "bila masa abe marahnyo? Abe suruh dan oyak jah. Memang org jate kelate kecek laguni. Kecek serupa nak gocoh. Bo la duduk dlm almarinya. Macam susut ko org jahat" sambil dia ketawa terbahak-bahak.

Korang boleh bayangkan tak? Aku lari sembunyi dalam almari sebab aku ingat dia jenis suka marah-marah dan memang luaran lelaki Kelantan nampak kasar tapi kalau korang nak tahu lelaki Kelantan yang kasar tu la, yang didik aku bab agama dan dia jugalah orang selalu bekerja keras mencari rezeki. Dia orang yang selalu pastikan keluarga kami bahagia dan dapat kehidupan yang baik. Dia rajin dan berfikiran matang. Lelaki Kelantan memang nampak luaran kasar tapi hati diorang baik. Siap ada bunga-bunga lagi ok. Lelaki Kelantan tak sweet tapi penyayang. Jadi siapa yang dapat suami dari Kelantan tu kira bertuah la.

Lelaki Kelantan tu la yang ringan tulang, tolong basuh berak anak, tolong jaga anak, tolong kemaskan rumah, tolong masak, jaga aku dalam pantang dan boleh kata aku bertuah dapat kahwin dengan lelaki Kelantan tu. Mana tidaknya, masa umur dia 23 tahun tak seperti remaja lain. Dia tidak suka keluar lepak dan tidak pernah buat perkara yang sia-sia.

Dia pandai cari duit, umur dia 25tahun dia dah simpan aset dan berjaya dalam hidup. Dia tak suka membazir dan dia jenis suka berjimat. Dia seorang suami yang bertanggjawab. Rokok dia tak hisap apatah dadah. Bagi yang selalu bersangka buruk dengan lelaki kelantan ni, korang kena buka hati yang tak semua lelaki Kelantan ni jahat dan masih ramai lagi lelaki Kelantan yang baik-baik dan soleh. Yang jahat hanya sebilangan kecil sahaja.

Sumber: Anyss Azemi

Sunday, 15 October 2024

'Dah Lebih 100k Dalam Bank Saya Sekarang, Tapi Tak Tau Nak Buat Apa Sebab...' - Luahan Gadis Binggung.

Kebiasaannya seorang perempuan akan gembira apabila diberi kejutan dan hadiah-hadiah istimewa oleh insan yang disayangi.


Tambahan lagi, lelaki yang romantik menjadi idaman setiap wanita.

Namun, gadis ini sangat terkejut dengan wang yang telah dikumpulkan setiap bulan hasil pemberian daripada tunangnya. Melihat perbuatan lelaki itu, gadis tersebut menjadi rimas dan tidak mahu diberi kemewahan yang melampau dan kisah tersebut telah dikongsi disebuah laman sosial.

Ikuti kisahnya:

Asalamualaikum admin tolong hide nama saya disini saya nak tanya pendapat akak2 di laman sosial ini saya perempuan berusia 22 tahun.

Saya sudah bertunang saya ada kenal seorang lelaki ni berumur 28 tahun dia berniat untuk jadikan saya wife dia saya ok je sebab nampak ikhlas dia nak saya...tapi sekarang ni yang jadi masalah sangat...tiap kali dia ada duit...mesti dia hulur kat saya...bila saya tak ambik mesti merajuk lepastu dia masuk acc saya senyap2...saya tak pernah guna duit dia bagi…benda yang dia buat dah lama...sekarang dalam bank saya dah lebih 100k.

Saya tak tahu nak buat apa dengan duit tu...saya tak berani guna sebab dia belum sah jadi suami saya...dan saya takut kalau apa jadi...saya jadi mangsa...tolong saya...apa perlu saya buat? Saya dah cakap cara baik dengan dia...jangan masukkan duit kat saya...tapi dia masuk jugak...semalam dia baru masuk acc saya 2k...laki yang saya kenal ni bos di syarikat...sekarang yang buat saya tak suka duit...sebab saya bukan gilakan harta dia...hmm...

Dia baik selalu belanja saya makan...sebab saya memang suka makan je...tak suka benda2 lain...dia bagi kasih sayang sepenuhnya dekat saya...pernah dia hadiahkan saya kereta...tapi tak nak...macam2 dia bagi dekat saya…Saya serabut la fikir...bila jumpa mesti bagi hadiah kat saya mahal2...saya tak suka laa…saya nak makanan je kalau jumpe...tapi dia degil selalu bagi iphone...beg tangan dan macam2...aaarghh...saya jadi serabut...

Tolong bagi pendapat sis2...

Sumber

Wednesday, 20 September 2024

Sedihnya, Saya Nampak Si Ayah Dan Anak Ini Hanya Makan Nasi Putih Berlaukkan Kuah Tanpa Air Di Restoran.

Terbaca admin hari ini sebuah luahan hati yang berlaku oleh seorang netizen di mana sebuah kejadian yang berlaku di sebuah restoran cukup membuatkan hati sebak.

Gambar Hiasan

Mana tidaknya seorang ayah yang bersama anaknya yang makan di sebuah restoran hanya memakan nasi bersama kuah sedangkan anaknya kelihatan hendakkan lauk sotong, mungkin kerana tidak mampu untuk membayar harga lauk, dia dan anak hanya memakan nasi berlaukkan kuah.

Jom kita baca.

Salam admin, nak share crite...maaf lari topik…berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, berat lagi bahu memikul.

Ni citer beberapa hari lepas masa cod barang, saya singgah di sebuah warung makan sebab anak saya ni dah menjerit2 dahaga nak minum air.

Masa duduk dalam warung tu saya perasan ada seorang lelaki tua dengan sorang budak lelaki sebaya umur anak saya mungkin dalam 4 tahun gitu.

Lelaki tu nampak selekeh sangat, kaki tangan hitam berminyak, baju seluar kasut lusuh mungkin orang susah so nampak uzur je. Budak lelaki tu pun kurus sangat, nampak terketar2 mungkin lapar sangat agaknya.

Saya perhati je dua beranak tu, si ayah pegang pinggan berisi nasi putih bersama anak kehulu kehilir depan lauk2 atas tray makanan. Dua beranak tu memang menarik perhatian semua orang dalam kedai tu, tak kurang juga ada yang pandang sinis seolah2 geli tengok mereka yang kotor. Astaghfirullah.

Hati ni dah rasa semacam, air saya dah lama habis tapi masih melekat bontot saya nak duduk kat situ, leka saya duk perhati ayah lama berdiri depan lauk tapi tak jugak ambil2 lauknya. Anak pula duk tunjuk2 lauk sotong. Mungkin nak makan sotong agaknya.

Last2 si ayah ni ambik kuah je. Nasi putih dengan kuah kosong, jangankan lauk sotong, satu ketul lauk dia tak ambil pun, takde lauk langsung. Anak ni diam je tak cakap apapun bila ayah dia suruh duduk makan nasi kosong dengan kuah semata2.

Masa tu Allah je tahu camana perasaan saya bila tengok dua beranak tu makan nasi putih sepinggan dengan kuah kosong. Air memang takde. Lagi sedih si ayah ni tak jamah pun, duduk sebelah je tengok si anak ni makan. Ayahnya cuma kutip nasi yang tumpah tepi pinggan anak je suap ke mulut sendiri. Sayu hati tengok.

Ya Allah..

Time tu jugak mengalir air mata saya, sebaknya tak payah cakap la. Susahnya hidup mereka. Kita rasa hidup kita dah susah, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sedih tengok dua beranak tu, saya pun ke kaunter minta pembantu kedai letakkan nasi sepinggan dengan lauk2 sekali. Adalah sikit sotong, ikan bakar, sayur, telur mata dengan lauk lain. Kemudian saya minta pembantu kedai tu hantar nasi tu ke meja 2 beranak tadi.

Mulanya lelaki tu nampak terkejut, saya dengar dia kata tak nak sebab takde duit nak bayar, tapi pembantu kedai tu kata, ambil laa ada orang belanja. Si anak ni panjang leher2 duk tengokk je nasi penuh lauk, tapi sikit pun tak merengek kat ayah mintak nak makan. Last2 ayah tu amik jugak nasi tu.

Saya dah berjalan menuju ke kereta, dalam kereta saya perhati lagi 2 beranak tu dari jauh. Terkejut saya, bila tengok lelaki tu menangis. Kepala dia tunduk je ke meja. Tangan duk kesat2 air mata, sesekali dia gosok cium kepala anak yang tengah makan nasi tadi.

Ya Allah lagi la sebak dada tengok lelaki tu menangis sambil peluk anak dia. Bagi saya air mata lelaki kalau gugur membasahi pipi adalah air mata yang sangat2 jujur.

Bayangkan..

Sampai anak saya tanya, mama kenapa mama nangis, ayyad tak naughty lagi, soryy mama.

Saya terus peluk kedua2 anak saya sambil menangis.

Sedih...

Bersyukurla dengan apa yang kita ada sebab bukan semua orang dapat rasa nikmat kesenangan. Kita susah, ingat...ada lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita. Semoga Allah memelihara kedua beranak itu.

Sumber

Wednesday, 30 August 2024

Apabila Suami Tak Romantik...Patutkah Si Isteri Mencari Pengganti Baru Atau Kekasih Untuk Mengisi Kekosongan Di Hati?

Biasanya saya dengar suami mengeluh kerana isterinya tak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak. Dengan alasan tersebut mereka akan mencari orang ketiga untuk mengisi kekosongan di hati.



‘‘Jadi saya nak tanya pembaca semua jika keadaan terbalik, suami pulak tidak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak, apakah patut si isteri mencari pengganti baru atau kekasih untuk mengisi kekosongan di hati?’’ Demikian pertanyaan Norjaslina dalam emelnya kepada penulis.

‘‘Suami sering menyalahkan isteri tak romantik, tak pandai layan suami, tak tahu bersolek, badan berbau, pakaian di rumah buruk. Semua masalah itu menjadi punca mereka cari kekasih. Tetapi pada saya suami juga teruk perangai serta busuknya bau badan mereka.

‘‘Macam suami saya, sejak mula bercinta macam nak matilah kita raikan hari lahirnya, dia haram tak pernah ingat hari lahir saya. Alasannya terlupa. Waktu bercinta apa juga alasannya saya terima. Kerana sayang konon.

‘‘Tetapi sekarang dah lebih 10 tahun berkahwin, alasannya masih sama juga. Percaya tak kalau saya katakan dia tak pernah belikan saya hadiah langsung untuk hari lahir saya. Bila saya tanya dia kata buat apa membazirkan duit.

‘‘Suami saya, Fikri ni bukan setakat lupakan hari lahir saya, ulang tahun perkahwinan pun dia tak pernah ingat. Bila saya tanya tak ada kad ke dia kata, ‘‘Buat apa beli kad mulut ada ucaplah sendiri!’’ ‘‘Sekarang saya nak dengar ucapan dari mulut abang!’’ Dia kata, ‘‘awak dah ingat tu kira samalah tu’’ Aduh sakitnya hati.

Begitulah hati dan perasaan Fikri sejak dari mula kami kahwin hinggalah sekarang. Agaknya kalau panjang jodoh kami sampai saya mati pun dia tak akan belikan alasannya terlupa.

‘‘Biasanya tiap-tiap tahun saya akan ajak dia makan kat luar atau saya masak special untuk raikan ulang tahun perkahwinan kami, dia boleh tanya: ‘‘Buat apa makan kat luar. Saya pulak terpaksa bagi tahu hari ini ulang tahun perkahwinan kita.

Istimewa

‘‘Hairannya bila saya raikan hari lahirnya dia tak kata pun membazir bila saya beri dia hadiah istimewa. Dia kata terima kasih. Senyum sampai telinga.

‘‘Sekarang bila anak-anak dah besar bila saya ingatkan dia hari lahir saya, maka dia akan panggil anak-anak suruh nyanyi lagu selamat ulang tahun. Lepas tu dia akan buat ucapan menyakitkan hati saya, ‘‘dah semakin tua you sekarang ya’’.

‘‘Bila saya tanya mana hadiah dia akan membebel, tak ada duit. Kalau saya minta hadiah juga dia akan hulur duit RM30 atau RM50. ‘‘Hah awak ambillah duit ni belilah hadiah apa awak suka.

‘‘Saya bukanlah romantik sangat, tetapi saya akan periksa apa keperluannya, sama ada dia perlu baju baru, tali leher, pewangi, kasut atau apa sahaja yang dia suka. Bila dapat hadiah senyum sampai telinga.

‘‘Tapi kalau raikan hari lahir saya dan anak-anak dia mula kata membazir. Bukan saya buat minta duit dia. Tambah pelik dia tak pernah ingat hari lahir anak-anak apa lagi saya. Agaknya dia kedekut, takut kami minta belikan hadiah.

‘‘Mulai tahun ini saya dah buat keputusan muktamad, saya tak akan raikan hari lahir Fikri lagi, kerana dia tak pernah ingat hari lahir saya atau ulang tahun perkahwinan kami. Tapi untuk anak-anak saya akan tetap raikan, bukan nak buat parti besar-besaran, cukup sekadar kami anak beranak.

Pada saya meraikan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan adalah untuk menimbulkan rasa ceria dan gembira dalam keluarga.

‘‘Kesan daripada tindakan saya tidak meraikan hari-hari yang bermakna ini mungkin perasaan kasih sayang antara kami semakin jauh, cinta kami semakin hambar dan jiwa saya semakin kosong. Jadi apa lagi yang tinggal kalau jiwa dah hambar dan tidak menggembirakan lagi?

‘‘Kebanyakan suami berfikiran apabila sudah jadi isterinya sama ada suka atau tidak wanita itu akan terus jadi isterinya. Jadi tak payahlah nak jaga hati dan perasaan isteri. Pada saya itu satu perangai buruk suami tak tahu menilai dan menjaga hati isteri.

‘‘Satu lagi perangai buruknya tak suka kalau kawan atau jiran kita datang ke rumah dia akan tunjukkan perangai buruk menengking dan memarahkan anak-anak dengan suara amat kasar depan tetamu.

‘‘Tujuannya supaya kawan saya segera balik, jadi tak dapatlah saya nak berbual dengan tetamu. Pernah Fikri kata kawan pejabat habis kat pejabat, jiran cukup sekadar bertanya khabar bukan nak datang ke rumah mengganggu aja. Itulah perangai buruknya membuat jiwa saya lebih tertekan.

‘‘Sebenarnya banyak lagi perkara buruk yang dilakukannya yang membuat jiwa saya tertekan. Hingga sampai satu peringkat saya fikir lebih baik saya tak ada suami, namun untuk menjadi ibu tunggal dengan 3 orang anak bukan mudah, sebab itu saya terpaksa sabar dengan perangai buruknya. Tapi sampai bila saya mesti sabar?’’

Demikian cerita Norjaslina panjang lebar tentang masalah yang dihadapi.

Namun apabila berdepan dengan suami seperti ini, peranan isteri amat penting, cuba cari dan fikirkan perangai baik yang tersembunyi dalam diri suami anda yang perlu anda beri pujian, lama kelamaan mungkin dia boleh berubah, semoga anda terlepas daripada tekanan yang menyiksa jiwa.

Sumber

Thursday, 24 August 2024

Selalu Kerja Offshore. Satu Hari KANTOI Perbuatan Adik Aku Kat Isteri. Tak Sangka Dia Rupa²nya….


Betul lah org ckp, kalau isteri tak happy, rumah kite takde aura. Bini aku sejak dua menjak ni asyik stress je. Aku kerja off shore. 3 bln kat laut, 3 bln kat darat. Jadi, aku habis duty dan stay kat rumah, masa kat rumah tu aku perhati je adik perempuan aku…tak sangka rupa-rupanya. Mari baca selebihnya di bawah.

ADIK AKU DAPAT KERJA BERDEKATAN RUMAH

Nak jadik cerita, adik aku dpt kerja area dekat2 rumah aku. Kire ok lah, aku ajak dia stay sambil boleh teman isteri dgn anak. Aku berlayar lah dlm masa 3 bln ni. Dua minggu lps aku turun. So blk rumah, isteri ok je. Tp blh nampak raut wajah dia yg stress tp dia senyum je lah.

Dalam masa hampir 2 minggu ni aku perhatikan adik perempuan aku punya perangai..Harap muka je cantik putih tapi hmmmm perangai, kelaut betul. Nak jr aku humban perangai dia kat luar tmpt aku keje tu. Kalau cuti, bgn pukul 12/1. Bgn2 cari mkn kat dpr. Aku diam lagi. Lps tu bsh baju tinggal je dlm mesin, sampai isteri nk guna, isteri aku lah yg masuk kan baju dlm bakul.

“BEST KE TINGGAL SINI?”

Tgk TV, time masak dia dok lenjan dpn TV sambil main henset. Isteri kat dpr masak. Aku perhatikan je…Sampai seminggu jugak lah. Satu hr aku tegur tanya happy ke stay umah ni. Dia ckp happy sebab sewa xpyh byr, xde dgr mak kami membebel2…aku jawab ooo…Happy lah…Tak rasa nk tlg Kak long ke? Dia jawab dia tlg masa aku kat kapal dulu. Ni dia nk rehat2 lah sebab dia tgk aku dh tlg isteri kemas umah, jaga anak, masak.

Minggu lps jugak lah..cuti isteri tgh masak dia tgk TV. Aku gi dapur, aku tlg2 lps tu aku pesan kat isteri, masak cukup2 je untk kite. Xpyah lebih. Isteri diam je lah. Masa mkn, aku ckp kat adik aku, ko nk mkn g masak sediri, tadi Kak long ko masak, ko senang2 kat dpn. Mencuka jr muke.. Mls masak, dia tibai meggi.

ISTERI STRESS DENGAN PERANGAI ADIK IPAR

Kain baju dia jemur, dia tak angkat, aku larang isteri angkat. Biar kn je kena embun mlm. Dia sedap tdor magrib. Aku tanya isteri kenapa tak bagitau perangai hantu adik aku.. Isteri bls, dia just ipar je… Rumah ni rumah abg dia, sapa isteri nk marah2. Kalu tegur takot disampaikan pada keluarga aku.

Patotlah setiap kali aku call, suara isteri mcm stress, penat..sekarang aku dh cari rumah sewa kat adik aku. Dia dh dok luar. Pandai2 lah berdikari. Aku cuma perhati dr jauh je lah..isteri pom nampak tenang, aura rumah pom rasa nyaman je…Bukan aku nk sebelahkan isteri tp kalau dpn aku pon dh tunjuk perangai…apatah lg kalo aku takde.

Sumber

Wednesday, 16 August 2024

Saya Hanya Mampu Menangis Tengok Anak² Kelaparan.

Tq admin hide fb sy.. assalamualaikum semua.. maaf bukan niat mau buka aib tp sy just nak share masalah sy alami.. Sy suda berkahwin dgn duda anak 1.. perkahwinan dgn sy d kurniakan 2org anak..


Perkahwinan kami baru melangkau tahun ke3.. dan baru melahirkan anak ke2.. saya berkerja gaji bulanan..suami brkerja sndri dgn pendapatan harian.. gaji sy lebih besar dari suami tp sy tak kisah walaupun da tau sblm berkahwin lg..Sy sedih sgt2 skrg ni sbb suami tidak menjalankan tanggujawabnya sebagai suami dan ayah.. Sejak dari awal perkahwinan kami lg suami tidak pernah bagi sy nafkah.. 

(Mgkin dia fikir sy berkerja dan ada duit sndri) Sy sendri terpaksa meyara semua berbelanjaan rmh dan anak 3org.. bayar kereta, bayar pengasuh, belanja dapur, baju2 anak, pempers, susu, smpi 1tahap belanja pakaian harian kami termasuk suami pn sy yg kluarkan.. dr anak pertama lahir smpi la yg ke2 ni smua perbelanjaan sy kluarkan sbb suami tidak pernah hulurkan tuk anak2.. habis gaji sy sebulan selepas tolak smua belanja dan beri kepada org tua sy tanpa ada simpanan tuk sy mahupun anak2.. kadang2 sblm smpi masa gaji sy trpaksa ikat perut sndri agar perbelanjaan tuk anak2 ckup..

Biar sy tidak mkn janji anak2 dpt keperluan mereka.. suami lngsung tidak ambil kisah kekurangan makan pakai kami.. semasa masi dalam berpantang sy juga ke hulur ke hilir bawa anak ke klinik seorng diri, beli brg2 dapur, beli keperluan anak2 dan baby.. semua sy yg urus.. dr urus anak, kerja rmh, masak, cuci kain, mgemas smua sy buat sndri.. 

(Berpantang sndri) Bkn tidak pernah ckp/minta tolong dgn suami tp mcm2 alasan dia.. smpi kami bergaduh.. apa yg sy tgk dia hanya bayar kereta dia dan beri org tuanya belanja.. sy tidak kisah dia beri org tua, tp kami anak beranak mcm mna.. sy trpaksa juga kluarkan duit sy sndri untuk tampung perbelanjaan kami..sbb klu tidak kami anak beranak nak mkn/pkai apa.. bukan sy berkira, tp d mana rasa tanggungjawab sebagai suami.. semua sy yg tanggung..

Tidak tau smpi bila sy bole bertahan..sedih sgt sbb gaji sy pn bkn besar sgt mau tampung kos sara hidup skrg.. pernah 1malam susu anak habis..anak mngis2 mau myusu tp sy tiada duit poket sbb hjung bln dan blm gaji.. sy hnya mampu mngis tgk anak² kelaparan.. suami pn pernah minta duit sy klu sy baru gaji.. Tp bila smpi masa sy susah perlukan belanja, dia buat xtau.. sy tidak mau anak2 turut merasa susah klu boleh biar la mereka ckup makan pakai.. 

Sy tidak apa asal bole berkeja cari duit tuk besarkan mereka.. sy redha.. setakat ni sy masi kuat hadapi smua ni demi anak2.. doakan sy agar bole hadapi semua ini demi membesarkan anak2.. 

#bukanmengeluhtapibertanggujawablah #sekadarluahanhati

Wednesday, 9 August 2024

Malaysia Hari Ini Adalah Gemilang, Cemerlang, TEMBIRANG Saja...

Masa sya d sikul dulu, saya begitu bangga sekali mjadi rakyat Malaysia..sya rasa sangat bertuah mjadi warganegara malaysia..sya belajar sejarah KBSR dan KBSM dgn rasa sanjungan yg tinggi trhdp tokoh2 sejarah yg trkenal yg membawa kpd kegemelingan malaysia..sya tegak hormat stiap kali menyanyikan lagu Negaraku..sya dgn megah dan bsemangat menyanyikn lagu2 patriotik spt lagu Wawasan 2020, Dirgahayu Tanah Airku dan sebagainya..


Dengan banyak penelitian dan pembacaan, hari ini baru saya tahu bahawa sejarah yang saya belajar di sekolah itu adalah sejarah yg tidak betul..saya telah ditipu dgn fakta2 sejarah yg dpesongkn..sejarah yg sya belajar selama ini adalah sejarah Tanah Melayu..sejarah sabah dsembunyikan dpd pengetahuan saya dan minda sya dijajah supaya saya mpunyai semangat cintakan Tanah Melayu yang atas topeng nama Malaysia..

Dulu sya diajar d skolah Malaysia ini adalah sebuah negara..namun apabila sya meneliti Perjanjian Malaysia 1963, rupaya Malaysia ini bukan sebuah negara tetapi Sebuah Persekutuan Gabungan Negara2 Merdeka yg disertai oleh Tanah Melayu(Malaya), Singapura, Sabah dan Sarawak yg mempunyai hak dan taraf yg sama..apabila sya tahu asas2 pembentukan malaysia ini, barulah sya trbuka minda dan sedar bhwa sya telah tertipu..sekarang baru sya tahu bahawa Sabah ini adalah Sebuah NEGARA dlm PERSEKUTUAN MALAYSIA..

Sya tdk prlu ambil contoh yg jauh tentang penipuan2 malaya..Kad Pengenalan sya saja pun terdapat penipuan..dlm kad pngenalan sya ada kod no "12" yg brmksud negeri ke-12..padahal kad pengenalan bapa saya pakai kod "H", kod utk Negara Sabah..huruf H diambil dpd huruf hujung SABA"H"..jadi sekarang sabah dijadikan salah sebuah negeri dlm Tanah Melayu..sial punya Tanah Melayu..kita orang Sabah kena buyuk..

Sekarang bila Sabah sudah kena buyuk, maka pemimpin2 malaya suka2 buat apa yg mereka mau d Sabah..curi balak, curi minyak, curi tanah, hantar pakistan, hantar bangladesh, buat ic projek, kasi turun hrga sawit getah dan macam2 lagi..maka kita orang Sabah ini semakin lama semakin sengsara dan hidup dlm kesempitan..

Hari ini sya tidak mengaku sebagai rakyat Malaysia sebab malaysia hari ini adalah malaysia yg dirasuki oleh hantu2 dari Tanah Melayu@malaya, bukan malaysia yg asal lagi..sya rasa sangat malang kerana mempunyai pemimpin yg tergamak menipu rakyatnya..sya tegaskan di sini bahawa sya bukan rakyat malaya-SIA..Saya adalah rakyat NEGARA SABAH..

Malaysia hari ini adalah Gemilang, Cemerlang, TEMBIRANG sja..

Saturday, 29 July 2024

'Adoii...Busuknya' - Kejadian Di Kedai Fotostat Yang Membuat Saya Sedar....Sebak...

Perkongsian oleh Puan Fazniza Razali

Semalam ke kedai photostat buat salinan surat beranak Aimi dan Sijil Nikah saya sebab nak buat pertukaran Aimi ke sekolah lain. Kedai buka pukul 10 pagi, sampai 9.50 pagi, jadi kenalah menunggu dulu depan kedai. Ada juga yang sedang berdiri-diri depan kedai menunggu mungkin urusan yang sama. 




Ok, tepat pukul 10 pagi, gedegang... bunyi pintu shutter, satu lorong boleh dengar. Kedai dah buka, masa saya keluar, bau busuk menikam dan menusuk ke hidung. 

'Adoii... busuknya'. Terdetik dalam hati. 



Ooo... patutlah lori sampah. Lori sampah tu berhenti betul-betul depan kedai yang sama.

Kelihatan seorang kelindan lori sampah turun tergopoh gapah sambil membawa satu beg kecil berlari-lari anak menuju ke kedai yang sama. 



"Cepattt, nanti ada kereta nak lalu". Jerit pemandu lori. 



"Iye-iye, 2 helai je". 



Abang tu memang nak cepat dia keluarkan sebuah buku teks sains tahun 5 sambil mencari-cari muka surat.



"Kak saya nak ni satu... ni satu, "sambil menunjukkan helaian yang hendak dibuat salinan. Saya buat andaian mesti untuk anak dia. Bila selesai dia cepat-cepat memasukkan buku teks dan salinan yang dilipat kemas ke dalam beg sandang dengan senyuman yang betul-betul ikhlas dari seorang ayah. Serius saya memang terharu masa tu. 



Dari raut wajahnya memang nampak dia puas sebab dapat membantu anaknya.



"Anak minta tolong sebab nak buat kerja sekolah, saya tak bagi dia keluar sendiri, bahaya sekarang ni. "terang abang ni, mungkin dia perasan saya memerhatikannya dari tadi. 



Saya angguk je sambil senyum. Kagum betul saya pada abang ni.



Berlari semula ke lori dan letak beg di depan dan kemudian berlari lagi berdiri di belakang lori sampah. 



"Ok... jalan". Jerit abang tu pada pemandu lori. 

Dari kerjayanya dah tentu bukan dari golongan orang senang bermain dengan bau busuk, dari raut mukanya saya nampak hidupnya susah atau miskin. Tapi mempunyai hati dan jiwa yang kuat untuk memastikan anaknya berjaya dan keselamatannya terjaga. Biar hidup miskin tapi ada punya pelajaran. 



Tengah bekerja sanggup terkejar-kejar untuk membantu anaknya membuat salinan untuk buat kerja sekolah. Saya dapat bayangkan bagaimana anaknya minta tolong dari ayahnya dan tanpa mengeluh si ayah mencuri sedikit masa bekerja untuk membantu anaknya. 



Perkara ni betul-betul membuat saya sedar, yang selesa ni, yang ada masa ni dan yang ada kereta ni sering bagi pelbagai alasan sibuk dan tak ada masa bila anak minta bantuan. Nak tengok kerja sekolah anak pun jarang-jarang.



Saya berharap agar anak abang tu berbangga mendapat seorang ayah walaupun hanya pekerja seorang kelindan lori sampah. 

Pengajaran untuk saya.

- 
Fazniza Razali
 via The Alternatif

Friday, 28 July 2024

Abang Bisik Di Telinga...'Sayang, Aku Cerai Kamu Dengan Talak Dua'. Mengalir Air Mata Ini...

Nma aku M.. Aku Kawen muda.. Mase Tu Umur Aku Baru 16.. Perkahwinan aku Yang Pertama Gagal.. Aku Tuntut Fasakh.. Sebab Bekas Suami Aku Main Dadah..


31/10/14.. Aku Kawen Lagi.. aku Kenal W Kat Fb...mase Tu Umur Aku 20thun.. dan W 31thun.. Masih segar dlm ingtan...wktu Tu petang, kite gaduh.. Syg Terasa Hati, sebab Abg Tak pertahankan Syg..

Sementara abang sulong abg.. kakak ipar abg, ank ank sedara abg.. cakap abg kutip syg tepi jalan..

Kite gaduh mcm tu jew.. tapi Abg Dah Lafaz Talak satu kat syg.. abg memang ego..lepas abg ceraikan syg.. abg merayu mtk mf.. mtk rjuk balik.. 

Abg call abah suruh pujuk syg.. abg call umi suruh terima abg balik.. mase tu hati ni dah tawar untuk abg.. 

Tapi syg kesian kat abg.. syg mula fikir detik detik manis kita bersama.. imbas kembali, susah payah kite usahakan hingga lah kita disatukan.. 

Syg setuju untuk rujuk.. kite pown rujuk.. cuma yg berubah kite dah xbanyak dduk sekali.. abg kt rumah org tua abg.. dan syg kat rumah org tua syg.. 

23/6/2017.. (kat rumah mentua) syg tgh siapkan juadah utk kite berbuka.. tiba tiba terasa nk makan kerabu mangga muda.. syg mtk knci kete kat abg.. abg mula mencari kesalahan syg.. katanya syg nk kluar jumpa jantan.. 

Dan tak sangka.. abg bisik di telinga syg 'Aku cerai kamu dengan Talak Dua' ..

Mengalir air mata ini.. 

Tanpa tahu punca Kesalahan.. syg drive sorg bang balik kampung.. 7jam bang.. balik dengan tanpa ada lesen.. 

Dengan megah nya Abg kata.. Dah Cukup 3.. dah xboleh rujuk eh.. abg ingt x.. abg campak baju2 syg.. abg halau syg.. abg kata, jangan tinggalkan baju kamu walaupun sehelai.. 

Dan abg xberhenti bercakap.. abg siap jerit2.. cakap kat mak abg.. yg 'syg bukannya suka pun keluarga abg.. selama ni dia berlakon jew.. depan baik.. belakang jahat..

'Sampainya hati abg.. tuduh melulu.. dah lah tuduh melulu.. siap jerit lagi.. suruh sedar..sbb dah 2org suami.. malu sy bang..

Nafkah abg bg rm50 je sebulan..rm 100-rm150 jarang jarang sgt.. nak beli ape bang.. tu pun.. 

Syg kesiankan abg.. tkot terbeban bila ada nya isteri.. syg sggup balik kmpung.. 

Keesokanya abg mtk mf.. buat syg mcm tu.. dah lah bang.. dah terlambat.. hati dah tawar 100% utk abg..

Sumber

Monday, 24 July 2024

Ayah Kesal Tukang Rumah Indon Dalam Diam Mencalit 'MINYAK DAGU' Pada Anak Gadisnya Yang Berusia 18 Tahun.

AYAH MANA YANG TAK RISAU BILA ANAK PEREMPUAN KESAYANGANNYA KINI MERACAU HENDAK KAHWIN DENGAN LELAKI INDONESIA AKIBAT PERBUATAN ILMU HITAM.


Itulah yang berlaku kepada Ismail Omar yang kini giat mencari pekerja tukang rumah Indonesia yang telah mencalit minyak dagu kepada anak perempuannya yang berusia 18 tahun sehingga gadis itu meronta-ronta dan meracau hendak kahwin dengan lelaki itu.

Berikut merupakan perkongsian beliau.

Assalamualaikum. Mohon bantuan. Siapa kenal Mat Indon yg buat renovation rumah di sekitar Seberang Perai. Khabarnya dia sewa rumah di Permatang Pauh. Tak tahu namanya, hanya nombor plet kereta dan motorsikalnya.

Saya bagi dia projek buat rumah saya, bayar semua cantik, tiba2 dia ganggu anak bongsu saya (perempuan) yg baru berusia 18 tahun. Dia calit minyak dagu pada pakaian anak saya.

Sekarang anak saya jadi macam tak siuman, asyik tergila2kan Mat Indon itu. Saya dah minta ramai ustaz Darusyifa’ tapi keadaan anak saya bertambah teruk. Dia tidak boleh tidur malam, kerap meracau2 nak kawin dgn Mat Indon itu dan pernah 2 kali cuba bunuh dari.

Katanya dia tercium bau mayat dan ternampak perempuan rambut panjang hendak mencekiknya.

Saya sendiri berusaha mengubatnya namun belum berjaya. Mohon pertolongan sesiapa saja yg boleh membantu saya sebelum terlambat.

Hanya inilah gambar yang sempat dirakamkan dalam misi mencari tersebut.



Sekiranya anda ada maklumat mengenai suspek, atau mungkin tahu tempat berubat yang benar-benar mujarab, sila lah berhubung dengan Ismail Omar. Mungkin juga hanya lelaki itu yang boleh meleraikan ilmu hitam ‘yang kuat’ tersebut.

Keadaan anaknya kini yang terlantar di tempat tidur.

Loading...

'Jangan Buat Isteri Kau Syak Wasangka' - Pengajaran Paling Bermakna Terjadi Depan Mata Aku.

Perkongsian Muhammad Yusof:

Hari ni aku belajar sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup aku. Panjang sikit tapi aku jamin ko takkan menyesal baca cerita aku ni.


Tadi masa solat Jumaat, oleh sebab parking dah penuh, aku parking kereta agak jauh sikit daripada masjid.

Depan kereta aku ada sebuah kereta kancil. Kancil jenis lama.

Bila aku keluar daripada kereta nak menuju masjid, aku tengok ada seorang mak cik tiba-tiba keluar daripada kereta kancil tu dan tolong bukakan pintu sebelah kereta dia. Then, keluarlah seorang pak cik yang agak berusia daripada kereta tu. Selepas bersalaman, mak cik tu pun masuk semula ke dalam kereta dan pak cik tadi berjalan depan aku ke masjid.

Lepas abes sembahyang, aku terus gerak ke kereta.

Masa balik aku perasan mak cik tadi masih setia duduk dalam kereta yang enjinnya mati. Bila tak buka enjin dah tentulah aircond tak buka ye tak? Dahlah cuaca hari ni panas terik. Aku tengok mak cik tadi just buka tingkap luas bagi udara masuk sambil tunggu suaminya abes sembahyang jumaat.

Aku terharu betul dengan situasi yang berlaku depan mata aku ni.

Aku fikir inilah dia yang dipanggil kebahagiaan hakiki dalam rumahtangga.

Ada orang kata perempuan ni kan bila dia berkahwin, dia hilang semua yang dia ada time dia bujang.

Masa bujang dia ada ramai kawan-kawan nak pi hang out, tapi bila dia dah kahwin takde dah dia fikir nak pi keluar dengan kawan-kawan dia yang ramai tadi tu.

Perempuan ni bukan macam lelaki. Kalau lelaki malam-malam boring-boring, depa boleh pi mengeteh, pi main futsal, pi memancing, pi karaoke.

Tapi perempuan lain.

Bila seorang perempuan berkahwin, kawan yang tinggal hanyalah suami dia.

Pada suamilah mereka nak bercerita, nak berkongsi, nak bergurau, nak makan bersama, nak gosip dan nak mengumpat rakan sekerja.

Kadang-kadang, ada cerita yang dah 30 kali dorang cerita kepada suami depa tapi bila berbual mereka akan cerita lagi cerita yang sama buat kali ke 31.

Tapi ada suami yang tak berapa faham tentang benda ni.

Ada suami yang acuh tak acuh je layan bini.

Bila bini ajak berbual, suami buat layan tak layan je. Tapi bila sembang dengan kawan-kawan punyalah meriah tak ingat dunia.

Suami-suami, kita kena ingat isteri kita adalah separuh jiwa kita.

Kita memang tak berapa nak rasa sebab kadang-kadang kita yang laki ni boleh tendang bola atau pi memancing untuk realese tension kita.

Tapi perempuan takde banyak benda yang dorang boleh buat untuk releasekan tension dorang.

Sebab tu bila dalam kereta, bila balik kerja, bila nak tidur, mereka cari kita nak bercerita tentang apa yang mereka tak puas hati hari tu.

Pada mereka, dengan bercerita pada suamilah, mereka dapat realese segala yang terbuku dalam jiwa dorang. Bila mereka dapat cerita dan luah, mereka rasa lega dan dapat tidur lena malam tu.

Tapi perkara ini, ramai suami yang terlepas pandang. Mereka fikir isteri mereka just membebel je kat telinga depa.

Dan ramai suami gagal jadi pendengar yang baik.

Kita selalu baca kat pages-pages rumah tangga tentang keretakan rumahtangga sampai ada isteri yang terang-terang tunjuk dalam fb, suami dia main kayu 3.

Ramai yang salahkan si isteri yang sengaja membocorkan keaiban suami dorang tapi kalau kita kaji puncanya bukankah yang salah ialah suami dia kan? Orang lebih salahkan isteri, isteri nusyuzlah, derhakalah, tapi yang suami main kayu 3 tu tak pulak dimentionkan salahnya.

Ada jugak suami yang sebelum kahwin dengan seseorang perempuan tu, dia pandang bakal isteri dia tu umpama bidadari syurga. Takde perempuan secantik bakal bini dia tu. Tapi bila dah kahwin boleh pulak laki tu tengok semua perempuan lain lagi cun daripada bini dia. Ini kadang-kadang adalah masalah sesetengah kaum suami.

Tapi perempuan tak macam tu.

Bila dorang dah kahwin dengan seseorang lelaki ni, tak kiralah hensem ke, tak hensem ke, berharta ke, papa kedana ke, dalam kepala dorang dah set, itulah suami dia.

Sebab tu, perempuan ni adalah makhluk Tuhan yang paling setia.

Kalau masa mula-mula kahwin laki dia ada motor Demak je, itulah kenderaan yang mereka akan naik sebab pada mereka dapat peluk suami time naik moto itulah kebahagiaan mereka.

Ramai laki tak sedar diri bila ada duit lebih sikit mereka nak kahwin sorang lagi. Cari yang lebih muda. Tinggalkan isteri tua yang dah tolong dia sejak dari awal dia bina kerjaya dan kehidupan dia. Ini satu lagi masalah kaum lelaki.

Pada aku kan, perkahwinan ni bukan perkara suka-suka atau benda main-main. Janganlah buat bini ko syak wasangka dengan ko.

Pada suami, janganlah buat bini awak sangka buruk kat awak. Sembunyi-sembunyi henset, sorok henset. Bini nak tengok henset, awak marah.

Semua suami kena tahu yang bini dorang sayangkan dorang mengalahkan segala benda yang kat dunia. Pada dorang kasih sayang tak boleh nak bahagi-bahagi. Sebab tu ramai isteri yang mintak cerai kalau suami dia nak kahwin lain.

Oleh itu, jadilah seorang suami yang pandai dan mithali.

Kalau bini tak berapa nak cantik dan tak pandai bergaya, belilah kosmetik, eye shadow, gincu, baju cantik-cantik, tudung Neelofa kat bini ko. Confirm dia boleh tranform jadi lebih cantik daripada Janna Nick.

Kalau ko ada duit lebih sikit belilah emas, beg LV atau apa yang orang perempuan suka, confirm dorang senyum sampai telinga. Korang nak pi main futsal malam-malam pun selamber je dapat lesen. Ini tak, asal bini ko nak beli handbag je ko kata membazirlah, apalah tapi yang ko tu boleh pulak tukar sport rim kete setiap bulan.

Tapi itulah, paling penting bagi suami, jangan just fikir nak bini ko cantik fizikal je. Dalaman dorang pun ko kena kasi cantik jugak.

Sekali sekala, jadilah imam kepada bini ko atau bacalah Yasin sama-sama. Sekali-sekala bawaklah bini ko pi ceramah agama. Jadikanlah rumah korang umpama taman-taman syurga asbab ko buat benda-benda baik ni. Nanti kalau contohnya ko pergi dulu dah tentulah bini ko jugak kan yang akan doakan ko dalam kubur.

So, kisah pak cik dan mak cik tadi buat aku terfikir.

Kebahagiaan yang hakiki bukanlah just pada harta benda je tapi kebahagian yang hakiki ialah bila suami dapat melengkapi isteri dan isteri dapat melengkapi suami. Itulah kebahagiaan yang hakiki.

Tak mahukah kita sama-sama berpegang tangan masuk ke dalam syurga sambil tersenyum kebahagiaan bersama isteri kita?
.
P/S: Taglah laki ko. Biaq dia sedar diri sikit. Atau pakwe ko. Biaq dia ada rasa tanggungjawab sikit lepas kawin nanti. Kalau ko rasa bermanfaat, sharelah ye.
.
Yang baru kahwin 9 tahun: Muhammad Yusof

Sumber