Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Saturday, 21 December 2024

Pernyataan Sikap Membantah PSS (Pas Sementara Sabah).


Pernyataan Sikap Membantah PSS (Pas Sementara Sabah)

1. Barisan pemuda adat Pasukan Merah adalah pembela masyarakat adat Orang Asal yang punyai wilayah adat masing masing seluruh Pulau Dayak.

Seperti wilayah Dusun sekitar gunung suci Kinabalu, seperti Murut di wilayah adat pedalaman dan bukit, seperti Rungus di pantai utara, Tangara Lotud & Tatana di wilayah pantai, Sama di Kota Belud, Tombonua & Bagahak di sungai - yang mana adalah pemilik asal negeri Sabah, juga sebagai Dayak itu pemilik pulau Borneo mengikut wilayah adat masing-masing. (PETA)

2. Membantah PSS kerana ianya langsung tidak menghormati wilayah adat serta adat dan sistem religi masyarakat orang asal.

PSS langsung tidak membawa apa-apa faedah kepada orang asal, malahan pulau Borneo kerana pendatang tanpa izin tidak menghormati kedaulatan undang-undang adat kami.

PTI yang akan diberi PSS tidak menghormati perlembagaan negara dan undang2 imigresen dan juga undang2 keselamatan.

Sedangkan orang asal yang ingin ke Sarawak harus siapkan passport untuk keizinan masuk, juga menggunakan MyKad sah untuk mengunjungi Semenanjung Malaya dan untuk mengunjungi saudara Dayak di Kalimantan iuga menggunakan passport untuk keizinan masuk.

Pendatang tanpa izin pula, dengan sewenang-wenangnya diberi PSS tanpa perlu dokumen2 perjalanan yang sah.

PTI perlu dihantar pulang ke negara masing2 untuk negara mereka menguruskan dokumen sah.

Maka itu, masyarakat adat membantah sekerasnya sikap pemerintah.

3. Jika pemerintah tidak hormat kepada Orang Asal bererti kerajaan tidak menghormati perlembagaan Sabah, perlembagaan Malaysia - dan ini adalah sikap yang paling derhaka kepada pemilik asal negeri Sabah, pemilik asal pulau Borneo.

4. Kita mendesak supaya PSS ini dihapuskan dengan serta merta. Rancangan PSS ini dibatalkan segera. Kalau dibuat juga, tanpa persetujuan orang asal - bererti PSS ini ingin menghapuskan orang asal.

Oleh itu, kerajaan pusat dan kerajaan negeri mesti hapuskan PSS dan menghantar pulang PTI ke negara asal mereka.

5. Jangan mencabar maruah dan kedaulatan orang asal dan wilayah adat kami.

Segera hapuskan PSS.

Admin

Saturday, 2 March 2025

Rasmi: Menang Bergaya, Semenyih Menjadi Milik BN.


PRK SEMENYIH | Kerusi DUN Semenyih kembali dikuasai BN selepas pengundian hari ini.

Kemenangan BN ini merupakan pertukaran kerusi yang pertama selepas pilihan raya umum 9 Mei 2018.

Sebelum ini, kesemua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-14 dimenangi parti penyandang.

Ia juga merupakan kemenangan kedua BN dalam enam PRK yang diadakan selepas PRU ke-14.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN Zakaria Hanafi yang mendapat 19,780 undi menang dengan majoriti 1914 undi.

Sementara itu, calon PH Muhammad Aiman Zainali pula memperolehi 17,866 undi.

PSM's Nik Aziz Afiq (845) and independent Kuan Chee Heng (725).

BN mendapat 50.44 peratus undi, meningkat daripada 30.88 peratus pada PRU lalu. Boleh dikatakan antara faktor utama peningkatan itu adalah undi daripada penyokong PAS.

Calon PSM Nik Aziz Afiq Abdul pula mendapat 847 undi dan calon Bebas Kuan Chee Heng 847 undi.

Dengan kemenangan ini, BN kini mempunyai lima kerusi DUN di Selangor manakala kerusi PH pula berkurangan kepada 50.

Saturday, 16 February 2025

Majlis Tindakan Ekonomi Akan Gagal.


Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi sewajarnya mendapat reaksi serius khususnya daripada pemerhati politik dan amnya daripada rakyat Malaysia. Malangnya tidak banyak komen atau kritikan mengenai hal ini.

Selain bertindak sebagai Pengerusi, Perdana Menteri Malaysia itu turut melantik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Menteri Kewangan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Kerja Raya sebagai anggota Majlis. Turut tersenarai ialah bekas Menteri, Pengerusi Permodalan Malaysia Berhad, Pengarah Bank, Penasihat Ekonomi PM, Pengerusi Bursa Malaysia dan beberapa pakar yang terkait dengan ekonomi.

Tujuan penubuhan Majlis tersebut dikatakan untuk menyahut dan bertindak atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka (rakyat) hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi. Ia juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh JPM. Walaupun tujuannya dilihat baik, saya pasti ia akan gagal mencapai matlamat, antara lain kerana:

1. Para "pakar ekonomi" yang dilantik dalam Majlis tersebut terdiri daripada individu-individu yang hanya dikitar semula. Kebanyakan mereka adalah kelompok elit pemilik modal yang sudah lama kaya raya. Bagaimana mungkin kelompok semacam ini, apatah lagi yang sehingga kini gagal memperbaiki keadaan ekonomi negara, akan berjaya mengeluarkan rakyat daripada kesempitan hidup dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat?;

2. Sifat ekonomi kapitalis itu sendiri bukanlah untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat, tetapi hanya untuk menjaga kepentingan pemerintah dan para pemilik modal;

3. Apa sahaja Majlis atau program ekonomi yang dilihat baik, selama mana ia diwujudkan di bawah sistem kapitalisme, ia hanyalah bersifat tampal sulam bagi menutup kerosakan dan kebusukan yang diakibatkan oleh sistem yang terkenal mencekik darah rakyat itu. Ia hanyalah gula-gula untuk mengabui mata rakyat dan bagi menutup mulut rakyat;

4. Penderitaan rakyat dari sudut ekonomi, khususnya berhubung kenaikan kos sara hidup adalah disebabkan oleh penerapan sistem ekonomi kapitalisme itu sendiri. Kerosakan yang berlaku adalah kerosakan sistemik yang tidak akan boleh diubah kecuali dengan membuang sistem yang rosak tersebut. Ibarat rumah yang sudah buruk dan hampir roboh, menampal sekeping atap walaupun dilihat baik, namun sudah pasti tidak akan dapat menyelamatkan penghuninya.

Kapitalisme mengukur kesejahteraan ekonomi hanya berdasarkan angka dan purata semata-mata. Contohnya pada tahun lepas (2018) pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 4.7 peratus dinilai sihat oleh ramai pakar ekonomi, sedangkan hakikatnya majoriti rakyat masih mengeluh dan menderita dengan kenaikan kos sara hidup.

Sedangkan dalam Islam, kesejahteraan ekonomi itu diukur berdasarkan setiap individu rakyat. Pemerintah akan berdosa sekiranya dalam negara terdapat walau hanya seorang individu yang tidak cukup makan. Pemerintah wajib memastikan setiap individu rakyat mempunyai kecukupan dari segi keperluan asas (basic needs) yakni setiap individu rakyat mesti mempunyai makanan, pakaian dan tempat tinggal. Lebih daripada itu, pemerintah wajib menyediakan hak asas (basic rights) setiap individu rakyat secara percuma iaitu pekerjaan, kesihatan dan keamanan.

Ala kulli hal, tertubuhnya Majlis Tindakan Ekonomi oleh Dr Mahathir sebenarnya menunjukkan yang Perdana Menteri Malaysia itu sudah tidak yakin dengan menteri kabinet dan segala institusi berkenaan ekonomi dalam negara ini. Sayangnya Mahathir gagal memahami bahawa beliau akan terus gagal untuk mensejahterakan hidup rakyat selagi mana beliau masih menerapkan sistem ekonomi kapitalisme, dan tidak menggantikannya dengan sistem ekonomi Islam.

Saya juga terfikir yang Dr Mahathir ni sebenarnya nak jadi Menteri Kewangan, tetapi beliau terpaksa akur dengan manifesto PH yang tidak membenarkan beliau memegang jawatan tersebut. Jadi, dengan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi, dapatlah juga ahli parlimen Langkawi itu "merasa" menjadi ketua dalam urusan ekonomi negara, tanpa mana-mana pihak dapat mengutuk beliau kerana melanggar manifesto.


Oleh: Abdul Hakim Othman - Jurucakap HTM

Tuesday, 12 February 2025

7 Bekas Ahli Parlimen Umno Diterima Masuk PPBM.


PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa mengumumkan penyertaan enam bekas Anggota Parlimen Umno ke dalam PPBM.

Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Dr Mahathir berkata keenam-enam anggota parlimen itu diterima menyertai PPBM setelah mengkaji permohonan mereka selain meletakkan syarat bahawa mereka hanya akan menjadi anggota biasa tanpa memegang sebarang jawatan dalam parti.

"Menjadi ahli PPBM tidak bermakna mereka mencari perlindungan daripada parti ini. Kita tidak akan memberi perlindungan terhadap apa-apa yang dilakukan dahulu," kata Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri dalam sidang media, di Putrajaya pada Selasa.


Terdahulu, beliau menyampaikan kad keahlian PPBM kepada keenam-enam anggota parlimen tersebut serta Anggota Parlimen Masjid Tanah Mas Ermiyatie Samsudin yang telah menyertai PPBM pada Disember tahun lepas. - BERNAMA

Saturday, 26 January 2025

BN Menang Besar Di PRK Cameron Highlands.


PRK CAMERON HIGHLANDS | Calon BN Ramli Mohd Nor diumumkan secara rasmi sebagai pemenang pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.

Ia merupakan kemenangan pertama buat BN sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14, sementara Ramli mencatat sejarah sebagai Orang Asli pertama menjadi ahli parlimen.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Ramli menang dengan 3,238 majoriti undi selepas meraih 12,038 undi keseluruhan.

Pencabar terdekatnya, calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran meraih 8,800 undi.

Dua calon bebas yang bertanding pula, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing meraih 276 dan 314 undi. Kedua-dua mereka dijangka kehilangan deposit.

Peratus keluar mengundi adalah 68.79 peratus, yang merupakan jumlah paling tinggi dalam semua PRK sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Sementara bagi Manogaran, ini merupakan kekalahan kali ketiganya di Cameron Highlands. Ini merupakan kali pertama beliau bertanding sebagai calon parti pemerintah.

Monday, 27 August 2024

Kerajaan WARISAN Sabah Bukan Kerajaan Yang Sah?


Kerajaan Warisan Sabah berlagak seperti sudu lebih daripada kuah, sedangkan ianya bukan kerajaan yang sah.

Kedudukan Datuk Shafie Apdal sedang dicabar di mahkamah, malah tindakan beliau menggugurkan saman terhadap perlantikan beliau pada 12 Mei, 2018 ditolak oleh mahkamah dengan kos.

Keputusan mahkamah dengan kos, menunjukkan bahawa saman terhadap beliau mempunyai merit untuk dibicarakan, selain menyalah gunakan proses mahkamah.

Selepas PRU-14, dengan jelas, bahawa DUN Sabah tergantung, kerana tiada parti yang mempunyai majoriti mudah daripada 60 ADUN. Namun, parti STAR yang mempunyai 2 ADUN menjadi KINGMAKER, telah memilih BN untuk membentuk kerajaan negeri.

Kerjasama antara BN dan STAR menghasilkan 31 kerusi dan seterusnya jumlah itu merupakan majoriti mudah. Ekoran itu, maka Tan Sri Musa Aman bersama kabinet beliau mengangkat sumpah pada malam 10 Mei, 2018 di depan TYT Sabah, disaksikan oleh Hakim Besar Sabah & Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Negeri dan para kenamaan lain.

Ekoran pembentukan kerajaan negeri yang sah itu, pada 12 Mei, kabinet negeri telah mengadakan mesyuarat pertama di Bangunan Pusat Pentadibaran Negeri Sabah di Teluk Likas.

Oleh kerana tindakan pancing memancing daripada pihak Shafie, maka pada 11 Mei, 2018, Datuk Madius Tangau dijemput ke kediaman Shafie di Jalan Bundusan, Penampang. Sebaik sahaja Madius masuk ke rumah dan duduk bersama Shafie, gambar perjumpaan itu telah tular dengan caption, UPKO menyertai Warisan. Pada masa yang sama juga, 4 ADUN daripada Umno datang ke rumah Presiden Warisan itu termasuk ADUN Balung, Tawau.

Berasaskan kepada senario itu, maka BN dan STAR secara teknikal kehilangan 6 ADUN.

Jika berasaskan perlantikan awal Ketua Menteri Sabah, maka TYT seharusnya tidak tergesa-gesa melantik Ketua Menteri, akan tetapi menunggu nasihat daripada Ketua Menteri yang sah. Ketua Menteri yang sah pada masa itu adalah Tan Sri Musa Aman.

Sesuai dengan perlembagaan negeri, Musa mempunyai tiga pilihan, memanggil Sidang DUN tergempar, membubarkan Dun atau meletakkan jawatan. Namun, semua ini tidak dilalui, sebaliknya TYT membuat keputusan diluar bidang kuasa beliau seperti mana terkandung dalam Perlembagaan Sabah.

Sebagai rakyat Sabah, penulis berharap, mahkamah membuat keputusan sesuai dengan Perlembagaan Sabah, kerana jika tidak Perlembangaan Negeri akan menjadi bahan jenaka.

Sumber

Tuesday, 3 July 2024

Najib Razak Sah Ditahan SPRM.


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull mengesahkan perkara itu kepada media.

Kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan tangkapan itu dibuat pukul 2.35 petang tadi.

Tangkapan itu berhubung skandal SRC International Sdn Bhd.

Najib telah dua kali dipanggil SPRM memberi kenyataan berhubung skandal itu sebelum ini.

Pasukan Petugas Khas 1MDB turut memaklumkan Najib akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok.

[Berita selanjutnya menyusul...]

Saturday, 30 June 2024

Zahid Hamidi Sah Jadi Presiden Umno Ke-7.


Akhirnya Umno mendapat nakhoda baru selepas kapal mereka berlabuh akibat dibadai pengundi pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini dilihat bakal menjadi perdana menteri - sehinggalah BN kecundang di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN) - dipilih majoriti anggota parti untuk menjadi presiden mereka.

Setakat jam 9.40 malam ini anggota parlimen Bagan Datuk itu memperoleh 93 undi sekali gus tidak memungkinkan mana-mana calon mengejarnya lagi.

Dua lagi calon utama yang bersaing untuk mengisi tempat ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib Razak ialah anggota parlimen Rembau yang juga bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, serta veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Khairy mendapat 51 undi manakala Tengku Razaleigh cuma 23 undi.

Untuk rekod ini adalah percubaan kedua Tengku Razaleigh untuk menjadi presiden selepas 1987. Kira-kira 31 tahun lalu cubaan beliau digagalkan oleh kelebihan 43 undi yang memihak kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu bagi perebutan jawatan timbalan presiden, bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan semakin hampir menjadi pemenang apabila setakat 9.25 malam, beliau sudah mempunyai 75 undi.

Mohamad hanya memerlukan 21 undi lagi untuk menjadi pemenang. Pencabar tunggalnya, Tan Sri Annuar Musa ketinggalan dengan setakat ini hanya meraih 55 undi.

Loading...

Saturday, 23 June 2024

Gerakan Keluar Dari Gabungan Barisan Nasional (BN).


Gerakan menjadi parti terbaru memutuskan untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) berikutan kekalahan mengejutkan pada pilihan raya umum bulan lalu.

Ia diumumkan oleh Naib Presiden parti itu, Dominic Lau selepas mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini, yang berkata keputusan "sebulat suara" itu dicapai mengikut kehendak akar umbi parti.

"Salah satu keputusan yang telah kita buat ialah kita sebulat suara memutuskan untuk meninggalkan Barisan Nasional. Sebab utama (untuk meninggalkan BN) adalah kerana ini adalah suara akar umbi, pendapat akar umbi dan juga kehendak akar umbi.

"Oleh itu, semasa mesyuarat jawatankuasa pusat parti, kita berbincang dan (kita) memutuskan untuk mendengarkan (kehendak) akar umbi. Sebab itulah kami memutuskan untuk meninggalkan Barisan," kata Lau kepada Malaysiakini di ibu pejabat Gerakan di Cheras hari ini.

Bagaimanapun Lau berkata ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dicapai oleh kepimpinan parti itu.

"Ini adalah satu keputusan yang sukar untuk dibuat, ini adalah mesyuarat jawatankuasa pusat kedua/ Dalam mesyuarat pertama kita mempunyai dua pendapat, ada yang merasakan bahawa kita harus keluar, ada yang merasakan kita harus kekal. Dalam mesyuarat ini kita semua memutuskan untuk meninggalkan Barisan," katanya.


Sumber

Tuesday, 12 June 2024

Senarai Penuh Jemaah Menteri Tun M 2018.


VETERAN DAP, Teresa Kok dan muka baru, Yeoh Bee Yin antara calon parti itu yang dijangka akan masuk dalam senarai akhir 26 anggota Kabinet Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kata sumber kerajaan.

Kok akan dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutuan manakala Yeoh, yang menang kerusi Parlimen Bakri dalam pilihan raya pertamanya, dijangka dinamakan sebagai menteri Tenaga, Teknologi Dan Alam sekitar. Yeoh adalah jurutera kimia, pemegang biasiswa Petronas yang juga lulusan sarjana dari Cambridge.

Wakil PKR dalam jemaah menteri itu termasuk pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang akan jadi menteri Kerja Raya; naib presiden Xavier Jayakumar (Air, Tanah dan Sumber Ssli), dan setiausaha agung Saifuddin Nasution (Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna).

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Abdullah bakal dinamakan sebagai menteri Pendidikan Tinggi. Beliau adalah timbalan menteri portfolio yang sama dalam Kabinet Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum 2008 dan dikekalkan oleh Najib Razak sehingga habis mandat penggal ke-13 itu.

Sementara itu, dari Amanah, Mujahid Yusof Rawa bakal dilantik menteri Luar manakala Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad akan jadi menteri Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri.

Seperti yang dijangka oleh banyak pihak, ketua sayap Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal dinamakan menteri Belia Dan Sukan. Ahli Parlimen Alor Gajah Mohd Redzuan Yusof akan memegang portfolio yang dihidupkan semula, Kementerian Pembangunan Usahawan.

Parti Warisan Sabah yang menyokong PH akan mempunyai tiga wakil dalam Kabinet Dr Mahathir iaitu Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking; Ahli Parlimen Batu Sapi VK Liew dan Ahli Parlimen Silam Mohamadin Ketapi.

Darell akan jadi menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri; Liew sebagai menteri Undang-undang manakala Mohamadin bakal menteri Pelancongan.

Mujahid Yusof Rawa bakal dari Amanah dilantik menteri luar dalam Kabinet Pakatan Harapan.

Sama seperti Saifuddin Abdullah, Liew pernah jadi timbalan menteri di portfolio yang sama sepanjang tempoh mandat yang sama 2008-2013. Beliau adalah bekas presiden Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) yang pernah terlibat dalam perebutan kuasa dalaman pada 2013.

Sama juga seperti Saifuddin yang meninggalkan Umno dan menyertai PKR, Liew keluar LDP pada Mac 2018 untuk masuk Warisan bersama 200 penyokongnya.

Portfolio Kaum India

Pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy akan diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal kaum India, selepas usaha kerasnya memastikan pengundi kaum India memilih PH.

Setakat ini tidak jelas apakah portfolio itu diangkat sebagai sebuah kementerian penuh atau diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Waytha Moorthy bagaimanapun perlu dilantik sebagai senator terlebih dulu kerana beliau bukan ahli Parlimen.

Pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy akan diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal kaum India, selepas usaha kerasnya memastikan pengundi kaum India memilih PH. - Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Jun, 2018.

Waytha pernah jadi senator selepas PRU13 dan dilantik sebagai timbalan menteri dalam Kabinet Najib. Beliau bagaimanapun letak jawatan hampir setahun kemudian sebagai membantah sikap kerajaan BN yang tidak mempedulikan nasib kaum India.

“Calon dipilih berdasarkan kelayakan. Yeoh seorang terpelajar dan menarik perhatian Dr Mahathir dengan pencapaian akademiknya ketika namanya dimajukan oleh DAP,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insight.

Sabah Dan Sarawak

Nama-nama calon jemaah menteri ini difahamkan akan dipersembahkan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas Hari Raya Aidilfitri, hujung minggu ini.

Seorang lagi sumber memaklumkan Baru Bian dipilih untuk ke Kementerian Kerja Raya kerana beliau dalam kedudukan yang baik untuk mengutamakan projek pembangunan bagi Sabah dan Sarawak.

“Pakatan mahu kerja-kerja pembangunan diteruskan di Sabah dan Sarawak. Sudah cukup infrastruktur di Semenanjung Malaysia. Baru calon yang terbaik untuk tugas itu. Beliau tahu apa yang diperlukan,” kata sumber itu.

Sumber itu juga menambah, mungkin ada dua nama lagi dari Sarawak akan dimasukkan selepas empat parti negeri itu meninggalkan BN untuk mendirikan Gabungan Parti Sarawak yang mendukung PH.

“Wakil mereka mungkin dijemput menyertai Kabinet,” kata sumber itu.

Pengajian Tinggi

Dalam menyusun Kabinet lengkapnya, Dr Mahathir juga dikatakan memikirkan semula tentang portfolio Pengajian Tinggi, sehingga ia diasingkan daripada portfolio Pendidikan, dan membuka jalan kepada Saifuddin Abdullah kembali ke Kabinet.

Portfolio Pengajian Tinggi sebelum ini disatukan dengan Kementerian Pendidikan di bawah menterinya, Maszlee Malik.

Maszlee menerima serah tugas daripada menteri sebelum ini, Idris Jusoh dalam satu majlis pada 22 Mei lepas dan sejak itu sempat membuat beberapa kenyataan tentang keadaan universiti tempatan serta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sementara itu, sumber juga menjelaskan Kementerian Pembangunan Usahawan dihidupkan semula bagi memastikan ada kementerian khusus untuk mengembangkan usahawan Melayu.

Kementerian ini dimansuhkan oleh Najib dalam Kabinet pertamanya pada 2009. Menterinya yang terakhir ialah bekas menteri besar Johor Khaled Nordin (2004-2009) dan sebelum itu Nazri Aziz (1999-2004) dan Mustapa Mohamed (1995-1999).

Dengan pengenalan semula kementerian ini, semua unit berkaitan yang sebelum ini diletakkan di beberapa kementerian akan dikembalikan seperti Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera (MPPB) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Jemaah menteri Dr Mahathir sekarang dianggotai 13 menteri. Perdana menteri sebelum ini berkata beliau mahu anggota Kabinetnya tidak lebih 30 orang. - 13 Jun, 2018.






Loading...

Sunday, 13 May 2024

Musa Aman Tidak Jadi Letak Jawatan KM Sabah.

KETUA Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. - Foto Khairull Azry Bidin

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Sri Musa Aman tidak meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.

Perkara itu disahkan oleh setiausaha akhbar beliau, Afeiza Khan menerusi kenyataan di sini, malam ini.

“Tiada apa-apa perubahan. YAB Tan Sri Musa Haji Aman tidak meletak jawatan. Beliau masih Ketua Menteri yang sah,” katanya.

Kenyataan itu menyusul selepas Ketua Menteri Sabah yang mengangkat sumpah semalam, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini meminta Musa meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan daripada sebahagian besar ADUN.

Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) dilaporkan berkata, ada dua perkara yang boleh dibuat susulan kemelut politik di Sabah ketika in.

Pertama, katanya, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Musa meletak jawatan.

Tetapi dalam kes ini, katanya, Musa selaku Pengerusi BN perlu meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan.

Musa yang menjadi Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2004, mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada malam Khamis lalu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin selepas BN bersama Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memiliki 31 dari 60 kerusi DUN.

Bagaimanapun, enam ADUN BN kemudian menyertai pakatan WARISAN dan Pakatan Harapan (PH) sekali gus memiliki 35 kerusi dan meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. - BH ONLINE

Sunday, 8 April 2025

Jawapan Ringkas Tun Mahathir Untuk TMJ.


Kritikan panjang lebar Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap Tun Mahathir dan gesaan agar mengekalkan Umno dijawab ringkas Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir.

Mahathir mengakui ia memberi kesan tetapi bukanlah seperti dijangka.

“Akan beri kesan,” katanya ringkas seperti dipetik Malaysiakini.

Selepas berhenti seketika, beliau menyambung: “Ia beri kesan untuk jadikan HARAPAN lebih popular.

“Anda sudah lihat komen di dalam Instagram dan Youtube, itulah komen rakyat. Saya rakyat juga, tetapi saya tidak mahu komen,” kata beliau lagi.

Loading...

Friday, 6 April 2025

DUN Sabah Bubar Esok 07 April 2018.

Musa ketika sidang media di kediaman rasmi beliau di Sri Gaya. - Gambar oleh JKM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang berkuatkuasa esok.

Pengumuman pembubaran berkenaan dibuat di kediaman rasminya di Sri Gaya sebentar tadi selepas menerima perkenan daripada Yang diPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah jam 2.30 petang tadi.

"Untuk itu, saya bersama-sama Jemaah Menteri Negeri Sabah mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen yang tinggi kepada Kerajaan Negeri dalam menjayakan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat."

"Atas segala usaha yang kita lakukan selama ini, dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu, kita turun padang dan menyantuni serta membantu rakyat di seluruh negeri, kita melaksanakan pelbagai dasar dan agenda pembangunan untuk kepentingan rakyat, sudah tentu menjadi harapan kita agar rakyat membuat pilihan secara bijak dan terbaik berdasarkan pencapaian, kejayaan dan track record yang membuktikan iltizam politik (political will) yang tinggi oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar rakyat terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada Barisan Nasional menerusi mandat yang besar dalam PRU akan datang demi menjamin kesinambungan pembangunan dan menjayakan halatuju Negeri Sabah.

Loading...

Friday, 23 March 2025

Maria Chin Tanding Atas Tiket PKR.


Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berasa tindakannya betul apabila memilih untuk bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak menjadi ahli PKR, walaupun pada masa sama mengakui parti itu selari dengan prinsipnya.

“Tidak ada (menjadi ahli). Ya (bertanding logo PKR).

“Kawasan belum ditetapkan. Mereka nak bincang lagi. (Namun saya) ikut partilah,” katanya.

Pengumuman penyertaan Maria itu dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Maria berkata, sebab utama beliau mahu bertanding dalam PRU-14 adalah agenda reformasi.

“Saya harap agenda reformasi menguntungkan rakyat. Apa yang saya berjuang ialah reformasi yang diumumkan oleh Bersih.

“Suara Bersih dan semua yang dituntut itu saya akan bawa ke Parlimen, selain isu kesamaan gender dan persekitaran.

“Ini adalah isu yang sangat penting untuk saya dan saya harap saya boleh memberi sumbangan,” katanya, lapor BH

Sementara itu, Nurul Izzah berkata, beliau berasa amat berbangga bagi pihak PKR atas keputusan Maria Chin itu.

“Sudah tentu pengumuman ini bermakna besar kerana Insya-Allah akan membuahkan hasil menerusi pencalonan dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya.

Tuesday, 6 March 2025

Isu Sempadan Sabah - Kalimantan, Kerajaan BN Abai Kedaulatan Negara.


Kenyataan Media Ketua Pemuda Pakatan Harapan Sabah.

7 Mac 2018

Pemuda Pakatan Harapan (Pemuda HARAPAN) Sabah hari ini menggesa kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan segera isu sempadan Sabah-Kalimantan kerana ia melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.

"Setelah sekian lama kita membentuk Persekutuan Malaysia, hari ini kita dapat tahu persempedanan antara Malaysia-Indonesia sebenarnya (Sabah-Kalimantan) masih belum dimuktamadkan."

Memetik beberapa portal berita rasmi Indonesia, kita dapat maklumat bahawa sempadan Sabah-Kalimantan hari ini bukanlah yang sebenarnya. Wilayah Borneo Utara (Sabah) sebenarnya lebih luas termasuk beberapa kawasan yang berada dalam Republik Indonesia hari ini.

Kita hairan mengapa pimpinan negara tidak menyelesaikan perkara ini. Hal ini sepatutnya diambil serius kerana melibatkan kedaulatan negara. Namun ia seolah tidak penting bagi mereka yang sibuk menjaga kuasa sehingga perkara ini diabaikan.

Di pihak rakyat Indonesia sendiri telah mendesak pemimpin republik itu untuk memuktamadkan status lebih 154,000 hektar kawasan sepanjang Sungai Simantipal dan Sungai Sinapad yang dikatakan milik Malaysia yang berada dalam republik itu terutama di Lumbis Agong.

Kawasan itu melibatkan 28 buah perkampungan antaranya Desa Labang, Sumantipal, Ngawol, Bulalaun Hilir, Lagas, Tantalujuk, Tambalang Hulu, Lipaga, Kabungolor, Bulalaun Hulu, Tuntulibing, Duyan dan Sungai Sasan.

Isu di sempadan semakin meruncing bila ada desas desus menyatakan Malaysia akan membina "Monumen Sumantipal" di wilayah Desa Sumantipal - Sinapat yang dikatakan masih dalam tahap perundingan antara Malaysia - Indonesia. Perkara ini mengundang rasa tidak puas hati penduduk kawasan berkenaan.

Penduduk kawasan tersebut juga berkata sekiranya isu ini tidak diselesaikan, ribuan penduduk kawasan berkenaan yang berstatus warganegara Indonesia akan pergi ke Malaysia. Dan isu ini tidak harus dipandang ringan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Majoriti masyarakat yang terlibat dalam isu ini adalah kaum Murut (Dayak Darat). Oleh itu sebagai pemimpin Murut dalam Pakatan Harapan, kami juga meminta kepada Pimpinan Parti Pakatan Harapan agar memasukkan isu kedaulatan dan sempadan Sabah ke dalam manifesto PRU14 serta memberi komitmen penuh dalam menyelesaikan isu ini dengan mengambil kira hak-hak yang sepatutnya milik Sabah amnya dan di Pensiangan khususnya mengikut Perjanjian Persefahaman (MoU) antara British - Belanda pada tahun 1930.

Raymond Ahuar
Ketua Pemuda HARAPAN & Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah.
Naib Ketua Pemuda HARAPAN & Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Merangkap,
Ketua BELIA Persatuan Murut Sabah (PMS).

Monday, 19 February 2025

Rakyat Sabah Mesti Tentukan Nasib Sendiri Pada PRU14 - Jeffrey


TAMBUNAN: Masa sudah tiba bagi rakyat Sabah untuk menentukan nasib mereka sendiri dan tidak terus bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan bagi pihak diri mereka.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku berkata demikian dalam ucapannya untuk menutup kursus kewartawanan di sini Ahad lalu.

"Sejak selepas Perang Dunia Kedua, kita, rakyat Sabah, telah sentiasa bergantung kepada orang lain untuk menentukan nasib kita dan masa depan kita walaupun kita telah mencapai kerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 di waktu mana kita telah bergabung dengan Malaya, Singapura dan Sarawak untuk membentuk Persekutuan Malaysia,” kata ADUN Bingkor tersebut.

"Perhatikan sahaja apa yang telah terjadi kepada kita dengan keadaan sentiasa bergantung ini," katanya. "Kita telah ditipu, ditendang ke kiri dan ke kanan, dibuli, dan telah dirompak sumber minyak dan gas kita. Budaya kita dan penduduk kita telah direkabentuk semula untuk memihak kepada kaum dan agama tertentu oleh rejim Malaya yang memihak kepada Melayu, yang kini memerintah Sabah seperti negeri-negeri lain di Malaya.

"Malah, hak kita sebagai rakan kongsi dan sebagai Wilayah yang memerintah sendiri di bawah MA63, Laporan IGC, Perlembagaan Persekutuan dan lain-lain telah diabaikan dan dihancurkan oleh satu siri Perdana Menteri Malaya @ Malaysia," katanya.

Beliau menegaskan bahawa sekarang, dua orang pemimpin Malaya, bekas PM dan PM sekarang, berjuang untuk menentukan siapa yang akan dapat menguasai kedua-dua Negara Malaysia Timur, iaitu Sabah dan Sarawak.

"Apakah respon dari kita?" Tanya beliau. "Adakah kita mahu menyebelahi satu daripada mereka atau harus mengambil pendirian bebas bagi kita sendiri? Kita orang Sabah mesti belajar dari sejarah dan dari kesilapan kita dahulu, supaya kita tidak mendapat kutukan akan terus menerima nasib yang sama.

"Janganlah kita dengan senang dipengaruhi oleh retorik politik dan janji-janji kosong. Marilah kita mengikut acuan sendiri untuk membentuk masa depan kita. Dengan berbuat demikian bukan bermakna kita anti-Malaya, tetapi Cuma hanya menekankan kehendak kita sendiri, untuk menyatakan fakta bahawa kita boleh berdiri di atas kaki sendiri dan menentukan apa yang kitamahu untuk kita sendiri di Sabah.

"Ya, kita memang mahukan pemimpin yang baik dan kepimpinan yang berkesan yang boleh menterjemahkan idea dan dasar untuk mewujudkan pekerjaan, perkhidmatan dan kemakmuran untuk rakyat dan untuk Sabah dan Malaysia.

"Tetapi yang sama pentingnya, kepimpinan yang baik ini perlu diterapkan untuk manfaat rakyat Sabah dan bukannya untuk memajukan agenda Malaya seperti yang telah berlaku semasa era Mahathir dan kini sedang berlaku di bawah Umno Najib," kata Jeffrey.

Beliau memberi amaran bahawa rakyat Sabah akan terus dalam perjalanan menuju masa depan yang suram jika mereka tidak merebut peluang ini dalam PRU14.

"Kita amat perlu untuk mempunyai satu kerajaan negara Sabah sendiri yang tidak akan tunduk kepada pemimpin Umno atau Malaya. Kita perlu berusaha untuk menuntut semula hak dan autonomi kita yang telah hilang sebagai negara merdeka di dalam Persekutuan Malaysia," katanya. “Hanya dengan cara itu kita boleh merancang nasib dan masa depan kita sendiri. Bahayanya ialah peluang yang sama ini mungkin tidak akan datang lagi di masa hadapan."

Sumber

Monday, 29 January 2025

MARI FIKIRKAN BERSAMA WAHAI SABAHAN...


MARI FIKIRKAN BERSAMA WAHAI SABAHAN...

1. Adakah anda suka GST? (Jelaskan bahawa GST adalah sistem cukai yang zalim, tua muda miskin dan kaya. Bayi baru lahir serta org sakit juga di kenakan cukai)

2. Adakah anda suka dasar kabotaj? (Jelaskan makna kabotaj)

3. Adakah anda suka gaji minimum di Malaya tinggi berbanding Sabah? (Jelaskan penipuan dasar 1 Malaysia)

4. Adakah anda suka harga barang2 di Sabah tinggi berbanding di Malaya?

5. Adakah anda suka bangsa Sabah di panggil lain-lain? (Jelaskan dalam Malaysia ada tiga nama bangsa saja, Melayu, Cina dan India)

6. Adakah anda suka apabila semua peluang pekerjaan di monopoli oleh orang Malaya di Sabah?

7. Adakah anda suka Sabah Negeri ke 12? (Jelaskan bahawa kita bukan negeri setaraf dengan Perlis atau Selangor tetapi sebuah wilayah berdaulat yang setaraf dengan Sarawak atau Malaya seperti yang termaktub didalam MA63)

8. Adakah anda suka bahawa elaun kakitangan Pendidikan dari Malaya yang bertugas di Sabah tinggi berbanding elaun rakyat Sabah yg bertugas di Malaya?

9. Adakah anda suka tanah2 ADAT dan khazanah Sabah seperti kayu balak di rampas dan dijadikan ladang2 oleh syarikat2 dari Malaya?

10. Adakah anda suka apabila JPN di kuasai oleh Malaya? (Jelaskan kebanjiran PTI dan pertambahan kewarganegaraan yang tidak adil untuk Sabah)

11. Adakah anda suka subsidi minyak dimansuhkan oleh BN dan kini minyak turun naik setiap minggu?

12. Adakah anda suka bila hak pendapatan bersih Sabah sebanyak 40% di makan habis oleh Malaya?(Jelaskan hak dan anggaran pendapatan kita berpandukan MA63)

13. Adakah anda suka bila di Malaya lebuhraya 4 lorong tetapi di Sabah masih ada kampung2 atau penempatan yang tidak ada jalanraya?

14. Adakah anda suka bila Kuala Lumpur ada menara kembar tertinggi Petronas dan dibina hasil dari minyak kita tetapi di Sabah masih ada ribuan penduduk yang langsung tidak ada klinik, sekolah atau air yang bersih?

15. Adakah anda suka bila Ketua Menteri Sabah tidak ada kuasa penuh dalam pentadbiran dan hanya pelaksana dasar Umno tetapi bukan pemutus? (Jelaskan hak autonomi politik Sabah yang sebenarnya berlandaskan MA63)

16. Adakah anda suka hak kita seperti minyak dan gas di rampas oleh Malaya? (Jelaskan keluasan batu nautika milik Sabah yg sebenarnya)

17. Adakah anda suka PM Najib yang curi duit dan rakyat yang menanggung? (Jelaskan 1MDB)

18. Adakah anda suka apabila pemimpin Umno ingin menukar bangsa anda kepada melayu? (Jelaskan kenyataan Yb Karanaan sebelum ini)

19. Adakah anda suka diberikan tangki biru setiap pilihanraya tetapi kemudahan asas seperti air bersih, sekolah dan pusat kesihatan tidak di bina di tempat anda?

20. Adakah anda berpuas hati dengan pembangunan yang ada sekarang di Sabah? (Jelaskan kemajuan dan pembangunan yang di miliki oleh Malaya ketika ini berbanding Sabah sedangkan Sabah lebih kaya dengan sumber berbanding Malaya)

21. Adakah anda suka bila hasil minyak dari Sabah Sebanyak 95% di angkut ke Malaya dan hanya 5% untuk Sabah?

22. Adakah anda suka apabila bahasa, budaya dan adat serta minda generasi anda terus dijajah oleh Malaya?

23. Adakah anda suka...??

24. Adakah anda gembira...??

25. Jika tidak suka, mari bersama tolak UMNO BARISAN NASIONAL, PH, PAS serta parti2 proaksi mereka iaitu WARISAN+PCS di SABAH PRU14 ini!

#TetapGabungan

Saturday, 20 January 2025

Pembangkang Jamin Penjawat Awam Yang Dipecat Akan Dapat Kerja Balik Jika Pakatan Menang.

Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Januari, 2018. 

TIMBALAN Presiden Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan mana-mana penjawat awam yang hilang kerja, diturun pangkat atau dipindahkan hanya kerana mereka menyokong pembangkang akan dikembalikan kepada jawatan asal mereka jika PH menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Jika awak hilang kerja hanya kerana sokong kami, kami berikan jaminan. Kami akan beri balik kerja awak,” kata Muhyiddin dalam ucapannya di Konvensyen PH Sarawak di Sibu hari ini.

Bekas timbalan perdana menteri itu mengulas ugutan Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid semalam yang tindakan tata tertib akan diambil kepada guru dan pegawai kementerian sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang.

Mahdzir dalam majlis bersama penjawat awam di Putrajaya itu juga mengatakan, pengawai pendidikan dan guru dilarang daripada menyertai parti pembangkang atau mengkritik kerajaan kerana tindakan itu dianggap sabatoj dan mencemarkan imej kerajaan.

Muhyiddin berkata mereka tidak perlu takut kerana undi adalah rahsia dan sekiranya mereka hilang kerja dan didiskriminasi kerana seseorang melaporkan sokongan mereka kepada pembangkang, mereka akan mendapat pekerjaan mereka kembali.

Katanya lagi, kerajaan tidak berhak menyekat hak demokratik.

Pada konvensyen itu juga, Muhyiddin mendedahkan yang pembahagian kerusi dalam pakatan itu telah diputuskan dan membolehkan jentera pilihan raya PH memulakan gerak kerja.

“Buat pertama kali dalam sejarah pembangkang negara ini, kita telah duduk dan memutuskan pembahagian kerusi.

“Ini tidak pernah dilakukan sebelum ini,” katanya ketika mendedahkan kerusi di Johor, kawasannya juga sudah “dimaktubkan malam tadi”.

PH Sarawak bulan lepas memuktamadkan rundingan pembahagian kerusi dengan mengguna pakai aturan dibuat pada 2013.

Memandangkan pembahagian kerusi sudah selesai, Muhyiddin berkata PH “sudah sedia untuk berperang”.

Katanya lagi, manifesto nasional PH juga sudah disiapkan dan agenda utama mereka adalah “menghapuskan GST”.

“Itu adalah yang pertama kami akan buat kerana ia membebankan rakyat.”

Katanya, tidak mustahil untuk menyingkirkan Perdana Menteri Najib Razak atau menjatuhkan kerajaan BN.

“Sudah ada gelombang. Tengah bergegar sebab rakyat marah.

“Masanya sudah tamat untuk BN,” yang disifatnya sudah memerintah terlalu lama dan hilang arah kerana mereka daripada “zaman dinosaur”.

“Mereka tak boleh teruskan lagi.

“Mereka perlu berundur. Masanya sudah tiba untuk beritahu rakyat yang zaman BN sudah berakhir.”

Kredit

Monday, 15 January 2025

Kenapa Perlu Undi PR Jika Anda Penyokong BN.


Oleh Khairul Amilin

Assalamualaikum w.b.t,

Hello pencacai UMNO dan BN sekalian. Whats up yawwww?! Eh eh. Article ni aku tulis untuk orang-orang BN je. Pencacai PR pi main jauh-jauh. Kalau pencacai PR butthurt, jangan marah, k? Hiks.

Aku tahu tajuk entri aku kali ni agak pelik dan menarik. 

Apa pun, kita semua sedia maklum bahawa PRU yang akan datang ini adalah PRU yang paling besar dan yang paling sengit. Tidak mustahil #IniKaliLah akan berlaku dan tidak mustahil juga bahawa #LainKaliLah yang akan berlaku.

Tapi, di hari yang mulia ini, aku ingin terangkan kat anda semua kenapa, personally aku rasa anda patut undi PR dan bagi PR menang PRU14 ini.

1. Barisan Nasional Memang Tidak Akan Menang.

Walau apa pun yang anda lakukan, BN tetap tak akan pernah menang. Maksud aku, bukan BN tidak akan menang time PRU ni. Peluang untuk menang tu masih ada. Tapi, di mata rakyat Malaysia majoriti, BN memang tidak menang.

Let say this PRU, Barisan Nasional menang, mesti akan wujud lagi punyalah isu pengundi hantu, rasuah dan sebagainya. Kalau tak ada isu tu pun, mesti akan wujud isu SPR dikatakan menipu etc. Ya. Mesti wujud. Sebab selagi PR tak menang PRU, selagi itu lah pelbagai isu yang akan diwujudkan oleh parti pembangkang. 

Dan bila isu penipu, pengundi hantu, rasuah dan sebagainya ini wujud, semua orang akan percaya. Even SPR tunjuk apa-apa bukti sekali pun, rakyat Malaysia tetap tidak akan percaya. Tapi kenapa rakyat Malaysia tetap tidak akan percaya even bukti telah dinyatakan? Sila rujuk point nombor 2.

2. Penyokong PR Terlampau Fanatik.

Pernah tak anda nampak orang-orang BN gantung gambar Najib kat dalam rumah dia? Pernah tak nampak rakyat biasa (penyokong BN) yang gantung gambar pemimpin BN di dalam kedai dia? Maybe ada satu or dua. Tapi amat rare. But, as for PR, some of them adalah fanatik. Sebagai contoh. Kalau anda pergi ke rumah-rumah rakyat biasa yang fanatik terhadap PAS, anda akan perasan dinding rumah terpampang gambar pemimpin PAS.

Anda boleh kata "Dia gantung gambar Ulamak lah. Itu pun nak kecoh." Well, maybe true. Tapi fikir balik, siapa lagi ulamak Malaysia yang dia kenal selain yang aktif dalam politik? Ulama ada seorang sahaja? Then kenapa tak gantung gambar ulamak dan pakar agama lain? They gantung that picture not because of Islam (maybe some does.) but for the major cases, adalah obsesi terhadap parti politik. You can put your rage comment at the comment section below but eventually we all know that this is the truth. Yeah, truth hurts.

But dont get me wrong. Bila cakap pasal fanatik politik, penyokong BN juga ada. Tapi tidak lah terlampau buta. Ianya something like... Anwar vs Najib.

What ever Anwar said, penyokongnya akan mempertahankan perbuatan tersebut. What ever Najib said, penyokongnya juga akan mempertahankan perbuatan tersebut. Let say Anwar kata "Ayam berkaki tiga!". Then Najib pulak kata "Ayam berkaki empat". Then, boom. Masing-masing bergaduh tentang kaki ayam hanya untuk menangkan apa yang diperkatakan oleh pemimpin yang mereka cintai. Tak rasa pathetic ke?

Dan jangan lupa dengan mentaliti dan penerimaan rakyat. Semua ulama yang keluarkan fatwa yang menidakkan tindakan pemimpin mereka, mereka akan kata:
"Ulama tu sesat. Kapir. Dia dibayar". 
Dan bila parti lawan tidak sokong dengan statement dari ulama/ustaz yang membenarkan tindakan pemimpin mereka, mereka akan kata:
"Ni la manusia akhir zaman. Kata-kata ulamak diperkecilkan. Ini adalah satu satu tanda Kiamat bakal tiba." 
Weird kan? Benda macam ni banyak nampak kat orang PR. Tapi orang BN pun kadang-kadang gitu jugak.

Dan anda mungkin akan tanya:
WTF Mr K. Apa point kau sebenarnya ni? Kau nak kutuk BN ke kau nak apa sebenarnya ni?
Well, relax dude, relax. Tenang dan sila rujuk point nombor 3.

3. Kalah = Buktikan. Once and For All.

Kita semua tahu PAS, PKR dan DAP menjanjikan yang macam-macam. Hukum hudud lah, negara Islam lah, free education la, penurunan harga kereta lah, penurunan taraf hidup lah, turun harga minyak lah. Dan macam-macam lagi tak kira lah yang ada dalam manifesto ataupun tidak.

So, macam mana kita nak tahu bahawa apa yang PR janjikan itu adalah masuk akal atau pun tidak?

Easy. Just let them win. Kalau dieorang menang, kita akan dapat low fuel price, low itu dan low ni. Free itu dan free ini. Nice what? But if they cant provide that, they will lose once and for all at the next PRU. Meaning, after this, PR dah tak wujud. Why? Sebab sekarang penyokong PR meletakan trust 100% kepada PR. Dan once that trust is gone, it will gone for all and PR will never get it back. So, nak tak nak, PR mesti beri semua free itu dan free ini.

Tapi aku bet, banyak janji hanya kekal janji dan penyokong PR akan guna ayat favorite mereka iaitu:
"Eleh, BN memerintah 50+ tahun tak buat benda tu pun?"
Dan ayat ni akan digunakan again and again and again and again and again sehinggalah umur PR memerintah hampir 50 tahun. Trust me. Im always right.

So, the only way untuk buktikan yang PR adalah lebih teruk berbanding BN, adalah dengan memberikannya ruang untuk tunjukan diri mereka yang sebenar.

4. Try and Error.

Korang mungkin akan kata;
"Habis tu, kalau nanti Malaysia jadi huru hara macam Mesir macam mana? Mesir at first semua happy ada pemerintah baru dari pembangkang. Tapi selepas beberapa bulan, jadi huru hara makin teruk. So how?
Well, that is the price yang anda perlu bayar. Let say anda undi BN, dan BN akan menang. Pada PRU akan datang, isu sama tetap akan berulang. Orang PAS still kata undi BN adalah kapir etc etc. Or PKR still akan kata BN menang sebab undi hantu. Benda ni tak akan habis sampai bila bila sehinggalah PR menang dan kita sendiri tengok macam mana kenyataan yang sebenarnya. Real? Fake? Hudud? Islam? Free Education?

Walau apa pun, apa yang aku takutkan sekarang adalah andai kata PR menang dan jika PR adalah lebih worse dari BN, rakyat Malaysia akan tetap sokong PR. Why? Again, sebab Fanatik dan Obsesi. But, that is the price yang kita (anda) perlu bayar.

But let me set this clear. I give my word. PR mungkin akan menang this year atau tahun depan. Tapi bila bab nak tunaikan manifesto dan janji dia, dia akan delay serta blame it to BN. Tak percaya? Printscreen this and prove me wrong. Dan bila itu berlaku, kepercayaan terhadap PR akan berkurang-berkurang dan semakin berkurang. And when they gone, they will never come back.

That is why aku rasa kita semua patut bagi PR menang this PRU.

Tapi kalau BN still menang, korang boleh lupakan la kewujudan entri aku ni. Hiks. Hiks.

The Other Khairul

Monday, 11 December 2024

Siap Sedia Semua...'PM Pesan Jangan Ke Mana-mana Januari Ini!!!'


KUALA LUMPUR: “Perdana Menteri pesan (kepada perwakilan) jangan ke mana-mana pada bulan satu (Januari) ini. Semua mesti berada di stesen masing-masing,” kata veteran UMNO, Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil itu berkata, beliau yakin pesanan itu adalah bayangan daripada Datuk Seri Najib Razak berhubung kemungkinan berlakunya pembubaran Parlimen bulan depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Presiden meminta semua pemimpin dan akar umbi UMNO bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya dalam masa yang amat dekat iaitu dalam (beberapa) minggu saja.

“Presiden mengingatkan kita supaya melupakan masalah pertandingan UMNO dan tumpu kepada pilihan raya. Beliau mahu kita terus balik bekerja, rapatkan barisan dan tingkatkan lagi perpaduan dalam parti dan dalam kalangan parti komponen,” katanya ditemui selepas Majlis Taklimat Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini, petang ini.


Ditanya pandangan peribadi beliau bila PRU14 akan diadakan, Mohd Ali berkata, ia kemungkinan akan berlaku pada Mac hingga April tahun depan.

“Pada Januari, Bajet 2018 baru saja dilaksanakan untuk rakyat mendapat manfaatnya dan pada Februari adalah sambutan Tahun Baharu Cina.

“Bagaimanapun, pilihan raya boleh juga berlaku sebelum Tahun Baharu Cina kerana Perdana Menteri menggunakan metodologi baharu iaitu melihat kepada ‘mood’ rakyat seperti mana yang berlaku di Sarawak (Pilihan Raya Negeri), Selangor (Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar) dan Perak (PRK Kuala Kangsar).

“Jika (Perdana Menteri berpendapat) sebelum Tahun Baharu Cina adalah waktu yang terbaik, maka ia akan diadakan sebelum Tahun Baharu Cina,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Najib mahu semua masalah dalaman parti diselesaikan segera supaya jentera UMNO mempunyai persediaan kukuh untuk menang pilihan raya.

Ditanya sama ada Najib ada menyentuh mengenai soal calon, Ahmad Razif berkata, perkara itu tidak disebut oleh Najib dan yakin ahli parti akan menyerahkan sepenuhnya pemilihan calon kepada Presiden.

Loading...