Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Friday, 11 October 2024

Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2020 Online.


Hari ini akan berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen bermula jam 3 petang.

Berikut dikongsikan pautan siaran langsung bagi anda yang ingin mengikuti pembentangan bajet 2020 secara LIVE.

Dalam belanjawan sebelum ini Kerajaan lebih memfokuskan:
  1. Melaksanakan Reformasi Institusi
  2. Memastikan Kesejahteraan Rakyat 
  3. Memupuk Budaya Negara Keusahawanan 
Bagaimana pula dengan Belanjawan 2020 nanti?

Rakyat semestinya inginkan lebih banyak bantuan kerajaan disalurkan terutama Bantuan Sara Hidup yang ternyata mendapat sambutan dalam kalangan golongan B40.

Mengikut kaji selidik dalam talian dijalankan membabitkan lebih 7,000 responden, rakyat mahukan inisiatif bagi mengurangkan beban kos sara hidup, lebih peluang meningkatkan taraf hidup dan bantuan apabila dilanda musibah.

Bagi golongan belia pula, responden mendesak kerajaan memudahcarakan peluang pekerjaan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET), menyediakan insentif untuk pelatih dan perantis membina peluang menimba pengalaman bekerja serta penambahbaikan program pembangunan kemahiran dan insan.

SIARAN LANGSUNG BELANJAWAN 2020

Pembentangan Belanjawan 2020 boleh ditonton secara langsung di Facebook atau YouTube rasmi Kementerian Kewangan.

Anda juga boleh menonton pembentangan ucapan Bajet 2020 secara online menerusi video dibawah atau pautan berikut:



TV3: TV3 Online

Loading...

Friday, 12 April 2025

Kisah Seram Jalan Beluran-Telupid, Sabah.


Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh.

Ini adalah kisah pertama aku sajikan untuk pembaca tegar sekalian. Walaupun kisah aku ini tidaklah seseram mana macam cerita Conjuring tu. Tak apa lah, yang penting, ianya tetap menjadi sejarah dan sebahagian daripada pengalaman aku. Dan sebelum itu aku minta maaf sebab banyak dialog dalam penulisan aku ni menggunakan bahasa Sabah. Harap semua boleh faham. Okay, let’s get back to the story.

Sejak aku sambung study ambil diploma Multimedia di Kolej Cosmopoint KK, aku tinggal sendiri di apartment family aku. Untuk makluman anda, abah, omi dan 2 oang adik aku berpindah ke Tawau selepas aku habis exam SPM hujung tahun 2007. Abah aku kena transfer ke Tawau atas sebab tugasan. Aku tidak mahu pindah sebab di Tawau masa itu belum ada lagi kolej menawarkan jurusan Multimedia seperti yang aku ambil sekarang.

So, masa aku tinggal di Apartment Beverly Hill, Penampang. Aku bagaikan hidup bujang. Semua benda aku buat sendiri, geng-geng keras aku pun semua umur semakin meningkat remaja sudah. Dan ada sebahagian yang selalu lepak and stay tidur di rumah aku. Macam biasalah darah muda bujang sedang membara. Kononnya masa itu aku sedang cuti semester, jadi kawan aku nama diorang Marcus, Kayum dan Ash memang geng lepaking aku untuk lepaskan keboringan. Diorang 3 memang geng lepak sepanjang masa dan diorang ni memang kawan aku sejak aku sekolah menengah lagi.

Marcus ini seorang yang memang kaki jalan. Jenis merayap saja kerja dia tidak kira masa dan dia ini kerja sebagai cashier di Shell cuma dia ni selalu ambil cuti untuk buat sesuatu aktiviti tertentu. Kayum ni pula memang penggangur tegar, jenis family berduit kan. dan dia ada sebuah kereta Toyota GL lama yang masih power dan masih tahan lasak, dia ni memang jenis jaga kereta la. Ash ni pula jenis cool punya budak, sedang on the way mahu sambung study.

So plan kami ni mahu berjalan-jalan di Sandakan selama 2 hari. Kiranya tukang sponsor kami ni si Marcus la dan si Kayum pula sponsor kereta dia. Kami plan untuk bergerak ke Sandakan awal pagi Jumaat, so tidak lah rushing sangat so dapat manfaatkan weekend tu dengan puas hati. Memangkan semuanya bujang, kami prepare sesimple yang mungkin. Setiap seorang bawa 1 bag galas. Jadi dalam jam 8.00 pagi Jumaat kami bergerak dengan santai, slow and steady sambil feel naik Toyota GL enjin 4AGE dan boleh act macam naik Toyota Trueno AE86 Takumi Fujiwara punya dalam anime Initial D tu..

Dalam jam 8.00 pagi kami gerak dari Beverly Hills, sebelum tu kami ada singgah sarapan di kedai mamak di Beverly Plaza. Dalam setengah jam begitu kami bergerak terus dan ikut melalui jalan Tuaran. Dalam jam 10.00 lebih begitu kami singgah di Pekan Kundasang ambil feel cuaca sejuk New Zealand sikit, dan makan sambil pekena kopi'o panas untuk kesegaran badan. Kemudian kami teruskan perjalanan seperti biasa. Kami sampai di Sandakan dalam jam 1.00 petang lebih sebab Kayum bawa kereta tidak juga laju dan tidak juga slow. So aku skip lah 'vacation' kami hari Jumaat, Sabtu dan Ahad tu di Sandakan. Trip yang sungguh santai bagi orang bujang seperti kami.

Cerita seram itu bermula pada hari Ahad. Memandangkan esoknya hari Isnin dan Marcus dapat tahu yang rooster dia kena masuk kerja awal pagi jam 7, itu pun dapat tahu last minit malam hari Ahad tu. So mahu tak mahu, memang kena gerak juga lah untuk balik ke KK malam tu.

Selesai makan malam, isi minyak apa semua, dalam jam 9.00 lebih juga kami keluar dari Sandakan. Sampai di checkpoint batu 32 Sandakan pun dekat jam 10.00 lebih dan memang sunyi sudah masa tu. Drive slow and steady juga lah. Biar lambat asalkan selamat. Si Ash ini memang smoking so dia akan buka tingkap bila mahu mengasap.

Malam tu agak sunyi sikit sebab kami kurang bercerita di dalam kereta. Sudah lah radio kereta tiada. Entah tiba-tiba si Ash ni bersuara sambil berkata "Eh Fit (aku), mana tempat yang kau pernah cerita pasal Bukit Pe ra wan tu?" aku tersentap sekejap.

Okay aku throwback sikit, masa cuti semester yang sebelum ini, aku balik ke Tawau menaiki bas persiaran untuk melawat family aku. Dalam bas itu, aku duduk seat paling depan berdekatan dengan driver. Aku hairan bila diorang lalu satu jalan dekat area Beluran - Telupid, driver tu tiba-tiba bunyikan hon, aku pelik tapi aku intai juga kalau-kalau ada berselisih dengan bas atau kenderaan lain tapi tiada jua. Dalam hati aku mungkin dia tertekan lah hon dia tu.

Tak lama lepas tu, datang lah konduktor bas tu bersembang dengan driver, "Kau tahu kah malam semalam bas Ali Topan sikit lagi eksiden gara-gara ada satu benda macam kuda besar menyeberang jalan, baru benda tu bukan sekali saja limpas (lalu), macam 3-4 kali seolah-olah macam ada lebih dari 1 ekor, tapi yang buat seram saiz benda tu besar hampir penuh 1 jalan tu. Lagipun mustahil boleh ada kuda di sana, takkan lah ada kuda tinggal dalam kelapa sawit.."

Lepas tu aku dengar lagi dia cakap yang mujur bas tu takda apa, penumpang pun panik juga dan rata-rata yang pandang keadaan sekeliling dari cermin dalam bas, diorang nampak macam ada benda besar menghempas di pelusuk hutan di tepi jalan tu, tapi objek tidak pula nampak, Cuma seakan-akan angin besar menyerbu ke hutan sampai pokok-pokok dan pelepah sawit tu bergoyang kuat. Tak lama lepas itu, driver bas menyampuk "huuu... Bukit Pe ra wan bah tu, jangan sembarangan, silap hari bulan kau nampak tu jalan lurussss sajaaa.." Maksud dia tu, kalau nasib tidak baik, penglihatan pemandu akan di dikaburkan dan akan nampak jalan raya seolah-olah lurus saja, padahal jalan sana ada selekoh juga, so akan mengakibatkan kemalangan.

Bila aku teringatkan cerita konduktor bas itu, berderau juga darah aku, bulu roma aku meremang lagi, sudah la si Ash ni buka tingkap kereta, lepas tu boleh tegur pula kawasan tu walaupun hakikatnya aku tidak tahu di mana titik sebenar Bukit Pe ra wan tu. Kalau mahu suruh si Kayum ni untuk bunyikan hon, diketawakan aku pula sebab tiba-tiba suruh hon padahal kereta kau saja yang ada di jalan malam-malam.

Jadi pertanyaan Ash tu aku just jawab "nda tau lah di mana tu tempat mungkin sudah terlimpas kali..". So semua pun diam saja la. Si Kayum ni bawa kereta slow sikit tambah lagi lowered juga, sebab tahu lah jalan Telupid, Beluran dan Sandakan ni lubang dia bukan alang-alang, bukan mahu cakap apa, cuma orang Sabah saja yang tahu status jalan di sana macam kolam ikan sudah. Tiba-tiba, si Marcus yang duduk sebelah driver bersuara:

Marcus: "Eh Yum (Kayum), apa benda yang tinggi bersusun di tepi jalan tu?"

Kayum: "Yang mana ni? Aku nda nampak.."

Lepas itu boleh pula si Kayum ni signal masuk parking di tepi bahu jalan sebelah kiri. Sambil tu aku dengan Ash terintai-intai dari seat belakang..

Aku: "Yum, kenapa kau stop di sini, bahaya ni kawasan, banyak kes ragut sini, paling tidak pun kalo ada polis peronda silap-silap kena tahan nanti sebab ingat kita ni pula mau meragut orang.”

Marcus: "Ui kamurang tengok tu barang kena susun punya lah tinggi..macam bag galas tu kan"

Kamu dapat bayangkan bag galas yang biasa orang bawa untuk balik kampung atau travel, yang jenis plastik 4 segi besar tu? Haa..bag begitu lah kena susun tinggi betul. Aku rasa mahu lebih dari 10 bag, dan anggaran aku ketinggian susunan bag seperti ketinggian 2 orang lelaki. Naya lah kami malam itu, aku sudah rasa tidak sedap hati sebab ada benda pelik berlaku di jalan malam-malam buta ni. Lepas itu si Kayum ni siap main-main highlight lagi dekat tu bag, sudah la lampu dia malap-malap juga sikit, yalah kan kereta lama, tapi masih juga boleh nampak jelas la. Jarak kami berhenti dengan susunan bag tu adalah dalam lebih kurang dalam 10 meter.

Aku: "Aku rasa benda ni pelik lah, bagus kita gerak lah Yum. Nda payah tunggu atau turun, lain macam sudah aku rasa ni."

Ash: "Mungkin orang la ba tu mau tunggu bas, kan banyak bas selalu limpas-limpas sini mahu pergi ke KK."

Marcus: "Memang la, tapi pelik juga mau susun bag begitu tinggi, ada ka orang mau panjat sampai boleh di susun begitu, lagipun apa tujuan kena buat begitu.."

Dalam hati aku berfikir, waras lah pula si Marcus ni, tapi dia pula yang menengok berabis. Dalam masa tu Kayum ni saja main-mainkan lampu highlight kereta, ada sesekali dia hon. Tahu kah apa jadi masa dia hon tu?? Semua kami yang stay dalam kereta tu nampak macam ada kepala keluar dari sebalik susunan bag.. Kamu bayangkan, dari susunan bag yang tinggi tu, ada 1 makhluk yang nampak macam seorang perempuan, sedang mengeluarkan kepala dia slow-slow, macam dia sedang intai-intai kami yang sedang bagi highlight lampu ke tempat dia. Lepas itu, tidak lama kemudian, dia julurkan tangan dia dan bagi hayun seolah-olah macam mahu menahan kereta atau bas tu. Lepas itu aku perasan yang di hujung jari dia masa itu ada pegang macam kain atau skarf berwarna merah, masa tu badan dia belum keluar lagi dan masih tersorok di sebalik susunan bag tu. Keadaan dan cara dia seperti itu membuatkan aku rasa makin tidak sedap hati.

Marcus: "Uissh Yum, cewek ba tu menunggu bas kali."

Kayum: "Ya aku tau tapi kenapa dia kasi sorok badan dia di sebalik bag tu? Pelik juga gaya dia ni."

Semua kami senyap dalam kereta tu, dalam keadaan enjin yang masih hidup dan tingkap di sebelah si Ash ni masih terbuka lagi. Tiba-tiba, perempuan itu keluar tapi cara dia keluar tu agak menyeramkan, dia berjalan sambil seret-seretkan kaki dia, dan dia tidak pakai kasut atau selipar pun, pakaian dia macam baju kurung warna kekuningan dan agak kotor. Rambut dia mengerbang macam tidak terurus dan menutupi muka dia, dalam keadaan tu dia masih lagi menyeretkan kaki dan seretan kaki dia tu rupanya sedang menuju ke tempat kami !!!

Aku: "Yum, gerakkkkkk cepat Yum!!!!!"

Kayum: "Astagaaaaa bukan uranggg ituuuu !!!!!"

Dalam keadaan panik, Kayum masuk gear satu, siap berbunyi lagi gear dia mungkin clutch tidak ngam timing dipijak, apa lagi, menyeretlah tayar kereta dia di bahu jalan tu. Memang tekan minyak habis dia. Kamu tahu, masa si Kayum ni tengah terkial-kial mau masuk gear 1, benda tu semakin laju menyeret kaki dia pergi tempat kami, sambil tangan dia menghayun-hayun dengan skarf merah di hujung jari dia.

Masa kereta Kayum melepasi benda tu, memang dekat betul benda tu dengan tingkap tempat aku duduk!! Mujur lah aku tidak buka tingkap. Yang si Ash apa lagi kelam kabutlah dia memutar tombol tingkap, kereta lama kan, so belum ada power window lagi.

Hidup kami diibaratkan bergantung dengan Kayum saja masa tu. hahahaa. betul-betul cari nahas la. Lepas itu dalam jarak lingkungan 50 meter, aku sempat pandang balik belakang mahu tengok kalau benda itu masih mengikut atau kejar kami tapi benda tu masih di sana dengan susunan bag tu. Kamu tahu, tidak lama kemudian, ada suluhan lampu kereta orang lain dari belakang, sebaik saja lampu kereta itu menyuluh tempat benda tu, serta merta benda dan bag tu hilang dari pandangan. Ya Allah. Memang malam itu kami kena aniaya lah oleh benda tu.

Marcus: "Uih apa benda juga tadi tu?!"

Aku: "Aku rasa itu bukan orang, mungkin tempat tadi tu kawasan Bukit Pe ra wan. Itu lah mulut si Ash ni ca bul!"

Ash: "Ah, mana aku tau. Bergegar aku tau, kenapa la aku buka tingkap ni malam, nasib tidak jadi apa-apa.."

Sepanjang perjalanan kami selepas kejadian tu, semua senyap dalam kereta. Kami bergerak tanpa berhenti di mana-mana. Jam 2 subuh, kami sampai sudah KK. Barulah ada lega sikit bila nampak sudah lampu-lampu jalan. Kami lepak lagi di kedai mamak mengenang benda yang terjadi malam itu.

Dan aku ada cerita dengan diorang pasal cerita konduktor dengan driver bas yang aku naik dulu. Dan Kayum ni ada cakap juga, memang biasa orang dulu-dulu cakap kalau kita lalu tempat yang keras atau berpenunggu, mesti mahu hon atau pun main lampu kereta atau highlight. Ibarat kita beri "salam" lah konon. Dan mungkin juga kalau nasib tidak bagus, boleh mengakibatkan kemalangan. Orang Sabah bilang "tu benda menghaus darah.." Tapi aku mana lah tahu simpang mana letaknya Bukit Pe ra wan tu, bukannya ada signboard pun kena tulis. Takpa lah, pengalaman juga lah dengan benda tu. Yang penting syukur sebab semua selamat sampai. Dan kadang-kala bila terkenangkan balik cerita tu, jadi bahan lucu pula.

Begitu lah pengakhiran kisah seram yang dapat aku share dalam entri ni. Sorry lah kalau tidak seram ya. Yang pasti itu pengalaman aku dan memang aku rasa angker juga la..hehehe.. Sekian entri aku.

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh.

Kredit

Monday, 25 March 2025

Bermula 2020 Semua Murid Sekolah Rendah Bakal Nikmati Sarapan Percuma!


Bermula tahun 2020 nanti, murid-murid di semua sekolah rendah bakal mendapat sarapan secara percuma! Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad di Invest Malaysia 2019 pada 19 Mac lalu.

Program sarapan percuma ini adalah hasil pembiayaan daripada cukai gula yang sudah diumumkan sebelum ini tetapi ditangguhkan pelaksanaannya.

"Penangguhan pelaksanaan cukai itu bagi membolehkan kerajaan meneliti mekanisme berkesan untuk memastikan pelaksanaan cukai bagi penjagaan kesihatan mencapai objektifnya," katanya.

Semasa pembentangan Belanjawan 2019 yang lalu, kerajaan telah mencadangkan untuk melaksanakan cukai eksais 40 sen seliter pada minuman manis yang mengandungi lima gram gula atau pemanis berasaskan gula bagi 100 mililiter (ml), termasuk buah-buahan dan jus sayuran dengan kandungan gula lebih 12 gram bagi 100ml mulai 1 April 2019.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan cukai itu telah ditangguhkan ke 1 Julai bagi memberi masa yang cukup kepada pihak industri untuk membuat persediaan.

Program sarapan percuma ini dilakukan bagi membolehkan murid-murid sekolah rendah untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang sesi persekolahan.

Memetik kajian pakar pemakanan tiga pusat pengajian, Universiti Oxford, Cambridge, Glasgow dan St George mendapati tabiat tidak mengambil sarapan pagi secara sihat dalam kalangan kanak-kanak boleh mengundang risiko menghidap penyakit diabetes apabila usia mereka meningkat dewasa.

Tahap insulin yang tinggi boleh mengakibatkan badan kanak-kanak untuk kurang bertindak-balas terhadap perkembangan hormon yang kebiasaannya akan mengawal jumlah gula dalam aliran darah.

Risiko tersebut boleh berlaku disebabkan tahap insulin dalam badan kanak-kanak, sekali gus menjadi faktor utama penyakit tersebut.

Bukan itu sahaja, adalah didapati bahawa kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan secara sihat akan lebih cenderung untuk memakan makanan yang mengundang kepada kegemukan pada waktu tengah hari atau malam.

Amalan sarapan secara sihat dalam kalangan kanak-kanak sebagai diet seimbang boleh mendapat banyak manfaat bagi mengelakkan golongan itu terdedah kepada kebanyakan penyakit.

Sumber

Wednesday, 20 March 2025

Allah...Hargai Pasangan Anda Selagi Masih Ada...


"Puan, saya rasa elok saya rujuk puan ke hospital. Puan ke hospital kerajaan atau swasta?"

"Sekejap ya doktor, saya tanya suami saya dahulu," katanya lalu mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan.

Kelihatan dia tekan-tekan sesuatu di telefonnya, dan kemudian tak semena-mena merendahkan tangan ke riba dan tertunduk menangis.

Aku jadi cemas.

Wanita, ni datang ke klinik dengan aduan demam 3 hari, makan tak lalu, pening kepala, dan mula muntah-muntah. Aku syak dia kena denggi dan perlukan rawatan segera kerana keadaannya agak membimbangkan.

"Kenapa ni puan?" soal aku.

Selepas tu dia cerita dengan lebih jelas situasi dia.

Suami dia ni kerja oil & gas, dan syarikat di bekerja tu berpusat di KL. Jadi, wanita dah biasalah tinggal di JB seorang diri. Semua dia buat sendiri, uruskan sendiri, memang seorang yang isteri yang boleh berdikari.

Cuma, ayah dia pesan padanya supaya apa-apa keputusan yang dia buat, dia eloklah beritahu atau minta izin suaminya dahulu. Ayah dia kata, kalau masing-masing buat keputusan sendiri, tinggal sendiri-sendiri, apa yang tinggal dalam pernikahan mereka berdua?

Jadi, wanita ini, sebagai anak dan isteri yang patuh, akan menelefon suaminya setiap kali dia membuat sesuatu keputusan. Sehari biasanya 5 kali dia telefon.

"Kenapa puan tiba-tiba menangis? Suami tak benarkan pergi hospital ke?" tanya aku.

Wanita tu mengesat airmatanya dengan lengan baju dan dengan teresak-esak dia jawab "Suami saya dah tak ada, doktor."

Rupa-rupanya 2 hari lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke JB, suaminya terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.

"Saya masih tak dapat yakinkan diri saya dia dah tak ada. Saya rasa macam dia masih ada." ujarnya lalu meletakkan telefonnya di atas meja, kemudian menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.

"Bila saya lihat nama dia dalam telefon, baru saya teringat dia dah tak ada." ujarnya disebalik tekupan tangan di muka.

Aku jeling telefon dia di atas meja. Terpapar aturan buku telefon, dan nama yang dipilih adalah "Arwah Hubby". Aku tak pasti sama ada dia sengaja set nama suaminya dalam telefon dengan nama awalan Arwah atau bagaimana.

Aku tak tanya lanjut. Dalam keadaan begini, sukar untuk aku bertanya banyak soalan kerana bimbang ia akan menyakiti dia lebih lagi. Jadi aku terpaksa panggil waris yang mengiringi dia ke klinik.

Dia datang dengan ayahnya. Saya terangkan situasinya dan ayah wanita itu faham keadaan tersebut dan berhasrat bawa wanita itu ke hospital. Saya difahamkan, di rumah dia asyik menelefon nombor arwah suaminya dan bercakap seorang diri.

Selepas wanita itu keluar, aku terus menelefon isteri aku. Padahal aku nak makan burger yang dia tinggalkan untuk aku di dalam peti ais. Aku telefon dia untuk minta izin makan burger tu.

Aku telefon tu lebih kepada nak redakan hiba di hati aku sendiri. Betapa bertuahnya aku masih boleh telefon isteri aku. Masih boleh bercakap dengan dia. Dengar suaranya.

Hargailah pasangan kita ketika mereka masih ada. Bila buat apa-apa keputusan, berbincang. Bila nak buat sesuatu, minta izin. Kerana akan datang suatu hari, yang kita dah tak boleh buat itu semua.

Ketika itu, tinggallah kita sendiri untuk tentukan haluan kita.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Masih ada hiba bersisa di hati

Monday, 18 March 2025

Pengalaman Bermalam Di Teluk Batik Yang Membawa Padah.


#Dhia

Assalammualaikum. Aku perkenalkan nama aku Dhia. Kisah yang aku nak ceritakan ni adalah kisah yang aku alami sendiri. Semua nama yang diceritakan dalam kisah ni sudah diolah semula untuk mengelakkan kawan-kawan aku terbaca dan mengenang semula tragedi overnight kami. Maaf kerana cerita ini agak panjang sebagaimana panjangnya rasa malam yang kami lalui ni. Aku akan cerita dengan detail supaya korang faham situasi kejadian. Jangan risau, aku akan ceritakan sampai habis, tiada sambungan.

Aku Dhia, pada kisah ni terjadi, aku 21 tahun masa tu. Lebih kurang 6 tahun lepas. Aku perkenalkan kawan-kawan aku, Johan, Fizi, Acap, Ray, Maria, dan Una. Kami semua student sem akhir di salah sebuah universiti terkemuka di Perak. Kami semua ni student fakulti seni lukis dan seni reka. Kami adalah antara student-student yang tak dapat hostel, jadi kami terpaksa menyewa rumah di kawasan sekitar universiti kami. Menjadi kebiasaan setiap penghujung semester, sebelum masuknya musim cuti sem, student-student mesti nak habiskan masa melepak dengan kawan-kawan, termasuklah aku dan kawan-kawan aku, Apatah lagi, ini sem terakhir kami di sini (jika tak de kena repeat la), bermakna ini la sem terakhir kami dapat lepak dengan kawan-kawan. Aku ni serumah dengan Maria dan Una. Setaman dengan kami, Johan, Fizi, Acap dan Ray yang jugak serumah. Jarak rumah sewa kami tak jauh pun.

Satu petang tu masa kami tengah lepak di playground, Johan mencadangkan untuk kami overnight di mana-mana dan spend masa bersama memandangkan kami ada lagi seminggu je di kampus sebelum sem berakhir. Inilah jadinya bila duduk rumah sewa, tak ada pengawalan pak guard, ibu bapak, jadi aku, Maria dan Una ni bersetuju je walaupun kami ni sedar kami ni perempuan, tak patut merayau malam-malam, tapi nak buat macam mana, darah muda, ada ja yang nak dicubanya. Aku dan Maria ni jenis suka overnight lepak-lepak mamak, manakala Una pulak jenis kaki duduk rumah tapi entah kenapa kali ni dia bersetuju pulak nak join kita orang. Mungkin sebab kali terakhir untuk kami lepak kot. Setelah brainstorm punya brainstorm, budak-budak lelaki sepakat nak overnight di Teluk Batik.

Hari esok, kami berpakat untuk bertolak ke Teluk Batik dari rumah sewa. Jarak perjalanan dr rumah sewa, ada la dalam setengah jam hingga ke 45 minit. Teluk Batik ni adalah pantai paling terdekat dengan kampus kami. Tentu-tentu la korang semua boleh agak di mana kampus kami kan. Kami bertolak pukul 8 malam dengan menaiki 2 kereta sewa yang kami sewa semata-semata hanya untuk overnight. Membazir betul lah haiii… Kereta pertama, Johan drive, Acap di sebelah dan Maria di belakang. Dalam kereta aku, Ray drive, Fizi di sebelah, aku dan Una di belakang. Kami bahagikan macam tu supaya balance lelaki dan perempuan, risau kalau apa-apa terjadi di tengah jalan, kot kereta pancit ke, kene tahan dengan orang ke, ish mintak jauh lah.

Kami singgah di Jeti Lumut dulu untuk makan malam di kedai mamak area situ. Sebab kami tau, tiada apa di teluk batik pada waktu malam. Selesai makan dan bergelak ketawa, kami singgah di 7E untuk beli jajan. tiada apa berlaku pada masa ini, dengan penuh excitednya kami bergerak ke teluk batik. Sesampainya di sana, keadaan punya la gelap seolah-olah mati sunyi, tak ada apa-apa kedai yang bukak, mahupun sebarang manusia. Hanya deruan ombak deras dan bunyi cengkerik yang datang dari semak samun di mana-mana. kami parking berdekatan kedai makan yang gelita, hanya ada cahaya dari tiang lampu jalan. Ray mencadangkan kami mencari port yang sesuai untuk kami lepak. Port yang ada sikit cahaya lampu.

"Ha… tu tu… situ port baik tu", Johan menjerit sambil menunjuk ke arah laluan pejalan kaki yang bersebelahan dengan pasir pantai. Ada tiang lampu yang mempunyai cahaya samar-samar di situ. Kami bertujuh pun bergerak ke arah yang sama ke tempat yang Johan tunjukkan.

"Dhia, aku takut la.. gelapppp je.. kite lepak kat lumut je la. Ade kedai-kedai, tak de la sunyi sangat. Bukan apa, nanti tetiba ada ‘lebai putih’ pulak yang datang", Una bisik kat telinga aku. Lebai putih yang dimaksudkan tu pencegah maksiat. Aku tahu Una ni memang jenis tak biasa lepak tengah-tengah malam macam ni, kat tempat-tempat macam ni pulak.

"Kau jangan buat spoil mood Una.. nanti diorang semua bengang dengan kau. Kan dah plan nak lepak sini. Lagipun kita bertujuh, nak risau apa. bukan nya buat pape", jawapan yang aku rasa konfiden habis nak bagi kat Una. Una senyap lepas tu. Kami lepak di tebing laluan pejalan kaki, di bawah tiang lampu. Kami duduk dalam bulatan, ada yang menjuntaikan kaki di bawah tebing laluan, nak merasakan pasir pantai. Air kelihatan surut tapi bakal pasang dalam beberapa jam lagi.

Kami mulakan aktiviti overnight kami dengan bersembang dan bergelak ketawa tak ingat dunia. Sempat pula kami main true or dare, ada yang berceritakan kisah memalukan, dan ada pulak yang kena berdiri dan menari di dalam bulatan. Gelak punya gelak, Una bersuara…

"Dhia, teman aku gi cari toilet. Tak tahan la, sejuk". Aduhhh.. Una ni. Dia ni lah sejenis kawan yang dalam satu malam entah berapa kali nak masuk toilet. Tadi dalam perjalanan pun dah singgah. Kat kedai mamak pun dah. Kat sini pun dia nak cari toilet lagi. Aku malas nak banyak bunyi, aku mintak salah seorang budak lelaki temankan. Jadi, Acap volunteer nak temankan. Aku, Acap dan Una pun memusing nak mencari toilet. Kami ternampak public toilet dari jauh. Tapi kelihatan malam. Memandangkan aku rasa Una dah tak tahan sangat, dia redah je toilet tu. Aku dan Acap tunggu kat luar pintu toilet. Sesekali, Una bersuara untuk mengesahkan yang kami masih menemani dia. Risau gamaknya.

Jarak toilet ade la dalam 100 meter dari tempat lepak kami, bermakna kami lepak di hujung pantai, toilet tu pulak ada di sebelah lain. Dari nak berjalan kaki sambil mengikut persisiran pantai, ada la dalam 10 minit berlenggang. Angin malam makin kuat. Aku berjalan di tengah, Acap di kiri dan Una di kanan. Tiba-tiba aku rasa tangan Una mencengkam pinggang aku. Bila aku toleh ke Una, Una menunduk ke bawah sambil mencengkam lengan aku untuk berjalan lebih laju. Aku tak pula bertanya apa, aku hanya memikirkan yang Una ni penakut yang amat je. Yelah, kena lalu bawah2 tiang lampu yang samar, ada tiang lampu yang x bercahaya, keadaan depan yang samar-samar, dengan angin yang kuat, mana la dia tak takut.

Sesampainya di tempat lepak, aku tengok Fizi, Johan, Ray dan Maria tak ada di tempat lepak. Acap cuba call Johan nak mengesahkan, kat mana budak berempat ni. Kalau ke toilet, takkan la kami tak selisih. Kali pertama call, tak berangkat, kali kedua call, baru Johan angkat.

"Weh.. tunggu jap. Kitorang nak amik air botol dalam kereta. Tadi lupa nak bawak keluar." Menunggu punya menunggu, dalam 15 minit tak sampai-sampai jugak diorang ni. Aku suruh Acap call lagi. Tapi Acap tak nak, katanya "alah, diorang gi pusing-pusing amik angin kejap kot. Jap gi sampai la tu." Biasalah, lelaki.. sejenis kaum yang chill dan tak kesah..

Dalam minit ke 20, aku boleh nampak susuk mereka berlima berlari ke arah kami. Dengan keadaan tercungap-cungap, Ray dengan Johan…

"Wei, wei jom balik wei. Jom balik cepat. masuk dalam kereta". Kami bertiga blur dan Acap bertanya kenapa nak balik cepat. Jawab Johan dengan termengah-mengah,

"Jom, masuk je kereta, nanti-nanti je aku cerita". Kitorang tak banyak cakap, terus bergerak ke arah kereta, tapi kami bertiga seolah tertinggal di belakang sebab Johan, Fizi, Acap dan Maria macam berlari laju di depan. Aku pun terpaksa la berlari laju mengejar diorang. Dalam masa mengejar tu, mata aku tertoleh-toleh jugak kiri kanan, risaukan kot lebai putih mengejar kami ke. Dalam tertoleh-toleh tu, terpandang sesuatu dari arah kanan atas. Allah. Ada susuk putih yang berterbangan seiringan dengan kami. Aku alihkan pandangan aku ke depan. Pertama kali aku melihat dengan jelas, tidak la aku punya mata hijab terbuka. Tapi, pandangan yang aku lihat tadi buat jantung aku punya la laju berdegup dan makin laju aku lari sampai Una pun tertinggal di belakang. Terasa macam jauh pulak kami parking kereta. Aduh.. Kami masuk dalam kereta mengikut keadaan asal kami datang.

Ray cuba menghidupkan enjin kereta. Tak jadi apa. Kereta tak nak hidup, sedangkan kereta sebelah dah ready nak gerak. Una dengan peluh dan cuak, pegang lengan aku tapi tak bercakap apa-apa. Ray menyebut bismillahhhh….. enjin berjaya dihidupkan, dan kereta kami ready untuk keluar dari teluk batik. Keluar sahaja dari parking, di persimpangan pertama untuk belok ke kiri, mata aku tertoleh pulak ke arah satu pokok yang jauh sikit dari tiang lampu jalan. Disebabkan aku duduk di seat belakang, belah kiri dan pokok tu pulak di sebelah kiri, aku rasa aku seorang je yang fokus ke arah itu. Ada sekujur tubuh berbalut dan berikat longgar di tepi pokok. Aku pejamkan mata aku, kali kedua aku bukak mata, benda itu seolah melompat-lompat dan berlalu pergi. Allah… apa lagi ni. Kenapa dua kali ni…

Alhamdullilah, kami berjaya keluar dari kawasan Teluk Batik dengan selamat. Kami berbalas call dalam kereta dan decide untuk ke Lumut sahaja. Una bertanya apa yang sebenarnya berlaku, tapi soalan tak berbalas jawapan. Semua senyap. Sampai di Lumut, kami singgah ke kedai mamak 24 jam yang sama kami singgah sebelum ke teluk batik tadi. Adoi. terasa malu pulak, dalam satu malam, 2 kali lepak kedai yang sama sampai mamak yang amik order pun dah cam muka. Siap je order, Johan dan Maria mula bukak cerita.

"Tadi sebenarnya kitorang suruh gerak balik sebab masa kitorang dekat kereta nak amik air tu, si Fizi nampak benda. Benda putih duduk berdiri tegak kat tiang lampu depan kereta. Dia pegi tegur, dah semua pegi tengok benda tu. Dalam berapa saat, benda tu hilang. Kitorang terus decide nak balik. Tapi takde sape pun yang berani nak pergi gerak ke tempat korang untuk bagitau korang. Kitorang call-call korang, semua tak dapat. Tak tau la pasal apa. Kitorang duk tolak-tolak, semua tak nak pegi, tapi sebab risau gila benda tu datang lagi, semua lari ke tempat korang". Aku pandang ke Fizi. Senyap, pucat dan kaku je… Sambil mengangguk lemah. Sesekali Ray menenangkan Fizi. Aku agak Fizi ni adalah Una version perempuan je. Kami bertukar-tukar cerita tentang apa yang terjadi. Aku berceritakan tentang apa yang aku nampak, semua tergamam dan terkejut. Malah Una pun bercerita tentang apa yang dia nampak.

"Dhia, tadi kan.. masa aku tarik tangan kau.. sebenarnya sebab aku nampak ada benda tengah jalan sebelah Acap. Aku tak tau apa, tapi macam benda itam tak de muka, dia ikutttt je kita jalan dari toilet tu. Tapi bila sampai dekat tempat lepak tu, dia hilang." Acap rasa geram dengan Una sebab Una taknak bagitau awal-awal tadi. Dua-dua duk bertekak. Tiba-tiba aku teringat, masa aku nampak Ray, Johan, Fizi dan Maria berlari tu, kenapa aku rasa seolah ada 5 orang padahal diorang ni berempat je? Aku senyapkan saje hal tu, aku taknak menambah ketakutan diorang.

Jam beransur pukul 1.30 pagi. Lama jugak rupanya kami lepak. Kami bergerak balik ke arah rumah sewa. Untuk balik ke rumah sewa, kami kena melalui jalan yang gelap, sunyi, panjang dan tak banyak kereta. Sesiapa yang duduk di Perak ni, mesti tau jalan ke arah Lumut ni macam mana dia punya sunyi. Kami bergerak dengan kelajuan lebih kurang 80km/j. Tak nak laju sangat sebab takut tiba-tiba ada binatang melintas ke, dah la gelap kan. Kereta aku di depan. Tak berapa lama… Ray bersuara..

"Korang, aku rasa kereta ni macam taknak gerak je. Dah habis aku tekan. Macam tak laju-laju".

Bayangkan, gear dah masuk nombor 5, dah tekan habis laju, tapi kelajuan tetap sama je macam tu. Ray cuba turunkan gear, dari 5, ke 4, ke 3, ke 2, ke 1, kelajuan tetap sama, malah sampai makin slow, hampir ke 40km/j je. Kereta Johan kat belakang sampai dah hilang sabar nak follow kitorang, siap bagi lampu tinggi. Aku rasa Johan dah hilang sabar, mana taknya, kalau kayuh basikal lagi laju aku rasa. Aku tengok kereta Johan nak potong kami dari sebelah kanan. Jalan ni 1 lane je, jadi Johan kena cross masuk lane sebelah. Masa tengah potong tu, aku menoleh ke arah kereta diorang, mana la tau kot kot diorang ingat kitorang main-main ke..

Astaghfirullah, kenapa berdua. Siapa pulak yang duduk di sebelah Maria di seat belakang. Aku diamkan je sebab aku tengok Una dah mula risau. Memandangkan kami dah dipotong, kereta kami agak ketinggalan di belakang. Ray makin cuak. Kami bergerak dengan kelajuan macam tu hampir 20 minit. Aku sebenarnya dah rasa ada sesuatu yang menumpang di atas kereta. Tayar seolah-olah taknak pergi, ibarat disekat dari berpusing, sampaikan keluar bunyi “sreeeeetttttt” disebabkan geseran. Sampainya kami di kawasan bercahaya dan berlampu jalan, baru lah kereta kami terasa ringan. Una aku tak payah cakap la. Dah nak menangis aku rasa, lengan aku naik lebam sebab kena cengkap. Kami dalam kereta tak banyak cakap sebab masing-masing tengah cuba hadam apa sebenarnya yang berlaku.

"Cap, sampai kat Taman Maju nanti, singgah ler mana-mana mamak jap, aku tak nak kita semua balik dulu." Aku call acap sebab aku rasa seakan ada sesuatu yang tak kena. Ye la, kalau la kata benda tu ade ikut balik, tak ke naya. Sekurangnya kalau kami singgah di mamak, 'benda' tu boleh la drop by kat mamak dulu, tak de la dia nak ikut balik gamaknya. Firasat aku la.

Sampai kat mamak, dalam pukul 2.30 pagi, semua dah keletihan. 1 jam perjalanan, masa jadi panjang disebabkan kereta kami yang tak nak pergi laju. Itupun syukurlah tak terjadi apa-apa sepanjang perjalanan. Dekat sini, kami sambung lagi bercerita apa yang jadi. Kata Acap, kereta kami seolah ditumpang sebiji batu yang sangatlah besar di atas bumbung, batu tu tak nak bergerak. Sebab tu Johan cuba bagi high beam kat kitorang. Sembang punya sembang, bulu roma makin berdiri. Una tak sudah-sudah gelisah, semua bingung dengan kejadian malam ni.

"Orang-orang tua cakap kan.. kalau rasa ada benda tu ikut, kalau balik rumah, jangan terus masuk rumah, kene pusing taman dulu 3 kali, bagi ‘dia’ sesat dan pening." Fizi punya idea. Nak tergelak pun ada, tapi sebab masing-masing tengak cuak lagi, semua setuju je. Ape ke pelik la malam-malam kami tawaf taman perumahan kami 3 kali. Una dan Maria kata mereka masih tak sedap hati, jadi budak-budak lelaki bersetuju untuk temankan kami di rumah kami. Angin macam bertiup kuat malam tu, seolah-olah nak hujan, tapi tak hujan. Suasana jadi seram sejuk. Kami dapat rasakan sesuatu yang kami tak boleh nak gambarkan macam mana, masing-masing tak nak cakap apa-apa. Bayangkan kami punya takut sampaikan tiba je kat depan rumah sewa kami, kami bertujuh ni pegi tawaf pokok mangga depan pintu pagar kami. Ini semua Fizi punya pasal la..

"Aku rasa tak sedap hati la. Bagi nak kasi halau betul-betul, kita keliling la pokok ni 3 kali, mana tau dia dah tak nak ikut". Masing-masing punya la lurus, ikutttt je apa si Fizi ni cakap. Yelah, tengah seram sejuk, angin bertiup kuat kat luar, semua dah tak boleh nak fikir waras.

Kami masuk ke dalam garaj, kereta kami semua di luar rumah. Hujan turun selebat-lebatnya. Disebabkan garaj kami tempias dengan hujan, kami semua masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu. Pintu kami biarkan terbuka, takut pulak orang tuduh kami buat bukan-bukan, walaupun kami sebenarnya ketakutan. Budak-budak lelaki nak temankan kami sehingga azan subuh. Kami duduk di ruang tamu. Rumah kami tiada sofa. Cuma ada meja makan dan 4 buah kerusi makan di tepi dinding. Semua duduk di lantai kecuali Fizi yang berada di atas kerusi.

Tak sampai 10 minit kami duduk…

BANG!!!!!! Pintu rumah tertutup kuat seolah dihempas kuat. Aku dan Una terjerit sebab terkejut. Una dah mula nak menangis. Maria mula datang dan peluk aku. Kami bertiga duduk berpeluk lutut rapat-rapat. Tiba-tiba cawan kat dapur pecah dibaling ke dinding. Rumah kami ni tak ada divider, dari ruang tamu, boleh terus nampak ke dapur. Rumah sewa murah la katakan.. dari tempat kami duduk, kami boleh nampak kaca bertaburan di tepi dinding.

Una dah menangis.. "tolong weh.. tolong… aku nak balik.. aku nak mak ayah aku…"

"Aku rasa kita masuk kampus la malam ni, tak sedap la macam ni. Lantak la kalau pak guard tak bagi ke, nak marah ke, janji kita masuk jugak", idea Johan. Semua angguk setuju walaupun hujan kat luar tengah lebat dengan angin macam nak ribut. Johan bangun cuba nak bukak pintu, tapi walau ditarik sekuat mana pun, pintu tak nak terbukak. Semua menyaksikan kejadian tu, walaupun dengan bantuan Acap dan Ray, pintu masuk tak boleh terbuka, sedangkan tak berkunci. Una dah makin kuat menangis. Geram pun ada dengan Una ni.

Johan, Acap dan Ray duduk kembali. Kami duduk dalam bulatan, berdekatan antara satu sama lain sebab takut sangat-sangat. Fizi masih di atas kerusi, kaku, pucat dan bingung.
"Hoi makhluk! Kalau kau ada disini, berikan kami tanda. Aku tak nak kau main-main macam ni!", Johan memekik. Elok je Johan cakap macam tu, aku ternampak Ray yang duduk kat sebelah menggeliat memegang leher. Di belakang Ray aku nampak cahaya halus sepintas lalu dengan laju dan lesap macam tu je. Selang seketika, Maria menjerit. Katanya dicakar di bahu. Selepas Maria, turn aku pulak. Kali ni aku rasa cakaran halus di tengkuk. Bagaimana ‘benda’ tu boleh cakar dalam tudung aku pon aku tak tau. Cakaran halus yang pedih aku rasa.

Dalam 5 minit, Fizi kelihatan kejang di kerusi.
"Ggggggghhhhrrrrrrr…..", suara Fizi bertukar garau. Wajahnya bertukar pucat lesi, mata hitamnya melihat ke atas sampai dah tak kelihatan lagi, badannya mengejang keras, tangannya juga mengejang seolah ingin mencengkam sesuatu, Fizi membongkok seperti haiwan yang dengan kepala mendongak ke siling rumah. Fizi cakap sesuatu yang kami tidak tahu apa. Masing-masing menoleh sesama sendiri. Una dah berlari ke pintu sambil menangis pekik-pekik minta pintu dibukak. Malangnya apa yang jadi makin teruk. Maria menangis tak tentu hala, aku seakan mahu je teriak tapi perasaan ingin melepaskan diri lebih kuat dari perasaan nak menangis.

Lampu ruang tamu kami berkelip kelip. sekejap terpadam dalam 10 saat, kemudian menyala semula. berulang-ulang kali macam tu. Apabila terpadam, setiap kali tu jugak Maria dan Una menangis-nangis menjerit. Budak-budak lelaki panik tapi kami hanya mampu duduk di tepi dinding ketakutan. Melihatkan Fizi keras kaku begitu, kami makin menggigil. Fizi merangkak seperti binatang yang laju cuba mencengkam Acap. Elok sahaja bahu Fizi dicengkam Acap, Acap juga bertukar seperti Fizi. Membuatkan kami hilang pertimbangan, kami mengetuk-ngetuk tingkap, pintu dan segala yang ada mintak dibebaskan. Johan menjerit…

"Jangan ganggu kami la! Kau nak apa! Keluar kau dari sini". Serasanya 'benda' tu semakin marah. Banyak pinggan mangkuk di dapur yang berterbangan dan pecah bertaburan ke lantai. Apa yang aku ingat, ada cawan yang cuba dibaling ke arah aku, tapi sempat aku mengelak dalam samar-samar cahaya. Kaca pecah disebelah aku dan Maria. Lupa aku nak ceritakan. Rumah kami adalah rumah sebelah corner lot, sebelah rumah kami (rumah corner lot) dibiarkan kosong tanpa penghuni. Rumah sebelah kiri pula adalah rumah bujang lelaki, tetapi entah kenapa malam tu seperti tidak ada siapa menghiraukan kami yang menjerit macam nak gila. Mungkin kerana hujan lebat dan bagai nak ribut, suara kami tenggelam tak kedengaran.

Ray mengazankan rumah kami sekuat mungkin. Selesai sahaja azan, pintu rumah kami terbuka, lampu menyala seperti biasa, tetapi Fizi dan Acap masih seperti tadi. Mengeras kejang dan seperti haiwan. Kami berlima keluar dari rumah dengan Una yang menangis teresak-esak nak balik rumah keluarganya. Kami berbincang macam mana nak selesaikan hal ini. Maria offer diri untuk call seorang ustaz yang juga merupakan warden di kampus kami.

Selesai sahaja call, Maria bagitau yang Ustaz Arif akan datang dalam masa setengah jam. Jam masa tu dah pukul 4.00 pagi. Ustaz Arif sampai dalam pukul 4.30 pagi bersama-sama dengan dua warden perempuan yang juga merupakan pensyarah dari fakulti kami dan fakulti lain. Ini part yang aku rasa nak marah pun ada, tapi nak buat macam mana, keadaan tengah panik, aku pendam saja. Sesampainya Ustaz Arif di muka pintu rumah kami…

"Ya Allah, maksiat!!! Maksiat!!! Ini rumah siapa? Kenapa kamu semua lelaki semua bercampur di rumah ini?? Ini semua maksiat! Kamu nak jadi apa? Ini semua zina!". Tidak sedikit pun ayat Ustaz Arif yang aku lupakan pada malam tu. Kami ditempik dengan teguran sebegitu. Bukankah keadaan Fizi dan Acap masa tu lebih penting?

"Ustaz, ni rumah kami. Kami sebenarnya dari luar, tapi sebab rasa macam terbawak benda balik, kawan-kawan lelaki kami ni teman kami kat sini sampai azan subuh. Kami taktau macam mana boleh jadi macam ni", aku depan menjawab. Ustaz Arif membalas…

"Haaaaa… ini lah yang aku malas! Budak-budak sekarang semua tak guna, perangai mengalahkan setan! keluar bercampur lelaki perempuan lewat malam, bila dah jadi macam ni, baru nak panggil aku, maksiat, zina ni semua kau semua tak tahu ke? Kau semua ni fakulti apa? Biar aku report kat koordinator masing-masing! memalukan nama fakulti". Allah, tersentak aku dengan ayat Ustaz Arif. Sementara Ustaz Arif menegur kasar kami ni, tidak pun kakinya melangkah masuk, malah Ustaz Arif lebih fokus nak syarahkan kami yang kat luar ni.

Kami diarahkan untuk tunggu diluar manakala Ray dan Johan disuruh untuk membantu Ustaz Arif di dalam. Aku tidak tahu apa yang terjadi di dalam. Maria tunduk sugul di sebelah aku. Barangkali malu dengan Puan Masitah dan Puan Rozita agaknya. Puan Masitah bertanyakan macam-macam kepada kami. Una menangis tak henti-henti kepada kami. Dek kebendulannya, diceritakan semua yang terjadi kepada Puan Masitah dan Puan Rozita, bermula dari cerita kami overnight di teluk batik, sampai lah macam mana kami boleh jadi macam ni. Puan Masitah dan Puan Rozita berkali-kali menggelengkan kepala dan berkata,

"kamu semua ni cari nahas ni". Una masih menangis tak berhenti-henti.

Sebaik keadaan reda, Ustaz Arif dan Johan keluar dari rumah, Ray pula menjaga Acap dan Fizi yang nampak kelihatan di dalam. Johan nampak macam mengangguk-angguk di sebelah Ustaz Arif.

"Kau semua ni memang cari pasal. Kalau tau macam ni, aku tak nak datang tengok kau orang ni. haihhhhhh. Kau orang semua tunggu aku report kat koordinator. Ni kamu ni! (sambil tunjuk ke aku, maria dan Una yang menangis), dah tau perempuan, nak keluar malam! Patut jaga diri! Bukan buat benda bukan-bukan, melepak sampai lewat malam! haih!". Ustaz menempik kepada kami. Tersentap kami dengan teguran Ustaz Arif. Memang salah kami.

Ustaz Arif balik bersama Puan Rozita dan Puan Masitah. Sebelum balik, dia berpesan kepada budak-budak lelaki supaya balik rumah terus, jangan lama-lama di rumah kami. Mengundang fitnah katanya. Tak lama lepas Acap dan Fizi mampu bangun dan berdiri, mereka balik ke rumah mereka. Tinggallah aku, Maria dan Una. Sejujurnya kami masih merasa saki baki seram di dalam rumah kami. Melihatkan keadaan rumah yang tunggang langgang, kami jadi tak berani nak masuk ke bilik masing-masing. Kami terlelap di ruang tamu bertiga.

Siang harinya kami mengemas rumah yang dah seperti kapal karam. Banyak kaca bertaburan, langsir bilik yang tertanggal dan kerusi yang tunggang terbalik. Aku ingat lagi, 3 hari selepas kejadian malam tu, aku sering merasa takut untuk mandi. Aku rasa macam ada sesuatu yang tengah perhatikan aku. Malah kalau tidur dalam bilik sorang-sorang pun, aku rasa macam aku ber’teman’. Aku ada cerita kepada Maria, rupanya Maria merasakan benda yang sama. Kami sepatutnya habis sem dalam masa seminggu lagi. Waktu itulah sepatutnya kami berpindah keluar dari rumah ini.

Tetapi, belum sampai seminggu, keluarga Una dah datang mengambil Una dan membawa Una pergi. Aku ada tanya pada Una, kenapa dia tak tunggu sampai hari majlis perpisahan di fakulti, dia jawab "aku ada hal Dhia." Tapi Una kelihatan lain. Lepas dari kejadian malam tu, Una tak banyak cakap, selalu duduk sorang-sorang dalam rumah. Kalau diajak pergi keluar makan sama pun, dia taknak. Selalunya Una bukan macam tu. Una ni jenis penakut tinggal sorang-sorang kat rumah. Tapi waktu-waktu terakhir ni berbeza.

Malam terakhir sebelum keluarga Una datang ambil dia tu, aku nampak Una duduk di depan muka pintu dengan pintu terbukak luas, memeluk lutut sambil duduk tegak memandang ke luar rumah, pada pukul 3 pagi. Ya, pukul 3 pagi. Aku taknak tanya apa-apa dah semenjak kejadian malam tu sebabnya kami tak nak mengungkit balik apa yang dah jadi. Hari terakhir Una di rumah, ketika keluarganya menolong mengangkat barang keluar dari rumah, aku sempat bertanya kepada mak Una, kenapa awal sangat ambil Una. Tahu apa mak dia jawab?

"Una telefon mintak ambil. Dia dah tak tahan". Mulut aku ni gatallll sangat nak tanya "tak tahan apa" tapi tak tau kenapa tak terkeluar rasanya. Aku diamkan terus macam tu. Aku bagitau pada budak-budak lelaki yang lain pasal hal ni, semua kelihatan pelik. Itu lah hari terakhir aku melihat wajah Una.

Inilah kisah yang aku ingat sampai bila-bila. Kisah yang memisahkan aku dan Una, kawan serumahku. Sampai sekarang, tak ada sesiapa antara kami yang berjaya contact Una. Masa waktu ni, friendster adalah medium social media yang tengah trend. Kami semua berhubung menggunakan friendster. Tetapi lepas Una balik, friendster Una tak lagi aktif sehinggalah sekarang. Aku ada bertanyakan pada kawan-kawan yang mengenali Una, dimanakah dia sekarang. Tidak ada jawapan yang pasti pernah aku dapat. Sehinggakan sewaktu kami nak sambung degree, Una tak mendaftar sambung. Kami tak pernah tahu ke mana Una walaupun Una pernah bagitahu yang dia mahu sekelas dengan aku dan Maria masa degree nanti.

Sekiranya ada kawan-kawan aku yang terbaca dan tahu aku tengah bercerita tentang mereka ni, aku haraplah sangat yang kita semua dapat berjumpa lagi dan aku harap Una ada pada masa tu... dalam keadaan yang baik.

Wallahualam…

Kredit

Sunday, 3 February 2025

Senarai Juara Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 33 (AJL33) 2019.


Malam berprestij Anugerah Juara Lagu ke 33 kini telah bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil bermula pada jam 9.00 malam Ahad, 03 Feb 2019.

Malam berprestij AJL 33 dihangatkan lagi oleh gandingan 2 pengacara Malaysia iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Untuk panduan, seramai 12 peserta finalis berentap untuk merebut gelaran Anugerah Juara Lagu ke 33 ini.

Majoriti yang masuk ke Final AJL33 kali ni menampilkan ramai artis-artis terbaik seperti Siti Sarah, Misha Omar, Siti Nordiana, Khai Bahar, Hael Husaini, Amylea X Kaer, Ara Johari, Sufian Suhaim dan Syamel.

Berikut adalah paparan keputusan senarai pemenang pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 33 yang berlangsung pada hari Ahad, 03 Februari 2019 (RASMI):

1. Juara Lagu AJL33: Hael Husaini & Dayang - Haram (RM50,000 + Trofi)
2. Tempat Kedua: Ara Johari - Bunga (RM35,000 + Trofi)
3. Tempat Ketiga: Misha Omar - Sampai Bila (RM20,000 + Trofi)
4. Vokal Terbaik: Misha Omar - Sampai Bila (RM12,000 + Trofi)
5. Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi - Di Matamu (RM12,000 + Galaxy A9 +Trofi)

Loading...

Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33) Online 03 Feb 2019.


Seramai 12 lagu finalis berentap untuk merebut gelaran Juara AJL kali ke-33 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula pada jam 9.00 malam Ahad, 03 Feb 2019.

Siaran secara langsung karpet merah bermula pada jam 8.30 malam sebelum malam berprestij bersiaran pada jam 9.00 malam. Untuk info, malam kemuncak AJL 33 akan diacarakan oleh dua gandingan pengacara iaitu Aliff Satar dan Shery Alhadad.

Jadual Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33:
  • Tarikh: 03 Februari 2019 (Ahad)
  • Masa: 8.30 Malam (Karpet Merah), 9.00 Malam (Kemuncak)
  • Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil
  • Pengacara: Shery Alhadad dan Aliff Satar 
Senarai 12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 Tahun 2019:

1. Siti Sarah - Semakin
2. Ara Johari - Bunga
3. Syamel - Kau Pun Sama
4. Misha Omar - Sampai Bila
5. Hael Husaini & Dayang - Haram
6. Khai Bahar - Luluh
7. Altimet - Bunga
8. Haqiem Rusli vs Aman RA - Jatuh Bangun
9. Amylea X Kaer - Tak Pernah Hilang
10. Hael Husaini - Hajat
11. Sufian Suhaimi - Di Matamu
12. Siti Nordiana & Jaclyn Victor - Nisan Cinta

Live Streaming Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) Online:
  • Server 1

  • Server 2: TV3 Online 
Selamat menonton...

Sumber

Friday, 18 January 2025

Selepas Ajak Dan Shahrol Shiro Jadi Juara MLM 2018, Mereka Umumkan Sesuatu Yang Tidak Dijangka.


KUMPULAN Shiro yang dianggotai dua tunggak utamanya, Ajak dan Shahrol membuat kejutan apabila mengumumkan akan meninggalkan karier sebagai penyampai radio ketika sidang media sejurus selesai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) pada malam Jumaat.

Ajak yang merupakan deejay stesen radio Hot FM memberitahu dia mengambil keputusan itu selepas merasakan sudah tiba masanya dia kembali memberi fokus kepada bidang lakonan dan komedi.

"Sepanjang tiga tahun saya bergelar deejay, saya tidak berlakon dan menumpukan sepenuhnya dalam bidang radio.

Shahrol dan Ajak membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000.

"Bayangkan saya tidak pernah menghantar anak saya ke sekolah dalam tempoh tiga tahun ini kerana perlu berada di konti radio pada awal pagi," katanya kepada mStar Online.

Ajak yang ke udara menerusi segmen Geng Pagi Hot memaklumkan dia akan menamatkan kontraknya pada penghujung Februari ini.

Sementara itu, Shahrol turut memberitahu kontraknya bersama Suria FM selama enam bulan sudah berakhir pada 11 Januari lalu dan ia tidak disambung.

Seperti Ajak, Shahrol juga memberitahu ingin kembali aktif dalam bidang komedi dan melihat kemenangan mereka sebagai petanda baik untuk tujuan itu.

Juara dua kali berturut-turut MLM Bocey mendapat tempat kedua.

Selain itu, Shahrol berkata, dia juga akan memberi fokus kepada syarikat produksinya yang ditubuhkan sejak beberapa tahun lalu.

"Saya berlapang dada…Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah walaupun tidak lagi bergelar penyampai radio tetapi ada pula rezeki kami untuk bergelar juara MLM 2018.

"Ini saya lihat sebagai peluang untuk saya dan Ajak kembali serius dalam bidang komedi yang sudah agak lama kami tinggalkan," ujarnya yang ke udara menerusi segmen Team Suria Pagi.

Mengulas kemenangan mereka, Ajak berkata, usaha mereka sebanyak tujuh kali mencuba dalam pertandingan itu akhirnya berbaloi dan kemenangan ini memang dinanti-nantikan.

Trio adik-beradik berasal dari Sabah Zero mendapat tempat ketiga.

"Tujuh kali kami mencuba nasib dalam MLM…Alhamdulillah segala usaha selama ini akhirnya terbayar dan memang ini yang kami mahukan," ujarnya.

Shiro membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi manakala Bocey yang dianggotai oleh Abam, Fad dan Achey bergelar naib juara sekaligus menerima hadiah wang tunai RM250,000.

Trio adik-beradik, Zero pula mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM150,000 berserta trofi. - mStar Online

Keputusan Rasmi Juara Maharaja Lawak Mega 2018 FINAL.


Keputusan rasmi juara pemenang Maharaja Lawak Mega MLM 2018 minggu akhir. Pentas akhir kini berada di minggu penghujung pada Jumaat 18 Jan 2025 dan bertempat di Dewan Teater Selangor, Shah Alam.

Seramai 5 finalis antaranya kumpulan Zero, Bocey, Shiro, Taman dan Puteh masing-masing berentap untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega musim 2018.

Keputusan Rasmi Juara Maharaja Lawak Mega MLM 2018 FINAL:

Juara: Kumpulan Shiro ( Wang Tunai RM500,000 + Trofi + Sejambak Bunga )

Naib Juara: Kumpulan Bocey ( Wang Tunai RM250,000 + Trofi + Sejambak Bunga )

Tempat Ketiga: Kumpulan Zero ( Wang Tunai RM150,000 + Trofi + Sejambak Bunga )

Tempat Keempat: Kumpulan Puteh ( Wang Tunai RM50,000 + Trofi + Sejambak Bunga )

Tempat Kelima: Kumpulan Taman ( Wang Tunai RM15,000 + Trofi + Sejambak Bunga )

**Rasmi: Keputusan rasmi MLM 2018 dimana Shiro dinobatkan Juara MLM 2018. Naib Juara disandang oleh Bocey, manakala ketiga Zero. Tempat keempat pula menjadi milik Puteh dan kelima Taman.

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2018 FINAL.


Pentas final gelanggang MLM minggu kemuncak akan berlangsung di Dewan Teater Selangor, Shah Alam pada Jumaat ini 18 Jan 2025 bermula jam 10.00 malam, yang diriuhkan lagi oleh pengacara Dato’ AC Mizal.

Terdahulu, pada minggu ke-11 (separuh akhir) bertemakan "Parodi dan Duit" tiada penyingkiran dibuat oleh juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2018 iaitu Douglas Lim, Tya Arifin, Remy Ishak dan Scha Al-Yahya.

Seramai lima finalis antara Zero, Bocey, Shiro, Taman dan Puteh akan berentap bagi merebut gelaran Juara Maharaja Lawak Mega musim 2018. Manakala tema bagi Maharaja Lawak Mega minggu akhir ialah "Bebas dan Muzikal Komedi". Peserta manakah bakal menjadi juara MLM 2018? Nantikan keputusan malam nanti.

Bagi yang tidak berkesempatan menonton MLM 2018 minggu 12 akhir, anda boleh tonton ulangan dilaman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

Tonton siaran ulangan Maharaja Lawak Mega 2018 akhir dibawah:

Pusingan 1:
  • Bocey
  • Puteh
  • Zero
  • Shiro
  • Taman
Pusingan 2:
  • Bocey
  • Taman
  • Shiro
  • Puteh
  • Zero
Selamat menonton...

BACA INI JUGA:
Loading...

Monday, 7 January 2025

Keputusan Rasmi Senarai Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL33) 2019.


Daripada senarai 30 Lagu yang bertanding, hanya 12 lagu sahaja layak terpilih dan dipertandingkan pada malam Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33).

Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) bakal berlangsung pada 3 Februari 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Berikut adalah senarai 12 Finalis lagu AJL 33 2019:

1. Siti Sarah - Semakin
2. Ara Johari - Bunga
3. Syamel - Kau Pun Sama
4. Misha Omar - Sampai Bila
5. Hael Husaini & Dayang - Haram
6. Khai Bahar - Luluh
7. Altimet - Bunga
8. Haqiem Rusli vs Aman RA - Jatuh Bangun
9. Amylea X Kaer - Tak Pernah Hilang
10. Hael Husaini - Hajat
11. Sufian Suhaimi - Di Matamu
12. Siti Nordiana & Jaclyn Victor - Nisan Cinta

Tahniah kepada 12 lagu yang mara ke Pentas AJL33.

Sebagai perbandingan berikut adalah senarai 12 Finalis lagu AJL32 2018:

1. Faizal Tahir - Sejati
2. Haqiem Rusli - Tergantung Sepi
3. Hael Husaini - Jampi
4. Dayang Nurfaizah - Separuh Mati Ku Bercinta
5. Altimet - Amboi
6. Syamel - Lebih Sempurna
7. Hazama - Aku Yang Sebenar
8. Salma - Akhirnya Cinta
9. Wany Hasrita - Menahan Rindu
10. Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta
11. Khai Bahar - Bayang
12. Ara Johari - Warkah Untukku

BACA INI JUGA:
Loading...

Thursday, 22 November 2024

Makanan Kaum Kadazan-Dusun Yang Perlu Anda Cuba Jika Datang Ke Sabah.


Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum atau masyarakat. Terdapat banyak jenis makanan yang unik dan menarik dalam masyarakat suku kaum Kadazan-Dusun, antaranya ialah seperti berikut:

1. Pinaasakan


Pinaasakan merupakan sejenis makanan atau hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Sajian ini berasaskan ikan dan herba hutan dimana hidangan yang dihasilkan menggunakan isi ikan sama ada ikan air tawar atau pun ikan air masin.

Pinaasakan adalah antara makanan kegemaran masyarakat Kadazan-Dusun. Cara penyediaan pinaasakan adalah dengan membersihkan ikan dan kemudiannya mengambil isi ikan tersebut dan dicampurkan dengan sedikit kunyit, halia yang telah ditumbuk, asam jawa atau buah asam, garam, serbuk perasa dan sedikit air.

Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih dan air hampir kering. Hidangan pinaasakan merupakan hidangan yang tahan lama dan boleh di simpan sehingga beberapa hari. Makanan ini disediakan ketika pesta kaamatan yang disambut 30 dan 31 Mei setiap tahun.

2. Hinava


Hinava atau hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa dan merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun Sabah. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah isi ikan, biasanya ikan yang digunakan ialah ikan tenggiri.

Isi ikan ini biasanya akan dihiris halus dan bahan-bahan lain yang diperlukan ialah biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau nipis atau limau kapas dan sedikit garam mengikut rasa. Untuk menambahkan rasa yang lebih enak daun saderi turut digunakan.

Isi ikan tidak perlu dimasak, hanya perlu diperah dengan air limau kapas atau limau kasturi. Selain itu, isi sotong atau udang juga boleh digunakan dalam penyediaan hinava ini. Hinava biasanya menjadi makanan istimewa semasa Tadau Kaamatan.

Selain itu, ia juga menjadi hidangan istimewa dalam majlis penting, seperti majlis perkahwinan, pertunangan dan lain-lain. Untuk mendapatkan hinava tidaklah sukar kerana kini banyak tempat makan yang menyediakan hidangan ini dengan harga yang berpatutan.

Sumber

Sunday, 18 November 2024

Senarai Juara Dan Pemenang Konsert Gegar Vaganza (GV5) 2018.


Cabaran peserta dalam Gegar Vaganza Musim Ke-5 2018 kini telah tiba di penghujungnya dengan menyaksikan 6 peserta selesai membuat perhitungan terakhir.

Finalis GV 5 2018 iaitu Noryn Aziz, Maya Matahari, Dia Fadilla, Amelina, Zamani Slam dan Billy Zulkarnain telah berentap untuk merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 serta hadiah sampingan lain.

Konsert akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam.

Berikut ialah senarai RASMI kedudukan pemenang Konsert Gegar Vaganza (GV5) 2018 Akhir:
  1. Juara: Noryn Aziz (Wang Tunai RM100,000 + Trofi)
  2. Naib Juara: Dia Fadilla (Wang Tunai RM50,000 + Trofi)
  3. Tempat Ketiga: Zamani Slam (Wang Tunai RM30,000 + Trofi)
  4. Tempat Keempat: Amelina (Wang tunai RM20,000)
  5. Tempat Kelima: Maya Matahari (Wang tunai RM15,000)
  6. Tempat Keenam: Billy Zulkarnain (Wang tunai RM10,000)
**Bintang Cuckoo paling gempak: Zamani Slam

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan juara Konsert Gegar Vaganza (GV5) edisi 2018.

Loading...

Live Streaming Konsert Gegar Vaganza 5 2018 Minggu 8 GV Live+ Akhir.


Persembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-8 (FINAL) ini melibatkan 6 peserta berikutan Forteen dan Hetty Sarlene telah diumumkan tersingkir selepas mendapat markah terendah pada konsert minggu ke-7 (separuh akhir) yang lalu.

Bintang GV5 yang bakal merebut gelaran juara adalah Noryn Aziz, Maya Matahari, Dia Fadilla, Amelina, Zamani Slam dan Billy Zulkarnain.

Konsert akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam.

Berikut adalah senarai lagu tugasan untuk para peserta Gegar Vaganza 2018 bagi konsert final dengan tema "Duet" dan juga keputusan Juara pada konsert akhir ini.
  1. Noryn Aziz + Awi Rafael - Laskar Cinta (Dewa 19)
  2. Maya Matahari + Bob Mesra - The Power Of Love (Celine Dion)
  3. Dia Fadilla + Ajai - Makin Aku Cinta (Krisdayanti & Anang)
  4. Amelina + Ernie Zakri - Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor)
  5. Zamani Slam + Ameng - Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M. Nasir)
  6. Billy Zulkarnain + Idayu - Curiga (Ning Baizura)
Lagu Battle (Vs)
  1. Noryn Aziz vs Dia Fadilla - Where Is The Love (Black Eyed Peas)
  2. Amelina vs Maya Matahari - Teman Pengganti (Black & Malique)
  3. Zamani Slam vs Billy Zulkarnain - Bunga (Altimet) 
Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 Minggu 8 - Final:



Sunday, 11 November 2024

Live Streaming Konsert Gegar Vaganza (GV5) 2018 Minggu 7 - Separuh Akhir.


Persembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-7 ini melibatkan 8 peserta berikutan Farah Wahida telah diumumkan tersingkir selepas mendapat markah terendah pada konsert minggu ke-6 yang lalu.

Konsert mingguan Gegar Vaganza 5 (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam.

Berikut adalah senarai lagu tugasan untuk para peserta Gegar Vaganza 2018 bagi minggu ke-7 yang bertemakan "Road To Semi Final" dan juga keputusan penyingkiran pada konsert minggu ini.
  1. Amelina - Kuch Kuch Hota Hai (Udit Narayan & Alka Yagnik), Tua Mengejar Kita (Fauziah Latiff)
  2. Billy Zulkarnain - Mengenangmu (Kerispatih), Mulanya Disini (Freedom)
  3. Zamani Slam - Dimatamu (Sifian Suhaimi), Dekat Padamu (Yusry KRU)
  4. Dia Fadilla - I Don’t Want Miss A Thing (Aerosmith), Pematah Hati (Nabila Razali)
  5. Maya Matahari - Tiada Kepastian (Ziana Zain), Ikut Rentakku (Jacyln Victor)
  6. Noryn Aziz - Dahsyat (Mojo), Cintaku 100% (Mas Idayu)
  7. Forteen - Potret (Akim & The Majistret), Cinta Di Akhir Garisan (Ziana Zain, Nora, Ning Baizura & Dessy Fitri)
  8. Hetty Sarlene - Pencuri Hati (Ayda Jebat), Kemafaan Yang Terindah (Aishah)
Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 Minggu 7- Semi Final:



TONTON INI JUGA:

Sunday, 4 November 2024

Live Streming Konsert Gegar Vaganza (GV5) 2018 Minggu 6 Online.


Persembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-6 ini melibatkan 9 peserta berikutan tiada peserta diumumkan tersingkir di mana pihak penaja, D’Herbs telah menggunakan imuniti sekaligus Zamani Slam tidak disingkirkan.

Konsert mingguan Gegar Vaganza 5 (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam.

Berikut adalah senarai lagu tugasan untuk para peserta Gegar Vaganza 2018 bagi minggu ke-6 yang bertemakan "Terbaik Bos" dan juga keputusan penyingkiran pada konsert minggu ini.
  1. Dia Fadilla - Pencinta (Faizal Tahir)
  2. Maya Matahari - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
  3. Noryn Aziz - Senadainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah)
  4. Forteen - Satu (SM Salim & Zainal Abidin)
  5. Amelina - Seroja (Search)
  6. Billy Zulkarnain - Back At One (Brian McKnight)
  7. Farah Wahida - Ayat-Ayat Cinta (Rossa)
  8. Hetty Sarlene - Korban Cinta (Ziana Zain)
  9. Zamani Slam - Hapus Aku (Kumpulan Nidji)
Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 Minggu 6 Online:



TONTON INI JUGA:
Loading...

Friday, 2 November 2024

Siaran Langsung Anugerah Skrin (ASK) 2018 Online.


ASK2018 kali ini tidak menampilkan hos utama bagi mengendalikan malam anugerah tetapi akan dikendalikan oleh 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah MacWilson, Elly Mazlein, Sherry Alhadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Nazrudin Habibur Rahman dan Shuk Sahar. Majlis ini berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di saluran TV3.

Selain TV3, ntv7, TV9 dan 8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut mengundang dan membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti RTM, ASTRO, TV Al-Hijrah, HyppTV dan Bernama untuk menyertai Anugerah Skrin 2018.

Sebanyak 20 kategori utama dipertandingkan pada malam kemuncak ASK2018 selain 19 drama dicalonkan bagi merangkul gelaran Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018)

Untuk makluman, tema Anugerah Skrin 2017 tahun lepas adalah "Mencipta Fenomena" seiring dengan usaha memartabatkan setiap pengorbanan yang dilakukan oleh penggiat seni tidak kira di hadapan atau di belakang tabir.

Anugerah Skrin (ASK) tahun 2018 anjuran TV3, diadakan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pukul 9 malam serta boleh di tonton secara langsung menerusi saluran stesen penyiaran TV3, bermula jam 9 malam.

Sebelum acara kemuncak berlangsung, ASK2018 kali ini turut menganjurkan Majlis Karpet Merah ASK pada pukul 8.30 malam pada hari yang sama

Info Anugerah Skrin TV3 (ASK) 2018
  • Tarikh / Masa: 2 November 2024 (Jumaat), bermula jam 9 malam (LIVE di TV3)
  • Karpet Merah ASK: 2 November 2024 (Jumaat), bermula jam 8.30 malam (LIVE di NTV7)
  • Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Siaran Langsung ANUGERAH SKRIN 2018 TV3:



Loading...

Intipati Menarik Bajet 2019 Malaysia Baru.


Berikut adalah antara intipati penting dan menarik Belanjawan 2019 yang telah dibentang oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4.00 petang, Jumaat, 02 November 2018.

Ringkasan Kandungan Intipati Penting Bajet 2019 Malaysia Baru:
  1. Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu.
  2. Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).
  3. Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018.Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini.
  4. Sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik adalah RM35.4 bilion, di mana tunggakan GST adalah sebanyak RM19.4 bilion sementara tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM16 bilion.
  5. Kerajaan telah membatalkan projek Multi-Product Pipeline dan Trans-Sabah Pipeline berjumlah RM15 bilion. Selain itu, kerja pembinaan ECRL berjumlah RM81 bilion telah digantung dan kini kosnya sedang dirunding semula.
  6. Kerajaan juga telah membatalkan projek MRT3 yang bernilai RM60 bilion sehingga projek MRT2 disiapkan.
  7. Menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura yang menelan belanja sekurang-kurangnya RM110 bilion.
  8. Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 daripada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion.
  9. Bagi projek MRT2 yang diuruskan oleh MRT Corp pula, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM8.8 bilion daripada RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%.
  10. Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 bernilai RM5.2 bilion akan ditender semula melalui tender terbuka dan dijangka akan memberi penjimatan kos yang besar.
  11. Kerajaan akan mengambil segala tindakan untuk mendapat segala dana yang hilang atau dicuri daripada 1MDB.
  12. 1MDB dan Kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki US$4.32 bilion kepada IPIC dan Aabar dan sebaliknya akan menuntut pemulangan US$1.46 bilion yang telah dibayar.
  13. Kerajaan telah berjaya memiliki semula kapal layar super-mewah, Equanimity dan akan mula menerima bidaan antarabangsa dalam tempoh satu bulan dari tarikh 5 November 2018.
  14. Di bawah GST, bagi barangan, hanya 545 item telah dikenakan pada kadar sifar manakala di bawah SST, hampir sepuluh kali ganda item dikecualikan daripada Cukai Jualan.
  15. Berdasarkan kajian awal Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, 70% atau 291 daripada 417 barang dan perkhidmatan yang telah diperiksa, didapati terdapat penurunan harga pada September 2018.
  16. Kerajaan akan memperkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai jualan mulai 1 Januari 2019. Sistem kredit akan juga mengelak percukaian berganda dan menurunkan kos perniagaan.
  17. Perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan.
  18. Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.
  19. Kerajaan akan melancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela (Special Voluntary Disclosure Program) untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan.
  20. LHDN akan meneliti dan menyiasat sebarang harta kekayaan luar biasa yang ditunjukkan melalui pemilikan barang-barang mewah seperti barang kemas, jam tangan, beg tangan, kereta mewah atau hartanah.
  21. Setelah berjaya melancarkan sistem SST, Kastam akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas penyeludupan rokok.
  22. Kerajaan berharap untuk mendapatkan semula sekurang-kurangnya RM1 bilion daripada usaha membanteras aktiviti penyeludupan dan penipuan, yang sebelum ini tidak dapat dikutip.
  23. Kerajaan akan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara bermula 1 Jun 2019.
  24. RM20 dikenakan ke atas penumpang ke negara Asean dan kedua, sebanyak RM40 dikenakan ke atas penumpang ke negara lain.
  25. Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar.
  26. Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.
  27. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.
  28. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.
  29. Kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.
  30. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-SURI. Melalui skim ini, Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.
  31. Subsidi minyak secara bersasar kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.
  32. Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.
  33. RM2 bilion diperuntukkan dan dijangka dapat memanfaatkan seramai 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.
  34. Barangan yang terlibat adalah tepung gandum, gula bertapis dan minyak masak dalam paket 1kg, serta beras tempatan 15% hancur pek 10kg, Petrol RON95, diesel dan LPG.
  35. Subsidi bil elektrik bulanan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih, kadar subsidi ditingkatkan kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun. Peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan.
  36. Bagi menggalakkan peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia yang berumur 60 ke atas, kerajaan mencadangkan supaya caruman mandatori KWSP bagi majikan dikurangkan daripada 6% kepada 4%.
  37. Bagi memastikan bekas banduan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, potongan cukai tambahan diberi kepada syarikat yang menggaji pekerja dalam kategori ini.
  38. Pemberian bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara yang masih menerima pencen kurang daripada satu ribu ringgit.
  39. Kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak.
  40. Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019.
  41. Kerajaan melalui usahasama dengan syarikat insurans swasta, akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40.
  42. Menyediakan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.
  43. Kerajaan akan memperuntukkan hampir RM29 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang merupakan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun lepas.
  44. Meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mamogram), program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.
  45. Menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut di kalangan kanak-kanak, menyediakan saringan dan peluasan rawatan haemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).
  46. Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2025 pada kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum.
  47. Mempertingkatkan keselamatan dalam negeri dan pertahanan negara dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM5.9 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
  48. Bagi memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya polis, tentera dan guru, RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters Kerajaan yang dikenal pasti.
  49. Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malayisa (REHDA) telah bersetuju untuk mengurangkan sebanyak 10% harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek baharu.
  50. Bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, Kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.
  51. Tabung Pengangkutan Awam dengan dana RM500 juta yang menawarkan insentif subsidi kadar faedah sebanyak 2% kepada teksi dan syarikat bas serta pengendali pengangkutan awam.
  52. Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta.
  53. Kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019.
  54. Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan tahun 2019.
  55. Peruntukan bagi bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion untuk membantu golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.
  56. Menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018. (Sekolah Kebangsaan - RM250 juta; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) - RM50 juta; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) - RM50 juta; Sekolah Berasrama Penuh - RM50 juta; Maktab Rendah Sains Mara - RM50 juta; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan - RM50 juta; Sekolah Mubaligh - RM50 juta; Sekolah Tahfiz - RM50 juta; Sekolah Pondok yang berdaftar - RM25 juta; Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School - RM15 juta; dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) - RM12 juta.)
  57. Menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.
  58. Memperuntukkan RM206 juta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti.
  59. Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk dana ini. Di samping itu, peruntukan RM20 juta disediakan bagi meningkatkan kompetensi belia melalui Program Bootcamp berkaitan TVET.
  60. Memperkasa aktiviti penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan RM400 juta.
  61. Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.
  62. Kerajaan memperuntukkan RM17.5 juta kepada Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) untuk mengeluarkan 600 akauntan Bumiputera yang diiktiraf dalam jangka masa 5 tahun.
  63. Pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.
  64. Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.
  65. Potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.
  66. Menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan kos RM4.2 juta.
  67. RM100 juta diperuntukan sebagai persediaan atlet ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dengan harapan membawa pulang pingat emas pertama negara.
  68. RM10 juta untuk membangun dan menggalakkan E-Sports, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda, yang melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital.
  69. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.
  70. Sejumlah RM150 juta disediakan bagi melaksanakan program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan lebih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama dengan penggunaan braille.
  71. Kerajaan akan meneruskan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) dengan peruntukan RM30 juta. Tambahan, Khazanah akan menyediakan peruntukan RM100 juta untuk FIMI yang khusus bagi penerbitan filem di studio Pinewood di Iskandar Johor.
  72. Kerajaan juga akan menguatkuasakan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang dijangka akan menurunkan harga jalur lebar talian tetap sekurangnya 25% pada hujung tahun 2018.
  73. Khazanah Nasional Berhad akan membangunkan 80 ekar tanah di Subang sebagai hub aeroangkasa bertaraf dunia.
  74. Dana pembiayaan PKS oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60% jaminan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) termasuk RM1 bilion untuk PKS Bumiputera;
  75. Memperuntukkan RM100 juta bagi menambahbaik keupayaan industri PKS dalam industri halal.
  76. Menyediakan Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah berjumlah RM1 bilion disediakan oleh institusi kewangan Islam dengan Kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak 2%.
  77. Permodalan Usahawan Nasional Berhad juga akan menyediakan peruntukan RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta pembelian premis perniagaan untuk disewa kepada PKS Bumiputera.
  78. RM100 juta akan diperuntukkan kepada TEKUN untuk membiayai usahawan kecil.
  79. RM20 juta untuk pelancaran kempen "Beli Barangan Malaysia" untuk menyokong produk dan perkhidmatan tempatan.
  80. RM30 juta bagi membantu semua pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).
  81. RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan keretapi untuk mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan negara.
  82. Menjadikan tanah seluas 380 ekar di Pulau Indah sebagai Zon Perdagangan Bebas untuk menyokong dan memangkin aktiviti perkapalan dan logistik di Pelabuhan Klang.
  83. RM30 juta bagi membantu semua pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).
  84. Kerajaan akan menyediakan Insentif Pengeluaran Getah dengan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil. Pekebun kecil akan menerima sokongan pendapatan daripada IPG jika harga getah jatuh bawah RM2.20 sekilogram.
  85. Geran sepadan RM100 juta akan disediakan kepada syarikat swasta bagi program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa untuk meningkatkan angka ketibaan pelancong.
  86. Kerajaan komited untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai untuk merealisasikan potensi sebenar pulau tersebut.
  87. Taraf Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan juga diperkembangkan lagi.
  88. Membina dan menaiktaraf jalan raya, jalan luar bandar dan jambatan dengan peruntukan RM926 juta.
  89. Meluaskan akses bekalan elektrik dan air di luar bandar dengan peruntukan RM694 juta dan RM738 juta masing-masing.
  90. Memperuntukkan RM85 juta untuk kampung baharu bagi tujuan menaiktaraf dan memulihara infrastruktur asas seperti jalan raya, dewan komuniti dan kawasan lapang.
  91. Bagi penempatan FELDA, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM100 juta bagi menaiktaraf jalan, RM160 juta bagi projek sistem bekalan air, RM35 juta bagi projek membina dan naiktaraf bangunan serta projek pemasangan lampu jalan.
  92. Peruntukkan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan Kerajaan ke arah meringankan bebanan kerja ibu yang bekerja.
  93. Kerajaan akan memperuntukkan RM286.8 juta untuk perbelanjaan mengurus Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu peningkatan 18.5% daripada RM242.1 juta yang diperuntukkan tahun lepas.
  94. Kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan bawah. Bayaran khas sebanyak RM250 juga akan diberi kepada pesara kerajaan. Jumlah bayaran khas ini melibatkan kos RM1 bilion.
Loading...