Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Tuesday, 18 June 2024

Pendaftaran Persatuan Melayu Kristian, IFC Dan Persatuan Melayu Murtad Tidak Pernah Diluluskan.


Mesej berantai mengenai Pertubuhan Melayu Murtad (IFC) yang kononnya didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang asyik menjadi viral sejak bertahun-tahun lalu adalah mesej lama dan terbukti tidak sahih.

Mesej yang dikitar semula itu sengaja diperbesarkan bagi mencetuskan kebimbangan dalam kalangan umat Islam.

Ada beberapa fakta dalam mesej itu yang kurang tepat sama ada ditokok tambah oleh pengirim asal mengikut kemahuannya atau mungkin individu itu tidak mempunyai fakta lengkap.

Namun, walaupun mesej di sebalik penyebaran itu tidak sahih, peringatan seumpama itu ada relevannya dan perlu diingatkan selalu.

Ia sebagai peringatan kepada umat Islam yang cenderung mengamalkan gaya hidup liberal supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang sejak dulu cuba mempengaruhi umat Islam.

Secara jujur, memang orang Melayu yang murtad kini semakin ramai dan tidak menghairankan jika mereka menubuhkan persatuan sedemikian, cuma tidak boleh di daftarkan secara rasmi.

Justeru, umat Islam di negara ini haruslah sentiasa peka dengan gerakan yang cuba menjatuhkan agama Islam, selain usaha memurtadkan kelompok masyarakat beragama Islam.

Sementara itu, Ketua Pengarah ROS, menafikan bahawa pihaknya pernah meluluskan pendaftaran Persatuan Melayu Murtad, IFC dan Persatuan Melayu Kristian.

Berita yang disebarkan secara meluas melalui media sosial yang mendakwa ROS meluluskan pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan itu adalah tidak benar sama sekali.

Penyebaran berita ini telah lama dikesan, sejak awal 2007 dan sering disebarkan dari masa ke semasa.

ISU INTERFAITH COMMISSION (IFC) DAN PERTUBUHAN MELAYU MURTAD

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati isu Interfaith Commission (IFC) atau Suruhanjaya Antara Agama, Persatuan Melayu Kristian dan Pertubuhan Melayu Murtad telah kembali viral di media sosial dan entiti-entiti tersebut dikatakan telah berdaftar secara sah.

Malah, Jakim telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan isu ini pada 9 Oktober 2014 yang lalu.

Jakim berpandangan isu sebegini boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan masyarakat Islam serta menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Justeru itu, Jakim telah membuat semakan sekali lagi dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkenaan telah mengesahkan bahawa dakwaan yang entiti-entiti tersebut telah berdaftar secara sah di bawah ROS adalah tidak benar sama sekali.

Bagi menangani isu ini, Jakim dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memelihara kesucian Islam dan membendung umat Islam daripada terjebak dalam penyebaran berita bohong dan palsu, yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Jakim ingin memberi nasihat kepada umat Islam agar sentiasa berwaspada terhadap isu-isu seperti ini dan dapat memberikan bantuan dengan menyalurkan maklumat kepada Jakim dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu demi menjaga kesucian Islam dan keharmonian hidup masyarakat di negara ini.

Sumber: 1 | 2

Monday, 15 April 2025

[VIDEO] 2 Pemuda Tempatan Pengsan 'Dikeroyok' Enam Lelaki Disyaki PATI Di CP.


Seorang pemuda tempatan berusia 22 tahun cedera selepas dibelasah enam lelaki tidak dikenali di Pusat beli-belah Centre Point pada Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt. George Abd Rakman dalam satu kenyataan semalam mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut George ketika mangsa berada di tingkat lima pusat beli-belah berkenaan dia didatangi tiga lelaki yang tidak dikenali yang bertindak secara tiba-tiba menyerang mangsa.

Kemudian tiga lagi lelaki tidak dikenali menghala kepadanya dan turut menyerang mangsa. Mangsa mendakwa ditumbuk di bahagian muka.

Selepas dipukul, mangsa ternampak seorang lagi lelaki terbaring di sebelahnya akibat dipukul dan mengalami kecederaan lebam di bahagian muka.

Kes disiasat di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 2 tahun.

Mereka yang mempunyai maklumat lengkap kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Insp. Nur Shajida Binti Shara di talian 012-8119794.

Video yang dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.



Loading...

Saturday, 23 March 2025

Dek Perbincangan Inkues Adib, Jururawat Miera Menimbulkan Salah Faham Baru Di Sosial Media...


Sembang gosip netizens di sosial media sekarang ialah mengenai seorang jururawat bernama Miera.

Jururawat itu didakwa bekerja di IJN dan antara individu pertama yang bertugas merawat kecederaan arwah Adib.

"Wahai doktor, kalaulah semua staf berupaya untuk memberikan keterangan, saya dulu yang akan tampil ke hadapan dan berkata, kecederaan itu bukanlah kerana kemalangan.

Kecederaan Adib adalah kerana dipukul, beberapa objek. Kami lihat lukanya, kami rawat kecederaannya, kami memulakan proses ECMO. Terutamanya di bahagian muka.

Mungkin anda tak melihatnya dari hari pertama Adib dibawa ke sini. Kami nampak wajahnya! Kami nampak lebam di seluruh badannya dan pelbagai lagi yang tak boleh disebutkan disini.

Kami bukannya buta, begitu juga awak.

Tapi sekurangnya kami ada perikemanusiaan, kami ada perasaan. Kami tahu dia tak bersalah.

Berdoalah sesungguhnya agar musibah ini tak terjadi kepada keluarga anda, supaya anda tak lalui apa yang keluarga Adib tempuhi.

Seorang doktor sepatutnya mempunyai hati yang murni, tetapi saya melihat anda tak berhati perut.

Saya berbangga dengan doktor kami yang memberikan keterangan benar. Itulah yang kami gelar sebagai doktor,"
katanya di ruangan komen yang melaporkan kenyataan Doktor Forensik mengenai hasil bedah siasat mayat Adib.

Kenyataan yang ditangkaplayar oleh netizens itu kemudiannya menjadi tular dan semakin tular dari hari ke hari memaksa Ahli Parlimen Kangar untuk campurtangan.

Amin Ahmad kemudiannya bertindak atas inisiatif mahu mencari kebenaran lalu menghubungi jururawat tersebut.




Difahamkan Ahli Parlimen Kangar itu mahu mendekati jururawat tersebut untuk menjadi saksi di INKUES Adib bagi tujuan mendapatkan kebenaran dan hak buat mangsa.

Bagaimanapun jururawat itu enggan atas alasan IJN sudah pun memberikan keterangan mereka berhubung kes tersebut.

Responnya di sosmed pun sudah dipadamkan. Namun tangkaplayar itu berterusan tular. Kami diberitahu jururawat itu juga terpaksa menutup akaun Facebooknya disebabkan hal ini.

Ini adalah disebabkan serangan dari tentera bawang yang seperti biasa merasakan mereka punya hak dan kuasa untuk menyerang sesiapa sahaja yang mereka anti, benci, marahkan di sosial media ini.

Berikutan dari penyebaran perbualan Ahli Parlimen Kangar dan jururawat itu, kumpulan yang menyokong Adib dilanggar beranggapan mereka dipihak yang benar.

Sekaligus meneruskan lagi pergaduhan diantara kumpulan #justiceforAdib dan kumpulan Siti Kasim (dianggap ketua tak rasmi yang sokong Adib dilanggar).

Loading...

Friday, 22 March 2025

(Video) Kanak-kanak Ini Menangis Sekuat Hati Apabila Melihat Selimut Kesayangannya Dibasuh. Kasihan...


Ada sesiapa yang mahu mengaku sekiranya masih memiliki bantal busuk yang sentiasa menjadi teman tidur sejak kecil? Ada yang tidak mampu melelapkan mata tanpa bantal busuk masing-masing sehingga mencuci bantal itu pun boleh menyebabkan anda berang kerana ianya akan menghilangkan aroma semerbak pada bantal kesayangan anda.

Menyedihkan, ibu ini memutuskan bahawa aspek kebersihan merupakan satu perkara yang penting namun tindakannya bakal membuatkan si anak 'tidak keruan'...


Pada September tahun lalu, seorang ibu yang berasal dari Korea Selatan telah memuat naik sebuah video memaparkan reaksi anak lelakinya apabila menyedari selimut kesayangannya itu sedang berada di dalam mesin pencuci pakaian!


Berdasarkan reaksi si anak, dapat dilihat betapa terkejutnya dia apabila mendapati selimut tersebut sedang berputar-putar di dalam mesin basuh. Kanak-kanak itu menangis sekuat hati sambil menunjukkan ke arah selimut berkenaan.

Si ibu terus mencapai telefonnya dan merakamkan peristiwa itu. Kasihan...


Sesiapa yang masih menyimpan bantal busuk pasti memahami keperitan dan perasaan 'dikhianati' oleh ibu sendiri yang perlu ditanggung oleh anak kecil ini.

Semoga kanak-kanak ini sudah melupakan kejadian itu dan mungkin bau bantalnya sudah kembali 'harum' seperti sediakala.


Sumber: yeji_0102/Instagram via era baru.

Antara komen netzen.

Syi Daniel Darwish: Ank sy dh 4thun x tkar2...Kedekut plak tu. Basuh sarung pn x keluar dh bintik2 itam tu...Geram ase nk tkar x bg...Kemana bw je bntal tu x tgl.

Aida Afrina: Mmng x boleh basuh agaknye.trus moody. same la dgn ank sy.walupn dh 16 thn x lekang dr bntal busuk. bngun tidur sblm tdur msti cium bntal busuk dulu.nak pg sekolah pn cium lg.mmng geli hati nengoknye.

Shikin Omar: Scara psychology, anak kecil ni bkn takut hilang bau, tp dia takut akan mcederakan barangan kesayangan dia...Tambah2 teddy bear, dia bimbang lemas dan mati...Dia anggap Ted’s ni bff dia...Cuba bljr blk psychology kanak2.

Synia: Ha3...mcm bantal busuk sy kna cuci...pelik mesin basuh hitam btul..ingatkn cuci kain lap...rupanya bntal busuk sy...huhu kecewa giler hilang bau n kaler jd cerah..#mymombasuh.

Yusnita Yusman: Anak saya basuh boleh je.. Tapi bila dia nampak bersih asikk cium2 je...Memang lah aroma wangi dia rasa hilang...Tapi dia tak nak tukar tu je dh 2thn 7bln coba bayangkan...Gambar corakpun dh hilang dh sering jahit sebab koyak.

Aisyah Sinaga: Supa ank akk ada kain busuk, bau dia ALLAH je yg tau, jijik pun ada akk tengok dgn hitam, bau, lembik semualah, akk ambik basuh buh Downy sampai ke loni sakit hati dgn momy dia hahhahahahha.

Noor Azah: sama anak saya...bantal kuar je dia amk x sempat kering..kadang saya sidai dia amk juga siap bawa kerusi panjat...tahla apa aura bantal tu..tp nak mcmana mama papa dia sendiri ada bantal busuk masing2.

Nurul Akmal Ismail: Adik sy klau bsuh bntal bsuk dia lg dia ska lg dua cium sbb dia ckp wangi…kalu busuk jer bantal tu dia sendri g cmpak dlm mesin…skrg drjah 5 msih ade lg bntal busuk dia dari umo 2 thn.

Loading...

Wednesday, 20 March 2025

(Video) 'MALAIKAT' Berjaya Dirakam CCTV.

Objek putih yang dirakam CCTV di halaman rumah Jasni. - Ihsan Dayang Noorazlina

KUCHING: "Saya menyimpan rakaman itu sejak kira-kira tiga tahun lalu kerana bimbang ada yang mempersendakan, tetapi selepas mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif dalam hal agama, kini saya sedia mendedahkannya kepada umum," kata Jasni Ali Seman.

Pesara guru berusia 60 tahun itu berkata demikian ketika mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya di Matang Jaya pada 2016.

Rakaman berdurasi 51 saat itu jelas memaparkan objek putih terbang di halaman rumahnya sebelum ia hilang.

Beliau berkata, sejak melihat rakaman itu, beliau bertemu dengan beberapa ustaz bertanyakan apakah sebenarnya objek itu.

"Kejadian itu dirakam selepas waktu subuh pada bulan Ramadan 2016 dan saya menyedarinya ketika meneliti rakaman CCTV yang saya lakukan setiap seminggu sekali," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jasni berkata, selepas itu beliau bertemu dengan beberapa ustaz dan mereka menjelaskan ia adalah malaikat.

"Ustaz menasihatkan saya, sebagai orang yang beriman, kita harus percaya kepada malaikat dan ada sebab ia menunjukkan dirinya dalam rakaman CCTV itu.

"Pada mulanya, saya tidak berhasrat untuk menghebahkan kejadian itu, tetapi kini saya bersedia untuk sekadar berkongsi dengan orang ramai apa yang berlaku ketika bulan Ramadan itu," katanya.

Beliau berkata, selepas rakaman itu, beliau kerap memeriksa CCTV di kediamannya itu.

"Bagaimanapun, sehingga kini tiada lagi objek serupa yang dirakamkan," katanya. - Berita Harian

Objek putih yang dirakam CCTV di halaman rumah Jasni. - Ihsan Dayang Noorazlina



Loading...

Monday, 18 March 2025

Kawan, Engkau Tahukah Milik Siapakah Kereta-kereta Ini?


Sudah 5 hari pemilik-pemilik kenderaan ini meninggalkan kenderaan masing-masing di parkir masjid ini. Dan mereka tidak akan kembali untuk mengambilnya semula…

Beginilah keadaannya hari ini sebagaimana hari Jumaat lepas, hari penuh DUK4 bagi umat Islam seluruh dunia.

Mereka sedang berbahagia di alam lain…

Semoga Allah menggantikan Mus1bah yang melukakan hati setiap Muslim ini dengan sesuatu yang lebih baik sebagaimana kisah Ummu Salamah yang masyhur…

Ummu Salamah ketika beliau ditimpa musibah kehilangan suaminya yang tercinta, hingga beliau merasa tiada yang mampu menggantikan tempat suaminya yang sangat istimewa itu.

Namun melalui doa yang diamalkan ini, Allah telah memberi pahala atas kesusahannya dan telah menggantikan kesusahan beliau itu dengan yang lebih baik.. iaitu Rasulullah SAW sendiri sebagai suami barunya.

Doa Ditimpa Musibah (Doa Ummu Salamah)

Dari Ummu Salamah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Tidaklah seorang muslim itu ditimpa suatu musibah, kemudian ia mengucapkan إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji’un [QS 2:156]

(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali) lalu ia berdoa..

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Allahumma’Jurni Fii Musibati, Wa Akhlifli Khairan Minha

(Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya)

Melainkan Allah SWT akan menggantikan baginya yang lebih baik daripadanya". (HR. Muslim)



Ya Allah, semoga engkau REDHA dan menerima mereka di sisimu sebagai golongan MUTTAQIN…

Loading...

Sambungan Video Tangkapan Jufazli Shi Pula Kini Tersebar.


Sambungan kepada video tangkapan Jufazli Shi Ahmad, pula kini tersebar.

Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang wanita yang dipercayai saudara kandung Jufazli memeluk erat tubuh Jufazli bagi menghalang beliau dari ditahan oleh pihak polis.

***Scroll ke bawah untuk tonton video.

Dalam video itu, dapat didengari percakapan pihak polis yang berkata ia cuma penahanan, dan Jufazli boleh mencabarnya di mahkamah manakala Jufazli berkeras tidak mahu memberikan kerjasama.

Berikut merupakan beberapa transkrip yang dapat didengari dari video terbabit:

"Anda boleh mencabar penahanan ini di mahkamah. Kami cuma mahu menahan anda.." - pihak polis.

"Tidak! Tidak. Saya mahu lawan sekarang. Saya tahu perlembagaan persekutuan. Saya tidak akan tunggu mahkamah" - Jufazli.

"Aku takkan lepaskan (Jufazli)! Allahuakbar!" - Wanita dipercayai saudara kandung Jufazli.

Pada 16 Mac lepas, Jufazli menyiarkan secara langsung 'drama' penahanan beliau melalui akan facebooknya. Dalam video tersebut, beliau mendakwa penahanan beliau itu adalah kerana Dr Mahathir takut dengan beliau.

Walau bagaimanapun, video tersebut terhenti sebaik sahaja pihak polis bertindak untuk menahan beliau setelah hampir satu jam tertangguh oleh kerana Jufazli enggan memberikan kerjasama dengan memberikan alasan tiada waran tangkap.

Sementara itu, DAP Sabah menafikan bahawa Jufazli Shi Ahmad merupakan ahli DAP, lapor Borneo Post. Menurut setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin, Jufazli sebelum ini memang ada memohon untuk menjadi ahli pada 2017, tetapi permohonan beliau tidak pernah diluluskan.

FMT melaporkan pada 2017 bahawa permohonan Jufazli untuk menyertai DAP sebagai ahli seumur hidup diserahkan kepada Lim Kit Siang.


Pada 9 November 2016, Jufazli pernah ditahan selama seminggu dan disiasat kerana memfitnah, menghasut dan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Penahanan beliau ketika itu turut dikritik oleh Syed Saddiq.


Walaubagaimanapun, penahanan Jufazli kelmarin tidak mendapat sebarang respon dari Syed Saddiq yang kini sudah menjadi menteri.

Pada PRU ke 14 lepas, Jufazli Shi Ahmad bertanding sebagai calon Bebas untuk Dun Tanjut Papat tetapi tewas, malah kehilangan deposit kerana cuma mendapat 533 undi.


Beliau popular di akaun facebooknya dengan melalui vlog yang kerap mengkritik dan menghina pemimpin politik negara.

Video terbabit:



Sumber

Monday, 4 February 2025

Pengguna Jalanraya Telupid-Sandakan Kecam Menteri Parti Warisan Kerana Janji Kosong Mahu Baiki Jalan!!!

Datuk Peter Anthony

Pengguna jalan raya yang menghubungkan laluan daerah Telupid ke Sandakan, di sini, hari ini mengecam Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony kerana dikatakan tidak mengotakan janji untuk memperbaiki jalan-jalan yang berlubang sebelum perayaan Tahun Baru Cina ini.

Peter sebelum ini berkata akan mengarahkan Pengarah JKR untuk menutup semua lubang-lubang sepanjang laluan Telupid-Sandakan ataupun memperbaiki kedudukan jalan raya tersebut supaya dapat digunakan sebelum perayaan Tahun Baru Cina.

Peter dikatakan telah membuat kenyataan tersebut ketika ditemui pengamal media selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baru 2019 dan Sambutan Hari Krismas KPI bersama Jabatan serta Agensi di Kota Kinabalu pada 18 Januari 2019 yang lalu.


Menurut pengguna jalan yang enggan nama mereka disiarkan, "Peter tidak sepatutnya membuat kenyataan berbentuk harapan kepada pengguna jalan raya tersebut, kerana setiap kenyataan Menteri adalah 'janji' kepada rakyat, jalan yang dimaksudkan oleh Peter untuk dibaiki masih berlubang dan masih belum dibaiki sehingga kini, Peter secara jelas telah membohongi rakyat".


Netizen turut berkongsikan pandangan mereka mengenai isu ini beserta gambar jalan yang menghubungkan Telupid ke Sandakan termasuklah Lahad Datu, sememangnya jalan tersebut masih dalam keadaan rosak teruk dan berlubang-lubang.




Hal ini menyebabkan sering berlakunya kemalangan dan banyak rim serta tayar kenderaan yang mengalami kerosakan teruk. Peter juga dikatakan oleh mereka lagi secara jelas telah berbohong untuk memperbaiki jalan tersebut sebelum Tahun Baru Cina.

"INILAH LEVEL MENTERI WARISAN YANG KERAP DILIHAT SEMACAM CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT," KATA MEREKA YANG MENGGUNAKAN JALAN RAYA TERSEBUT…

Berikut merupakan lontaran komen-komen para netizen dalam media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp berhubung perkara ini;







Kredit

Friday, 1 February 2025

Lelaki 75 Tahun Nikah Gadis 18 Tahun Di Indonesia.


PERBEZAAN umur 57 tahun bukan halangan buat seorang warga emas menikahi gadis berusia 18 tahun di Sinjai, Sulawesi Selatan.

Perkahwinan lelaki bernama Daeng Saing, 75, dan pasangannya, Tika pada Rabu menjadi perbualan di laman sosial.

Daeng yang berasal dari wilayah Gantarang, Sinjai Tengah dan Tika merupakan anak kelahiran Desa Bontokatute dikahwinkan dalam adat masyarakat Bugis.

Foto pernikahan pasangan tersebut kini tular di media sosial.

Berdasarkan laporan portal detiknews, warga emas itu melamar isterinya dengan menghadiahkan mas kahwin sebanyak Rupiah 25 juta (RM7,300) beserta sebidang kebun cengkeh.

Portal berkenaan turut melaporkan, pasangan pengantin itu tinggal berjiran.



Tika bersama ibu saudaranya di kampung yang sama dengan Daeng sejak kecil lagi sementara ibu kandungnya pula menetap di Sulawesi Tenggara.

Sepanjang majlis pernikahan berlangsung, Tika yang tidak tamat persekolahan dilaporkan lebih banyak berdiam diri.

Loading...

Wednesday, 26 December 2024

Kiub Inti Babi Knorr Dijual Di Malaysia?


Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kiub pati Knorr yang dijual menggunakan inti babi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui media sosial memaklumkan bahawa memang terdapat produk jenis kiub inti babi yang dijual namun ianya tidak dijual dan tidak dikilangkan di Malaysia.

JAKIM juga menjelaskan jenama Knorr yang dikilangkan oleh Unilever Foods (Malaysia) Sdn Bhd mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Asal-usul

Unilever ialah syarikat produk kepenggunaan trans-nasional British-Belanda yang beribu pejabat di London, United Kingdom dan Rotterdam, Belanda.

Unilever diasaskan pada 2 September 1929, oleh penggabungan pengeluar marjerin Belanda Margarine Unie dan pembuat sabun British Lever Brothers.

Ia adalah dua syarikat berdaftar yang terdiri daripada Unilever plc, yang berpusat di London dan Unilever N.V., yang berpusat di Rotterdam. Kedua-dua syarikat beroperasi sebagai perniagaan tunggal, dengan lembaga pengarah bersama.

Produknya termasuk makanan dan minuman (kira-kira 40 peratus daripada hasilnya), agen pembersih dan produk penjagaan diri.

Ia merupakan syarikat barangan pengguna terbesar di dunia yang diukur pada tahun 2012 dan syarikat ketujuh paling bernilai di Eropah.

Unilever ialah salah satu syarikat multinasional tertua yang produknya boleh didapati di sekitar 190 negara.

Knorr

Knorr merupakan jenama makanan dan minuman Jerman yang dimiliki oleh syarikat Belanda-British Unilever sejak tahun 2000, apabila Unilever mengambil-alih Best Foods, tidak termasuk Jepun.

Ia menghasilkan sup dehidrasi dan campuran makanan, perasa dan kiub rebusan. Ia dikenali sebagai Royco di Indonesia serta Belanda dan sebagai Continental di Australia.

Di seluruh dunia

Pada tahun 1957, jenama Knorr seperti air daging dan sup, telah dijual di lapan negara dan pada tahun 2000, produk Knorr telah dijual di hampir 90 negara di seluruh dunia.

Di Jepun, Knorr dimiliki oleh Ajinomoto.

Knorr Di Malaysia

Di Malaysia, kisah Unilever bermula pada tahun 1947 dengan pembukaan kilang membuat sabun dan marjerin oleh Lever Brothers di Bangsar.

Berharga RM12 juta, ia merupakan kilang terbesar di negara ini, dengan mesin yang boleh membalut 124 bar sabun satu minit!

Sumber: 1 | 2 | 3 | 4

Saturday, 22 December 2024

(Video) Gara-gara Bertindak Biadap, Penunggang Basikal Kena Rempuh Lori.


Tindakan biadap penunggang basikal menerima padah apabila dia dirempuh sebuah lori dari arah belakang. Video rakaman kejadian itu tural (viral) di media sosial.

Dalam rakaman video yang tersebar itu, salah seorang dari dua penunggang basikal dilihat menunjukkan aksi biadap menghalang perjalanan sebuah lori yang bergerak laju dari arah belakangnya sebelum tiba di sebuah persimpangan (traffic light).


Selepas kembali memulakan perjalanan (lampu isyarat bertukar hijau) entah apa yang tak kena, penunggang basikal tersebut masih terus menghalang lori berkenaan daripada memotong.

Lebih biadap lagi, penunggang basikal itu kemudiannya dilihat menoleh ke belakang, ke arah lori sebelum bertindak melempar objek dipercayai botol air ke arah cermin bahagian kiri lori berkenaan.

Pemandu lori yang tentu sekali berang dengan perbuatan biadap itu, bertindak melajukan kenderaan dan merempuh penunggang basikal tersebut. Kejadian dipercayai berlaku di negara jiran Singapura.

Sila klik video di bawah untuk menonton.



Kredit

Sunday, 2 December 2024

Siti Kasim Akhirnya Tewas.


Angin perubahan nampaknya bakal dirasai dalam Majlis Peguam apabila calon-calon yang jelas berpendirian mempertahankan Perlembagaan Persekutuan telah memenangi pemilihan jawatankuasa baharu pertubuhan itu.

Kemenangan tersebut dimaklumkan oleh aktivis Concerned Lawyers For Justice, Aidil Khalid dalam akaun Facebook awal pagi ini.

Aidil memberitahu, calon-calon yang menang itu juga merupakan dalam kalangan mereka yang menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

"Calon-calon yang jelas pendirian mereka untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menolak ICERD seperti Lukman Sheriff, Yusfarizal Yusof dan rakan-rakan telah menang dan terpilih.

"Calon-calon yang menyokong ICERD seperti Siti Kasim dan kumpulannya telah disapu keluar," kata beliau.

Menurut Aidil, daripada 10 calon yang disarankan selamat untuk diundi sebelum ini, lapan daripadanya telah terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Majlis Peguam.

"Ini sekali gus menunjukkan bahawa jika kita bersatu-padu, dan memainkan peranan masing-masing untuk terlibat dalam proses mengundi, kita sebenarnya boleh mengambil alih Majlis Peguam supaya dapat dikembalikan kepada jalan yang lurus dengan matlamat asalnya yang suci," tegas beliau.

Loading...

Tuesday, 20 November 2024

(Video) Edi Rejang Akhirnya Memohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia Dan Promoter Perempuan Tersebut Selepas Dibuang Kerja.


"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya yang dikenali sebagai Edi Rejang ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut.

"Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal atas tindakan saya terhadap promoter tersebut. Saya berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi oleh mana-mana pihak, memandangkan saya telah bertemu dengan YB Lim Lip Eng, Ahli Parlimen DAP dan telah membuat permohonan maaf terhadap pihaknya.

"YB Lim juga mengatakan akan membuat satu perjumpaan dengan promoter perempuan tersebut secepat mungkin. Sekian terima kasih," demikian kata Edi Rejang dalam video permohonan maafnya.

Edi juga kesal dengan tindakannya itu berkata, insiden itu tidak berkaitan dengan motif politik.

Menurut sumber, Edi yang telah bekerja dengan sebuah syarikat selama 10 tahun telah diberhentikan kerja serta-merta berikutan viral video tersebut. Keadaan itu menyebabkan Edi hilang sumber pendapatan keluarga, ditambah pula dengan isterinya yang tidak bekerja.

Difahamkan, anaknya yang bersekolah di SJKC juga mungkin berdepan dengan risiko yang sama berikutan tindakan Edi itu.



"Saya tak berapa rapat, tapi kenal. Setiap hari saya nampak dia hantar anak ke sekolah. Anak dia sekolah di sekolah cina. Edi mungkin tidak berpendidikan tetapi dia tak lupa beri pendidikan terbaik pada anak-anak.

"Saya bukan nak sokong Edi, tapi hari ini Edi jumpa saya menangis teresak-esak. Syarikat yang dia kerja selama sepuluh tahun, buang dia serta-merta. Isteri tak kerja, Edi ada anak-anak yang perlu ditanggung.

"Edi mungkin bodoh tetapi macam mana nasib anak dan isteri? Edi hanya maki seorang tetapi Edi dan keluarga dimaki bertubi-tubi oleh ribuan masyarakat. Wajah dia terpampang di pelbagai media. Ini harga yang patut dia terima hasil kebodohan dia.

"Saya berani jamin, tindakan Edi bukanlah mempunyai sebarang motif politik. Hanya kebodohan melulu beliau. Saya cuma buat kebaikan, fikirkan nasib keluarga Edi. Saya tak mahu bela perkara dan kebodohan Edi. Saya hanya mahu pastikan kebodohan beliau tidak diwarisi.

"Pendidikan amat penting. Edi hilang pekerjaan. Anak beliau mungkin didesak berhenti sekolah dan tindakan lain," kata @Fiqsunny di Twitter.



Sumber

Monday, 1 October 2024

Kota Palu Sulawesi. Sasaran Gempa Bumi Dan Tsunami Merupakan Sarang Utama LGBT.


Baru-baru ini Indonesia sekali lagi ditimpa bala dan bencana yang meragut ribuan penduduk. Namun disaat-saat bencana tersebut akhirnya baru tahu rupanya bandar tersebut dihuni oleh puak-puak LBGT.

Boleh saksikan video tentang berita itu yang bertarikh 6 March 2018. 5 bulan selepas berita itu Allah turunkan bala di Kota Palu. Mohon ampun pada Allah. Mohon dijauhkan bala seumpamanya di bumi Malaysia ini. Ayuh, kita tentang LGBT hingga ke akar umbi!!!!







Video dibawah membongkarkan segala-galanya.


Loading...

Thursday, 20 September 2024

Penyanyi Terkenal Saleem Koma Terlibat Dalam Kemalangan.

Foto Instagram

PENYANYI terkenal Saleem terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Menurut isterinya, Julia Bachok ketika dihubungi mStar Online, kejadian berlaku berdekatan rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras, ketika vokalis kumpulan Iklim itu keluar membeli barang.

"Ketika kejadian saya tidak berada di rumah kerana sedang membeli baju untuknya pakai di majlis bertemu peminat sebelah malam di Shah Alam.

"Dia ada beritahu hendak keluar sebentar beli barang dan tidak sangka pula Saleem kemalangan.

"Panik saya dibuatnya apabila ada orang beritahu suami kemalangan dan segera saya bergegas ke hospital Kajang," katanya.

Julia berkata demikian sebagai mengesahkan khabar angin mengatakan Saleem kemalangan jalan raya di laman sosial.

Menerusi status yang tersebar itu, Saleem dikatakan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang selain berada dalam keadaan koma.


Maklumat tersebar itu mendakwa impak kemalangan berkenaan menyebabkan tulang rusuk penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu tersusuk ke bahagian paru-parunya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan sebenar Saleem, Julia berkata, suaminya berada dalam keadaan stabil namun dia enggan mengulas lanjut mengenainya.

Bagaimanapun kata Julia, pihaknya sedang dalam proses memindahkan Saleem ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang keadaan Saleem stabil. Tentang apa yang ditularkan mengenai keadaan suami, saya enggan mengulas.

"Bukan saya tidak mahu beritahu tapi tidak mahu kalau cerita orang ingat saya ingin minta simpati tetapi Saleem stabil dan tidaklah seteruk yang diberitahu.

"Pinta saya agar semua peminat mendoakan agar Saleem segera sembuh dan apa yang berlaku ini adalah ujian Allah," katanya. - Sinar Online