Saturday 25 March 2017

Ikan Kerapu Gergasi 150 Kilogram Berharga RM7,500!

Tags



Suasana di Pasar Besar, Lebuh Cecil, Georgetown, menjadi kecoh apabila nelayan berjaya membawa pulang tangkapan besar iaitu seekor ikan kerabu gergasi seberat 150 kilogram.


Percaya ikan gergasi itu bakal memberi keuntungan padanya, seorang pemilik restoran sanggup membida ikan sepanjang 1.8 meter itu dengan harga RM7,500.

Pemilik restoran berkenaan, Chew Kean Ghee, 45, membeli ikan gergasi itu daripada nelayan di Pulau Kendi, yang menjual secara tender kepada sesiapa yang berminat.

Menurutnya, dia gembira memiliki ikan kerapu tersebut dan percaya ianya boleh menarik ramai pelanggan yang mahu menikmati ikan segar.

“Ikan kerapu ini akan digoreng atau dibuat sambal, sup dan sebagainya sebelum dijual pada harga serendah RM17 ke atas mengikut tempahan pelanggan sama ada secara individu atau kumpulan,” katanya.

Ini bukan kali pertama Chew membeli ikan gergasi kerana pada tahun 2012 dia pernah membeli ikan kerapu seberat 168 kilogram dengan harga RM7,560 yang ditangkap di perairan Teluk Bahang.

Dia menjalankan perniagaan makanan itu sejak 25 tahun lalu.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon