Wednesday 29 March 2017

Jika Anda Terbeli Atau Memiliki Selipar Jenama BATA Tertulis Kalimah Nama Allah...'Ya Hayyun Ya Qayyum'...Sila Serahkannya Kepada KDN Untuk Pelupusan.

Tags



Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran (LPPPTQ) mengesahkan bahawa laporan mengatakan selipar yang mempunyai corak tertulis kalimah nama Allah iaitu Ya Hayyun Ya Qayyum adalah benar.


Pengerusi LPPPTQ Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, selepas meneliti selipar berkenaan, pihaknya mendapati bahawa memang benar tertulis kalimah Ya Hayyun Ya Qayyum iaitu kalimah suci daripada Asma’ al-Husna.

“Sehubungan itu, rampasan dibuat dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986.

“Justeru, LPPPTQ menasihati orang ramai yang membeli selipar itu supaya menyerahkan kepada KDN atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk pelupusan,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Sementara itu, Harussani berkata, tiada corak menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut keluaran Bata seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Beliau berkata, pengesahan itu dibuat hasil semakan dan penelitian yang dibuat Ahli Lajnah Tasheh al-Quran.

"Justeru, kami merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia beragama Islam yang terlebih dulu merujuk perkara ini kepada kami," katanya.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon