Monday 20 March 2017

Kami Yang Masih Hidup Terpaksa ‘DIMATIKAN’...Gara-gara Perbuatan Penyanyi HATTAN Yang Kaki Keletong.

Tags



“Kami merayu kepada abang (Datuk Hattan) supaya tampil membantu kami, tolong bertanggungjawab kerana abang yang membuat hidup kami menderita,” rayu Noor Maszura Abu Bakar, 35, yang mendakwa menanggung hutang hampir RM1 juta selain diisytiharkan muflis akibat diperdaya penyanyi terkenal, Hattan sejak 14 tahun lalu selepas nama mereka digunakan sebagai pengarah sebuah syarikat.


Noor Maszura dan suaminya yang juga bekas penyanyi kumpulan Baji, Abang Yusof Abang Daud, 44, kini berdepan pelbagai masalah selepas diisytiharkan muflis termasuk sukar membuka akaun bank untuk tiga anaknya.

“Anak saya perlu membuka akaun bank untuk persekolahan, saya terpaksa menggunakan nama adik dan pihak bank mahu adik mengemukakan sijil kematian ibu bapa terlebih dulu.

“Bayangkan kami sebagai ibu bapa yang demi meneruskan kehidupan dan persekolahan anak-anak. Saya tidak tahu lagi nak buat macam mana. Hidup kami memang susah kerana masalah ini. Apa yang kami harapkan, abang Hattan tampil untuk sama-sama selesaikan masalah ini, itu saja dan bukannya kami mahukan duit dia,” kata Noor Maszura semalam.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon