Wednesday 22 March 2017

Mawar Rashid Harap Doa Peminat Mampu Buka Pintu Hatinya Untuk Berhijab.

Tags



Ramai yang memuji betapa manisnya pelakon Mawar Rashid berhijab menerusi drama Suamiku Paling Sweet. Mengakui dirinya selesa mengenakan hijab, Mawar bagaimanapun masih belum bersedia untuk menutup aurat sepenuhnya.


Namun, Mawar berharap doa peminatnya mampu untuk memberikan beliau hidayah dan sekaligus membuka pintu hatinya untuk berhijab satu hari nanti.

Saya gembira watak bertudung dan saya selesa dengan watak itu. Dengan bertudung saya mudah menjiwai watak, bersopan dan kelihatan manis. Itu keistimewaan dalam drama ini, tiada babak bersentuhan. Dengan tiada babak bersentuhan, orang tengok pun sejuk hati saja.


Setiap wanita mesti ada keinginan untuk bertudung, cuma masa tidak tahu bila. Saya berharap hati saya terbuka dan ada yang mendoakan Mawar untuk berhijab, jadi wanita menutup aurat. Buat masa ini saya gembira dengan diri saya. Saya cuma mengikut rentak dan gerak hati sendiri.

Hidayah datang dalam pelbagai cara, janganlah kita mengkritik Mawar tetapi sebaliknya terus mendoakan yang terbaik buat beliau. InshaAllah, akan tiba masanya Mawar untuk menutup aurat sepenuhnya dari kerelaan hatinya sendiri.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon