Wednesday 22 March 2017

Nike Ardilla Telah Pergi Secara Tragis 22 Tahun Lalu...Namun Dia Masih Segar Berlegar Disisi Peminatnya...



Ahad lalu genaplah 22 tahun pemergian Nike Ardilla. Lebih dua dekad meninggalkan kita sesuatu yang aneh kian jauh Nike Ardilla pergi, kian membuak-buak peminat fanatik beliau dan lebih menghairankan Gen Y, malah Gen Z kelak Gen A yang lahir selepas kematian Nike Ardilla pada 19 Mac 1995, turut mengagumi beliau, diva rock ballad Indonesia yang tiada tolok bandingnya.


Majoriti berasakan seolah-olah ‘mbak Nike’ mereka itu masih berlegar di sisi menghangatkan persada seni. Ini jelas sesuatu yang payah terjadi pada artis, selebriti atau tokoh kenamaan lain yang menghadap ilahi, setiap kali tiba tarikh kematian mereka, orang ramai mengingati detik itu, tetapi berbeza dengan Nike Ardilla atau nama sebenarnya Raden Rara Nike Ratnadilla ini.

Saban tahun, asal tiba 19 Mac peminat beliau dari merata pelosok Indonesia, malah Malaysia pun ada serta artis di republik itu sendiri akan berpusu-pusu menziarahi kediaman dan pusara Nike Ardilla. Jarak di antara kedua-dua lokasi itu bukanlah dekat, malah memakan masa berjam-jam perjalanan tetapi itu semua tidak dihiraukan peminat demi kasih mereka pada Nike Ardilla.





Saje edit ala2 vintage sebab foto ni ada tokoh wartawan tersohor yg pernah bertemu dan bekerjasama dgn Nike Ardilla semasa kedatangannya ke Kuala Lumpur iaitu Tuan @adamsalleh65. 
-
Kali pertama interview Nike Ardilla pada tahun 1991 di Federal Hotel di Bukit Bintang. Ketika itu Nike Ardilla di bawah naungan Polygram Record dan beberapa bulan sebelum Nike Ardilla meninggal, Tuan Adam berkesempatan lagi interview alm di Grand Continental Hotel, Jalan Raja Laut. Terakhir tugas bersama Nike Ardilla ketika alm di bawah naungan BMG Record yang diuruskan oleh seorang PR bernama Lisa. 
-
Terima kasih atas kesudian tuan untuk sertai kami ke ziarah mengenang 22 tahun alm Nike Ardilla di Bandung nanti. Semoga perancangan kita dipermudahkan oleh Allah swt aamiin. "Kak Nike, ingat tak posting kita sblm ni yg kak Nike pakai baju kurung tu? Hihi..

Bayangkan dari Jakarta ke kediamaan di Muzium Nike Ardilla di Jalan Aria Utama, Komp Aria Graha Soekarno Hatta di Bandung mengambil masa dua hingga tiga jam (bergantung kesesakan lalu lintas) dan dari Bandung ke pusara Nike Ardilla di Jl Imbanegara, Desa Cidudu di Ciamis, Jawa Barat, mengambil masa tiga hingga empat jam perjalanan.

Jika nasib tidak baik dari Bandung ke pusara Nike Ardilla mengambil masa lebih lima jam dan inilah yang penulis hadapi Ahad lalu, sebaik selesai tahlil, ziarah dan suai mesra memperingati 22 tahun pemergian Nike Ardilla, kami bertolak dari sana jam 6 petang dan tiba di hotel di Bandung hampir jam 2 pagi. Ratusan peminat menaiki bas dari Jakarta kembali ke kota tiba keesokan paginya bererti lebih 17 jam perjalanan semuanya gara-gara ‘macet’ dek banjir. ‘Kematu punkuq’ tidak dipedulikan kerana bagi mereka semuanya demi Nike Ardilla.

Penghormatan diberi peminat Indonesia terhadap penghibur pujaan mereka fenomena luar biasa. Tidak berlaku lagi di kalangan artis sudah 22 tahun pergi, pusaranya masih diziarahi. Penulis sempat berborak dengan beberapa peminat Nike Ardilla, ada yang datang dari Kalimantan, Aceh dan merata ceruk nun jauh di pedalaman Indonesia bahkan ramai juga yang sanggup bermalam di dalam bas sebaik tiba di Bandung, sebelum berangkat ke Ciamis keesokannya. Bersesak tidur di pekarangan Muzium Nike Ardilla pun ada tetapi semuanya tidak menjadi hal.

Nama Nike Ardilla itu ternyata mengikat mereka dalam silaturahim murni bak keluarga besar. Malah Fan Page diwujudkan untuk Nike Ardilla pula bukan saja di Indonesia, di Malaysia pun ada. Melihat ketulusan peminat Nike Ardilla itu, terkesan penulis bagaimana tanggal 22 Februari lalu genaplah 25 tahun pemergian penghibur terkenal kita, Sudirman Haji Arshad.

Populariti Sudirman selepas menjuarai Penghibur No 1 Asia di Royal Albert Hall London pada 19 Mac 1989 tidak kurang hebatnya, tetapi malangnya 22 Februari lalu, Sudirman sepi daripada publisiti. Alangkah baik sekiranya ada persatuan artis kita tampil menganjurkan tahlil atau ziarah ke pusara beliau di Temerloh bagi mengenang 25 tahun kematian Sudirman.

Jauh berbeza dengan Nike Ardilla, usahkan peminat, rakan artis seperti Inka Christie, madame Rockers serta Charliy Setia Band sanggup ke Bandung dan menghiburkan peminat Nike Ardilla secara percuma.

Ramai di kalangan mereka berkongsi emosi di media sosial, sebagaimana komposer Melly Goeslow menilai sahabat baiknya itu mempunyai budi pekerti tinggi dengan mencatatkan, “Kamu (Nike Ardilla) tidak pernah merasa besar, tidak pernah merasa tinggi. Rendah hatimu membuatmu sampai kapanpun (bila-bila) tak pernah kehilangan cinta kasih dari semua yang mengenalmu secara langsung maupun tak langsung. Memang kamu terlalu baik untuk hidup di dunia yang keras ini. Saya rasa Allah mengambilnya untuk ditempatkan di tempat yang sesuai dengan kebaikan hatinya. “22nd passed away, you always in my heart.’ Kelak kita ketemu lagi ya, bicara sepanjang malam lagi seperti dulu.”

Di sisi lain, penulis kagum dengan usaha dua ‘tulang belakang’ Nike Ardilla Fan Club Malaysia-NAFC (nikeardilla_malaysiaofficial) iaitu guru sekolah, Nor Fadhilah Ramli dan suri rumah, Jannah Marlina Abdullah sanggup meninggalkan keluarga bagi menghadiri majlis bersejarah Nike Ardilla itu. Mereka dibantu teman di Bandung iaitu Adi Farman dan Charlie.

Penulis terjebak sama secara kebetulan ternampak gambar Nike Ardilla berbaju kurung di Instagram, seterusnya membuat ‘status’ baju kurung sutera Korea dipakai Nike Ardilla itu milik ibu penulis, seniwati Raja Hamidah Raja Saat pada November 1994.

Bertali arus mereka menghubungi penulis mengajak ke Bandung bersama. Kekangan waktu sukar memenuhi permintaan NAFC selain memikirkan kos tetapi sebagai orang surat khabar, malu besar penulis sekiranya bersikap ‘tahi hidung masin’ sedangkan guru sekolah dan suri rumah itu serta ratusan peminat bukan wartawan pun sanggup labur wang sendiri demi Nike Ardilla.

Peluang menghadiri tahlil Nike Ardilla itu memberi kesempatan penulis bersua kembali ibu Nining Ningsihrat. Jarak masa terlalu jauh menyukarkan ibu Nike Ardilla itu mengingatkan kembali detik pertama kali penulis menemurah Nike Ardilla di Hotel Federal pada 1991 dan kali terakhir di Holiday Inn City Centre pada November 1994 iaitu empat bulan sebelum kematian beliau.

Sebagai cenderahati penulis hadiahkan dua keping gambar peribadi dan agak menyentuh emosi sebaik menatap gambar kami berdua itu, ibu Nike Ardilla merenung lama gambar puteri tunggal kesayanganya itu. Renungannya itu jelas menggambarkan betapa meruntunnya kalbu seorang ibu pada anaknya yang sudah tiada, namun namanya tetap bersinar sampai bila-bila.

Mari kita kongsikan supaya ramai yang tau bertapa terkenalnya dia...

Penulis Pengarang
Rencana Metro Ahad

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon