Thursday 23 March 2017

(PANAS!) Adi Putra Sahkan Sudah Tidak Bersama Dengan Kedua-dua Isterinya.

Tags



Selepas isu tentang penceraian beliau bersama isteri pertama Aida Yusof menjadi perhatian sejak daripada minggu lepas lagi, kini pelakon Adi Putra menerusi akaun Instagramnya telah mengumumkan sesuatu yang agak megejutkan kami dan peminatnya.


Menurut kapsyen yang dimuat naik oleh Adi, beliau memberitahu sudah tidak bersama bukan sahaja bersama Aida tetapi isteri keduanya, Norshahida. Adi bagaimanapun enggan mengulas lagi sebarang pertanyaan pihak media dan berharap tiada juga pihak yang mengganggu Aida serta Norshahida.



Adi dan Aida mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 tetapi mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia lima tahun. Adi kemudian berkahwin dengan, Norshahida Dzolkifly yang merupakan janda anak satu pada 20 Jun 2016.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon