Sunday 26 March 2017

(TAHNIAH) Nedim Nazri Dan Nora Danish Nikah 30 Mac Ini.

Tags



Beberapa kali memberitahu beliau mahu menamatkan zaman janda pada tahun ini, Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya bakal bergelar suami dan isteri pada 30 Mac ini selepas beberapa tahun menyulam cinta.


Difahamkan majlis pernikahan mereka akan diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak dengan memilih tema tradisional untuk majlis tersebut.

Buat masa ini Nora enggan mengeluarkan sebarang kenyataan dan akan menjawab segala pertanyaan selepas majlis pernikahannya berlangsung.

Selepas majlis itu selesai, saya akan kongsi semuanya. Tapi majlis ini adalah untuk ahli keluarga dan rakan sahaja.
Tahniah kami ucapkan kepada Nora dan Nedim, akhirnya pasangan sensasi ini bakal ke jinjang pelamin. Semoga segala perancangan mereka berjalan dengan lancar.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon