Wednesday 5 April 2017

Atheis: Siapa Yang Menciptakan Allah? Inilah Jawapan Pemuda Yang Membuat Anda Semakin Cinta Islam. Ayuh Bantu Kongsikan!!!



Allah SWT merupakan Tuhan semesta alam, Dia-lah yang menciptakan alam semesta ini beserta makhluk-makhluk di dalamnya. Semua makhluk yang diciptakan Allah wajib tunduk kepada perintah-perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Sekadar gambar hiasan

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang sempurna kerana diberikan akal sihat untuk berfikir, namun akal atau pengetahuan yang diberikan oleh Allah kepada manusia sangatlah sedikit. Sehingga kita tidak perlu memikirkan hal-hal yang sangat jauh daripada kemampuan akal kita seperti menanyakan hal-hal yang sangat mustahil untuk diketahui oleh kemampuan akal manusia contohnya menanyakan 'Siapa yang menciptakan Allah?, bagaimana rupa atau wujud Allah?' dan lain sebagainya kerana hal itu sangatlah mustahil untuk dicapai oleh akal manusia. 

Atheis: Siapa Yang Menciptakan Allah? Inilah Jawapan Pemuda Yang Membuat Anda Semakin Cinta Pada Islam.

Seperti kisah berikut ini yang mengisahkan seorang ateis (orang yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan). Pada suatu hari ada seorang ateis yang memasuki sebuah masjid. Kemudian dia mengajukan tiga buah soalan tapi dengan syarat perlu dijawab menggunakan akal, ertinya soalan yang dia ajukan tidak boleh dijawab dengan dalil.

Kerana orang non islam memang selalu mengukur segala-galanya itu menggunakan akal atau bukti-bukti ilmiah dan mereka beranggapan bahawa dalil-dalil hanya dipercayai oleh pengikutnya sahaja sedangkan dia seorang yang tidak percaya dengan Tuhan, oleh kerana itu dia memberikan syarat agar pertanyaannya tidak boleh dijawab menggunakan dalil.

Kemudian dia mencabar orang-orang yang ada di masjid itu untuk menjawab soalan-soalannya iaitu:

1. Siapa yang menciptakan Allah? Bukankah semua yang ada di dunia ada kerana ada penciptanya? Bagaimana mungkin Allah ada jika tidak ada penciptanya?

2. Bagaimana caranya manusia boleh makan dan minum tanpa buang air? Bukankah itu janji Allah di Syurga?

3. Ini soalan terakhir, kalau Iblis itu terbuat dari api, lalu bagaimana boleh Allah menyeksanya di dalam neraka? Bukankah neraka juga daripada api?

Mendengar soalan dari si ateis tersebut, tak ada seorang jamaah mampu menjawab soalan tersebut kecuali salah seorang pemuda, dia kemudian menjawab 3 soalan ateis itu satu persatu. Dan beginilah jawapannya:

Jawapan untuk soalan pertama:

Pemuda: "Apakah engkau tahu, dari angka berapakah angka 1 itu berasal? Sebagaimana angka 2 adalah hasil dari 1 + 1 atau 4 yang berasal dari 2 + 2?". Ateis tersebut hanya diam tanpa memberikan jawapan, lalu pemuda itu melanjutkan, "Jika kamu tahu bahawa 1 itu adalah bilangan tunggal, dia boleh mencipta angka lain, tapi dia tidak tercipta dari angka apapun, lalu apa yang membuatmu sukar untuk memahami bahawa Allah itu Dzat Maha Tunggal yangg Maha mencipta tapi tidak boleh dicipta? "

Jawapan untuk soalan kedua:

Pemuda tersebut berkata: "Saya ingin bertanya kepadamu, apakah kita ketika di dalam perut ibu kita semua makan? Apakah kita juga minum? Kalau memang kita makan dan minum, lalu bagaimana kita buang air ketika dalam perut ibu kita dulu? Jika engkau dulu percaya bahawa kita dulu makan dan minum di perut ibu kita dan kita tidak buang air di dalamnya, lalu apa yang membuatmu sukar untuk percaya bahawa di Syurga kelak kita akan makan dan minum juga tanpa buang air?"

Jawapan untuk soalan ketiga:

Ketika menjawab soalan ketiga, pemuda tersebut tiba-tiba menampar ateis tersebut dengan sangat keras, ateis tersebut pun merasa kesakitan dan marah-marah kepada pemuda tersebut.

Lalu pemuda tersebut berkata: "Tangan ini terlapisi kulit, tangan ini dari tanah, dan pipi-mu juga diperbuat daripada kulit dari tanah juga, lalu jika kedua-duanya dari kulit dan tanah, bagaimana boleh engkau merasa kesakitan ketika saya menamparmu? Bukankah keduanya juga tercipta dari bahan yang sama, sebagaimana Iblis (syaitan) dan api neraka? " Ateis tersebut hanya terdiam dan tertunduk tanpa boleh membantah apa-apa.

Kisah ini mengajarkan kepada kita semua bahawa tidak semua soalan yang terkesan mencela dan merendahkan Islam harus dihadapi dengan kekerasan. Oleh itu, kita harus menghadapi hal-hal seperti itu dengan ilmu, seperti pemuda tadi yang dengan bijak mampu menjawab soalan-soalan yang mungkin bagi kita soalan tersebut sangatlah sukar untuk dijawab.

Itulah salah satu contoh pemuda Islam yang mempunyai budi pekerti yang tinggi dan mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Lalu siapakah pemuda yang menjawab soalan tadi? Ada yang mengatakan bahawa beliau adalah Imam Abu Hanifah Rahimahullahu ketika beliau masih muda. Semoga kisah ini dapat bermanfaat untuk kita semua, aamiin. 

BACA INI JUGA:

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon