Tuesday 4 April 2017

Isu Persenda PM: Najip Ali Diberi Tempoh Sehingga Jumaat Ini Untuk Mohon Maaf.

Tags



Selebriti Singapura dan juga juri tetap bagi program Maharaja Lawak Mega 2017 ( MLM 2017), Najip Ali harus memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia gara-gara mempersendakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi sebuah rancangan popular Singapura, OK Chope!


Zed Zaidi yang merupakan Presiden Persatuan SENIMAN Malaysia berkata pihaknya memberikan tempoh sehingga hari Jumaat ini untuk Najip Ali membuat permohonan maaf dan akan membuat laporan polis jika Najip Ali gagal untuk berbuat demikian.

(Jika Najip enggan memohon maaf) Kami juga cadangkan supaya Najip disekat daripada membuat penampilan dalam rancangan televisyen Malaysia.

Dalam rancangan itu yang diterbitkan oleh Mediacorp 5 milik Temasek Holdings, peserta diminta melengkapkan ayat: "Najib slams...or threatening Malaysia's progress". Para peserta program itu termasuk Najip Ali, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon