Sunday 28 May 2017

Anak Muda Dusun Harus Terus Bangkit Berperang.




Pada zaman dulu, Sangod nenek moyang kita adalah "orang", pada zaman moden ini, musuh kita kini menjelma dalam pelbagai bentuk. 10 jenis Sangod yang harus kita perangi:

1. Basug : Bodoh 
  • Jahil, mudah dibeli, mudah dikontrol dan mudah dimanfaatkan.
2. Gobulan : Pemalas
  • Suka menunda-nunda hal yg dapat ia selesaikan hari itu, sehingga segalanya tergendala tanpa progress yang positif.
3. Mulau : Gil4 
  • Gil4 yang dimaksudkan di sini bukanlah gila secara mental, tapi gila kerana suka memprioritikan hal-hal yg bukan utama dlm hidup, misalnya mengutamakan wang dan kuasa melebihi keluarga dan bangsa.
4. Oniba : Pendek 
  • Pendek di sini adalah pendek pemikiran, tidak memiliki wawasan dan tidak berfikiran jauh. Segala cita-cita dan visi-misinya hanya demi kemenangan dan kesenangan jangka pendek.
5. Bosukon : Tuli 
  • Tuli di sini adalah sikap individualis, menutup diri dan tidak mahu peduli dengan kesusahan orang lain.
6. Tamaha : Tamak 
  • Tamak dalam segala hal, sehingga suka berkira dalam semua hal.
7. Hompit : Penyibuk
  • Orang boleh dikatakan penyibuk bila mulai mencampuri urusan orang lain yg bersifat privacy.
8. Lilimut : Fitnah
  • Suka menyebarkan kata-kata yang tidak benar.
9. Guntogod : Pemarah 
  • Kurang cekap dalam mengontrol emosi; sikap ini hanya mendatangkan kebencian dan permusuhan.
10. Guntalou : Penakut
  • Takut utk mengambil risiko, kerana takut gagal, padahal kegagalan adalah guru terbaik manusia.
Oleh Aki Rumantai

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon