Friday 26 May 2017

Semoga Tuhan Yesus Memberkati Seluruh Umat Kristian - Abdul Adieka Amirul.

Tags




Islam di Malaysia perlu direformasikan agar sesuai dengan kehendak masa kini dan semoga ‘Tuhan Yesus’ memberkati Sivin Kit dan seluruh umat Kristian di seluruh dunia, luahan hati Abdul Adieka Amirul, salah seorang peserta yang telah menyertai program-program anjuran Komuniti Muslim Universal (KMU) dan Sisters in Islam (SIS) baru-baru ini. Dalam program itu, Abdul Adieka Amirul pada awalnya berasa janggal untuk beramah mesra dengan Jemaah Ahmaddiyyah Muslim Malaysia yang telah difatwakan sesat di seluruh negara, 

Namun beliau mengubah fikirannya setelah terharu melihat betapa para penganut ajaran yang difatwakan sesat tersebut beristiqamah dalam berakhlak berpandukan kalam imam agung mereka, Mirza Ghulam Ahmad. 

“Saya tidak langsung melihat akan perbezaan antara mereka dengan Ahli Sunnah, malah ketika itu, saya berkesempatan untuk menunaikan solat Zohor saya pada hari itu dengan berimamkan seorang Ahmadiyyah.Tiada sebarang perbezaan pun antara solat mereka dan solat seorang Sunni. Jika saya mengajukan masalah ini kepada ulama Sunni, tentu mereka akan mengatakan yang solat saya tidak sah pada ketika itu, kerana berimamkan seorang kafir," dedah beliau.

"Namun, itu realitinya. Saya telah ditakdirkan hidup pada zaman di mana manusia mengambil alih kerja Tuhan iaitu menghakimi manusia, sedang yang akan menentukan seseorang itu sama ada ke syurga atau neraka adalah urusan sang Khaliq, bukan urusan para makhlukNya,” katanya lagi. 

Beliau juga berikrar, “Saya berjanji, bahawa saya akan berusaha untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap golongan Ahmadiyyah.” Pelajar dalam bidang perundangan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu juga seolah-olah tidak keberatan untuk menyeru sembahan-sembahan penganut agama Kristian dalam doanya supaya memberkati penganut-penganut agama Kristian di seluruh dunia, terutamanya Sivin Kit, tokoh gereja yang dilawati oleh beliau di dalam program tersebut.

Ucapan penghargaan Abdul Adieka yang disertai dengan doanya, “Juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Sivin Kit yang mewakili Bangsar Lutheran Church kerana menerima kami sebagai tetamu. Semoga Tuhan Yesus memberkati tuan dan seluruh umat Kristian di seluruh dunia.” Atas nama kepercayaan triniti agama Kristian, Abdul Adieka juga memberi kebenaran untuk gereja Sivin Kit menggunakan gambar-gambarnya, “In the name of Father, Son and Holy Spirit.”

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon