Wednesday 10 May 2017

'Sudahlah Tuduh Mencuri Tanpa Bukti, Siap Gelar Ibu Kami 'BODOH', Langsung Tak Nak Minta Maaf'.

Tags



9 Mei 2017, saya dan keluarga pergi membeli belah di Sunway Velocity. Kami pergi ke Domesky untuk membeli beberapa barangan sebelum pergi makan malam. 


Selesai makan, kami datang semula ke kedai yang sama untuk membeli barangan lain. Sebaik saja mahu melangkah meninggalkan kedai itu, dua kakitangan kedai itu mula mengekori kami dan menghubungi pengawal keselamatan pusat beli belah untuk menahan kami. 

Kami ditahan di depan premis Vincci dan dua kakitangan itu tadi dengan sewenang-wenangnya menuduh kami mencuri barang di premis mereka sedangkan kami tidak berbuat demikian. 

Tak mengapa. Kami dibawa ke Bilik Kawalan dan disoal siasat sementara menunggu polis tiba. 


Selepas itu kami dibawa ke sebuah bilik mesyuarat bersebelahan dengan pusat beli belah itu. Untuk makluman, ibu saya mempunyai masalah kesukaran untuk berjalan. 

Polis kemudian membawa dua kakitangan itu kembali ke premis mereka untuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Selepas 20 minit kemudian, polis kembali tanpa membawa dua kakitangan berkenaan dan melepaskan kami serta memaklumkan segalanya sudah selesai.

Tetapi dua kakitangan itu langsung tidak datang dan meminta maaf di atas tindakan mereka yang telah menjatuhkan maruah kami, membazir masa kami dan membuat ibu saya terpaksa berjalan jauh. 


Jadi kami kembali ke kedai itu semula dan menuntut mereka memohon maaf di atas apa yang berlaku. Malangnya pengurus premis itu mengabaikan tuntutan kami, manakala pekerjanya mula menggelar ibu saya 'bodoh' yang mana ianya langsung tidak dapat diterima.

Awak buat kesilapan besar? Tak apa. 

Awak mengesyaki kami mencuri barang? Tak apa.

Awak memalukan kami di tempat awam? Sekurang-kurangnya minta maaflah. 

Tetapi awak tergamak menghina ibu saya sedangkan kami didapati tidak bersalah dalam hal ini?

Pihak polis sendiri telah memeriksa rakaman CCTV dan badan kami, tidak menemui apa-apa dan awak masih mahu menghina ibu saya? 

Di mana rasa hormat dalam diri awak? Kami pelanggan awak sebelum ini dan awak berani menghina kami sedangkan kami tidak bersalah?

Aduan dari Andrew Ho

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon