Friday 16 June 2017

Lelaki Ini Bidas Nazri Aziz Kerana Memperkenalkan Cukai Pelancongan Dikala Rakyat Terkial-kial Meneruskan Hidup.



Kepada Dato Seri Nazri Abd Aziz,

Tahniah saya ucapkan kerana menjadi bapa mertua kepada seorang artis tersohor yang sekaligus dapat melonjakkan populariti Dato Seri dalam negara ini terutama arena politik khususnya.


Dan saya anggap Dato Seri mungkin rasa tidak cukup dengan populariti tersebut dan ingin menambahkannya dengan satu lawak jenaka berhubung Pengenalan Cukai Pelancongan.

Ye satu lawak kerana cukai ini pada saya datang entah dari mana. Tiba tiba "OK...bulan depan kene cukai". Saya rasa duduk di negara ni macam sentiasa rasa tak selamat sebab kita tak tahu apa lagi yang akan kene cukai selepas ni....mungkin pembelian online...hiking...mahupun cukai untuk berkahwin...kita tak tahu sebab nampak macam kerajaan makin gila.

Kenapa saya katakan lawak dan juga gila. Lawak kerana YAB Perdana Menteri pernah memberi peluang rakyat untuk mengehadkan potongan KWSP kepada 8% untuk menggalakkan perbelanjaan dalam negara, dengan tujuan supaya ekonomi negara dapat berkembang dan KDNK negara meningkat. Walau pada hakikatnya barang yang kami belanjakan dikenakan GST. Dan apa yang saya maksudkan dengan gila adalah kerana tiada ayat dari Dato Seri yang mengatakan cukai ini hanya untuk pelancong asing mahupun cukai ini akan membatalkan cukai GST yang dikenakan. Jadi adakah kami dikenakan cukai berganda??????

Dimana slogan rakyat didahulukan...ohh lupa itu slogan pilihanraya bukan slogan masa dah dapat kuasa.Nampak seperti cakap tak serupa bikin. Saya harap tiadalah Macai atau pembackup tegar kata "alahai bukan hari2 melancong", "alahai paling mahal pun RM20 sehari" masalahnya sedangkan nak melancong dalam negara pun xsemua mampu bayangkan selepas pengenalan cukai ini. Kerana pengenalan cukai ini bukan membuatkan pelancong asing terasa kerana nilai mata wang mereka tinggi tapi rakyat sendiri. Apakah kerajaan memikirkan hal ini? Agak kelakar dan terima kasih menyakitkan hati kami dan menguji kesabaran kami di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mentang2 kami kene jaga kelakuan dibulan mulia ini. Takpelah maki dalam hati je la...

Dan dengan angkuhnya bila orang mempersoalkan dan tidak setuju. Dato seri mengambil langkah yang bagi saya agak kurang bijak. Saya rasa mungkin Dato Seri tersalah bidang tapi takpelah pengundi Dato Seri saja yang tahu sumbangan Dato Seri macam mana..untuk saya...ini saja yang saya nampak...

Bagi saya Dato Seri patut belajar dengan Ahmad Maslan. Kerana lawak GST beliau sampai sekarang beliau senyap. Saya takut nasib Dato Seri macam tu je nanti jadi tahulah pilihanraya nanti macam mana. Heheheheh...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon