Sunday 25 June 2017

Punca Kematian Remaja Hamil 5 Bulan Kerana Dipukul Teman Lelaki.

Tags



Seorang remaja yang sedang hamil 5 bulan mengandungkan benih dari teman lelaki yang tinggal serumah dengannya telah meninggal dunia di hospital kerana mengalami pendarahan.


Gadis berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Anna Galicia tinggal di kondominium di Alabang, Muntinlupa bersama dengan teman lelakinya Carl David Asejan yang merupakan seorang penganggur dengan rutin harian tidur dan makan.

Pada mulanya Anna yang sedang sakit enggan memberitahu abangnya tentang bagaimana dia mendapat kecederaan pada pinggang,belakang serta kepalanya, namun setelah didesak akhirnya Anna mengakui bahawa ia adalah angkara teman lelakinya.

“Badan terasa sakit, dan aku sukar untuk bernafas” menurut Anna kepada abangnya.

Menurut sumber dari abang kepada Anna bahawa dia sempat melakukan panggilan kepada abangnya dan sempat memberitahu bahawa punca pergaduhan adalah disebabkan Anna tidak mahu turun kerja yang menjurus kepada konflik tersebut.


Setelah Anna selesai membuat panggilan kepada abangnya, dia akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke hospital sendirian.

Malang sekali bagi Anna kerana doktor telah gagal menyelamatkannya disebabkan kecederaan pada bahagian badan, kepala, dan telah kehilangan banyak darah.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon