Thursday 29 June 2017

(Video) Terjun Dari Balkoni Guna Payung Terjun Yang Dibeli Secara Online. Apa Yang Terjadi Seterusnya Buat Ramai TERGAMAM!!!!

Tags



Seorang lelaki yang baru membeli sebuah payung terjun di internet nekad mahu mencuba payung terjun yang baru dibelinya itu dengan terjun dari balkoni apartmentnya.


Berdasarkan video yang dimuat naik di media sosial, lelaki yang memakai t-shirt merah jambu dan berseluar pendek itu berdiri dihujung balkoni rumahnya di Brazil dalam persediaannya melakukan aksi gilanya itu.

Ahli keluarganya yang berada di situ dilihat menangis dan merayu supaya dia melupakan niat gilanya itu. Walaubagaimanapun lelaki itu tetap tidak mengendahkan rayuan ahli keluarganya.

Lelaki itu kemudian terjun dengan kiraan 3 dan terus menjunam ke arah pokok selepas dia melepaskan payung terjunnya. Hebatnya, dia melakukan aksi membelok di sebelah kiri dan membuat pendaratan selamat.

Kamera kemudian menunjukkan seorang wanita yang membawa anak kecil menangis ketika dan berjalan masuk ke dalam rumah.

Seorang lelaki yang mendakwa sebagai penerjun payung dalam pasukan udara Brazil mengulas video itu berkata, "Dengan menganalisis video itu, saya dapat menegaskan bahawa dia tahu apa yang akan dilakukannya."

Seorang lagi berkata, "Aksi membelok yang dia buat pada akhir video supaya dia tidak jatuh di tempat letak kereta jiran jelas menyatakan yang lelaki itu mahir."

Walaupun ada yang mengalu-alukan keberaniannya, yang lain mengutuk aksi itu, mendakwa ianya tidak bertanggungjawab dan bodoh.

Tonton video dibawah:


Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon