Monday 17 July 2017

Anak Saleem Iklim Tampil Beri Kenyataan Isu Pertelingkahan Dengan Ayahnya.



Jejaka berumur 23 tahun ini memohon agar pihak tertentu tidak mengeruhkan keadaan yang boleh merosakkan hubungan mereka anak-beranak.


Ini komennya:

HUBUNGAN DENGAN AYAH

"Saya dengan ayah saya baik-baik sahaja. Orang luar nak cakap apa pun tentang hubungan kami cakaplah, saya tidak kisah.

“Saya maafkan orang yang buat fitnah dan komen-komen negatif tentang saya dan keluarga kerana mereka tidak kenal kami. Tapi kalau nak kutuk atau hina biarlah saya sahaja, janganlah hina bapa saya.”

LAWAT AYAH 

“Saya ada jumpa ayah di hospital baru-baru ini dan dia beri nasihat agar fokus jika benar-benar ingin jadi penyanyi.” 

GUNA NAMA SENDIRI 

“Saya guna nama sendiri tapi saya tidak boleh nafikan jika ada yang masih kaitkan saya dengan ayah.

“Saya akui pada awal dulu memang ramai kenali saya sebab anak Saleem tapi saya juga ada usaha untuk berdiri sendiri.” 

Syafiq bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba & Penyelamat dan pernah menjadi viral kerana mempunyai bakat menyanyi yang hebat.

Buat masa ini, dia belum merancang untuk berhenti sebagai bomba bagi mencuba nasib sebagai penyanyi. Syafiq merupakan anak hasil daripada perkahwinan pertama Saleem dengan Juwita. - mStar

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon