Saturday 8 July 2017

Panik, Bangunan Musnah Selepas Gempa Bumi.

Tags



MANILA: Penduduk melarikan diri dari rumah mereka dalam keadaan panik semalaman pada hari ini tatkala gegaran lanjutan melanda tengah Filipina sehari selepas gempa bumi dengan magnitud 6.5 membunuh dua orang dan mencederakan kira-kira 72 yang lain, kata pihak berkuasa.

Penduduk melihat bangunan musnah sehari selepas gempa bumi 6.5 magnitud melanda bandar Kananga, wilayah Leyte, tengah Filipina pada 7 Julai. -AFP

Anggota menyelamat mengeluarkan 13 orang yang terperangkap daripada sebuah bangunan komersial yang runtuh lewat semalam di bandar Kananga di pulau Leyte, berdekatan pusat gempa, kata pegawai tempatan.

Tiga wilayah di rantau masih tidak mempunyai bekalan elektrik sementara semua sekolah ditutup di Leyte tatkala pihak berkuasa menilai kerosakan.

“Beberapa penduduk melarikan diri dari rumah mereka apabila mereka terasa gegaran lanjutan. Sesetengahnya dalam keadaan panik tetapi ramai yang berasa tenang disebabkan kami baru sahaja menjalani latihan gempa bumi dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi bencana,” beritahu jurucakap Pejabat Pertahanan Awam Pebbles Lluz kepada AFP.

Dua orang yang terbunuh adalah seorang wanita berusia 18 tahun yang terkena serpihan yang jatuh di Bandar Ormoc di Leyte, sementara satu mayat dikeluarkan daripada bangunan yang roboh di Kananga.

Gempa bumi juga merosakkan rumah dan sekolah, meninggalkan rekahan di lebuh raya dan mengakibatkan runtuhan tanah, kata pihak berkuasa.

Kilang geoterma di Leyte, sumber utama tenaga, juga terjejas menurut kerajaan wilayah.

Syarikat penerbangan tempatan telah membatalkan penerbangan ke Bandar Ormoc di pulau Leyte.

“Pusat gempa bumi terletak di kampung pergunungan, maka kami hanya akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kesan sebaik sahaja kami sampai ke kawasan berkenaan,” beritahu Mina Marasigan, jurucakap untuk agensi pengawasan bencana Filipina, kepada AFP.

Gempa bumi itu melanda pada kedalaman enam kilometer, kata Tinjauan Geologi AS. - AFP

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon