Wednesday 2 August 2017

'Anak Yang Di 'BIN' kan Abdullah Ibarat Ditandakan Dengan Lencana Anak Haram...' - Mariam Moktar

Tags



Mempunyai nama dengan “Bin Abdullah”, ibarat telah ditandakan dengan lencana keanakharaman. Demikian menurut kritikan Mariam Mokhtar yang disiarkan Malaysiakini baru-baru ini. 


Selain daripada memberi kesan kepada anak dan keluarga anak luar nikah, Mariam Mokhtar turut mengkritik amalan yang melarang meletakkan nama bapa angkat kepada anak angkat sebagaimana yang diamalkan umat Islam di Malaysia. 

Katanya, ini bakal menyebabkan lain-lain pihak mengetahui status anak tersebut sebagai anak angkat dan menimbulkan tekanan kepada anak angkat tersebut. Menurutnya lagi, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Mufti Perak dan ahli Persatuan Peguam Muslim, kesemua mereka tidak mengendahkan penderitaan yang ditanggung golongan ini. 

Mariam Mokhtar yang pernah menimbulkan pelbagai kontroversi menerusi penulisan-penulisannya sebelum ini bersama Free Malaysia Today (FMT), turut mencoretkan tiga kisah berkenaan kesan tag “bin Abdullah” kepada karakter Kiah, Anita dan Burhan di dalam penceritaan beliau. 

Pada November 2013, Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar pernah memberikan amaran kepada Mariam Mokhtar berikutan artikel penulisannya yang bersifat hasutan kerana mempertikaikan pendekatan kerajaan yang melarang dibawa masuk abu mayat Chin Peng tetapi membenarkan seorang lagi wanita berfahaman komunis Siti Aishah Abdul Wahab kembali ke Malaysia.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon