Thursday 24 August 2017

Buang Nama Tun M: KPM Buat Laporan Polis.

Tags



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat laporan polis terhadap dua pihak susulan dakwaan cuba mengubah sejarah dengan menyingkirkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad daripada buku teks sekolah.

Buku mengenai sejarah Perdana Menteri yang tidak mengandungi nama Tun Dr Mahathir Mohamad.

KPM dalam kenyataannya, menjelaskan laporan itu dibuat terhadap penerbit buku yang bertanggungjawab mengeluarkan gambar Dr Mahathir daripada kandungan naskhah Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3.

Tindakan sama turut dibuat terhadap pihak yang memulakan penyebaran maklumat palsu berkenaan sehingga menjadi viral di media sosial.

"Menerusi hasil semakan, buku yang dimaksudkan adalah bukan terbitan KPM kerana setiap penulisan naskhah akademik bersandarkan dokumen kokurikulum dan fakta sebenar mengikut peristiwa atau tempoh berkaitan.

"KPM juga tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bertulis atau lisan kepada sekolah untuk menanggalkan gambar Dr Mahathir selaku Perdana Menteri keempat," kata kementerian itu.

Sehubungan itu, KPM meminta netizen menghentikan penyebaran maklumat palsu berkenaan di media sosial supaya tidak menjadi polemik yang berupaya menjejaskan kesejahteraan rakyat Malaysia. - Bharian

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon