Saturday 12 August 2017

Fenomena Hujan Meteor Perseid Pada 13 Ogos 2017 Malaysia.



Fenomena Hujan Meteor Perseid Pada 13 Ogos 2017 Malaysia. Orang ramai boleh menyaksikan hujan meteor perseid di ruang angkasa pada sekitar jam 1 tengah malam Ahad ini (13 Ogos). 

(Kemaskini: Boleh dilihat pada jam 1 pagi 13 Ogos 2017: Sumber Rasmi ANGKASA MALAYSIA)

Pada masa yang sama, fenomena itu juga boleh dilihat dengan mata kasar dan bergantung kepada faktor cuaca. Lokasi terbaik untuk mencerap fenomena hujan meteor Perseid adalah di kawasan yang lapang serta tidak dilindungi oleh bangunan dan pokok. 

Difahamkan, lebih kurang 80-100 batu meteor sejam akan menghujani ruang angkasa sebelum terbakar menjadi debu susulan tarikan graviti memasuki atmosfera bumi. Fenomena ini hanya berlaku pada setiap 96 tahun sekali, maka jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri hujan meteor Perseid. 

Jadual Kemuncak Hujan Meteor Perseids 13 Ogos 2017 (UPDATE TERKINI)

Sumber rasmi angkasa Malaysia, pembetulan hujan meteor boleh dilihat pada jam 1 Pagi 13 Ogos 2017.


Punca Fenomena Hujan Meteor Perseid 13 Ogos 2017 Malaysia

Pancuran meteor Perseid berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet terbakar ketika memasuki atmosfera, ianya berlaku pada setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos. Dalam pada itu juga, bulan dijangka akan terbit lebih awal, iaitu pada 10.16 malam 12 Ogos 2017. Untuk info, kali terakhir fenomena hujan meteor Perseid berlaku adalah pada tahun 1990.


Waktu Cerapan Fenomena Hujan Meteor Perseid 2017 Malaysia:

Tarikh: 13 Ogos 2017 Ahad

Masa: 1.00 tengah malam

Lokasi: Kawasan Lapang di ruang angkasa Seluruh Negara Malaysia

Tempoh Masa: 1 Jam

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon