Tuesday 22 August 2017

Ini Sebab Mengapa Lelaki Malaysia Suka Sangat Kahwin Dengan Wanita Indonesia Yang Buat Ramai TERCENGGANG!!!

Tags



Selama ini kita selalu baca kisah kenapa ramai wanita Malaysia pilih lelaki Barat…kononnya romantik dan pelbagai konon lagilah.


Kita juga selalu baca bagaimana wanita Malaysia selalu hentam lelaki Malaysia, juga kerana pelbagai sebab dan konon. 

Bagi aku macam nilah, kalau aku perempuan Malaysia pun, aku tentu akan rasa sakit hati juga, tetapi apakata cuba luangkan masa sejenak untuk renungkan perkara ini, hujah yang diperkatakan mungkin betul, mungkin juga tidak, subjektif kot.

Kekadang dalam kita memperkatakan mengenai ego kita, adakalanya kita kena juga bersifat terbuka.

Kalau selama ini hanya lelaki dipersalahkan, apa salahnya kaum wanita juga merenung kelemahan diri sendiri.

Kata orang, YANG PAHIT ITULAH PENAWAR.

Dekat bawah ini ada pendapat ahli akademik dari Indonesia & Malaysia:

Ini kata Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap.

Sifat penyabar terhadap suami yang pulang lewat serta layanan mesra di meja makan adalah antara kualiti dimiliki wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia mudah tertawan dengan mereka.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, kebanyakan lelaki Malaysia tertarik dengan layanan yang lebih baik yang mampu diberikan oleh wanita Sumatera itu berbanding wanita Malaysia.

“Contohnya, kawan saya sendiri berkahwin dengan wanita Sumatera, isterinya tidak kisah suaminya pulang lewat malah akan diberi layanan yang sangat baik tanpa perasaan marah dan ragu-ragu walaupun ditinggalkan sehingga lewat malam.

“Selain itu, wanita Indonesia tidak akan meninggalkan suami yang makan di meja makan seorang diri, perkara itu akan berterusan walaupun mereka telah lama berkahwin. Ini merupakan adat budaya wanita Indonesia dari dahulu lagi,” katanya.

Ditanya, apakah kelebihan wanita dari Sumatera sedangkan ada antara mereka tidak berpelajaran tinggi, menurut Khairuddin, mereka terkenal dengan rupa paras yang cantik.

“Saya dapati kerana kecantikan mereka itu, lelaki negara ini tidak putus-putus pergi ke Medan, Indonesia terutama hari Jumaat dan pulang pada hari minggu.

“Berdasarkan maklumat, kebanyakan mereka yang pergi ke sana untuk bermain golf tetapi kemudiannya secara tidak langsung tertawan dengan kecantikan wanita di sana,” ujar beliau.

Ini kata Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran.

Layanan mesra, lemah lembut, mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki dikatakan menjadi punca yang menyebabkan ramai lelaki tempatan ‘cair’ terhadap wanita Indonesia.

Sedangkan wanita di negara ini semakin sofistikated serta terlalu sibuk memikirkan kerjaya dan masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada suami.

Shatar berkata, perkara itu menyebabkan kaum lelaki di negara ini memilih wanita seberang kerana persepsi mereka yang masih bersifat tradisional dan konservatif dalam rumah tangga termasuk inginkan perhatian dan layanan.

“Kehendak yang tidak berpadanan ini telah menyebabkan lelaki Malaysia beralih kepada wanita seberang kerana lelaki kita masih mengharapkan dilayan dan dijaga seperti 25 tahun yang lampau. Sedangkan visi wanita kita lebih kepada kerjaya dan masa depan.

“Jadi untuk memenuhi kehendak itu maka mereka beralih kepada wanita seberang kerana mereka masih mempunyai pemikiran seperti wanita kita 25 tahun yang lalu yang menatang suami bagai minyak yang penuh,” katanya

Justeru, Shatar yang juga pensyarah Sains Kemasyarakatan menasihatkan wanita Malaysia agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon