Wednesday 16 August 2017

Kanak² Ini Dihalau Oleh AJK Masjid Ke Saf Belakang...Tetapi Jawapan Yang Diberikan Oleh Kanak² Tersebut Telah Membuatkan AJK Terkejut Beruk…

Tags



Bukan menjadi perkara baru di Malaysia perdebatan tentang saf kanak-kanak sering menjadi pertikaian umum.

Sekadar gambar hiasan

Ada yang beranggapan sikap sesetengah AJK masjid yang gemar ‘menghalau’ kanak-kanak ke saf belakang adalah tidak wajar kerana ia boleh membuatkan kanak-kanak hilang minat untuk mendekati masjid namun ada juga yang beranggapan tindakan itu wajar kerana kanak-kanak yang bising dan bermain sewaktu solat akan mengganggu jemaah lain.

Budak kecik takpe, yang dah tahu dengar arahan tak payahlah...


Ada juga sesetengah AJK Masjid yang lebih gemar berbahas tentang hukum dan menerangkan kenapa kanak-kanak tidak boleh berada di saf depan.

Maaf pakcik, saya dah sunat tau so tak boleh halau ya!


Namun ada juga yang mempertikaikan ia. Apa pun kebanyakan jemaah berpandangan jika sekalipun kanak-kanak itu nakal dan perlu berada di saf belakang, AJK patut gunakan budi bicara yang manis dan lembut dengan nada menasihati dan bukannya marah-marah!

******

Jom baca pandangan kat bawah neh pulak! Dipetik dari FB Muhammad Aqbar Shah.

Budak² duduk belakang!

“Budak-budak duduk belakang!”, itulah ungkapan orang tua yang baru sampai lepas azan tadi di surau. Aku jugak kebetulan ada dekat situ sambil tunggu ruang nak siap bersolat, hanya tengoklah gelagat pakcik sorang ni halau budak2 yang dah stay cantik dekat saf depan. Elok je senyap. Bukan budak kecik mana pun, dah sekolah, ada yang dah menengah..semua dihalau kebelakang. Mungkin penampilan tanpa berbaju melayu dan berseluar slack nampak tak sesuai untuk di saf depan dengan orang dewasa. Aku pulak sekadar baju ala grunge..risau jugak kena halau tadi…

Tak cukup barisan hadapan di luar surau, yang dah duduk di dalam surau pun di halau keluar dengan alasan untuk cantikkan saf supaya orang dewasa masuk dalam. Walhal yang berumur ni ramai nak lepak luar sebab berangin.

Maka, bila budak-budak ni dah berkumpul tuan-tuan, dia jadi satu group yang besar, akhirnya mereka bising dekat belakang. Walhal masa bercampur tadi masing-masing behave. Sudahlah dari asal mereka bersemangat nak bersolat Isyak dan Terawikh, sudahlah di halau, bila bising, kena sound lagi. Apa jadi?

Bertebaran la budak-budak tadi masa solat Terawih main di tepi surau, berkejaran, jadi makin bising. Itu belum dapat mercun lagi tu tuan-tuan. Kemudian diherdik lagi, dengan ungkapan,

“Taknak solat, balik rumah!”

Jadinya, punca budak-budak tak minat ke surau ni punca masalah dari siapa tuan-tuan? Dari ego kita. Bulan baik ni, ajak la mereka sama2. Biarkan diorang bercampur, bukan asingkan.

Bila dah diasingkan, diarah pulak abang-abang perhatikan adik-adik. Budak2 yang tak jauh umurnya, memang tak makan saman kalau abang tegur. Cuba kalau bercampur tadi bersama, kurang-kurang mereka juga rasa jadi dewasa, dialukan, serta merta meraka akan behave dan sesuaikan diri dengan keadaan.

Kalau setakat solat bersiku2 tu, kau dulu pun tepuk songkok member masa solat zaman budak2..jangan nak nafilah.

Tepuk dada tanya selera, kadang2 dah berumur pun tak semestinya bijak.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon