Friday 11 August 2017

'Lara Alana Bila Dah Besar BE LIKE...' Gadis Miliki Wajah Mirip Lara Alana Tular Di Laman Sosial.

Tags



Seorang gadis yang bernama Nadiah Nasir, 20 tular di laman sosial baru-baru ini kerana dikatakan memiliki rupa paras yang mirip dengan Lara Alana, anak kepada pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya.


Semuanya bermula apabila seorang warganet memberi komen terhadap gambar yang dimuatnaik oleh gadis ini di twitter yang berbunyi, “Lara Alana bila dah besar be like.”


‘Post’ tersebut menerima maklum balas dari warganet yang rata-ratanya mengatakan begitulah wajah Lara Alana apabila meningkat dewasa kelak.

Nadiah yang sedang menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris ini memberi kenyataan bahawa dia berasa terkejut pada awalnya kerana tidak menyangka dikaitkan dengan Lara Alana setelah dia memuat naik gambarnya di laman Twitter.

“Saya tak rasa wajah saya sama macam Lara Alana. Rasa kelakar pun ada sebab bagi saya, Lara jauh lagi comel daripada saya,” katanya kepada mStar Online.


Jelas Nadiah lagi, kemungkinan teknik solekan yang digunakan di dalam gambar yang dimuatnaik itu yang membuatkan wajahnya kelihatan seperti Lara.

“Saya memang suka berekspresi dengan mekap, cuba pelbagai teknik dan mengambil gambar dari pelbagai sudut,” katanya.


Menurut gadis yang berasal dari Ampang ini, dia tidak mengambil pusing sekiranya warganet menggelarkan dirinya sebagai ‘kembar Lara Alana’ dan menggabungkan gambarnya dengan personaliti media sosial itu.

Menurutnya jumlah pengikutnya di laman sosial bertambah sekitar 300 orang setelah kisahnya tular.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon