Kisah pergolakan rumahtangga pasangan Hafiz Hamidun dan usahawan jelita Joy Revfa semakin hangat diperkatakan. Hafiz Hamidun yang menjelaskan bahawa bakal memberi kenyataan tentang isu ini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada warganet berikutan hal ini.
Ketika kisah itu hangat diperkatakan, seorang wanita yang dikenali sebagai Dyana Sofia merupakan kakak kepada Joy Revfa telah menulis beberapa status di facebook yang dipercayai ianya ditujukan kepada adik iparnya, Hafiz.
Isu rumahtangga ini mula hangat diperkatakan apabila Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin sering memuat naik gambar dan kapsyen yang berbaur kecewa atau tidak berpuas hati dengan Hafiz di laman Instagramnya. Mereka juga dilihat tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman Instagram masing-masing.
Sumber Dyana Sofia.
EmoticonEmoticon