Friday 22 September 2017

Kenapa Baru Sekarang Nak Ungkit Dan Pertikaikan? - Jawapan Balas Pengetua Pusat Tahfiz Kepada Waris Membuatkan Mereka Menggelupur Sawan!!!

Tags



Pengetua pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Zahid Mahmood mempersoalkan mengapa baru kini waris mangsa kebakaran membangkitkan status sijil kelayakan menduduki bangunan yang terbakar itu.


Beliau berkata perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan oleh ahli keluarga ketika menghantar anak mereka masuk belajar di pusat tahfiz itu.

“Status bangunan kita tak perlu bincang sebab kita menumpang di sini. Adat orang menumpang takkan kita nak tanya ada sijil kelayakan atau tidak.

“Jadi sepatutnya pihak ibu bapa terlebih dulu kena tanya bangunan ini ada permit atau tidak sebelum bawa masuk anak tapi mereka tak pernah soal,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insight di depan bangunan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur hari ini.

Sebahagian waris mangsa mempersoalkan pihak tahfiz kerana tidak pernah kepada mereka maklumat mengenai aspek keselamatan bangunan itu seperti yang didedahkan oleh pihak berkuasa.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Noh Omar, dalam reaksi pertama tidak sampai 12 jam selepas kebakaran pada 14 September lalu, berkata permohonan dikemukakan oleh pengurusan tahfiz itu kepada pihak berkuasa berbeza dengan keadaan sebenar bangunan.

“Mengikut pelan asal bangunan itu, ia berkonsep terbuka, tetapi tembok dibina dan tidak ikut pelan asal.

“Bangunan ini juga belum ada kebenaran untuk beroperasi daripada pihak bomba,” katanya.

Lebih 10 keluarga waris mangsa kebakaran pusat tahfiz itu kini melantik peguam bagi menuntut keadilan setelah merasakan pihak pengurusan tahfiz mengabaikan mereka sejak kejadian.

Bangunan sementara tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dibina di atas tanah seorang penduduk di kawasan tersebut yang diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Bangunan tetapnya yang terletak tidak jauh dari bangunan yang terbakar sedang dalam proses ubah suai. Mereka dijadualkan berpindah bulan depan.

Namun selepas diperiksa oleh bomba, setelah kejadian kebakaran itu, beberapa ubah suai tambahan perlu dilakukan dan dijangka boleh diduduki dalam masa tiga, empat bulan lagi.

Menurut pengetua, sekolah tahfiz itu tidak pernah mengenakan yuran kepada ibu bapa pelajar.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon