Monday 18 September 2017

Pencuri Larikan RM600k Dari Bilik Kebal Bank Di Damansara. Caranya Buat Ramai TERGAMAM...Memang Profesional!!!

Tags



Pencuri tu berpakaian Tshirt, berseluar pendek dan hanya berselipar masuk ke dalam bank untuk bertemu pengurus bank sebelum tiba-tiba dia telah.. Ikuti berita selanjutnya di bawah.


AMBIL MASA HANYA 20 MINIT

Seorang lelaki hanya berselipar dan berseluar pendek berjaya melarikan sejumlah RM600,000 daripada bilik kebal sebuah bank di Damansara Heights.

Akhbar The Sun melaporkan lelaki yang menyamar sebagai penyelenggara alat pemadam kebakaran hanya menyandang beg, memakai kemeja-T, berseluar pendek Bermuda dan berselipar berjaya melarikan wang tersebut dalam masa 20 minit.

Tetapi jenayah tersebut hanya dikesan 2 jam kemudian oleh kakitangan bank.

PENCURI TU SANGAT YAKIN

Sumber menggambarkan pencuri itu kelihatan tenang dan yakin. Dia memasuki bank kira-kira jam 12.30 tengahari pada 8 September dan memperkenalkan dirinya sebagai juruteknik syarikat alat pemadam api.

Bagaimanapun pengurus bank tidak membenarkan lelaki itu meneruskan tugas setelah gagal mengesahkan identitinya, sebelum pengurus itu keluar makan tengahari.


Lelaki dalam lingkungan 30-an itu bagaimanapun tidak beredar sebaliknya kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia berlegar-legar di tempat itu sebelum menyelinap melalui pintu di belakang kaunter bank.


Dia berpura-pura memeriksa alat pemadam berkenaan sewaktu kakitangan sibuk dan kemudiannya menghampiri bilik kebal.

LETAK SEKEPING MAGNET

Apabila ketua juruwang masuk ke bilik itu, lelaki tersebut meletakkan sekeping magnet pada selak pintu kunci berautomatik - menghalang selak itu terkunci secara automatik apabila ditutup.

Beberapa minit selepas ketua juruwang keluar, lelaki itu masuk ke bilik kebal dan memasukkan wang ke dalam beg galas yang dibawanya, dan dengan tenang keluar daripada bank.

Pada jam 2.30 petang, selepas pengurus bank kembali daripada makan tengahari, dia bertanya perihal lelaki tersebut dan dimaklumkan suspek telah beredar.

PENGURUS BANK SANGAT CURIGA

Pengurus bank yang mulai curiga kemudiannya membuat pemeriksaan peti besi di bilik kebal dan mendapati RM600,000 telah lesap.

Sumber berkata tidak lama selepas kes itu dilaporkan kepada polis, penyiasat menahan pengurus bank berusia 40-an.

Pengurus itu direman 2 hari untuk membantu siasatan dan dibebaskan selepas dia didapati tidak terlibat dalam kes itu.

Pada Ahad, polis menahan ketua juruwang tetapi dia dibebaskan beberapa jam kemudian selepas disoal siasat.

Difahamkan kedua-dua kakitangan itu digantung kerja.

Penyiasat berkata, suspek pernah membuat percubaan yang sama di syarikat lain dengan memperkenalkan diri sebagai juruteknik penghawa dingin.

Bagaimanapun, kakitangan syarikat tersebut curiga dan tidak membenarkannya masuk.

Sumber berkata penyiasat juga terkejut dengan kecuaian kakitangan bank itu.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon