Monday 9 October 2017

Lagi 3 Ahli Politik Sabah Ditahan SPRM.

Tags



SPRM hari ini menahan dua pemimpin pemuda Umno serta seorang pemuda Parti Warisan Sabah (WARISAN).


Menurut sumber, mereka yang ditangkap adalah Ketua Wira WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar, dan Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (operasi) Azam Baki mengesahkan penahanan itu.

Timbalan Presiden WARISAN, Darell Leiking mengesahkan penahanan Mohd Azis ketika dihubungi.

Malaysiakini juga sedang menghubungi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berhubung tangkapan ke atas Jamawi. Jamawi adalah pegawai khas kepada menteri itu dan juga Ketua Pemuda Tenom.

Berikut ialah kronologi penahanan tiga individu berhubung penyelewengan dana kementerian di Sabah mulai Khamis. - Grafik Astro AWANI 

Ketiga-tiga mereka dipercayai ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah yang dianggarkan sekitar RM1.5 bilion.

Difahamkan mereka akan dibawa ke mahkamah esok untuk tujuan reman.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon