Saturday 28 October 2017

Sabah Kekal Dengan Pendirian - Perkhidmatan Airbnb Tidak Sah Di Sabah.




Mungkin anda sedia maklum yang mana perkhidmatan Airbnb tidak sah di Sabah. Kini, berkongsi lanjut mengenainya, kerajaan negeri dilihat tidak merancang untuk mengubah status berkenaan buat masa ini.

Airbnb adalah salah satu perkhidmatan yang membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai kediaman untuk menyewakan bilik atau rumah yang tidak digunakan untuk pengguna lain. Beberapa negara sebelum ini telah mengambil tindakan dan mengharamkan atau memperkenalkan peraturan khusus untuknya, termasuk di Singapura.

Airbnb adalah salah satu perkhidmatan komersial, dan memandangkan rumah dan apartment adalah hartanah berbentuk kediaman - maka ia tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial.

Kerajaan Sabah lebih mengalakkan penggunaan hotel, memandangkan hotel mematuhi pelbagai peraturan yang disediakan - termasuk untuk kecemasan. Pada masa yang sama, hotel antarabangsa turut dikatakan memainkan peranan utama dalam pembangunan pelancongan di negeri berkaitan.

Sumber NST via AMANZ

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon