Monday 23 October 2017

(Video) Ada Ahli Politik Marah Apabila Saya Arah Ketua² '9 DRAGON' Ditangkap - Bekas Ketua Polis Negara.

Tags



Dalam satu wawancara, Tan Sri Musa menceritakan kembali kisah bagaimana semasa beliau menjawat jawatan sebagai CPO Johor (Ketua Polis Johor), beliau telah mengarahkan ketua-ketua kongsi gelap di negeri itu ditahan.


Tindakan itu menyebabkan ramai ketua-ketua kongsi gelap melarikan diri ke luar negara. 

Oleh itu beliau telah mengarahkan pihak polis pada waktu itu untuk membuat satu senarai tangkapan. Jika ketua-ketua kongsi gelap ini pulang ke negara ini, mereka akan segera ditangkap.

"Saya mengarahkan pegawai-pegawai saya pada masa itu, buat satu senarai, bila mereka balik tangkap, mereka ini terlibat dengan pelacuran, terlibat dengan dadah, terlibat dengan macam-macam (aktiviti haram)," katanya.

Tindakan tegas itu katanya telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan kegiatan haram.

"Apabila saya buat begitu, banyak pihak-pihak ataupun kumpulan-kumpulan, yang terlibat dengan kegiatan haram, (jadi) marah.

"Jadi oleh sebab itu apabila saya tegas sangat di sana, mereka yang atas ni dah 'complaint' terutama sekali memberitahu kepada IGP (Ketua Polis Negara) terdahulu, memberitahu saya ni pasal apa mengambil tindakan-tindakan begini.

"Pasal apa you tak 'control' CPO (Ketua Polis)," katanya.

Ahli politik pun bela kongsi gelap.

Tan Sri Musa turut mendedahkan, ada ahli politik tertentu yang datang ke pejabatnya, tidak berpuas hati apabila ketua-ketua kongsi gelap yang ditahan adalah rakan-rakannya.

Katanya lagi, hubungan kongsi gelap dengan pegawai-pegawai polis dan ahli politik memang sudah lama wujud.

"Bila saya mengambil tindakan terhadap kumpulan 'underground' (kongsi gelap) ini, memang terlibat dengan kawan-kawan mereka, termasuk pegawai polis atau pun orang politik, mereka dah lama wujud," dedahnya.

Katanya lagi, mereka (ahli politik dan pegawai polis terlibat) ini menjadi marah kerana habuan yang disebutnya sebagai "duit extra" (duit haram) mereka terjejas.

Dedahnya lagi, kumpulan kongsi gelap ini mampu mengawal ahli politik dan pegawai polis kerana mereka menjalankan aktiviti haram seperti dadah, pela#curan, pemerdagangan manusia, dan pengubahan wang haram.

Justeru mereka tidak perlu membayar cukai kepada kerajaan menyebabkan mereka mempunyai dana yang besar untuk mengawal individu-individu yang disebutkan di atas.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon