Sunday 15 October 2017

(Video) Vladimir Putin Tak Mampu Tahan Ketawa Selepas Menteri Cadang Eksport Babi Ke Indonesia.

Tags



Seluruh dunia mengetahui bahawa Indonesia mempunyai penduduk islam paling ramai di dunia, namun begitu ada rangcangan untuk membawa masuk daging babi ke negara itu.


Menurut laporan Astro AWANI, Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak mampu menahan diri dari ketawa selepas Menteri Pertaniannya, Alexander Tkachev mencadangkan agar daging babi dieksport ke negara Indonesia untuk meningkatkan pendapatan negara itu.

Cadangan dibuat sewaktu berlangsungnya mesyuarat kabinet semalam dan rakaman perbualan mereka sempat dirakam dan pantas tular di media sosial.

Menurut laporan portal berita Al-Arabiya pada Ahad, kejadian tersebut berlaku apabila Tkachev mencadangkan untuk meningkatkan industri eksport daging dengan menjadikan Jerman sebagai contoh dimana daging babi telah di eksport ke beberapa negara seperti China, Jepun dan Indonesia.

Putin yang pada mulanya tersenyum dan menjelaskan Indonesia merupakan negara Islam, di mana penduduknya rata-rata tidak memakan babi.

"Tetapi jika kita eksport, rakyat Indonesia akhirnya akan makan babi", Tkacev mencelah, untuk menyangkal kata-kata Putin.

Namun, Putin berkata, ‘Tidak, mereka tidak makan babi’ lalu beliau menekup muka dengan kedua belah tangannya akibat tidak mampu menahan ketawa.


Video berdurasi selama 37 saat itu menimbulkan perbagai reaksi dari kalangan netizen. Antaranya adalah ‘Anda tidak dapat menyelindungi perasaan kemanusiaan Encik Putin’. - Astro AWANI

*Admin pun tak mampu menahan ketawa...hahaha...cam jilake punya cadangan...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon