Wednesday 15 November 2017

Bakal Pengantin Hilang Ditemui Merayau-rayau.

Tags




KOTA BHARU: Nur Zulaikha Abdul Hamid, 20, bakal pengantin yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Geting, Tumpat sejak Jumaat lalu, ditemukan di Jertih, Terengganu, petang ini.

Difahamkan, gadis tersebut merayau seorang diri sebelum ditemukan orang awam yang kemudiannya menghubungi Balai Polis Jertih kra-kira pukul 4.30 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fakri Che Sulaiman berkata, sebaik sahaja menerima maklumat, Nur Zulaikha dihantar ke balai polis sebelum ahli keluarganya datang dan membawa gadis itu pulang ke Tumpat.

"Mangsa berada dalam keadaan lemah. Dia seterusnya dibawa ke Hospital Tumpat untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya setakat ini belum pulih," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Setakat ini, kehilangan Nur Zulaikha kekal misteri kerana ahli keluarganya enggan mengulas lanjut kes tersebut.

Kelmarin, gadis itu yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya pada 28 November depan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya untuk ke pasar pagi, Jumaat lalu.

Ketika hilang, dia hanya tinggal sehelai sepinggang termasuk tidak membawa telefon bimbit bersamanya. - Utusan Online

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon