Saturday 18 November 2017

Kek Oreo Versi Kukus, Bajet Bawah RM10 Dengan Menggunakan 2 Bahan Jer!!!




Terbaru, resipi yang menjadi viral ialah Kek Oreo versi kukus pulak. Mudah sangat nak buat Kek Oreo ni, guna dua bahan je pun mak-mak dah boleh buat kek yang sedap.

Yang paling penting, mudah dan jimat bajet sebab tak sampai RM10 pun. Hanya perlu guna Biskut Oreo dan air susu kotak coklat Dutchlady.

Jom cuba perkongsian resipi menarik oleh Hana Ramli ni.

Bahan-Bahan:
  1. Dua Bungkus Biskut Oreo
  2. Sekotak Susu Coklat (250ml)

Cara Membuat:

1. Masukkan susu coklat dan Biskut Oreo ke dalam mesin pengisar (blender). Pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada.


2. Kisar seperti dalam gambar.

3. Isi lah adunan dalam bekas apa-apa pun dan kukus. Kalau nak tahu masak ke belum, cuba cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang melekat pada garfu tu, bermakna Kek Oreo kita belum masak. Kukus lagi.


4. Ni selepas siap kukus, ermmmm moist gittuuuu. Biar dia rest, kasi sejuk dulu sekejap.


5. Akhir sekali, tuang lah topping apa-apa pun, tak letak topping pun takpa. Sedap...


Kek oreo dua bahan, yang bahagian topping tu saya double boil chocolate.

Selamat mencuba! Jangan lupa share yer...

Sumber facebook Hana Ramli

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon