Wednesday 8 November 2017

Rais Yatim Cadang Akta Baharu Halang Bekas PM Kritik Pengganti.

Tags




PUTRAJAYA: Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan supaya kerajaan menggubal Akta Perdana Menteri atau meminda Akta Pencen Tunku Abdul Rahman 1971 yang pernah digunakan sebelum ini dengan meletakkan semua perdana menteri negara di bawah akta berkenaan.

Beliau berkata pada pandangannya akta berkenaan mampu memelihara institusi perdana menteri negara selain mengelak isu politik, menentukan hak untuk bersuara dan perkara lain yang kurang berfaedah kepada negara.

“Akta berkenaan dapat memberi penghormatan dan penilaian yang setimpal kepada seseorang yang pernah memegang jawatan sebagai perdana menteri.

Akta berkenaan juga mungkin melibatkan pandangan mengenai seseorang yang pernah memimpin untuk menjalani proses menjadi manusia biasa.

“Jangan kata mengata atau burukkan mana-mana pihak (selepas tidak memegang jawatan). Mungkin akta berkenaan boleh libatkan timbalan perdana menteri dan ketua setiausaha negara,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini, lapor FMT.

Menurutnya, Akta Pencen Tunku Abdul Rahman tidak pernah dihapuskan sehingga ke hari ini kerana ia hanya eksklusif untuk Tunku Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 1990.

Rais berkata beliau mengutarakan pandangan berhubung akta tersebut sebagai seseorang yang berpengalaman berkhidmat di bawah 5 perdana menteri iaitu daripada Tun Abdul Razak Hussein sehinggalah Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata pandangan itu akan dimajukan kepada Najib selepas ini.

“Terserahlah kepada perdana menteri untuk menentukannya,” katanya. -FMT

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon