Thursday 16 November 2017

TV3 Perlu Mohon Maaf kepada TMJ.

Tags




Rakyat Johor digesa supaya bangkit bagi menuntut stesen televisyen swasta, TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip berkata, ia berikutan tindakan TV3 yang didakwa telah memutarbelitkan kenyataan Tunku Ismail baru-baru ini berhubung krisis Perlembagaan pada tahun 1992 dengan mengaitkannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“TV3 mempersendakan Tunku Mahkota Johor (TMJ). Mana dia bangsa Johor? Bangkit sekarang, kita tuntut TV3 mohon maaf secara terbuka atas putar belit TV3 terhadap kenyataan yang dibuat oleh TMJ.


Ini satu penghinaan kepada TMJ dan rakyat Johor. Saya cabar untuk rakyat Johor bangun pertahankan Tunku Ismail,” katanya menerusi visual yang dimuatnaik di Facebook Minaq Jinggo.

Dalam pada itu, Zahid turut berharap agar semua pihak tidak sesekali mempolitikkan Institusi DiRaja.

“Saya harap jangan ada dikalangan kita main politik dalam hal ini. Institusi Raja perlu dipertahan semua pihak tidak kira mana-mana parti,” katanya.

Sebelum ini Tunku Ismail mengingatkan kepada media agar tidak memutarbelitkan kenyataannya berhubung krisis Perlembagaan pada 1992 yang melibatkan Istana Johor dengan Kerajaan Persekutuan.

TMJ menegaskan, kenyataanya itu dituju kepada kerajaan Persekutuan dan bukan kepada Dr Mahathir.

Kenyataan balas TMJ itu ditujukan kepada beberapa media pro kerajaan yang didakwa telah memutarbelitkan kenyataannya dengan mengatakan ia ditujukan kepada bekas Perdana Menteri berkenaan.


Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon