Saturday 16 December 2017

Kenapa Perlu Anda Pergi Jauh Bila Kita Ada 6 Tempat ‘Power’ Ini Di Sabah.




Sabah. Satu negeri di Borneo yang ada hampir segala-galanya.

Daripada laut yang membiru, gunung-ganang, kaki bukit yang menghijau, hutan dara, hidupan bawah laut yang mempesonakan dan spesis haiwan yang susah didapati.

Malahan, pemandangannya dapat mengubat hati mereka yang bercadang untuk pergi jauh, tetapi pada kos lebih rendah.

Lihat sahaja perbandingan kami di bawah:

1. Gunung Kinabalu vs Gunung Everest

Kami akui perbandingan dua tempat ini adalah satu perbandingan yang sangat ekstrim.


Akan tetapi Gunung Kinabalu merupakan lokasi tertinggi dalam negara untuk berlatih sebelum mendaki puncak Everest.

Dengan ketinggian 4095 meter dari aras laut, puncak tertinggi di Asia Tenggara ini menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Buat kaki-kaki mendaki, Gunung Kinabalu adalah salah satu ultimate destination sebelum adventur seterusnya!

2. Kundasang vs New Zealand

Pernah terbaca Facebook post yang berbunyi - ‘Ini bukan New Zealand, ini Kundasang!’?


Kundasang menjadi viral di Facebook sebagai salah satu tempat tercantik di Malaysia, sejak tahun lepas.

Terletak di kaki Gunung Kinabalu, Kundasang menyajikan pemandangan menghijau, dan langit terbentang luas, tanpa pencemaran.

Sebagai perbandingan, New Zealand juga terkenal dengan padang rumput yang menghijau dan langit membiru.


Lagi satu perbandingan, Kundasang dan New Zealand, kedua-duanya merupakan lokasi ladang lembu yang sihat-sihat!

Jangan lupa bawa baju tebal ke kedua-dua tempat ini, kerana malamnya yang SANGAT DINGIN!
3. Pulau Mataking vs Seychelles

Destinasi romantik di Laut Celebes, 40 minit menggunakan bot dari Semporna, sesuai untuk honeymooners dan mereka yang meraikan ulangtahun perkahwinan.


Laut yang jernih, dengan suasana alam semulajadi yang masih dara mengingatkan kita kepada kecantikan pantai Seychelles.

Keselesaan dan kemudahan spa menjadikan ianya sesuai untuk honeymoon dan percutian romantik.

Pulau Mataking juga menjadi antara destinasi pilihan para diver.


Apabila sudah di sini, jangan lupa untuk melawat pulau-pulau lain yang lebih terkenal seperti Sipadan, Mabul, Kapalai dan Bohey Dulang.

Kesemua pulau di atas dapat diakses melalui jalan laut dari Semporna.

4. Lembah Danum, Lahad Datu vs Afrika

Pada September 2012, Prince William dan Kate Middleton menggegarkan Borneo dengan lawatan mereka ke Lembah Danum.

Tempat yang tidak dikenali ramai ini, menyimpan 1001 khazanah alam flora dan fauna.


Ia merupakan rumah kepada 120 mamalia termasuk 10 jenis primat.

Salah satu primat yang menjadikan Lembah Danum sebagai rumah adalah orang utan.

Kami suka membandingkan lokasi ini dengan negara-negara Afrika. Sekali lagi, kami tahu perbandingan ini sangat ekstrim, tetapi tunggu.

Lembah Danum terletak di dalam hutan hujan khatulistiwa, manakala benua Afrika mempunyai iklim savannah.


Titik persamaan terletak pada fakta bahawa kedua-dua lokasi ini merupakan syurga untuk conservationist dan pencinta alam sekitar.

Selain orang utan, haiwan-haiwan lain yang terdapat di Lembah Danum adalah gajah pigmi Borneo, monyet Proboscis, harimau dahan, beruang matahari dan badak Borneo.

Maliau Basin di Tawau juga menawarkan pengalaman yang hampir serupa.

5. Tawau vs Negara-negara Scandinavia

Jika di negara Scandinavia, anda memburu Aurora Borealis, di Sabah pula anda boleh memburu bintang.


Kurangnya pencemaran udara dan awan, menjadikan Sabah lokasi yang sesuai untuk astro-tourism.

Salah satu lokasi yang anda boleh lakukan acara memburu bintang adalah di Tawau.

Aktiviti ini boleh dilakukan di Taman Bukit Tawau yang menawarkan kawasan piknik, tapak perkhemahan dan chalet.


Bandar old-school ini menawarkan tarikan seperti Menara Jam Tawau, Rumah Api Tinangat, Tugu Peringatan Konfrontasi, Muzium Koko Teck Guan, Zoo Mini Yuk Chin, Taman Bukit Tawau, Bukit Gemok, Balung River Eco Resort, dan Pasar Minggu Takada.

6. Pulau Sipadan vs Pulau Bora-Bora

Kedua-dua pulau yang cantik ini masyhur di kalangan diver seluruh dunia.

Kedua-duanya menjanjikan dunia bawah laut yang sangat asing.

Sekiranya anda pernah bermimpi untuk berenang bersama ikan-ikan, belut dan penyu, di sinilah tempatnya.


Mereka yang bertuah pula dapat menyaksikan ikan berpusar seperti siklon.

Pulau Sipadan yang terletak di pantai timur Sabah, dapat diakses melalui jalan laut dari Semporna.

Manakala, Pulau Bora-bora terletak di Tahiti, di bawah jajahan Perancis.

Pulau Sipadan adalah pulau dilindungi, maka tiada tempat kediaman disediakan di sini.


Lazimnya, pelawat akan mendiami Pulau Mabul, Pulau Kapalai atau Semporna.

Ketiga-tiga tempat ini menawarkan hotel di atas air.

Ini mengingatkan kami dengan beberapa hotel atas air di Bora-bora seperti Hilton, St. Regis, Le Meridien dan Four Seasons.

Apa Tunggu Lagi?

Dengan 6 lokasi di Sabah seperti luar negara ini, kami pasti anda tidak sabar untuk bercuti ke sana.

Anda kini boleh terbang ke Sabah dengan lebih mudah dan murah, dengan Airasia menawarkan penerbangan terus ke Kota Kinabalu, Labuan, Tawau dan Sandakan setiap hari.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon