Saturday 23 December 2017

Patutlah Menangis Sangat, Rupanya Dulu Pernah Kena Peluk.

Tags




“Bahaya betul sampai tahap ni korang ea...apa sumbangan dia kat korang, kat negara, kat bangsa kau, apetah lagi kat agama!! Kalau ulamak mati ada ke korang macam ini!! Dunia akhir zaman aku pun minat cerita korea tapi takdela over camni. Semoga Allah jauhi keluarga aku dari jadi camni.”

Itulah antara respon kemarahan netizens yang mempertikaikan tindakan sekumpulan peminat KPOP yang berkabung di Dataran Merdeka semalam bagi memperingati kematian Kim Jong Hyun yang membunuh dirinya pada 20 Disember lepas kerana mengalami masalah kemurungan melampau.

Dilaporkan dalam upacara perkabungan itu, lebih kurang 200 peminat ShiNee hadir berkumpul, menyalakan lilin, membaca ucapan dan menangis kesedihan kerana kematian itu.

Ucapan juga disampaikan dalam bahasa Korea dengan nada yang penuh sebak dan sedih kerana mengenang kematian penyanyi utama ShiNee itu.

Gambar-gambar program perkabungan itu menjadi viral di laman sosial sejak semalam.





Dan perkara itu mengundang kemarahan netizens yang mempertikaikan tindakan peminat kumpulan ShiNee. Terutamanya netizens yang beragama Islam yang memaki hamun peminat muslims ShiNee yang hadir untuk berkabung di upacara tersebut.

Tok Bomoh: “Dah macam kurang didikan agama je. Aku takde la pandai sangat bab agama ni, tapi takde la sampai nak mengikut agama lain pergi meratapi kematian yang bukan islam. Adieh!!! Jangan anak buah aku ada sekali sudah le. Malu aku sebagai Paksu dia”.

Mohd Zaki Zamani: “No wonder la dalam Quran sudah tertulis kaum hawa paling ramai menghuni neraka, ini la salah satu sebabnya sila triggered si kaum hawa semua. Rasullulah wafat engkau taknak ratapi si kafir laknat kpop kiok ko sendu tak ingat akhirat nauzubillah”.

Mohd Hanafe: “Bodohh kpop mati pun engkau hendak nangis bagai, bukannya dia mati ikut ajaran agama islamm, saudara kita dekat Palestine yang kena seksa sampai mati syahid tuu engkorang taknak pulakk sedih, bodoh siakk”.

Mohd Waliyuddin: “Kalau bukan islam hadir aku tak kisah sangat tapi yang aku bengang tengok gadis melayu yang bertudung pergi kat upacara berkabung islam tak ajar pun berkabung pegang lilin bagai ni, puak ni elok kalau mati nanti dimandikan dengan air longkang dan ditanam dijirat cina, nama je islam tapi jahil hukum hakam tak ambik peduli”.

Redz Ahmad: “Fandom. Yeay dajjal menang, dia berjaya buat gadis Malaysia jadi bahalol dan seperti musibat rupanya. Nanti dalam kubur yang tolong ko tu artis kpop kpap semua tu yer. Bagus otak ko. Back to basic la. Jahanam budak melayu cam ni. Kesian”.

Bagaimanapun tidak semuanya bersetuju dengan kecaman tersebut. Ada yang mempertahankan tindakan segilintir peminat KPOP itu. Misalnya Chandan Singh Nejar: “Biarlah. Itu artis yang mereka minat. Nyalaan lilin untuk memperingati kematian je. Walaupun aku sikit haram tak minat KPOP, tapi biarlah mereka tu. Yang cemburu sebab muka hangpa macam kari pop apasal?,” tulisnya.

Ann Elva Rosa pula seakannya sedang menyindir pihak yang mengkritik: “Certain Malaysian ni tak cerdik sikit, kau silap cara sikit siap la kena bash. Lain kali tu nak mourn artis Korea, p buat kat Korea, nak mourn artis barat mourn kat barat, jangan buat kat Malaysia, terutama golongan korang yang selalu kena kecam tu. Sebab kat Malaysia ini, tahun je berubah, mentality masih purbakala. Hahaaa sekadar berbicara, kesian tengok mentaliti manusia yang masih retard ini,” katanya dengan sinis.

Z-wa Emolish pula berkata tiada apa yang perlu difikirkan selagi mana kumpulan itu tidak menganggu sesiapa: “Saya tak rasa salah asal tak kacau orang, kita over hina orang dan negatif sangat. Dia respect dan sedih orang dia minat tu mati sudah, sokay la asal tak ganggu hidup aku, aku rasa ok je dan membuka peluang perniagaan kepada seller lilin , pemetik api serta yang sewaktu dengannya. Biarlah dia, nanti dia sedar dia malu la tu,” ujarnya.

Haram ikut berkabung

Dalam perkembangan berkaitan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata,

Beliau juga berkata budaya kafir dan tidak harus menjadi ikutan terutama kepada golongan muda beragama Islam.

“Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?

“Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?” katanya, memetik laporan Awani.

Setakat ini tiada respon balas dari kumpulan yang menghadiri upacara perkabungan ShiNee bagi menjawab tuduhan yang tular di laman sosial.

Untuk rekod, selalunya satu ketua akan dilantik bagi menguruskan peminat kumpulan kpop tertentu di satu-satu negeri/negara. Dan setiap peminat kumpulan Kpop sebenarnya mempunyai nama.

Bagi ShiNee, peminat mereka digelar sebagai ShiNee World = Shawols. Dan untuk event seperti ini ia selalunya perlu dirancang awal dan dihebahkan kepada fans yang meminati ShiNee.

Sejak industri KPOP menjadi sensasi di seluruh dunia, ketaksuban peminat mereka sering diperkatakan orang ramai. Tidak hanya di Korea Selatan, peminat mereka yang taksub sebenarnya datang dari seluruh dunia termasuklah Malaysia, Indonesia dan Singapura tidak terkecuali.

Sesetengah yang taksub ini ada yang sanggup mengubah wajah agar menyerupai artis kegemaran, mengintip artis kegemaran di rumah mereka, menunggu artis kegemaran di pejabat mereka, mengekorinya setiap masa, menghabiskan wang untuk tiket konsert, membeli barang yang mana artis-artis kegemaran mereka menjadi duta sehinggalah ke tahap menjadi gila dan sewel.

Dinasihatkan kepada peminat-peminat KPOP di seluruh Malaysia, bersederhanalah dalam menunjukkan rasa minat jangan sampai ianya menjadi aib dan menyusahkan kehidupan masing-masing di masa akan datang.


Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon